Kebanyakan pengamal Muay Thai yang datang berlatih di Phuket atau bahagian lain di selatan Thailand mahu menempa nama di tanah kelahiran Muay Thai ini sekurang-kurangnya sekali.
Jika anda bercadang ke Thailand untuk membina karier sebagai petinju profesional, anda perlu tahu hakikat sebenar kehidupan petinju di sana. Bayaran paling banyak yang diterima oleh petinju ialah sekitar 7,000 baht atau bersamaan RM750. Jika anda berlatih di gim secara percuma, pihak pengurusan akan memotong separuh atau lebih duit yang diperoleh daripada perlawanan. Anda akan mendapat sebuah bilik yang kecil dengan bayaran 300 baht sebulan, jadi jika anda berlawan dua kali sebulan, anda mampu menyimpan 11,000 baht.
Kebanyakan doktor yang bertugas mengawasi perlawanan tidak memiliki kelayakan yang diiktiraf. Dia mungkin tidak layak merawati anda jika terluka kerana serangan siku di muka, tetapi jika dia tidak menjahit luka anda, parut luka itu akan kekal sepanjang hidup anda.
Kebanyakan petinju Thai datang daripada keluarga miskin. Ibu bapa menghantar anak mereka ke kem Muay Thai sejak usia kanak-kanak lagi bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Sukan Muay Thai terkenal sebagai sukan no.1 di Thailand tetapi anda tidak akan melihat golongan artis atau orang kaya datang melihat pertarungan.
Jika anda berbakat besar, anda akan dipelawa oleh promoter besar di Bangkok. Perlawanan di Bangkok menjanjikan bayaran lumayan kepada petinju. Petinju luar yang berbakat biasanya dibayar 20,000 baht bagi setiap perlawanan.
Waima Saenchai Sor Kingstar, petinju no.1 Thailand hanya menerima 100,000 baht bagi satu perlawanan, jumlah yang 10 kali lebih rendah berbanding petinju profesional di Barat.
Jadi jika dia bertarung 12 kali setahun, jumlah perlawanan yang tak mungkin mampu dihadapinya, dia akan menerima pendapatan yang bersamaan dengan petinju amatur di UK atau US.
Saenchai mungkin mendapat tawaran bertarung di luar negara, tetapi petinju terbaik Thailand masih menerima bayaran yang jauh lebih rendah berbanding petinju biasa di Barat.
Cikgu kenal beberapa bekas juara Lumpini yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam dan bar untuk mencari sesuap nasi. Cikgu juga kenal bekas peserta Contender Asia yang masih bertarung untuk perlawanan dengan bayaran di bawah 10,000 baht.
Sebagai petinju di sini, anda perlu bekerja keras untuk mendapat sedikit wang. Bangun seawal 6 pagi untuk jogging dan berlatih dua kali sehari lebih teruk daripada mana-mana kerja buruh yang ada.
Bagaimanapun, Thailand memberi anda peluang untuk mendapat CV (curriculum vitae) yang terbaik. Jika anda pernah menang pertarungan di stadium, anda boleh pulang ke kampung halaman dan berpotensi menjadi jurulatih yang dihormati. Prestij anda sebagai bekas juara akan menarik peminat Muay Thai ke gim anda.
Jika pertarungan di gelanggang adalah impian anda, bersedialah untuk melalui hidup yang perit dengan sedikit upah.
2 ulasan:
Cikgu,
Bukan jadi petinju profesional, tapi hanya nak cari pengalaman training di Thailand. Setahu saya, banyak orang asing belajar di Thailand , walaupun berapa hari atau minggu saja. Adakah kem2 ini punya sensitivi bagi orang Muslim yang perlu makanan halal. Adakah mereka terima "orang yang baru yang tak tahu apa2". Factor bahasa?
Dari sudut ini, banyak peminat tomoi Melayu Malaysia hanya belatih di sini saja, walaupun memang pendedahannya lebih besar di Thailand
zul jb
En. Zul, masih banyak gim di selatan Thai yang diuruskan oleh orang Islam. Cuma gim mereka ini kurang promosi walaupun petinju yang dilahirkan hebat juga.
Catat Ulasan