Berlari atau jogging memang diakui membakar banyak kalori. Dengan berjogging selama 30 minit, kita membakar 300 kalori. Tapi tahukah kita, jogging sebenarnya memberi impak kepada sendi pergelangan kaki, lutut dan pinggang? Ini memberi kesan kesihatan yang negatif pada hari tua. Selain jogging, senaman membakar kalori yang diamalkan oleh nak muay ialah lompat tali dan lompat tayar.
Lompat tali diakui oleh ramai pakar kecergasan sebagai senaman yang paling sempurna kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Lompat tali selama satu jam dapat membakar kalori sebanyak 1200kj, 2 kali ganda lebih banyak berbanding jogging. Namun begitu, lompat tali memerlukan ruang yang luas dan selesa di samping tali skipping yang bagus, iaitu tali skipping Thai yang besar dan tebal. Lompat tayar pula sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan ruang yang besar dan belanja yang banyak. Latihan melompat tayar boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.
Sitkrumat menggalakkan setiap pelatihnya memiliki sebiji tayar di rumah masing-masing. Tayar lori yang diperlukan mesti sekurang-kurangnya daripada lori bersaiz 2 tan dan ke atas. Tayar lori terpakai ini boleh didapati di mana-mana kedai tayar atau bengkel lori dengan harga sekitar RM10 atau percuma. Pastikan tayar yang dipilih mempunya bunga tayar kerana tayar yang licin biasanya tidak mempunyai daya lantunan yang bagus.
Untuk melihat rentak kaki dan perubahan abdomen sebelum dan selepas latihan, anda bolehlah meletakkan cermin besar di hadapan. Jam juga perlu ada untuk menentukan jangka masa latihan. Biasanya 30 minit diperlukan setiap kali latihan dibuat dan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mendapat hasil yang positif.

3 ulasan:
Kawe mempunyai masalah nak improve stamina. Jadi dengan kesibukan kerja tambah dgn aktiviti laen maso nak jogging tu takdop. Lagipun malu kokre nak jogging kat taman.
Lps baca artikel ni kawe beli tali skiping. Rasa leloh jelir jugok mulo-mulo wat. Loni ok la..
Cumo nak tanya, kalu kita skipping buleh improve stamina ko?
Wassalam..
stamina dapat ditingkatkan apabila kita melakukan latihan cardio (menggunakan otot jantung). semua senaman luar seperti jogging, berlari beep test, berlatih muay ialah senaman cardio cuma kadar pembakaran kalori tu berbeza. stamina bertambah kalau otot jantung kita kuat. jadi, elakkan rokok, kurangkan makan dan banyakkan senaman cardio
lompat tayar ni seteg0h jam dio bakar brap0w kalori ?
Catat Ulasan