12 April 2009

Kejohanan Tomoi Super 8

Peminat boksing di Kelantan dipelawa hadir menonton Kejohanan Tomoi Super 8 yang akan diadakan pada 24 April nanti di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan di Panji, Kota Bharu. Acara ini dilangsungkan bagi memilih wakil bagi mewakili Malaysia menyertai rancangan realiti TV Muay Thai, Contender Asia. Antara jagoan yang mengambil bahagian ialah Tengku Shahrizal (Kuda Merah PDRM), Kudin Raja Jerung (Malaysian Tigers), Faizal Ramli (Malaysian Tigers), Alif (Boxxwarriors), Wes Jaya (Boxxwarrriors), Hashim Ramli (Kelab Muay Kayu Kelat, Terengganu), dan Khoo Red Dragon (TNT Kickboxing). Perlawanan ini ialah anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Negeri Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatur Antarabangsa.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WMC tu malaysian tigers ke?

Tanpa Nama berkata...

Nampak mcm boxxwarriors lwn malaysian tigers plak.

Pak Zawi berkata...

WMC tu World Muaythai Council yang govern sukan Muaythai antarabangsa seperti mana World Boxing Council adalah untuk Boxing.
Nampaknya begitu lah seolah-olah perlawanan antara dua Kelab ini. Mungkin ini adalah peringkat awal sebelum lain-lain kelab berupaya membiayai nakmuay mereka untuk bertanding diperingkat ini. Satu masa kita harap tiap kelab akan cuma boleh menghantar satu atau lebih-lebih dua contender sahaja.

Anti-Backdoor berkata...

Nak tanya sket,Camna mr.Bernard Radin boleh advanced ke Contender Asia without any proper qualification?Saya x berniat nak menjatuhkan sesapa tapi atas sebab rasa minat and sayangkan sukan Muay Thai saya rasa x harus sukan ini dipolitikkan.Saya x benci Bernard tapi saya rasa dia x layak ntuk ke Contender Asia.jangan malukan scene Muay Thai kita.Malaysia boleh but Bernard??I don't think so.

Kelate Boleh Muay berkata...

Siapa lagi akan lawan malam tu Pak Zawi???

Tanpa Nama berkata...

Mungkin WMC ada sebab tersendiri kenapa memilih Radin. Apa salahnya, Radin kan hensem. Hensem pun salah satu syarat untuk masuk Contender.