Pada 17 Mac 2010 yang lalu, Cikgu secara rasmi telah bergelar suami kepada pilihan hati, Norzila bt. Mamat, juga seorang guru di Klang. Upacara akad nikah yang dilakukan pada malam sebelumnya di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu berjalan dengan sempurna. Pihak Cikgu membawa 9 hantaran dan dibalas 11 pahar oleh pihak pengantin perempuan.
Persembahan tomoi oleh Adik Alif (9) dan Adik Arif (7)
Persembahan tomoi oleh Adik Afiq (5) dan Adik Amir (6)
Persembahan silat jatuh oleh Persatuan Silat Batu Mengkebang, Kuala Krai
Persembahan tomoi oleh Along Sitkrumat dan Zulkifli Sitkrumat
Silat pengantin bagi menyambut kedatangan pengantin perempuan
Persembahan silat tari oleh Perguruan Silat Tari Semerak, Pasir Puteh
Persembahan diiringi oleh Kumpulan Gendang Silat Kg Gong Tinggi, Pasir Puteh
Gaya mencuit hati untuk tatapan peminat Blog Boksing Kelantan
2 ulasan:
Rasanya tak terlewat nak ucap Selamat Penggantin Baru. Semoga kekal dan bahagia selama-lamanya.
Satu lagi Cikgu, jangan guna kepakaran Muay Thai Cikgu pada isteri. Tumbuk main2 boleh, jangan tumbuk betul2
zul jb
Hehehe, usah kata nak tumbuk, nak cubit pun sayang takut calar.
Catat Ulasan