Kemenangan Dragon Boy dalam Enter The Dragon semalam membuktikan bahawa kerja keras dan disiplin ialah formula terbaik untuk berjaya, tidak semestinya berlatih di gim mewah dengan jurulatih dari Thailand dan rakan-rakan sparring yang ada banyak tali pinggang kejuaraan.
Boy menang dengan keputusan TKO pada pusingan keempat selepas lawannya tidak dapat meneruskan pertandingan. Sebelum itu, Dragon Boy disahkan cedera pada keningnya akibat serangan siku pada minit-minit terakhir pusingan ketiga tetapi bangkit mendominasi perlawanan pada pusingan keempat.
Semoga kemenangan itu menjadi motivasi kepada ahli-ahli Sitkrumat yang lain agar berbangga menjadi ahli kelab bawah pokok terbesar di dunia.
Dragon Boy sebelum perlawanan
Dragon Boy bersama rakan-rakan dari Sitkrumat, Asnor, Max, Jasin dan Sharif.
Dragon Boy bersama lawannya, Nigel Chong dan penganjur, En. Leko Beh yang juga pengerusi Kelab Dragon Muay Thai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan