Sabtu
7.45 pagi - bertolak dari Klang ke HQ Kawanboxx Rawang
8.30 pagi - sampai di Rawang
9.00 pagi – pendingin hawa Avanza Mr Boxxtomoi rosak, jadi kami naik Myvi Cikgu. Q Eikkasit dan Fauzan di belakang
10.00 pagi - sampai di R&R Nilai. Letak Fauzan & Q, Ridhuan Kawanboxx sampai dengan Grand Livinanya. Q & Fauzan naik Grand Livina ke Melaka. Cikgu & Mr Boxxtomoi ke LCCT untuk jemput Vladimir Konsky.
12.00 tgh hari - sampai di Melaka, daftar boxer masuk hotel. Jumpa dengan En. Sowhini PEREMA dan Sjn. Rosli Yaacob Kuda Merah. Dia sudah sediakan bilik untuk kami bertiga, Mr. Promoter, Ridhuan & Cikgu.
1.00 tgh hari - makan nasi padang di Restoran Inori berhadapan hotel. Lauk banyak, Vlado makan semua lauk yang dihidang, Cikgu makan kuah je.
2.00 ptg - balik ke bilik, mandi, sembahyang, bersembang.
5.00 ptg - makan masakan minang pula di Restoran Pak Datok bersama boxer & trainer Boxxwarriors,.
6.00 ptg - pergi melawat Dataran Pahlawan, tengok gelanggang, semak senarai nama petinju Boxxwarriors betul ke tak.
6.30 ptg - balik mandi, sembahyang dan rehat.
7.30 mlm - bergerak ke Dataran Pahlawan. Cikgu & Ridhuan dapat masuk free sebagai trainer & manager, Mr. Boxxtomoi masuk pintu belakang sebab datang lewat.
8.00 mlm - Vlado tak bawa apa-apa pun, mongkon takda, pita perekat takda. Mujur dalam kereta Cikgu ada mongkon. Mr. Boxxtomoi bergegas masuk ke dalam Carrefour di belakang Dataran cari baldi & tuala. Pita perekat tak jual di sini, cuma ada di Thailand. Barbod beri pinjam walaupun Vlado lawannya malam ini.
8.30 mlm - Cikgu membalut tangan Vlado, selepas itu mengurut tubuhnya bersama Ridhuan. Cikgu baca mentera semasa urut, Ridhuan baca doa selamat.
10.00 mlm - Cikgu urut Vlado sekali lagi dan pakaikan krachap.
10..30 mlm - Cikgu pakaikan mongkon untuk Vlado, baca mentera supaya dia tak cedera malam ini.
10.45 mlm - Cikgu, Ridhuan & Mr. Boxxtomoi mengiringi Vlado naik gelanggang.
10.50 mlm - perlawanan bermula. Pusingan pertama nampak seimbang, sama-sama kena.
10.55 mlm – (masa rehat) Ridhuan memberi nasihat kepada Vlado supaya sepak keting Barbod.
11.00 mlm - Vlado bermula dengan cantik apabila banyak menyepak rendah dan tumbuk. Barbod terpaksa berundur ke tali. Barbod tumbang, tetapi sebelum pengadil membilang sampai 8, loceng berbunyi.
11.05 mlm - Barbod menarik diri kerana tidak dapat berdiri, kemenangan TKO kepada Vlado Sitkrumat.
12.00 mlm - sampai ke bilik, bersembang sambil tengok video perlawanan yang diambil Mr. Promoter.
2.00 pagi - tidur
9.00 pagi - sampai di KL, lepak di Hentian Bas Jalan Duta.
10.00 pagi - Abbas, Q & Fauzan bertolak balik ke Kulim.
11.00 pagi - sampai di Rawang, letak Mr. Boxxtomoi.
11.30 pagi - sampai di Klang.
2 ulasan:
Cikgu Kacak,
Saya rasa galat benar sebab tak kenalkan diri pada you masa di Melaka. I rasa macam kenal you tapi bila dah balik baru ingat pernah baca blog you . Anyway ucapan tahniah atas kejayaan membawa TOMOI ke selatan yang memang di tunggu2 oleh kami di sini. Mungkin satu hari nanti boleh buat kejohanan di Johor Bahru pula.
zul jb
kan saya dah pergi salam dengan en.zul semalam. saya tak tegurlah sebab nampak macam en.zul pun tak kenal saya.
Catat Ulasan