(Poot semasa era kegemilangannya)
Untuk diangkat ke taraf legenda bukanlah suatu perjalanan hidup yang mudah bagi kebanyakan petinju Thai. Dedikasi dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk sampai ke tahap itu. Salah seorang legenda Muay Thai, Poot Lorlek tidak pernah tewas KO sepanjang kariernya.
Terkenal kerana sepakan yang laju dan kuat, beliau menang berterusan selama 6 tahun tetapi terpaksa bersara awal selepas 120 perlawanan kerana tiada lawan yang setanding. Antara kelebihan Poot Lorlek ialah beliau takut cedera. Jadi untuk mengelakkan daripada tercedera, beliau mesti mencederakan lawannya terlebih dahulu.
Memulakan latihan di selatan Thai, nama sebenarnya ialah Tawee tetapi menggunakan nama Prakaip Sor Pinyo semasa bertarung. Pada 1968, remaja dari Trang ini ke Bangkok dengan harapan yang besar. Dia tinggal bersama bapa saudaranya, bekas juara Lumpini, Ginggaew Bangyeekhan di sana. Tawee muncul di Lumpini dengan nama baru, “Poot Lorlek”.
Poot dikenali sebagai petinju yang bijak merancang strategi sebelum menyerang dan suka mendengar arahan jurulatihnya semasa waktu selang rehat. Media menggelarnya sebagai Dewa Tinju kerana tidak pernah tewas KO atau jatuh dengan kiraan pengadil. Beliau juga seringkali berlawan dengan lawan yang jauh lebih berat. Poot mendapat gelaran “Petinju Terhebat Sepanjang Zaman” pada 1975 selepas menewaskan Vicharnoi dalam perlawanan yang mencatat rekod kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah.

(Poot bersama petinju yang mewakili gimnya di Trang, Thailand)
Oleh sebab tiada lawan yang standing, Poot bertukar ke sukan tinju dan menjadi juara kategori Lightweight di Stadium Rajadamnern serta ranking ke-6 dalam WBC. Antara lawan yang pernah ditewaskannya ialah Somwang Sinuan, bekas jurulatih Boxxwarriors Kulim, Kedah. Menurut Somwang, tiada petinju Thai yang berani bertarung dengan Poot kerana kepantasan kakinya.
(temuramah dengan Somwang di Kelantan pada November 2008)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan