18 Mei 2009

Persatuan Seni Tinju Tomoi Kg Bukit Badak

Cikgu berkesempatan melawat sebuah bangsal tomoi pada beberapa hari lepas di Kampung Bukit Badak, Klang, Selangor. Bangsal ala kampung seperti di Kelantan ini diuruskan oleh En. Syukri, AJK Persatuan Penduduk Kampung Bukit Badak. Gurunya, Paksu yang berusia dalam lingkungan 60-an masih kuat untuk melatih anak-anak muda seramai 15 orang di gelanggang itu. Bangsal ini merupakan gelanggang kedua di Klang selepas gelanggang Cikgu yang dibuka pada awal tahun ini. Paksu yang berasal daripada kampung yang sama dengan Cikgu berhijrah ke Klang sejak 30 tahun lalu. Beliau turut mengakui mempelajari tomoi daripada Pak Mat Siku Kapak, guru tomoi pertama Cikgu ketika zaman muda dahulu.

Papan tanda yang menunjukkan lokasi bangsal

Papan kenyataan untuk memberi maklumat kepada pengunjung

Cikgu turut dijemput bergendang pada malam itu

Anak-anak muda menumbuk beg tubi

Bangsal dari arah hadapan

Paksu (baju putih) rancak bercerita pengalamannya ketika muda

Ram Muay oleh salah seorang murid lama

Latihan beramai-ramai masih menjadi amalan gelanggang ini

Kanak-kanak berusia 7 tahun yang pandai bergendang tomoi

Pak Yusof, guru silat yang diundang untuk upacara pagar gelanggang

Tiada ulasan: