Peminat Tomoi di Kelantan baru saja disajikan dengan satu perlawanan Tomoi atau Muaythai di Stadium Sultan Muhamad IV Kota Bharu. Ini adalah satu acara yang hebat dari segi penyertaan kerana ia melibatkan peserta antarabangsa dari lebih 10 negara.
Dalam sedikit masa lagi, iaitu bermula pada 10 hingga 13 April 2009 akan berlangsung satu lagi kejohanan yang juga hebat di Kota Bharu yang dinamakan Festival Pertandingan Malaysia Freestyle Fullcontact Kickboxing 2009.
Pertandingan di atas akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Dewan SMK Putera Kompleks Sekolah Sekolah
Wakaf Mek Zainab Kota Bharu
Masa : 8:30 Malam.
Memandangkan posternya tidak begitu besar dan tulisan kecil dan terlalu banyak maklumat yang hendak dimuatkan, amat sukar bagi orang tua seperti Pak Zawi untuk membaca dan mengingati butirannya. Maklumat lanjut akan Pak Zawi tambah apabila saya dapat brosur atau pamflet dari penganjur.

Pak Zawi tak faham kenapa pihak penganjur suka memuatkan terlalu banyak butiran dalam kain rentang membuatkan ia sukar untuk dibaca dari jauh dan terpaksa pergi dekat untuk baca. Kain rentang ini dilihat di roundabout Lemal.
Ini dia butiran peninjunya.Satu lagi kejohanan akan diadakan di Gual Tinggi Rantau Panjang pada 17hb April. Butiran lanjut akan dimasukkan kemudian.
6 ulasan:
tomoi ada setiap hari ke di Kelantan?
tidak juga ustaz. Cikgu dah 7 tahun berhijrah, jadi tidak arif sangat dengan situasi di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat sekarang ni. Kalau ada di daerah cikgu, iaitu Pasir Puteh, cikgu tahu. Cikgu rasa mungkin sebulan sekali.
Mengikut Ramli Awang (Pak Yusof) President Persatuan Boksing Kelantan, hampir setiap hari ada Tomoi di Kelantan kecuali hari Khamis malam Jumaat. Cuma lokasinya saja berbeza. Mungkin di Utara Kelantan, Tengah Kelantan atau Selatan Kelantan. Ada juga berlaku pada hari yang sama. Bulan puasa juga tak ada. Begitu la yang di pahamkan beliau kepada saya. Kalau ada jarak pun cuma beberapa hari saja.
Pak Zawi dah berpindah blog ke?
kalau buat di gua musang, siapa nak pergi tengok. Orang pun tak tahu. orang gua jelah yang pergi
Tanpa Nama,
Pak Zawi contribute kepada beberapa blog mengikut kesesuaian tajuk. Sini untuk berita Tomoi di Kelantan. Di Boxxtomoi untuk peringakat nasional hehehehe.
Catat Ulasan