31 Disember 2014

Sitkrumat no.1 di Klang

1. Saya mengasaskan Klab Boksing Sitkrumat Klang pada tahun 2008 dengan nama asalnya Kelab Muaythai Sri Andalas. 

2. Pada awal penubuhannya, Sitkrumat cuma dianggotai oleh murid-murid sekolah sebelum berkembang menjadi kelab yang terbuka untuk semua.

3. Dengan mengenakan yuran pendaftaran RM50 dan tiada yuran bulanan, saya berjaya menguruskan kelab ini dengan jayanya selama 6 tahun. 

4. Ramai kawan-kawan yang meminta saya lebih serius mengajar muaythai dengan membuka sebuah gim yang lengkap di Klang ini, tetapi melihat kepada potensi kelab-kelab beladiri yang kurang mendapat sambutan menyebabkan saya menangguhkan hasrat itu. 

5. Beberapa kelab yang dibuka sekitar Klang/Shah Alam sudah ditutup tidak sampai setahun beroperasi. 

6. Ada kelab yang masih kekal tetapi beroperasi di bawah tanggungan sendiri. 

7. Kos sewa bangunan dan gaji jurulatih dari Thailand yang tinggi menyebabkan banyak kelab tidak dapat meneruskan survival. 

8. Jika anda rasa mahu merasai corak latihan seperti kelab-kelab muaythai di Kelantan yang melahirkan juara-juara muaythai kebangsaan walaupun berlatih serba kekurangan, datanglah ke kelab kami di Taman Rakyat Klang. 

9. Masa latihan adalah pada pukul 5 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. 

10. Pelatih digalakkan membawa pembalut tangan sendiri atau boleh membelinya di sini dengan harga yang murah berbanding mana-mana gim/kedai di Malaysia. 

11. Jika berminat sila hubungi Cikgu Raja Ahmad (whatsapp/sms/call) 0199241656 atau datang bertemu mata di Taman Rakyat Klang. 


Jengking Merah lagi!

Jengking Merah sekali lagi menunjukkan sengatnya di Kejohanan Muaythai F3 di Muzium Telekom pada hujung minggu lalu menewaskan petinju muda dari Kelab Muaythai Heritage Subang.


Jengking menyengat lagi!


Tahniah Adik Shahril Hakimi bin Mohd Rashis a.k.a Jengking Merah kerana menang dalam Kejohanan Muaythai Piala Sultan Johor pada minggu lepas. 

17 Disember 2014

Tahniah Dragon Boy


Tahniah Dragon Boy kerana menutup tirai 2014 dengan 4 tali pinggang kejuaraan. Dari seorang remaja biasa, digilap di Kem Sitkrumat dan diasuh dengan baik oleh juara-juara Thailand di Kelab Dragon Bukit Bintang, Dragon Boy membuktikan kerja keras dan dedikasi akan menghasilkan kejayaan. Semoga menang dan bawa pulang tali pinggang WMC I-1 di Hong Kong pula awal tahun depan.

11 November 2014

Ahli majlis tertinggi


Ahli majlis tertinggi Klab Boksing Sitkrumat Klang - dari kiri Kru Nazim (penolong jurulatih), Cikgu Raja Ahmad (penasihat), Kru Hafizan (penolong jurulatih), Kru Rashis (pengurus). Jika mahu mendapatkan info tentang kelab ini, datanglah bertemu mereka di Taman Rakyat Klang setiap Sabtu dan Ahad, 5-7 petang. Whatsapp/sms Cikgu Raja Ahmad 0199241656.

03 Oktober 2014

Selamat hari raya


Kelab Sitkrumat berhenti rehat pada hujung minggu ini sempena Hari Raya Aidiladha. Latihan disambung semula minggu depan. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti latihan di Kem Sitkrumat, anda boleh mendaftarnya secepat mungkin. Pada bulan ini (Oktober), Kem Sitkrumat mengadakan promosi yuran pendaftaran (untuk bulan ini sahaja). RM20 dikenakan bagi semua pelatih yang baru mendaftar. Sila printscreen iklan ini dan ditunjukkan di kem semasa mendaftar. Yuran pendaftran biasa ialah RM50. Tiada yuran bulanan dikenakan, cuma pelatih digalakkan membawa gloves sendiri. Pelatih yang belum mampu boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dahulu. 

Tahniah!


Belum terlambat lagi untuk admin mengucapkan tahniah kepada Mohd Faizzil Mansor aka Seankang kerana menunjukkan semangat kesukanan dan kemahiran yang tinggi dalam kejohanan muaythai amatur anjuran Kelab Muaythai Merican di Taman Tun Dr. Ismail minggu lepas. 

09 Ogos 2014

Back to business


Setelah sebulan berhenti rehat pada bulan puasa, Klab Boksing Sitkrumat kembali menyambung latihan. Masa latihan masih sama, iaitu 5 hingga 7 malam setiap hari Sabtu dan Ahad. Tiada yuran latihan dikenakan. Pelatih baru cuma perlu membayar yuran pendaftaran RM50. Lelaki atau perempuan boleh menyertainya. Umur yang sesuai ialah 6 hingga 60 tahun. Gambar di atas ialah Adik Adha Black Scorpion, 8 tahun semasa bertarung di kejohanan Muaythai Naga Api Road Tour 2 bulan lepas. Adik Adha menang dengan keputusan juri. Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau add fb "Raja Ahmad Talmizi". 

28 April 2014

MMA pula

Dragon Boy cuba mengasah bakanya dengan menyertai Malaysia Invasion MMA (MIMMA).

Dragon Boy juara di Pulau Pinang.

Akhirnya Dragon Boy berjaya memakai tali pinggang kejuaraan setelah 2 kali gagal mendapatkannya dalam kejohanan terdahulu. Kali ini, Dragon Boy berjaya mengalahkan petinju Eropah yang lebih besar daripadanya dengan keputusan KO.

14 April 2014

06 April 2014

Luaskan kuasamu


Hakimi Jengking Merah akan turun berlawan di Johor Bharu pada 20 April 2014. Sama-sama kita meriahkan. 

06 Mac 2014

Muaythai untuk wanita


1. Kelab Boksing Sitkrumat Klang sudah lama membuka penyertaan kepada semua wanita tidak mengira usia.

2. Latihan berbeza daripada regim latihan untuk lelaki, tiada body contact dengan jurulatih atau pelatih lelaki.

3. Datanglah ke kelab ini untuk mendaftar.

4. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 dan anda boleh berlatih seumur hidup.

5. Bawa gloves sendiri atau beli di sini atau kongsi gloves yang sedia ada dengan pelatih-pelatih yang lain.

6. Pakaian latihan hendaklah sesuai dan pelatih perempuan boleh berkasut.

7. Pelatih wanita muslim juga boleh bertudung.

8. Suka kami mengingatkan, lokasi latihan kami ini terletak di tempat terbuka, Taman Rakyat.

24 Februari 2014

Muaythai only for girls


Combat sports are a guys’ thing, right? Well, not so fast… Judging by what’s going down at my muaythai camp and others, I can confirm that women are getting into Muay Thai big time. After all, for ladies looking to “jazz” up their lives, what could be better than a couple of Muay Thai workouts each week to achieve your personal fitness, wellness and combat training goals?


What does Muay Thai offer women? Whether the goal is weight loss, cardiovascular endurance, or better overall strength, women now have better options to consider than the usual “boring” aerobics and group fitness classes offered at the local gym. Even if you don’t want to become a professional Muay Thai fighter, consider what top-notch, personalized or group Muay Thai training has to offer:

• Improved physical health and conditioning.
• Better stress management to tackle day-day living.
• More effective self-defense techniques.
• More energy.
• Increased self-discipline and motivation.
• Improved mental health.
and much, much more…

Why women (wrongly) resist going into Muay Thai. When it comes to physical activities like Muay Thai training, some females are understandably skeptical:

• Won’t all that kicking and punching hurt me and make me too masculine?
• Doesn’t all that cardio and resistance training make women too muscular?
• I really don’t want a six-pack, but I’ll get one anyway with Muay Thai, right?

This fear and apprehension is understandable to some extent, but completely misguided. Muay Thai training is designed to make you stronger and develop your core without getting overly big and bulky. In many ways, women are better suited for Muay Thai than guys, because the skills and strategies you learn are designed for the smaller and supposedly “weaker” opponent.

And after all, what’s wrong with an equal playing field? Muay Thai will improve your overall flexibility and reflexes, and help you focus and concentrate better at home, work, and play. General Health and Wellness versus Professional Muay Thai fighting.

However, very few women have the desire to become professional Muay Thai fighters. For those who follow that path, congratulations! You will have no regrets as you pursue your dreams. On the other hand, ladies who have more general lifestyle goals can also find fulfillment if they:

1. Find a well-qualified Muay Thai trainer and mentor willing to introduce them to the proper mindset and methodology of the sport. It might be intimidating to join a male-dominated group class or team right off the bat, so begin with personal lessons.
2. Don’t settle for the first gym you run across offering Muay Thai courses. Some will be more “female-friendly” than others. Look for academies that have other women students, women coaches, and positive feedback from past and current members. Look for women-specific bootcamps that give you a weekend or one week to get your feet wet before making a commitment to the sport.

I’ll leave you with a quote from former Muay Thai and kickboxing champion Melissa Misiuda that best sums up Muay Thai’s appeal and attraction for women:


The sport is more about physical well-being than about weight loss. It’s not about starving yourself; it’s not about becoming ripped. It’s about becoming healthy, more happy with yourself, with your body

11 Februari 2014

Become the predator, not the prey


Train in one of Klang's premier Muay Thai camp. Learn the art of Muay Thai and improve:


1. Self defence.

2. Discipline & self confidence.

3. Weight loss.

4. Look young & feel great.

5. Gain strength & body tone.

6. Cross training for other sports.


Located inside inspired life, Taman Rakyat Klang. All ages are welcome. A force in the making and you could be too! Call Cikgu Raja for more details: 0199241656

05 Februari 2014

Jomkurus 1Malaysia dan Muaythai.


Pada 25 Januari lalu, Kem Sitkrumat telah terlibat dalam satu program kecergasan peringkat kebangsaan, Jomkurus 1Malaysia (JK1M), program yang dikendalikan oleh pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahari. Team leader daerah Klang, Encik Ridzman Ridzwan telah membawa 30 pelatihnya datang ke Kem Sitkrumat untuk aktiviti Muaythai selama 2 jam. Program ini sama seperti rancangan realiti tv, The Biggest Loser Asia yang turut memasukkan Muaythai dalam silibusnya.