11 April 2009

Kuding Malaysian Tiger Lawan Eddy Selindang Kuning

Pertandingan dua jaguh Muay Thai Kelantan ini di adakan pada 10 April 2009 di Festival Pertandingan Malaysia Freestyle Full Contact Kickboxing 2009 di Dewan SMK Putera Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan.
Semasa Pak Zawi bersalam dengan Edy di pintu masuk ke pekarangan Dewan, terasa sejuk sekali tangan Edy. Edy tersenyum apabila Pak Zawi menyebutkan tangannya sejuk. Begini rupanya keadaan peninju sebelum bertarung.
Dewan SMK Putera malam tu yang mula dipenuhi penonton terasa panas dan melemaskan dengan penonton yang ramai menghisap rokok tanpa memikirkan keselesaan mereka yang tidak merokok dan juga kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibu bapa mereka yang tidak memikirkan kesihatan mereka menyedut udara kotor dalam dewan.
Sebelum tiba perlawanan antara Kuding Raja Jerung dan Edy Selindang Kuning diadakan dulu dua perlawanan antara Adik Edi dari Kelab Teresek Tanah Merah melawan Adik Aniq Raj dari Thailand.
Perlawanan kedua adalah satu perlawanan agak menarik antara Mat Ropi Malaysian Tiger Seri Embun dan Mohd Faizal Ismail Tiong 1 dari Gua Musang.
Yang Pak Zawi tunggu-tunggu adalah Perlawanan ketiga antara Kuding Raja Jerung dan Edy Selindang Kuning.
Mr Pong adalah kamkan bagi perlawanan ini.
Kedua-dua peninju melakukan wai kru yang hampir sama. Perbezaannya ialah Kuding melakukan tarian burung terbang di setiap penjuru sambil berdiri di atas kaki kiri dan kedua tangan bergerak seperti kepak burung di akhir wai krunya.

Pusingan Pertama.
Pusingan pertama bermula dengan kedua-dua membuat pergerakan berhati-hati sambil membaca pergerakan lawan. Semua pukulan sepakan ialah tentatif tanpa mengena sasaran sangat. Edy beberapa kali melakukan hentakan lutut sambil melompat ke badan Kuding. Pukulan sebegini merupakan signature Edy.
Dalam pusingan ini satu terajang tapak kaki kanan oleh Edy nampak mengena ke muka Kuding dan dia tersenyum. Satu lagi sepakan kaki kiri Edy singgah di pipi kanan Kuding. Pusingan pertama berakhir dengan kedua peninju bergelut di tali gelanggang.

Pusingan Kedua
Sepakan kaki kanan Eddy singgah di leher Kuding sebaik sahaja pusingan kedua bermula. Kuding menjadi berang dan mula menyerang balas Edy. Dalam pergelutan rapat di tengah gelanggang, Edy menyangkut kaki kiri Kuding menyebabkan Kuding terjatuh ke belakang.
Beberapa pukulan siku Kuding singgah di muka Edy tetapi tidak nampak mencederakan Edy. Pertarungan menjadi amat sengit dengan kedua dua peninju membuat pukulan hingga loceng dibunyikan bagi menamatkan pusingan kedua.

Pusingan Ketiga.
Sepakan jitu kaki kanan Edi ke leher Kuding di awal pusingan boleh dikira sebagai sepakan yang membawa kepada kemenangan Edy. Kuding mula melawan dengan lebih keras dan membuat dia alpa. Satu tumbukan kiri di ikuti denagn tumbukan kanan padu dari Edy membuat Kuding jatuh terlentang. Dewan menjadi gamat dengan sorakan penonton bersorak apabila melihat pukulan penyudah akan tiba tidak lama lagi. Apabila Kuding bangun, pertarungan dibawa ke penjuru merah iaitu penjuru Kuding.
Dalam keseronokan mengambil gambar penonton yang bersorak melihat pertarungan hebat ini, saya cuma dapat melihat Edy membuat pukulan hentakan dengan tangan ke belakang kepada Kuding yang membelakangkan Edy dan Kuding jatuh sekali lagi ke lantai. Pengadil sepatutnya menghentikan perlawanan di kala ini kerana Kuding jelas terhuyung hayang apabila bangun dan diberi bilangan oleh pengadil Mr. Pong di penjuru neutral. Pertarungan diteruskan dengan Edy membuat dua tumbukan berturut-turut dengan tangan kanan ke muka Kuding menyebabkan dia jatuh sekali lagi. Di saat inilah pengadil menghentikan perlawanan dan pembantu Kuding masuk ke gelanggang untuk memulihkannya.
Edy dalam kegembiraannya membuat libasan badan ala libasan takraw di tengah pentas bagi menggambarkan keseronokan memenangi perlawanan. Beliau seterusnya pergi kepada Kuding untuk menyatakan simpati kepada lawannya yang tewas.
Pertandingan ini amat menarik dan semua penonton berpuas hati dengannya.

Versi Bahasa Inggeris akan dimuatkan dalam Blog Tomoi.

11 ulasan:

apai@ampang gym berkata...

taniah eddi! ini adalah perlawanan ke 3 iddi dan kudin.. sebelum ini mereka berlawan pada 2007 dimana keputusan seri(kudin koyak kening kene siku).. apa pon selamat berjaya kepada kudin utk 8qualifiers contender asia..

BoxxTomoi berkata...

good one pak zawi, nanti boleh jadi Rahim Razali of Muay Thai.

Yik berkata...

Nice blog u have Pak Zawi, i like the articles.

Pak Zawi berkata...

apai,
Terima kasih atas maklumat tambahan. kalau saya tahu saya pasti masukkan maklumat tu dalam tulisan saya. Saya akan masukkan maklumat tu dalam versi BI di Boxxtomoi.blogspot.com yang akan dipublishkan dalam sedikit masa lagi.

Pak Zawi berkata...

Mus,
Sorry masih belum siapkan versi BI. Baru siap upload gambar. Sekarang sedang buat write up. U can uploadkan video bila I dapat hantar nanti.
Rahim Razali of Muay Thai? Dia live commentator, saya tulis lepas berkalai kali tengok video hehehehe.

Pak Zawi berkata...

Yik,
Ini bukan blog Pak Zawi. Ini blog Cikgu Raja Talmizi Kacak. Saya cuma contributor kepada blog ini dan juga blog Tomoi kepunyaan Tuan Boxxtomoi. Blog saya sendiri ialah LAISI. Cuba lah lawat ke sana sekali sekala.

apai@ampang gym berkata...

owh ok pak zawi.. my pleasure..
iddi lawan kali pertama wit kudin at KL pd thn 2007.. keputusan seri.. kemudian yg sy cerita tu..
keep in touch ya!

Tanpa Nama berkata...

takda gambar atau video lawan ke?

Pak Zawi berkata...

Tanpa Nama,
Gambar tak ada sebab saya masa tu ambik video. Video akan upload di boxxtomoi.blogspot.com apabila ianya dapat di hantar ke KL nanti.

Tanpa Nama berkata...

kacaknya yang pakai baju hitam tu

Tanpa Nama berkata...

Siapa presiden tomoi di kelantan sekarang???