16 April 2009

Pertandingan Muay Profesional

Tarikh: 17, 18 dan 19 April 2009
Tempat: Taman Rugayah Rantau Panjang.
Masa: 9:30 Malam.


Bagi satu pertandingan di peringkat ini, senarai peninju yang dipersembahkan ini amat menarik. Pada malam pertama sahaja saya dapat melihat senarai nama-nama berikut yang saya anggap tidak dapat dibiarkan tanpa menyaksikannya.

Malam Pertama 17hb April 2009
Peninju muda Ajan Putera dari MZ Repek adalah seorang peninju yang mempunyai potensi yang tinggi jika diberi pendedahan yang cukup. Saya tidak begitu tahu mengenai lawannya Adik Awas Ikan dari Kemahang 2 Tanah Merah.
Regu ketiga ialah Akhbar Hanafi yang diberi gelaran baru Hankhebar Hanafi dari Boxxwarriors Kulim yang akan berentap dengan Saiful M 150 adalah satu lagi perlawanan yang pasti menarik. Saiful yang pernah menjadi juara di China dan menang di Kejohanan TM-WMC Kejohanan Tomoi Antarabangsa di Kota Bharu baru ini dijangka akan dapat memberi masalah kepada Akhbar jika berdasarkan prestasi Akhbar di Kejohanan yang sama.
Bedol Migo Azmin Motor mungkin adalah Bedu Boxx Warriors yang melawan Orondo Sri Tandak Rantau Panjang adalah satu regu yang belum pernah saya lihat berlawan.
Regu kelima adalah seorang peninju dari Russia Aliev Fahridin yang akan melawan Rosik Lokcing Tasek Berangan Repek Pasir Mas adalah satu regu yang saya pasti mahu lihat.

Malam Kedua.
Bagi malam kedua, 3 regu iaitu Seethanonchai M150 lawan Manchai Salsaloon, Mat Ropi Singa Muda Sri Embun lawan San Sut Sri Buyong dan regu akhir Daniel Mashamaite dari Afrika Selatan lawan Mex 2 M150 adalah amat menarik.

Malam Ketiga.
Regu kedua adalah Zariman Yusof Kelab Deen Pulut Ayam Sri Kajang lawan Ismadi Ismail Boxxwarriors, regu ketiga Emi Sampuri Boxx Warriors seorang peninju yang tak banyak pengalaman lawan Mamat Anak Lintar Tasek Berangan juga dijangka amat menarik.
Regu ke 4 antara Awie M 150 lawan Saddam Hussin dari Kelab Sik Ku Heng dan regu akhir antara Botirov Shuhrat dari Uzbekistan dengan Taufik Adura B 13 Rantau Panjang pastinya memukau penonton yang hadir malam itu.
Dengan nama-nama yang saya highlightkan tersebut sudah cukup untuk membuat anda teruja bagi menghadiri pertandingan tersebut, apa lagi dengan tiket yang cuma berharga RM12.00 bagi dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak.
Berikut saya ingin highlightkan seorang lagi peninju berpotensi dari Kelab Sri Kajang Pasir Mas. Beliau ialah Zariman Yusof yang akan melawan Ismadi Ismail dari Boxxwarriors Kulim pada 19 April 2009 di Rantau Panjang.

Zariman Yusof (kanan) dari Kelab Sri Kajang masa 'pelekat gu' di Kampong Nibong bersama lawannya Kaspi dari Bendang Ikan Pasir Mas.

Zariman sedang dipasang sarung tangan oleh adiknya Emi Sampuri di Lemal Pasir Mas

Kamkam Mr. Ponk sedang beraksi semasa perlawanan antara Zariman dan Kaspi

Kaspi dijatuhkan oleh Zariman dan Zariman diisytihar menang KO dalam pusingan 2 (gambar bawah)

7 ulasan:

Awangnoi berkata...

WAKAKAKAKAKAKAKAAAA...AKU KELIRU,SAPA LAWAN NI???MR PONK !!!!!DASYAT LA KAMKAN TU

Yodsaenchai berkata...

Hebat betul M-150, seethanonchai pun dia boleh pancing lagi, memang betul-betul chelsea tomoi. ni kira peringkat antarabngsa sebab semua peninju tersohor

Tanpa Nama berkata...

ZARIMAN VS ISMADI? MENARIK!

Hwarang berkata...

mamat anak lintar sudah berusia, stamina mungkin kurang berbanding emi. semoga emi menang KO pusingan 2

Pak Zawi berkata...

Yodsaenchai,
Panthamint ialah seorang lagi peninju hebat dengan M 150. Saya suka tengok Panthamint fight.

Pak Zawi berkata...

Tanpa Nama,
Ya Zariman Vs Ismadi. Lepas tu Zariman akan join Boxxwarriors pula dan jadilah satu camp.

Pak Zawi berkata...

Hwarang,
Yang tua penuh pengalaman. Yang muda belum ada pengalaman sebab baru 2 kali fight.