30 Mei 2009

Perasmian Gelanggang Baru

Persatuan Seni Tinju Tomoi Kampung Bukit Badak akan mengadakan upacara perasmian gelanggang tomoi pada 7 Jun 2009 (Ahad) di Kampung Bukit Badak, Sek. 36 Shah Alam. Perasmian akan disempurnakan oleh Exco Selangor yang juga ADUN Sri Andalas, YB. Dr. Xavier Jayakumar. Majlis yang bermula dari pukul 9.30 pagi itu dijangka akan diserikan dengan persembahan dikir barat, silat tari dan silat tongkat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus gelanggang, En. Syukri Awang 016-2305645.

Tiada ulasan: