Latihan kekuatan amat penting bagi menguatkan tubuh bahagian atas dan bawah petinju. Untuk memiliki daya serangan yang kuat terhadap lawan, petinju mesti memiliki otot yang kuat. Petinju perlu melakukan latihan mengangkat beban 4-5 kali seminggu. Elakkan menggunakan beban yang berat kerana otot akan menjadi letih. Sebaliknya pilih beban yang ringan tetapi dilakukan berulang kali.
2. Lakukan latihan lasak
Untuk terus bertahan sehingga 5 pusingan (jangka masa 25 minit), stamina petinju mestilah di tahap tertinggi. Bagi meningkatkan stamina, lakukan lompat tali (skipping) dan jogging sambil memakai pemberat di kaki atau menarik tayar kereta. Lakukan sebanyak 5-6 kali seminggu.
3. Kuatkan otot perut (abdomen)
Kawasan ini merupakan sasaran popular bagi lutut dan tendang lurus (teep). Petinju mesti menguatkan otot perut agar tidak mudah senak apabila diserang. Lakukan sit-up atau senaman lain yang dapat menguatkan otot perut.
4. Berlatih dengan gaya sendiri
Gunakan punching bag untuk berlatih tumbukan, sepakan, serangan lutut dan siku supaya corak serangan menjadi sempurna. Berlatih dengan punching bag juga dapat menguatkan tulang kering dan otot lengan. Mahirkan diri dengan kombinasi serangan yang sesuai.
5. Sparring
Berlawan dengan rakan sendiri akan melatih petinju membiasakan diri dengan contoh serangan lawan dan strategi gelanggang (ring craft). Namun perlu diingat, elakkan mencederakan rakan sparring kerana ini cuma latihan.
6. Kaji lawan anda
Kebiasaannya, terdapat video perlawanan yang pernah disertai oleh lawan anda sebelum ini. Tonton video ini dan kaji kaedah lawan bertarung. Biasakan diri dengan gaya mereka. Cari kekuatan dan kelemahan lawan. Fikirkan bagaimana untuk bertindak sekiranya teknik yang selalu digunakan lawan digunakan terhadap anda. Jika boleh, lihat secara langsung lawan anda bertarung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan