16 April 2009

Penganjuran Pertandingan Boksing di Kelantan

Pada 14 April 2009, Cikgu Abdullah Che Wan Setiausaha Persatuan Boksing Kelantan telah mengunjungi YB Abdul Fatah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan negeri Kelantan. Tujuan lawatan adalah untuk mencari pemyelesaian kepada kemelut yang mungkin melanda Sukan Boksing Kelantan (Tomoi atau Muay Thai) di Negeri Kelantan apabila timbul ura-ura untuk mengharamkan sekali lagi sukan ini setelah dua tahun bernafas semula. Sukan ini pernah diharamkan selama tiga tahun bermula pada tahun 1993. Adakah ia akan diharamkan sekali lagi?

Kiri ke Kanan: Chegu Abdullah Che Wan, YB. Abdul Fatah Mahmood, YB. Mejar (B) Anizam Ab. Rahman. YB. Mejar (B) Anizam adalah seorang peminat seni beladiri.

Perlu dijelaskan di sini antara sebab penting Boksing Kelantan dibenarkan dianjurkan semula ialah hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk satu golongan masyarakat belia yang berdisplin dan menghormati orang lain sebagaimana yang ditanamkan semangatnya dalam setiap sesi latihan oleh guru mereka. Tujuan kedua yang penting ialah melaksanakan pemutihan dari gejala dadah dikalangan belia dengan mensyaratkan cuma mereka yang bebas dadah sahaja dibenarkan bertanding dalam sukan ini. Setiap peserta akan disyaratkan supaya menjalankan ujian air kencing sebelum sesuatu perlawanan diadakan. Ini adalah tujuan murni yang patut diteruskan. Masalah yang dihadapi ialah pemantauan dan juga melaksanakan pematuhan kepada syarat yang dikenakan.

YB. Abdul Fatah Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO telah membuat kenyataan akbar melaui bernama yang berbunyi:

Muay Thai Competition Organisers Must Register With Association
By: Ramjit-->

TANAH MERAH, April 4 (Bernama)

Organisers of Muay Thai competitions in the state must register with the Kelantan Boxing Association said Committee chairman for Human Development, Youth, Sports and NGO's, Abdul Fatah Mahmood.He said the state government would not approve permits for organising such competitions if the organisers failed to register with the association."It is compulsory for organisers in Kelantan to register so that the association can monitor the competition," he told Bernama here today.

He added that the sport was once banned in the state back in 1993 because it went out of control, but the ban was lifted three years later."Since it is a combat sport, there should be a monitoring system to ensure the safety of the participants," he said.Meanwhile, two days ago, Kelantan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, had said that the government would study claims that the sport was a violent combat sport due to the nature of fights involved and if found to be unsuitable, it might be banned.-- BERNAMA

YB. Abdul Fatah Mahmood menegaskan bahawa dia bercakap dengan satu nada, iaitu semua penganjuran mestilah dengan restu Persatuan Boksing Negeri Kelantan. Beliau akan mengambil tindakan segera supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan yang mengeluarkan permit penganjuran mematuhi syarat ini. Justeru, borang permohonan untuk menganjurkan satu satu perlawanan akan diubahsuai supaya memasukkan syarat ini.

Persatuan Boksing Kelantan akan memainkan peranan penting dalam menentukan sebanyak mungkin peluang diberikan kepada peninju baru diberi peluang untuk bertanding bagi mengelakkan lambakan peninju dari negara jiran merebut peluang dari peninju tempatan. Kerap kali peninju asing dibenarkan bertanding bagi mewakili kelab-kelab tempatan.

Untuk memastikan usaha ini berkesan dan berjaya, cuma satu sahaja persatuan iaitu Persatuan Boksing Kelantan yang akan diiktiraf. Semua kelab di Kelantan akan dikehendaki mendaftarkan kelab mereka dengan persatuan. Besar kemungkinan pengeluaran permit penganjuran akan dibekukan sementara waktu sehingga proses pendaftaran ini diselesaikan.

Satu berita baik bagi sukan Boksing Kelantan ialah ura-ura Kerajaan Negeri untuk membina sebuah Gelanggang Seni Beladiri di atas sekeping tapak seluas hampir 10 ekar di Lubuk Jong, Pasir Mas. Sekiranya rancangan ini berjaya, maka tempat khusus ini akan menjadi pusat bagi pertandingan utama Boksing Kelantan di Kelantan yang boleh menyaingi Stadium Lumpini dan Ratchadamnoen di Thailand. Untuk makluman Stadium Ratchadamnoen ialah stadium pertama di Thailand dan dibina dalam tahun 1941.Akan bersinar kembalikah sukan Boksing Kelantan di Kelantan?

Pak Zawi melaporkan untuk Boksing Kelate

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bgus klau ada gim ala siam di Kelantan, mcm fairtex bangplee, bukan stakat ada gim tapi juga stadium sendiri.

Yodsaenchai berkata...

Wah, lumpini ada di Kelantan? Super!

Pak Zawi berkata...

Tanpa Nama,
InsyaAllah, sebuah stadium untuk senibeladiri yang menggunakan ring akan ujud di Kelantan. Yang mustahaknya tapak dulu. Banguanan sementara cukup dahulu sehingga kewangan menizinkan bagi pembinaan bangunan yang besar.

Pak Zawi berkata...

Yodsaenchai,
Lumpini di Bangkok. jdi di Kelantan akan di panggil nama lain. Kita tunggu apa nama yang akan digunakan.

Tanpa Nama berkata...

Klau ada tmpat mcm tu di kelantan, ngri tadahan wahyu itu akn jd ngri tomoi prtama di dunia. kulim bandar tomoi, kelantan negeri tomoi.

Pak Zawi berkata...

Tanpanama,
Telah sah sebuah stadium tertutup akan dibina di Rantau Panjang Pasir Mas Kelantan. YB Abdul Fatah haron telah umumkan perkara ini cuma fasa pertama tidaklah sebesar mana.
Kelantan Negeri Tomoi? Cantik tu.