29 April 2009

Pelekat Gu

Salah satu sebab kenapa peminat Muay Thai perlu hadir ke Kejohanan Muay Thai Piala Sultan Kedah pada 8 & 9 Mei ini ialah pertemuan antara Cikgu Kacak dengan Tengku Shahrizal dari Kuda Merah PDRM.

28 April 2009

Buakaw Por Pramuk

Juara K-1 dan Lumpini, Buakaw Por Pramuk akan datang ke Malaysia pada tahun ini untuk satu perlawanan paling berprestij dalam sejarah Muay Thai Malaysia.


Seminar tomoi untuk pesilat

Satu seminar tomoi telah diadakan di SMK Kampong Jawa, Klang pada 25 April yang lalu. Objektif utama program ini adalah bagi mempersiapkan pesilat sekolah yang akan menyertai Kejohanan Silat Olahraga Sekolah Daerah Klang yang bakal diadakan pada pertengahan Jun.







25 April 2009

Faizal Siku Emas Juara

Akhirnya, Faizal Siku Emas membuktikan beliau betul-betul juara antara juara apabila mengalahkan tiga peninju ternama untuk memenangi Contender Qualifier, iaitu Khoo Meng dari TNT Kickboxing, Wes Jaya (Boxxwarriors) dan Alif (Boxxwarriors). Nak Muay berusia 19 tahun berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ini menjadi anak Melayu pertama layak menyertai The Contender Asia yang bakal berlangsung pada bulan Jun nanti di Terengganu. Boksing Kelate mengucapkan tahniah kepada Faizal kerana membanggakan negeri Kelantan.

16 April 2009

Pertandingan Muay Profesional

Tarikh: 17, 18 dan 19 April 2009
Tempat: Taman Rugayah Rantau Panjang.
Masa: 9:30 Malam.


Bagi satu pertandingan di peringkat ini, senarai peninju yang dipersembahkan ini amat menarik. Pada malam pertama sahaja saya dapat melihat senarai nama-nama berikut yang saya anggap tidak dapat dibiarkan tanpa menyaksikannya.

Malam Pertama 17hb April 2009
Peninju muda Ajan Putera dari MZ Repek adalah seorang peninju yang mempunyai potensi yang tinggi jika diberi pendedahan yang cukup. Saya tidak begitu tahu mengenai lawannya Adik Awas Ikan dari Kemahang 2 Tanah Merah.
Regu ketiga ialah Akhbar Hanafi yang diberi gelaran baru Hankhebar Hanafi dari Boxxwarriors Kulim yang akan berentap dengan Saiful M 150 adalah satu lagi perlawanan yang pasti menarik. Saiful yang pernah menjadi juara di China dan menang di Kejohanan TM-WMC Kejohanan Tomoi Antarabangsa di Kota Bharu baru ini dijangka akan dapat memberi masalah kepada Akhbar jika berdasarkan prestasi Akhbar di Kejohanan yang sama.
Bedol Migo Azmin Motor mungkin adalah Bedu Boxx Warriors yang melawan Orondo Sri Tandak Rantau Panjang adalah satu regu yang belum pernah saya lihat berlawan.
Regu kelima adalah seorang peninju dari Russia Aliev Fahridin yang akan melawan Rosik Lokcing Tasek Berangan Repek Pasir Mas adalah satu regu yang saya pasti mahu lihat.

Malam Kedua.
Bagi malam kedua, 3 regu iaitu Seethanonchai M150 lawan Manchai Salsaloon, Mat Ropi Singa Muda Sri Embun lawan San Sut Sri Buyong dan regu akhir Daniel Mashamaite dari Afrika Selatan lawan Mex 2 M150 adalah amat menarik.

Malam Ketiga.
Regu kedua adalah Zariman Yusof Kelab Deen Pulut Ayam Sri Kajang lawan Ismadi Ismail Boxxwarriors, regu ketiga Emi Sampuri Boxx Warriors seorang peninju yang tak banyak pengalaman lawan Mamat Anak Lintar Tasek Berangan juga dijangka amat menarik.
Regu ke 4 antara Awie M 150 lawan Saddam Hussin dari Kelab Sik Ku Heng dan regu akhir antara Botirov Shuhrat dari Uzbekistan dengan Taufik Adura B 13 Rantau Panjang pastinya memukau penonton yang hadir malam itu.
Dengan nama-nama yang saya highlightkan tersebut sudah cukup untuk membuat anda teruja bagi menghadiri pertandingan tersebut, apa lagi dengan tiket yang cuma berharga RM12.00 bagi dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak.
Berikut saya ingin highlightkan seorang lagi peninju berpotensi dari Kelab Sri Kajang Pasir Mas. Beliau ialah Zariman Yusof yang akan melawan Ismadi Ismail dari Boxxwarriors Kulim pada 19 April 2009 di Rantau Panjang.

Zariman Yusof (kanan) dari Kelab Sri Kajang masa 'pelekat gu' di Kampong Nibong bersama lawannya Kaspi dari Bendang Ikan Pasir Mas.

Zariman sedang dipasang sarung tangan oleh adiknya Emi Sampuri di Lemal Pasir Mas

Kamkam Mr. Ponk sedang beraksi semasa perlawanan antara Zariman dan Kaspi

Kaspi dijatuhkan oleh Zariman dan Zariman diisytihar menang KO dalam pusingan 2 (gambar bawah)

Penganjuran Pertandingan Boksing di Kelantan

Pada 14 April 2009, Cikgu Abdullah Che Wan Setiausaha Persatuan Boksing Kelantan telah mengunjungi YB Abdul Fatah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan negeri Kelantan. Tujuan lawatan adalah untuk mencari pemyelesaian kepada kemelut yang mungkin melanda Sukan Boksing Kelantan (Tomoi atau Muay Thai) di Negeri Kelantan apabila timbul ura-ura untuk mengharamkan sekali lagi sukan ini setelah dua tahun bernafas semula. Sukan ini pernah diharamkan selama tiga tahun bermula pada tahun 1993. Adakah ia akan diharamkan sekali lagi?

Kiri ke Kanan: Chegu Abdullah Che Wan, YB. Abdul Fatah Mahmood, YB. Mejar (B) Anizam Ab. Rahman. YB. Mejar (B) Anizam adalah seorang peminat seni beladiri.

Perlu dijelaskan di sini antara sebab penting Boksing Kelantan dibenarkan dianjurkan semula ialah hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk satu golongan masyarakat belia yang berdisplin dan menghormati orang lain sebagaimana yang ditanamkan semangatnya dalam setiap sesi latihan oleh guru mereka. Tujuan kedua yang penting ialah melaksanakan pemutihan dari gejala dadah dikalangan belia dengan mensyaratkan cuma mereka yang bebas dadah sahaja dibenarkan bertanding dalam sukan ini. Setiap peserta akan disyaratkan supaya menjalankan ujian air kencing sebelum sesuatu perlawanan diadakan. Ini adalah tujuan murni yang patut diteruskan. Masalah yang dihadapi ialah pemantauan dan juga melaksanakan pematuhan kepada syarat yang dikenakan.

YB. Abdul Fatah Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO telah membuat kenyataan akbar melaui bernama yang berbunyi:

Muay Thai Competition Organisers Must Register With Association
By: Ramjit-->

TANAH MERAH, April 4 (Bernama)

Organisers of Muay Thai competitions in the state must register with the Kelantan Boxing Association said Committee chairman for Human Development, Youth, Sports and NGO's, Abdul Fatah Mahmood.He said the state government would not approve permits for organising such competitions if the organisers failed to register with the association."It is compulsory for organisers in Kelantan to register so that the association can monitor the competition," he told Bernama here today.

He added that the sport was once banned in the state back in 1993 because it went out of control, but the ban was lifted three years later."Since it is a combat sport, there should be a monitoring system to ensure the safety of the participants," he said.Meanwhile, two days ago, Kelantan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, had said that the government would study claims that the sport was a violent combat sport due to the nature of fights involved and if found to be unsuitable, it might be banned.-- BERNAMA

YB. Abdul Fatah Mahmood menegaskan bahawa dia bercakap dengan satu nada, iaitu semua penganjuran mestilah dengan restu Persatuan Boksing Negeri Kelantan. Beliau akan mengambil tindakan segera supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan yang mengeluarkan permit penganjuran mematuhi syarat ini. Justeru, borang permohonan untuk menganjurkan satu satu perlawanan akan diubahsuai supaya memasukkan syarat ini.

Persatuan Boksing Kelantan akan memainkan peranan penting dalam menentukan sebanyak mungkin peluang diberikan kepada peninju baru diberi peluang untuk bertanding bagi mengelakkan lambakan peninju dari negara jiran merebut peluang dari peninju tempatan. Kerap kali peninju asing dibenarkan bertanding bagi mewakili kelab-kelab tempatan.

Untuk memastikan usaha ini berkesan dan berjaya, cuma satu sahaja persatuan iaitu Persatuan Boksing Kelantan yang akan diiktiraf. Semua kelab di Kelantan akan dikehendaki mendaftarkan kelab mereka dengan persatuan. Besar kemungkinan pengeluaran permit penganjuran akan dibekukan sementara waktu sehingga proses pendaftaran ini diselesaikan.

Satu berita baik bagi sukan Boksing Kelantan ialah ura-ura Kerajaan Negeri untuk membina sebuah Gelanggang Seni Beladiri di atas sekeping tapak seluas hampir 10 ekar di Lubuk Jong, Pasir Mas. Sekiranya rancangan ini berjaya, maka tempat khusus ini akan menjadi pusat bagi pertandingan utama Boksing Kelantan di Kelantan yang boleh menyaingi Stadium Lumpini dan Ratchadamnoen di Thailand. Untuk makluman Stadium Ratchadamnoen ialah stadium pertama di Thailand dan dibina dalam tahun 1941.Akan bersinar kembalikah sukan Boksing Kelantan di Kelantan?

Pak Zawi melaporkan untuk Boksing Kelate

12 April 2009

Kejohanan Tomoi Super 8

Peminat boksing di Kelantan dipelawa hadir menonton Kejohanan Tomoi Super 8 yang akan diadakan pada 24 April nanti di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan di Panji, Kota Bharu. Acara ini dilangsungkan bagi memilih wakil bagi mewakili Malaysia menyertai rancangan realiti TV Muay Thai, Contender Asia. Antara jagoan yang mengambil bahagian ialah Tengku Shahrizal (Kuda Merah PDRM), Kudin Raja Jerung (Malaysian Tigers), Faizal Ramli (Malaysian Tigers), Alif (Boxxwarriors), Wes Jaya (Boxxwarrriors), Hashim Ramli (Kelab Muay Kayu Kelat, Terengganu), dan Khoo Red Dragon (TNT Kickboxing). Perlawanan ini ialah anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Negeri Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatur Antarabangsa.

11 April 2009

Kuding Malaysian Tiger Lawan Eddy Selindang Kuning

Pertandingan dua jaguh Muay Thai Kelantan ini di adakan pada 10 April 2009 di Festival Pertandingan Malaysia Freestyle Full Contact Kickboxing 2009 di Dewan SMK Putera Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan.
Semasa Pak Zawi bersalam dengan Edy di pintu masuk ke pekarangan Dewan, terasa sejuk sekali tangan Edy. Edy tersenyum apabila Pak Zawi menyebutkan tangannya sejuk. Begini rupanya keadaan peninju sebelum bertarung.
Dewan SMK Putera malam tu yang mula dipenuhi penonton terasa panas dan melemaskan dengan penonton yang ramai menghisap rokok tanpa memikirkan keselesaan mereka yang tidak merokok dan juga kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibu bapa mereka yang tidak memikirkan kesihatan mereka menyedut udara kotor dalam dewan.
Sebelum tiba perlawanan antara Kuding Raja Jerung dan Edy Selindang Kuning diadakan dulu dua perlawanan antara Adik Edi dari Kelab Teresek Tanah Merah melawan Adik Aniq Raj dari Thailand.
Perlawanan kedua adalah satu perlawanan agak menarik antara Mat Ropi Malaysian Tiger Seri Embun dan Mohd Faizal Ismail Tiong 1 dari Gua Musang.
Yang Pak Zawi tunggu-tunggu adalah Perlawanan ketiga antara Kuding Raja Jerung dan Edy Selindang Kuning.
Mr Pong adalah kamkan bagi perlawanan ini.
Kedua-dua peninju melakukan wai kru yang hampir sama. Perbezaannya ialah Kuding melakukan tarian burung terbang di setiap penjuru sambil berdiri di atas kaki kiri dan kedua tangan bergerak seperti kepak burung di akhir wai krunya.

Pusingan Pertama.
Pusingan pertama bermula dengan kedua-dua membuat pergerakan berhati-hati sambil membaca pergerakan lawan. Semua pukulan sepakan ialah tentatif tanpa mengena sasaran sangat. Edy beberapa kali melakukan hentakan lutut sambil melompat ke badan Kuding. Pukulan sebegini merupakan signature Edy.
Dalam pusingan ini satu terajang tapak kaki kanan oleh Edy nampak mengena ke muka Kuding dan dia tersenyum. Satu lagi sepakan kaki kiri Edy singgah di pipi kanan Kuding. Pusingan pertama berakhir dengan kedua peninju bergelut di tali gelanggang.

Pusingan Kedua
Sepakan kaki kanan Eddy singgah di leher Kuding sebaik sahaja pusingan kedua bermula. Kuding menjadi berang dan mula menyerang balas Edy. Dalam pergelutan rapat di tengah gelanggang, Edy menyangkut kaki kiri Kuding menyebabkan Kuding terjatuh ke belakang.
Beberapa pukulan siku Kuding singgah di muka Edy tetapi tidak nampak mencederakan Edy. Pertarungan menjadi amat sengit dengan kedua dua peninju membuat pukulan hingga loceng dibunyikan bagi menamatkan pusingan kedua.

Pusingan Ketiga.
Sepakan jitu kaki kanan Edi ke leher Kuding di awal pusingan boleh dikira sebagai sepakan yang membawa kepada kemenangan Edy. Kuding mula melawan dengan lebih keras dan membuat dia alpa. Satu tumbukan kiri di ikuti denagn tumbukan kanan padu dari Edy membuat Kuding jatuh terlentang. Dewan menjadi gamat dengan sorakan penonton bersorak apabila melihat pukulan penyudah akan tiba tidak lama lagi. Apabila Kuding bangun, pertarungan dibawa ke penjuru merah iaitu penjuru Kuding.
Dalam keseronokan mengambil gambar penonton yang bersorak melihat pertarungan hebat ini, saya cuma dapat melihat Edy membuat pukulan hentakan dengan tangan ke belakang kepada Kuding yang membelakangkan Edy dan Kuding jatuh sekali lagi ke lantai. Pengadil sepatutnya menghentikan perlawanan di kala ini kerana Kuding jelas terhuyung hayang apabila bangun dan diberi bilangan oleh pengadil Mr. Pong di penjuru neutral. Pertarungan diteruskan dengan Edy membuat dua tumbukan berturut-turut dengan tangan kanan ke muka Kuding menyebabkan dia jatuh sekali lagi. Di saat inilah pengadil menghentikan perlawanan dan pembantu Kuding masuk ke gelanggang untuk memulihkannya.
Edy dalam kegembiraannya membuat libasan badan ala libasan takraw di tengah pentas bagi menggambarkan keseronokan memenangi perlawanan. Beliau seterusnya pergi kepada Kuding untuk menyatakan simpati kepada lawannya yang tewas.
Pertandingan ini amat menarik dan semua penonton berpuas hati dengannya.

Versi Bahasa Inggeris akan dimuatkan dalam Blog Tomoi.

08 April 2009

Acara Tomoi di Kelantan

Peminat Tomoi di Kelantan baru saja disajikan dengan satu perlawanan Tomoi atau Muaythai di Stadium Sultan Muhamad IV Kota Bharu. Ini adalah satu acara yang hebat dari segi penyertaan kerana ia melibatkan peserta antarabangsa dari lebih 10 negara.

Dalam sedikit masa lagi, iaitu bermula pada 10 hingga 13 April 2009 akan berlangsung satu lagi kejohanan yang juga hebat di Kota Bharu yang dinamakan Festival Pertandingan Malaysia Freestyle Fullcontact Kickboxing 2009.

Pertandingan di atas akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Dewan SMK Putera Kompleks Sekolah Sekolah
Wakaf Mek Zainab Kota Bharu

Masa : 8:30 Malam.

Memandangkan posternya tidak begitu besar dan tulisan kecil dan terlalu banyak maklumat yang hendak dimuatkan, amat sukar bagi orang tua seperti Pak Zawi untuk membaca dan mengingati butirannya. Maklumat lanjut akan Pak Zawi tambah apabila saya dapat brosur atau pamflet dari penganjur.

Pak Zawi tak faham kenapa pihak penganjur suka memuatkan terlalu banyak butiran dalam kain rentang membuatkan ia sukar untuk dibaca dari jauh dan terpaksa pergi dekat untuk baca. Kain rentang ini dilihat di roundabout Lemal.

Ini dia butiran peninjunya.

Satu lagi kejohanan akan diadakan di Gual Tinggi Rantau Panjang pada 17hb April. Butiran lanjut akan dimasukkan kemudian.