31 Disember 2014

Sitkrumat no.1 di Klang

1. Saya mengasaskan Klab Boksing Sitkrumat Klang pada tahun 2008 dengan nama asalnya Kelab Muaythai Sri Andalas. 

2. Pada awal penubuhannya, Sitkrumat cuma dianggotai oleh murid-murid sekolah sebelum berkembang menjadi kelab yang terbuka untuk semua.

3. Dengan mengenakan yuran pendaftaran RM50 dan tiada yuran bulanan, saya berjaya menguruskan kelab ini dengan jayanya selama 6 tahun. 

4. Ramai kawan-kawan yang meminta saya lebih serius mengajar muaythai dengan membuka sebuah gim yang lengkap di Klang ini, tetapi melihat kepada potensi kelab-kelab beladiri yang kurang mendapat sambutan menyebabkan saya menangguhkan hasrat itu. 

5. Beberapa kelab yang dibuka sekitar Klang/Shah Alam sudah ditutup tidak sampai setahun beroperasi. 

6. Ada kelab yang masih kekal tetapi beroperasi di bawah tanggungan sendiri. 

7. Kos sewa bangunan dan gaji jurulatih dari Thailand yang tinggi menyebabkan banyak kelab tidak dapat meneruskan survival. 

8. Jika anda rasa mahu merasai corak latihan seperti kelab-kelab muaythai di Kelantan yang melahirkan juara-juara muaythai kebangsaan walaupun berlatih serba kekurangan, datanglah ke kelab kami di Taman Rakyat Klang. 

9. Masa latihan adalah pada pukul 5 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. 

10. Pelatih digalakkan membawa pembalut tangan sendiri atau boleh membelinya di sini dengan harga yang murah berbanding mana-mana gim/kedai di Malaysia. 

11. Jika berminat sila hubungi Cikgu Raja Ahmad (whatsapp/sms/call) 0199241656 atau datang bertemu mata di Taman Rakyat Klang. 


Jengking Merah lagi!

Jengking Merah sekali lagi menunjukkan sengatnya di Kejohanan Muaythai F3 di Muzium Telekom pada hujung minggu lalu menewaskan petinju muda dari Kelab Muaythai Heritage Subang.


Jengking menyengat lagi!


Tahniah Adik Shahril Hakimi bin Mohd Rashis a.k.a Jengking Merah kerana menang dalam Kejohanan Muaythai Piala Sultan Johor pada minggu lepas. 

17 Disember 2014

Tahniah Dragon Boy


Tahniah Dragon Boy kerana menutup tirai 2014 dengan 4 tali pinggang kejuaraan. Dari seorang remaja biasa, digilap di Kem Sitkrumat dan diasuh dengan baik oleh juara-juara Thailand di Kelab Dragon Bukit Bintang, Dragon Boy membuktikan kerja keras dan dedikasi akan menghasilkan kejayaan. Semoga menang dan bawa pulang tali pinggang WMC I-1 di Hong Kong pula awal tahun depan.