19 Jun 2009

Belasungkawa

Kru Ahmad Siku Kapak atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kapak berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Ketika hayatnya, beliau ialah jaguh tomoi ternama di Kelantan dan Selatan Thai. Selepas mengabadikan 40 tahun hidupnya bertinju dan mengajar, beliau akhirnya bersara kerana menghidap penyakit kencing manis. Beliau pernah menjadi pengawal peribadi kepada En. Jailani Jaafar, pegawai daerah Pasir Puteh selama beberapa tahun. Kerana tidak mahu meninggalkan keluarga, beliau menolak tawaran dari seorang sahabat yang mahu membawanya mengajar tomoi di Mexico.

Ramai antara muridnya yang terlibat dalam perlawanan tomoi tetapi tiada seorang pun dapat menandinginya yang berlawan dengan jaguh-jaguh dari Thailand dan Eropah. Beliau ialah guru tomoi pertama Cikgu. Cikgu sedar semasa hayatnya, beliau kecewa dengan anak-anak muridnya yang tidak dapat meneruskan legasi Siku Kapak yang ditakuti oleh nak muay tempatan kerana teknik siku yang sukar diduga. Walau bagaimanapun, beliau bangga kerana salah seorang muridnya mengabadikan namanya pada kelab tomoi pertama di Klang, iaitu Sit Kru Mat. Sit Kru Mat yang bermaksud anak-anak buah Cikgu Mat (Pak Mat Kapak) ini telah melatih hampir 70 murid sejak ditubuhkan pada Januari 2008.

Pada bulan Disember 2008, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping anak-anaknya di Terengganu. Boksing Kelate mengucapkan takziah kepada keluarganya dan sama-samalah kita menghadiahkan al-fatihah kepadanya.

4 ulasan:

Due berkata...

Al-fatihah. Semoga Allahyarham dirahmati, kuburnya menjadi taman dari taman-taman syurga dek kerana dia meninggalkan ilmu yang dimanfaatkan oleh murid-muridnya.

Abe Joe Retok Seratus berkata...

saya pernah belajar dengan pak mat dulu, tapi tak lama. harap dapat jumpa cikgu untuk berkongsi cerita.

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah, semoga ditempatkan di kalangan alim ulama kerana tugas mengajar sama seperti cikgu sekolah

Saenchai berkata...

gambar tu diambil bila cikgu?