Cornerman bertanggungjawab menyediakan kelengkapan untuk petinju sebelum perlawanan. Amtara barang yang diperlukan ialah baldi, tuala putih, pek ais, vaselin, minyak urut, pita perekat, kain pembalut tangan, gunting dan masking tape. Glove disediakan oleh pihak penganjur.
20 Ogos 2009
Cornerman ep. 2
Cornerman bertanggungjawab menyediakan kelengkapan untuk petinju sebelum perlawanan. Amtara barang yang diperlukan ialah baldi, tuala putih, pek ais, vaselin, minyak urut, pita perekat, kain pembalut tangan, gunting dan masking tape. Glove disediakan oleh pihak penganjur.
Cornerman ep.1
16 Ogos 2009
Kategori dalam Muay Thai
15. Heavyweight, 175 pauns ke atas
15 Ogos 2009
Perlimau Gelanggang M-150 Klang
13 Ogos 2009
Hormat kepada Guru
11 Ogos 2009
Kelab Peminat Tomoi Kawanboxx
Kelab Peminat Tomoi Malaysia, Kawanboxx ialah idea En. Musaddik Zainuddin (Mr. Boxxtomoi) selepas melihat sambutan yang luar biasa peminat Muay Thai di Malaysia. Kawanboxx tercetus selepas En. Musaddik melihat perlunya digabungkan peminat Muay Thai di Malaysia ini di bawah satu kelab yang akan membantu memperkembangkan lagi sukan ini.Pada 25 Oktober 2008, telah berlangsung majlis pelancaran kelab Kawanboxx di Universiti Malaya. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh En. Rudy Faizan Ithnin, wakil daripada Telekom Malaysia Berhad selaku penaja tetap kejohanan anjuran Boxx Event. En. Zahari telah dilantik sebagai presiden kelab manakala En. Musaddik pula sebagai timbalannya. Antara pelopor terawal kelab Kawanboxx ialah Sharifah Hazwani Syed Hussin (Adex), Adam Razali, Sanusi Othman, Fauzi Hamidin, Khairul Faiez Alies, Muhammad Shamsul Shafie, Nur Nadiah Mat Isa, Y.M. Raja Ahmad Talmizi (Cikgu Kacak), Haizul Azizi, Dol Mat, Azizan Che Mat dan Faizal Hazasyah (Dr. Kreko).
Ahli-ahli Kawanboxx terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion. Ada yang bekerja sebagai perunding media, pegawai KPDHEP, guru, jurufoto, juruteknik, doktor dan pensyarah. Kejohanan pertama yang menggunakan khidmat Kawanboxx ialah Kejohanan Tomoi Antarabangsa Piala Tengku Mahkota Kelantan pada 2008. Selepas itu, kalendar Kawanboxx sentiasa dipenuhi dengan aktiviti berkaitan tomoi selain bertugas sebagai kru seperti melawat gelanggang, mesyuarat brainstorming dan menjadi penyokong kepada setiap perlawanan yang disertai oleh petinju Boxxwarriors.
Dalam keluarga Kawanboxx, setiap ahli dilayan seperti adik-beradik sendiri. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan apabila ada ahli yang menyuarakannya. Sikap bantu-membantu ini telah menarik minat peminat tomoi yang ada di Malaysia untuk turut sama menyertainya. Sehingga kini, ahli Kawanboxx berjumlah 70 orang. Sokongan dari ahli juga telah menjayakan penerbitan majalah Muay Thai pertama di Malaysia, iaitu Boxxtomoi yang kini memasuki edisi kedua. Pejabat Kawanboxx terletak di Kota Emerald, Rawang.
09 Ogos 2009
Jurnal Cikgu Kacak ke Melaka
Sabtu
7.45 pagi - bertolak dari Klang ke HQ Kawanboxx Rawang
8.30 pagi - sampai di Rawang
9.00 pagi – pendingin hawa Avanza Mr Boxxtomoi rosak, jadi kami naik Myvi Cikgu. Q Eikkasit dan Fauzan di belakang
10.00 pagi - sampai di R&R Nilai. Letak Fauzan & Q, Ridhuan Kawanboxx sampai dengan Grand Livinanya. Q & Fauzan naik Grand Livina ke Melaka. Cikgu & Mr Boxxtomoi ke LCCT untuk jemput Vladimir Konsky.
12.00 tgh hari - sampai di Melaka, daftar boxer masuk hotel. Jumpa dengan En. Sowhini PEREMA dan Sjn. Rosli Yaacob Kuda Merah. Dia sudah sediakan bilik untuk kami bertiga, Mr. Promoter, Ridhuan & Cikgu.
1.00 tgh hari - makan nasi padang di Restoran Inori berhadapan hotel. Lauk banyak, Vlado makan semua lauk yang dihidang, Cikgu makan kuah je.
2.00 ptg - balik ke bilik, mandi, sembahyang, bersembang.
5.00 ptg - makan masakan minang pula di Restoran Pak Datok bersama boxer & trainer Boxxwarriors,.
6.00 ptg - pergi melawat Dataran Pahlawan, tengok gelanggang, semak senarai nama petinju Boxxwarriors betul ke tak.
6.30 ptg - balik mandi, sembahyang dan rehat.
7.30 mlm - bergerak ke Dataran Pahlawan. Cikgu & Ridhuan dapat masuk free sebagai trainer & manager, Mr. Boxxtomoi masuk pintu belakang sebab datang lewat.
8.00 mlm - Vlado tak bawa apa-apa pun, mongkon takda, pita perekat takda. Mujur dalam kereta Cikgu ada mongkon. Mr. Boxxtomoi bergegas masuk ke dalam Carrefour di belakang Dataran cari baldi & tuala. Pita perekat tak jual di sini, cuma ada di Thailand. Barbod beri pinjam walaupun Vlado lawannya malam ini.
8.30 mlm - Cikgu membalut tangan Vlado, selepas itu mengurut tubuhnya bersama Ridhuan. Cikgu baca mentera semasa urut, Ridhuan baca doa selamat.
10.00 mlm - Cikgu urut Vlado sekali lagi dan pakaikan krachap.
10..30 mlm - Cikgu pakaikan mongkon untuk Vlado, baca mentera supaya dia tak cedera malam ini.
10.45 mlm - Cikgu, Ridhuan & Mr. Boxxtomoi mengiringi Vlado naik gelanggang.
10.50 mlm - perlawanan bermula. Pusingan pertama nampak seimbang, sama-sama kena.
10.55 mlm – (masa rehat) Ridhuan memberi nasihat kepada Vlado supaya sepak keting Barbod.
11.00 mlm - Vlado bermula dengan cantik apabila banyak menyepak rendah dan tumbuk. Barbod terpaksa berundur ke tali. Barbod tumbang, tetapi sebelum pengadil membilang sampai 8, loceng berbunyi.
11.05 mlm - Barbod menarik diri kerana tidak dapat berdiri, kemenangan TKO kepada Vlado Sitkrumat.
12.00 mlm - sampai ke bilik, bersembang sambil tengok video perlawanan yang diambil Mr. Promoter.
2.00 pagi - tidur
9.00 pagi - sampai di KL, lepak di Hentian Bas Jalan Duta.
10.00 pagi - Abbas, Q & Fauzan bertolak balik ke Kulim.
11.00 pagi - sampai di Rawang, letak Mr. Boxxtomoi.
11.30 pagi - sampai di Klang.
07 Ogos 2009
Mentera dalam Muay Thai
Mentera Kebal
Allah payung aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan dengan kuasa Allah
.....................................
Mentera Kebal
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga
Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah
Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah
Hai Jibril Israfil Izrail Mikail
Adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang
....................................
Mentera Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
....................................
06 Ogos 2009
Kumpul peminat dengan Facebook
05 Ogos 2009
Eddi Selindang Kuning
Perlawanan yang paling sengit pernah dilaluinya semasa menentang jaguh dari Pattani, Ismail Lok Kor yang berakhir dengan keputusan seri. Beliau juga pernah bertarung sebanyak tiga kali dengan Kudin Raja Jerung, antara petinju terbaik Kelantan. Eddi merupakan juara Ultimate Warrior 2008. Beliau pernah menjadi jurulatih Muay Thai di Allied Martial Art Gym di Desa Sri Hartamas. Eddi juga pernah bertarung di Stadium Lumpini, medan pertembungan juara antara juara yang menjadi idaman semua nak muay.
Dengan rekod perlawanan sebanyak 20 kali menang, 15 seri dan 4 kalah, beliau tersenarai antara tiga petinju terbaik di Malaysia sekarang.
02 Ogos 2009
Faizal Siku Emas
Faizal mempelajari tomoi dengan guru tomoi di Kampung Gong Kua, Pasir Puteh, iaitu Mohd Isa Sulaiman yang membuka kelab tomoi bernama Black Tiger. Kejohanan pertama yang disertai Faizal ialah ketika berusia 15 tahun selepas selesai menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bakatnya dikesan oleh kelab Muay Thai dari Kuala Lumpur, Malaysian Tiger yang mengambilnya sebagai petinju sepenuh masa pada tahun lalu. Menjelang Contender 2, Faizal kini giat menjalani latihan di Thailand.
Kuda Merah PDRM

01 Ogos 2009
PEREMA
Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia, PEREMA didaftarkan pada Disember 2006 bertujuan membentuk perilaku dan jati diri remaja ke arah masa depan yang cemerlang. Antara pelopor PEREMA ialah Datuk Abdul Manaf Daud, Ahmad Sowhini Harun dan Sarjan Rosli Yaacob. Antara pengkhususan latihan seni mempertahankan diri yang diketengahkan PEREMA ialah silat tongkat, tinju, tomoi, taekwondo dan karate.
Menurut pengasas PEREMA, Datuk Abdul Manaf Daud, program tersebut bertujuan melahirkan masyarakat yang cergas, harmoni, berdisiplin dan berpersonaliti. Menerusi jati diri yang unggul, PEREMA berharap remaja akan terhindar daripada kegiatan tidak sihat seperti mengambil dadah, bersikap kurang ajar dan terlibat dalam gejala maksiat.
Antara impian PEREMA ialah menubuhkan Akademi Seni Mempertahankan Diri bagi mencungkil bakat dan mengetengahkan petinju muda ke peringkat antarabangsa. PEREMA juga sering menganjurkan kejohanan freestyle kickboxing di sekitar Lembah Kelang bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam sukan tomoi yang semakin terkenal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat di talian 012-3746766 (Suhaimi).
Antara kejohanan anjuran PEREMA
31 Julai 2009
Buakaw
Buakaw Por Pramuk atau nama sebenarnya Sombat Banchamek dilahirkan pada 8 Mei 1982 di Buriram, sebuah daerah miskin di tenggara Thailand. Mula menyertai sukan Muay Thai pada umur 8 tahun, Buakaw atau bermaksud Teratai Putih mula menyertai kem Por Pramuk ketika umurnya 15 tahun. Ketika bersama kem ini, Buakaw mula mengumpul beberapa bengkung kejuaraan. Kejuaraan antarabangsa pertama yang dimenanginya ialah Kejohanan Marathon Muay Thai Toyota pada 2002 apabila menewaskan petinju handalan Jepun, Kobayashi di Stadium Lumpini.Media mula menggelarnya Pembunuh Bersiri dari Lumpini apabila dia mula menyertai kejohanan kickboxing paling berprestij, K-1 di Jepun. Dalam perlawanan akhir K-1 2004, Buakaw menewaskan bintang Jepun, Masato. Pada 2005, Buakaw gagal mempertahankan kejuaraan itu selepas tewas dengan keputusan kontroversi di tangan kickboxer Belanda, Andy Souwer. Pada final K-1 2006, Buakaw membalas kekalahannya dulu dengan menjatuhkan Souwer pada pusingan kedua dan menjadi petinju pertama merangkul dua kemenangan K-1.
Pada semi final K-1 2007, Buakaw sekali lagi menjadi mangsa keputusan berat sebelah juri apabila tewas kepada petinju tuan rumah, Masato. Pada 2008, Buakaw menerima kekalahan KO pertamanya apabila tewas kepada jaguh K-1 terbaru dari Jepun, Yoshihiro Sato pada pusingan terakhir. Pada bulan Oktober nanti, Buakaw akan bertemu Andy Souwer sekali lagi di semi final K-1 2009 untuk merampas kembali takhta juara K-1.
Seperti kebanyakan petinju Thai yang lain, Buakaw berlatih dengan kuat. Di Por Pramuk, kedamaian dan keindahan kem di tepi Sungai Bangpakong memberi suatu inspirasi kepada Buakaw untuk meraih lebih banyak kemenangan. Buakaw berlatih 8 jam sehari selama 6 hari seminggu. Dengan rekod perlawanan lebih daripada 200 kali dengan 190 kemenangan, Buakaw sememangnya juara Muay Thai yang paling terkenal di Thailand selain Yodsaenklai.
30 Julai 2009
K-1
K-1 ialah sukan tempur yang menggabungkan permainan seni Muay Thai, Karate, Taekwondo, Savate, Sanda, dan Kickboxing untuk mendapat gelaran petinju terbaik (no.1) di dunia.
29 Julai 2009
Poot Lorlek

Terkenal kerana sepakan yang laju dan kuat, beliau menang berterusan selama 6 tahun tetapi terpaksa bersara awal selepas 120 perlawanan kerana tiada lawan yang setanding. Antara kelebihan Poot Lorlek ialah beliau takut cedera. Jadi untuk mengelakkan daripada tercedera, beliau mesti mencederakan lawannya terlebih dahulu.
Memulakan latihan di selatan Thai, nama sebenarnya ialah Tawee tetapi menggunakan nama Prakaip Sor Pinyo semasa bertarung. Pada 1968, remaja dari Trang ini ke Bangkok dengan harapan yang besar. Dia tinggal bersama bapa saudaranya, bekas juara Lumpini, Ginggaew Bangyeekhan di sana. Tawee muncul di Lumpini dengan nama baru, “Poot Lorlek”.
Poot dikenali sebagai petinju yang bijak merancang strategi sebelum menyerang dan suka mendengar arahan jurulatihnya semasa waktu selang rehat. Media menggelarnya sebagai Dewa Tinju kerana tidak pernah tewas KO atau jatuh dengan kiraan pengadil. Beliau juga seringkali berlawan dengan lawan yang jauh lebih berat. Poot mendapat gelaran “Petinju Terhebat Sepanjang Zaman” pada 1975 selepas menewaskan Vicharnoi dalam perlawanan yang mencatat rekod kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah.
(Poot bersama petinju yang mewakili gimnya di Trang, Thailand)
Oleh sebab tiada lawan yang standing, Poot bertukar ke sukan tinju dan menjadi juara kategori Lightweight di Stadium Rajadamnern serta ranking ke-6 dalam WBC. Antara lawan yang pernah ditewaskannya ialah Somwang Sinuan, bekas jurulatih Boxxwarriors Kulim, Kedah. Menurut Somwang, tiada petinju Thai yang berani bertarung dengan Poot kerana kepantasan kakinya.
(temuramah dengan Somwang di Kelantan pada November 2008)
Beautiful Boxer
Peminat filem Muay Thai mungkin tidak pernah mendengar nama Parinya Kiatsuba, tetapi bila disebut Beautiful Boxer, ramai yang mengiyakannya. Model, pelakon, dan pengacara TV yang dahulunya dikenali sebagai Nong Toom ini ialah petinju transeksual paling terkenal di Thailand.Memulakan latihan pertama di sebuah kem di Chonburi, Parinya bertekad mahu menjadi petinju ternama di Thailand untuk menyara keluarganya yang miskin. Penampilannya yang pertama di arena profesional bermula pada Februari 1998 apabila bertarung di Stadium Lumpini. Media di Thailand terkejut dengan kemenangannya itu dan menggelarnya The Beautiful Boxer. Walaupun beberapa badan sukan di Thailand melarang kathoey (gelaran untuk pondan) daripada terlibat dalam sukan, Persatuan Boxing Thailand memberi sokongan kepada Parinya dan diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Thailand sebagai salah satu keajaiban Thailand.
Pada 1999, Parinya mengumumkan persaraannya daripada arena Muay Thai untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai model dan pelakon. Filem mengenai kisah hidupnya, Beautiful Boxer yang dilakonkan oleh petinju Thailand, Asanee Suwan mendapat kutipan box office di seluruh dunia. National Geographic juga pernah menyiarkan dokumentari mengenainya bertajuk Hidden Genders (2003). Pada penghujung 2008, Parinya membuka kem Muay Thai di Hua Hin, Thailand.26 Julai 2009
Memorabilia Muay Thai
Seluar tinju yang pernah dipakai oleh Muhammad Ali
Kerusi cornerman yang pernah digunakan Gene Tunney
Gim vs Bangsal
Gim Boxxwarriors di Ampang, Kuala Lumpur
25 Julai 2009
Psikologi Ketenangan Hati
Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan. Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas.
Cikgu bersama Alvin, jurulatih Boxxwarriors Labuan mencari ketenangan di Taman Rimba Templer, Rawang
Muay Thai di Thailand
Di Thailand, setiap kanak-kanak ingin menjadi petinju profesional. Oleh sebab Muay Thai merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum di sekolah, ramai murid yang mahu menjadi profesional menyertai kem yang boleh ditemui di setiap daerah.Kem Muay Thai di Thailand berkait rapat dengan Wat (kuil). Ini disebabkan bikkhu mempunyai pengaruh terhadap kem tersebut melalui upacara penyucian kem, pemberkatan mongkon dan menjampi prajed.
Tentera juga memainkan peranan penting dalam sukan ini. Badan tertinggi yang mengawal aktiviti sukan ini dikuasai oleh pegawai-pegawai tentera. Contohnya, Stadium Lumpini diuruskan oleh pegawai kanan tentera. Ramai juga tentera yang terlibat dalam perlawanan untuk mendapat kenaikan pangkat.
Petinju Thai biasanya memasuki kem ketika umur mereka baru enam tahun. Sebab itulah kita dapat lihat kem Muay Thai di Thailand dipenuhi oleh kanak-kanak. Mereka mula memasuki arena pertandingan selepas beberapa bulan latihan untuk mencari wang bagi menampung yuran latihan dan menghantar bakinya kepada keluarga. Ada juga kem yang mengambil anak-anak yatim untuk dilatih bagi mempersiapkan diri mereka hidup dengan lebih sempurna pada masa depan.
Ikatan kekeluargaan di dalam kem amat kuat kerana setiap pelatih mengganggap rakan mereka sebagai adik beradik dan jurulatih dianggap sebagai bapa. Walaupun kemudahan asas seperti bilik tidak mencukupi di kem, kanak-kanak ini tidak kisah langsung kerana matlamat mereka adalah menjadi pofesional dan keluar daripada kemiskinan.
23 Julai 2009
Novel Tomoi
Di sini cikgu ada dua buah buku untuk diperkenalkan kepada peminat tomoi. Buku pertama ialah novel Gelanggang karya Prasert Eh Chai terbitan DBP. Buku ini hanya untuk peminat tomoi yang memang kaki novel. Anda akan dapat menyelami kisah suka-duka peninju dan cara hidup masyarakat kampung di selatan Siam. Buku kedua ialah Teknik Muay Thai. Terdapat 100 teknik dipaparkan dalam buku ini dengan penerangan ringkas dalam bahasa Thai.Resipi Kejayaan Jaguh Muay Thai
Bekas juara Lumpini dan WMC Against Drug Asia 2009, Chaowalit Jocky Gym ketika ditanya pernah berkata, antara faktor lain yang banyak membantu kejayaannya ialah kepercayaan terhadap jurulatih dan sifat 'dahaga' untuk mengejar kejayaan. Kata beliau, kepatuhan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih merupakan resipi kejayaan kerana jurulatih yang mengetahui tahap perkembangan dirinya.
"Saya tidak melihat kenapa petinju di negara ini tidak mampu untuk berjaya kerana semua keperluan telah disediakan. Mereka hanya perlu lebih banyak berkorban dan perlu dahagakan kejayaan. Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dan mereka perlu menanamkan sifat untuk terus memberi persaingan, walaupun tidak dijanjikan dengan habuan lumayan.”
22 Julai 2009
Rasuah dalam Muay Thai
21 Julai 2009
Nutrisi Petinju Muay Thai
Carbo Types: 70% Karbohidrat – 15% Protein – 15% Lemak
Protein Types: 30% Karbohidrat – 40% Protein – 30% Lemak
Mixed Types: 50% Karbohidrat – 30% Protein – 20% Lemak
Juara Tour de France, Lance Armstrong tergolong dalam atlet yang mengamalkan Carbo Types. Legenda maraton Dean Karnazes tergolong dalam Protein Types. Juara K-1, Buakaw Por Pramuk pula Mixed Types. Pengalaman cikgu berlatih dan bergaul dengan petinju Thailand, mereka mengambil diet sihat yang terdiri daripada daging dan makanan laut, sayur, nasi putih dan mi.
