24 Februari 2010

Legenda Muay Thai

Di bawah ini dipaparkan senarai Ahli Dewan Kemasyhuran Muay Thai yang dikeluarkan oleh Persatuan Boxing Profesional Thailand. Nak Muay ini menjadi legenda yang dikenang oleh semua peminat Muay Thai bukan sahaja di Thailand malah juga seluruh dunia. Beberapa farang (peninju luar negara) turut disenaraikan kerana mereka ini mencipta nama di Thailand. Keunggulan mereka dikira berdasarkan rekod perlawanan, iaitu jumlah kemenangan K.O terhadap lawan. Ada antara mereka yang masih aktif sebagai peninju dan jurulatih. Nama-nama disusun mengikut urutan abjad.

1. Adisak Kwangmeechai
2. Adul Srisothorn "The Diamond Crown Champ"
3. Anantasak Panyuthapoom
4. Anuwat Kaewsamrit
5. Apidej Sit-Hirun
6. Berg Lerk Pin Sinchai
7. Berkrerk Chartvanchai
8. Chamroen Songkitrat
9. Chamuekpetch 5 Palang
10. Changpuerk Kiatsongrit
11. Chaosingthong Chalermsri
12. Charoensap "Diamond Heart"
13. Chartchai Chionoi (Naris Chionoi)
14. Chatchai Sasakul
15. Chen Roongroj
16. Chokchai Chockvivat
17. Choochai Prakanchai "The Adornis of the Ring"
18. Coban Lookchaomaesaitong
19. Danchai Yontrakit
20. Daomai Sithkodom
21. Daorung Chuvatana
22. Dawthong Chuvatana
23. Dejrit Itti-anuchit
24. Denkaosan Kaovichit
25. Dieselnoi Chor Thanasukarn
26. Duangpetch Saengmorakot
27. Ekawit Singchachawan
28. Fasuchon Sit Or
29. Gaensak Sor Ploenchit
30. Ginggaew Bangyeekhan
31. Huasai Sittiboonlert
32. Jaroensap Kiatbanchong
33. Jongsanan "Wooden Man"
34. Kaaj Chartbandit
35. Kaolan Kaowichit
36. Kaopong Sittichoochai
37. Kaoponglek Luksuratham
38. Kaosod Sitpraprom
39. Khaokor Galaxy
40. Kiatchai 13 Riantower
41. Kompayak Porpramook
42. Kongdej Lookbangplasoi
43. Kongthawat Sorkitti
44. Kongthoranee Payakarun
45. Koon Motma (Chana Porpaoin)
46. Kularbdang Kiatkrerin
47. Langsuan "Mr. Mean"
48. Langsuan Panyuthapoom
49. Linglom Chaweewong
50. Linglom Por Tawatchai
51. Lug Sid Chuntong
52. Medgoen Singsurat
53. Mingmuangnoi Lookchaopormahe
54. Mongkoldej Pitakchai
55. Montsayarm Haw Mahachai
56. Muangchai Kittikasem
57. Muen Muay Man Mudh
58. Muen Muay Mee Chue
59. Munchai Rorfortor
60. Nai Khanom Tom
61. Namkhabuan "Ring Genius"
62. Namsaknoi Yuthkarnkamthon
63. Nanfah Seharadecho
64. Napapol Kiatisakchokchai
65. Narong Throngmangee (Apidej Sithiran)
66. Narongnoi Kiatbandhit
67. Netrnoi Sor Vorasingh
68. Noi Sakornpitak
69. Nonekai Sor Prapassorn
70. NongO Sit Or
71. Noree Jockygym Meekhunapparp
72. Nuarthoranee "The Force"
73. Nungdiaw Sakcharuporn
74. Orono Por Muangubon
75. Padejsuek Pisanurachan
76. Pae Lieng Prasert
77. Panieng Poontarat
78. Panomthuanlek 5 Palang
79. Payao Poontarat
80. Phra Chao Suua “The Tiger King”
81. Phrayaa Phichai
82. Pichitnoi Sitbangprachan
83. Pohsai Sittiboonlert
84. Pol Prapradang "The Wild Boar"
85. Pom Pet " The Black Superman"
86. Pone Kingpetch
87. Pongpan Sorphayathai
88. Pongsaklek Wonjongkam
89. Poodpardnoi Worawoot "The Golden Ankle Boxer"
90. Poonsawat Kratingdaenggym
91. Poot Lorlek
92. Pornsawan Charoen
93. Pornthavee Sithfaidang
94. Pramuansak Posuwan
95. Prasert Sor Sor
96. Prasit Chomseemek
97. Prawet Singwangcha
98. Prayuth Udomsak "The Simok Horse"
99. Przemek Saleta
100. Pudpad Noy Worawoot
101. Puntip Keosuriya
102. Rambo "Pongsiri Por Pongsawang"
103. Ramon Dekker
104. Ratanachai Sor Vorapin Pothang
105. Ratanapol Sor Vorapin
106. Rob Kaman
107. Ronnie Green "Machine Gun Ron"
108. Saen Sor Ploenchit
109. Saengmuangnoi Lukchapormasak
110. Saengthien Noi "Deadly Kisser"
111. Saenmuangnoi Lukjaophomehesak
112. Sairung Suwanasil
113. Sakad Petchyindee
114. Sakchai Nagapayak
115. SakmongKhong
116. Sakmongkol Singmanasak
117. Saman Dilokwilas
118. Saman Sorjaturong
119. Samart Payakaroon
120. Samart Sorndaeng
121. Samransak Singmanassak
122. Samyar Singsorntorn
123. Sanchai Sor Kingstar
124. Sinbi Taewoong
125. Singdam Kiatmuu 9
126. Singnum Chuwatana
127. Sirimongkol Singwangcha
128. Somdej Yontarakit (Samruoy Thanee)
129. Sompong Vechasit
130. Sompong Wetchasit (Nai Malaya)
131. Somsak Sithchatchawal
132. Sook Prasarthinpimai "Yak Pikamod"
133. Sorasak Sor Lookbukalo
134. Sornpichai Kratingdaenggym
135. Sot Chitalada
136. Srimuang Intarayot
137. Suleman Itti Aanuchit
138. Surachai Looksurin
139. Surachai Saengmorakot
140. Suriya Corveego
141. Suwan Vechasit
142. Tampetch Sor Sakulpan
143. Tawan Wongtevet
144. Tawee Jaimeeboon
145. Teerapong Distar Kaewnongsamet
146. Thanomchit Sukhothai
147. Thanomsak Sithbaobay
148. Therdkiat "The Tactician"
149. Thongchai Tor Silachai
150. Torsak Pongsupa
151. Veeranid Charoenmuang
152. Veeraphol Nakornluang Sahaprom
153. Vicharnnoi Porntawee "The Immortal Boxer"
154. Wandee Singwangcha
155. Wangjannoi Sor Palangchai
156. Wangwon Lookmatulee
157. Wongchan Noi "Wonderman"
158. Yoddamrong Sithyodthong
159. Yodsanan Sor Nanthachai (3-K Battery)
160. Yokthai Sithoar

23 Februari 2010

Kelab tomoi di Kelantan

Berikut disenaraikan kelab tomoi yang ada di Kelantan. Terdapat beratus kelab yang berdaftar dengan Persatuan Boksing Kelantan tetapi kelab yang disenaraikan ini dianggap aktif kerana sering menghantar petinjunya bertanding di seluruh negeri Kelantan.

Kelab Raja Dangdut
Kampung Melawi,
Bachok, Kelantan

Kelab Rajawali
Kampung Melawi
Bachok, Kelantan

Kelab Raja Jerung
Kampung Teluk Jering
Tumpat, Kelantan

Ris Sri Payung
Kampung Bunut Payong
Kota Bharu Kelantan

M-150
Kampung Padang Bongor
Kota Bharu, Kelantan

Kelab Tomoi B-13
Taman Rantau Mas
Rantau Panjang,
Kelantan

Black Tiger
Kampung Gong Kua
16800 Pasir Puteh
Kelantan

Salsaloon
Kampung Nara
16800 Pasir Puteh, Kelantan

Rakib Ahmad (Kib Boxing)
A1, Malin Jaya Setia
17200 Rantau Panjang
Kelantan

22 Februari 2010

Muay Thai lawan Kickboxing

Muay Thai ialah seni tempur yang menggunakan 8 anggota badan sebagai senjata, kurang satu berbanding Lethwei Burma yang turut menggunakan kepala. Kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata. Kickboxing ialah hasil inovasi pakar beladiri karate kerana kecewa dengan teknik dalam beladiri itu. Muay Thai pula berasal dari ilmu perang kuno Muay Boran. Ini sama dengan Bruce Lee yang mencipta Jeet Kune Do kerana kecewa dengan kungfu Wing Chun.

Kickboxing mempunyai undang-undang yang lebih ketat berbanding Muay Thai. Kawasan serangan hanya pinggang ke atas, tetapi dalam Muay Thai hanya kawasan kemaluan dilarang. Ramai petinju Muay Thai beralih kepada tinju Barat untuk memantapkan teknik tumbukan mereka seperti Chuck Liddel (juara UFC dan jurulatih MMA rancangan UFC). Secara dasarnya, petinju Muay Thai lebih lasak berbanding kickboxer kerana corak latihan yang berbeza.

Ramai kickboxer seperti Benny Urguidez, Don Wilson, Bill Wallace tewas bila berdepan petinju Muay Thai. Sekiranya kita menonton perlawanan Muay Thai di Eropah, mereka turut melarang penggunaan siku. Mungkin kerana teknik ini sukar dijangka dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk kepada peserta. Petinju Muay Thai yang sejati juga tidak akan terhinjut-hinjut ala hip-hop seperti sesetengah kickboxer. Oleh sebab tradisi pertarungan Muay Boran masih dikekalkan, nak muay bergerak dengan berseni tetapi teknik serangan amat kuat.

13 Februari 2010

Muay Thai lawan Silat ep.1

Apakah kesudahannya jika dua ahli ilmu tempur paling ganas di dunia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?

Muay Thai ialah sejenis sukan yang berasal dari ilmu perang Krabi Krabong, manakala Pencak Silat masih diwarisi dalam bentuk tradisi.

Mungkin Muay Thai ialah sukan tempur paling realistik tetapi terdapat pelbagai aliran silat yang masih mengamalkan latihan tempur bersenjata secara realistik. Jika dipertemukan dua jaguh ini, peluang petinju Muay Thai untuk menang agak tipis, tetapi bagaimana jika pertarungan ini berlaku tanpa senjata?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan saya lakukan jika terpaksa berhadapan dengan pesilat yang berpengalaman. Sebagai pengamal kedua-dua ilmu tempur ini, saya tidak akan masuk bertempur dengan pesilat jika diajak berlawan di dalam sungai, di dalam sawah atau di atas lantai yang licin. Pesilat tidak kira apa jua keadaan tetap boleh bertarung menggunakan teknik tertentu.

Dan jika saya diajak bertempur dengan petinju Muay Thai dengan menggunakan teknik silat, saya tidak akan menyahut cabaran itu sekiranya diminta berlawan dalam gelanggang Muay Thai seperti yang dilakukan oleh ahli Kung Fu dan Karate tidak lama dahulu. Berlawan dengan petinju Muay Thai dalam gelanggang mengikut undang-undang Muay Thai ibarat melawan buaya dalam lubuknya. Pesilat yang tidak mengenali kelebihan gelanggang akan mudah ditewaskan. Saya lebih rela bertarung dengannya di luar gelanggang tanpa sebarang undang-undang.

Mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.

Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.

Jika bertempur jarak jauh, petinju Muay Thai hanya bergantung kepada dua jenis sepakan, iaitu sepak layang tulang kering dan tendang lurus. Walaupun silat mempunyai teknik sepakan yang pelbagai, dua teknik Muay Thai ini ialah teknik yang mudah dan semula jadi. Latihan menggunakan beg berat setiap hari membentuk sepakan yang mampu mematahkan apa sahaja halangan di hadapan.

Satu kelebihan petinju Muay Thai ialah mereka tidak akan berundur walaupun dihukum bertubi-tubi. Hati keras dan tubuh sasa menjadi aset untuk menahan sakit. Berlawanan siapa lebih keras dan siapa lebih tahan sakit ialah taktik yang kurang baik bagi pesilat.

Elakkan menjadi sasaran sepak layang tulang kering petinju Muay Thai. Lebih elok pesilat mengelak daripada menangkis teknik ini. Teknik plam (clinch) sangat gemar digunakan oleh petinju Muay Thai untuk membinasakan lawan dengan cepat. Apabila leher dipaut, petinju akan menghujani pesilat dengan hentakan lutut yang berbahaya. Bukan mudah melepaskan diri daripada perangkap ini. Hanya mereka yang mempelajari Muay Thai yang tahu membuka kunci ini.

Walaupun diakui berbahaya dan paling sofistikated, teknik lutut Muay Thai membuka bahagian sulitnya untuk menjadi sasaran pesilat. Pukulan ke bahagian sulit diikuti sendi lutut mampu melepaskan pesilat daripada teknik berbahaya ini. Lupakan bahagian kakinya kerana peninju Muay Thai mempunyai sepasang kaki yang mantap. Ingat, mata, halkum, bahagian sulit, lutut dan buku lali ialah sasaran utama pesilat apabila berhadapan dengan petinju Muay Thai.

Namun jika pesilat sempat menangkap sepakan petinju, segera humbankannya ke bumi dan terus menguncinya kerana petinju Muay Thai tidak gemar bertarung di lantai.

11 Februari 2010

Falsafah Nak Muay (1)

Satu kelebihan ahli Muay Thai ialah mereka hidup dalam dunia realiti. Mereka tahu tiada siapa yang gagah dan sentiasa menang. Setiap kali mereka bertarung, mereka terdedah pada pukulan kaki dan tangan yang berbahaya. Petua utama ialah mengurangkan keberkesanan teknik lawan dan mempertingkat keberkesanan teknik sendiri. Seorang petinju berpengalaman pun sedar, jika nasibnya kurang baik, teknik lawan mampu melintasi pertahanan dan mungkin menewaskannya. Oleh itu petinju Muay Thai sejati ialah individu yang sentiasa merendahkan diri dan menghormati antara satu sama lain.


08 Februari 2010

Undangan Perkahwinan

Cikgu mengundang semua kenalan dan pengikut setia blog Boksing Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Cikgu yang akan berlangsung pada 17 dan 19 Mac ini. Kehadiran anda adakan menyerikan lagi majlis yang diadakan secara sederhana ini. (Klik di kad untuk melihat dengan lebih jelas)

Monument of ego

Menjadi antara pengasas kelab Kawanboxx merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai. Selepas dilancarkan di Dewan Gemilang Universiti Malaya, Kawanboxx telah menjadi satu entiti penting dalam penganjuran kejohanan tomoi di Malaysia. Pendek kata, di mana ada tomoi, di situ ada Kawanboxx.

Pengalaman pertama Cikgu bersama Kawanboxx ialah semasa Kejohanan Piala Sultan Kelantan pada November 2008. Di situ barulah Cikgu dapat bertemu dengan ahli Kawanboxx yang lain memandangkan sebelum ini kami cuma bertemu di alam maya. Tinggal di dalam Hotel Riddle di tepian Sungai Kelantan bersama rakan yang meminati sukan yang sama ialah pengalaman indah.

Dari situlah gelaran Cikgukacak timbul. Sebelum itu, ahli Kawanboxx memanggil Cikgu dengan gelaran "monument of ego". Cikgu kurang pasti apakah maksudnya, tapi berdasarkan kefahaman Cikgu, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mereka. Fikir-fikirkanlah apa maksudnya.

05 Februari 2010

Tebeng

Selain pelekat gu, salah satu keunikan perlawanan tomoi di Kelantan ialah tebeng. Tebeng yang bermaksud peraga, pamer atau tunjuk dilakukan apabila lawan petinju yang bertanding tidak hadir ke gelanggang selepas dipanggil tiga kali. Kebiasaannya lawan menarik diri pada saat-saat akhir tetapi tidak memaklumkan kepada penganjur. Untuk berlaku adil kepada petinju dan penonton yang membayar tiket, penganjur akan melakukan tebeng.

Juruacara akan mempelawa mana-mana penonton yang berminat untuk berlawan naik ke gelanggang selepas menebeng petinju yang berkenaan. Selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua petinju, barulah perlawanan diadakan. Oleh sebab kebanyakan penonton terdiri daripada nak muay juga, penganjur tidak pernah menghadapi masalah mencari pengganti petinju yang tidak hadir.

02 Februari 2010

Muay Thai selamat

Kebanyakan ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka belajar tomoi kerana beranggapan seni mempertahankan diri ini ganas dan tidak selamat. Kaedah pengajaran tomoi pada masa kini sudah tidak sama lagi dengan kaedah yang digunapakai oleh jurulatih pada masa lalu.

Di Kem Sitkrumat, pelatih diberi perlindungan yang secukupnya semasa latihan sparring. Tomoi sudah diakui oleh ramai pakar kesihatan sebagai sukan yang lebih selamat berbanding bola sepak atau gimnastik. Perlawanan tomoi yang diadakan di stadium atau dewan orang ramai juga tidak pernah dicemari dengan insiden pergaduhan seperti yang kita lihat dalam sukan bola sepak.

31 Januari 2010

Sitkrumat dalam Sinar

Temuramah wartawan Sinar Harian dengan pelatih Sitkrumat.

http:www/sinarharian.com.my/kelantan/content/story5252836.asp

27 Januari 2010

Kekuatan Muay Thai terbukti

Tumbuk silang (cross) merupakan salah satu teknik asas dalam Muay Thai. Teknik yang dipinjam daripada tinju barat ini mempunyai daya lejangan 110km/jam dengan kekuatan 1000 paun. Berbanding dengan tumbukan Kung Fu yang mempunyai kekuatan 600 paun dan tumbuk lurus Karate 816 paun, tumbuk silang Muay Thai boleh menyebabkan konkusi otak.

Tendangan belakang Taekwondo yang terkenal sering memberi mata kemenangan kepada atletnya mempunyai kekuatan 1500 paun, belum cukup untuk menyebabkan lawan tumbang. Tendangan dua kaki Kung Fu pula sekadar 1000 paun menyebabkan lawannya masih mampu berdiri selepas serangan. Tetapi teknik yang paling berbahaya dalam semua jenis serangan kaki ialah lutut Muay Thai dengan kekuatan 3000 paun. Teknik yang menyamai hentakan kereta dalam kemalangan 35km/j ini boleh menyebabkan lawan tidak dapat bernafas dengan betul kerana diafragma membengkak. Dalam bahasa perubatan, doktor memanggilnya konkusi yang parah. Dalam Muay Thai, kami memanggilnya “K.O”.

25 Januari 2010

Kepentingan air

Lebih daripada 66% berat badan kita berdasarkan air dalam tubuh. Untuk terus menghidratkan tubuh, kita perlukan 7-8 gelas air sehari. Air tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menurunkan atau menaikkan berat badan. Walaupun anda minum 500 ml air, berat badan akan bertambah 500 gm cuma sementara sahaja. Air dalam tubuh hanya untuk mengekalkan hidrasi. Lebihannya dibuang sebagai air kencing atau peluh. Ke mana sahaja Cikgu pergi, tentu akan ada flask air Quantum bersama. Cikgu minum 8 gelas air (bersamaan 3 botol flask) sehari. Anda bagaimana?

14 Januari 2010

Lawan betul-betul

Ramai yang bertanya, apakah yang diberitahu oleh pengadil kepada petinju sebelum memulakan perlawanan. Jawapannya: lawan betul-betul, jangan main kotor, ikut arahan pengadil.

06 Januari 2010

3 dalam 1

Rutin hidup bermula pada pukul 5 pagi. Gosok baju, bercukur, mandi dan bersembahyang Subuh sebelum masak sarapan. Pukul 7 pagi, tugas sebagai guru disiplin bermula. Mengejar murid yang panjat pagar, merokok di blok belakang memang memenatkan. Pukul 3 petang barulah tugas di sekolah berakhir. Pukul 5 petang, Cikgu sudah berada di Taman Rakyat untuk mengajar tomoi. Mujurlah sekarang loket Quantum Pendant dari Fusion Excel membantu memulihkan tenaga dengan cepat. Walaupun seharian tubuh bekerja, Cikgu tidak rasa kepenatan. Sebelum ini, Cikgu akan cepat rasa mengantuk apabila pulang dari latihan. Sekarang, Cikgu mampu menyemak buku latihan murid pada waktu malam sebelum masuk tidur pada pukul 11 malam. Loket ajaib dari Fusion Excel memberi tenaga tiga orang dalam satu tubuh.

Senaman dumbel 4

1. Kaki direndahkan sedikit.
2. Dumbel ditolak ke hadapan. Pastikan guna kekuatan pinggang, bukannya tangan.
3. Dumbel dihalakan ke hadapan.
4. Semasa menghayun, kaki diluruskan. Dumbel menghala lurus ke hadapan.

Senaman Dumbel 3

1. Dumbel diangkat ke atas bahu.
2. Dumbel diturunkan ke bawah.
3. Dumbel dinaikkan ke atas.
4. Dumbel diangkat melebihi paras kepala.
5. Dumbel diturunkan semula.

Senaman Dumbel 2

1. Dumbel dipegang separas bahu.
2. Dumbel ditolak ke atas sehingga tangan lurus.

Senaman Dumbel

Bagi latihan menguatkan otot bahu, senaman menggunakan dumbel ialah pilihan yang paling sesuai dan diamalkan oleh semua kem Muay Thai di Thailand. Kem Sitkrumat kali ini memaparkan senaman bahu menggunakan dumbel bersaiz 5 kg.
1. Dumbel dipegang separas bahu.
2. Dumbel ditolak ke hadapan.
3. Tangan diluruskan semasa menolak.

05 Januari 2010

Kiraan Lapan

1. Dalam gelanggang terdapat empat penjuru, iaitu merah, biru dan dua penjuru putih.

2. Penjuru putih ialah zon bebas. Selepas petinju tumbang, lawannya akan diminta oleh pengadil
ke penjuru putih.

3. Bagi setiap jatuhan, pengadil akan membuat kiraan. Jika petinju tidak mampu bangun selepas kiraan sepuluh, kemenangan KO akan diberikan kepada lawannya. Jika petinju bangun selepas terkena serangan yang teruk, kiraan lapan akan dilakukan oleh pengadil

4. Jatuh terduduk tidak dikira sebagai jatuhan kerana petinju mungkin tersilap langkah.

5. Sekiranya petinju jatuh semasa plam, 2 poin akan ditolak dari kad skornya.

6. Bagi setiap kiraan lapan, dua poin akan ditolak.

7. Biasanya kedua-dua petinju akan mendapat 9-9 semasa pusingan pertama.

8. Poin tidak dikira jika kalah KO.

Teknik Asas Tomoi

Mulai minggu ini, Boksing Kelantan akan memaparkan teknik asas, pertengahan dan pakar kepada peminat. Dalam posting kali ini, Shafiq Sitkrumat menunjukkan 11 teknik asas dalam tomoi.

Kedudukan bersedia/Sikap pasang

Tumbuk lurus / jab

Tumbuk silang / cross

Tumbuk cangkuk / hook

Tumbuk sauk / uppercut

Sepak layang tulang kering / roundhouse kick

Tendang lurus / teep / foot thrust kick

Lutut lurus / kao tone

Lutut sisi / kao la

Siku layang / diagonal elbow

Siku timbul / rising elbow

31 Disember 2009

Keliru tentang peraturan

Ada satu cerita tentang perlawanan anjuran promoter Suek Wan Bunya di Stadium Lumpini pada 11 Mac 2008. Ceritanya tentang Pansak Luk Bor Kor, petinju yang paling digeruni di Lumpini yang dibelasah teruk selama 45 saat di penjurunya oleh Kaew Fairtex. Akhirnya dia tumbang di atas kanvas.

Kebanyakan peminat Pansak menjerit kepada pengadil perlawanan, Mejar Teera Naowangwara agar membuat kiraan lapan ketika Pansak masih mampu berdiri. Penonton beranggapan, sekiranya pengadil mengira, Pansak mungkin boleh bertarung lagi. Ramai beranggapan pengadil membuat keputusan yang silap. Sebenarnya, pengadil menjalankan tugasnya dengan betul, mengikut satu-persatu undang-undang perlawanan Muay Thai yang sebenar.

Peraturan menyatakan, petinju hanya boleh dibilang sekiranya dia tumbang di atas kanvas. Peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan Thailand menyatakan maksud “tumbang” ialah:

Kedua-dua belah tangan di atas kanvas; lutut di atas kanvas; terbaring sama ada tertiarap atau terlentang; atau tersadai di atas tali gelanggang. Terdapat kekecualian juga, iaitu pengadil boleh menghentikan perlawanan tanpa kiraan sekiranya petinju dibelasah tanpa mampu melawan balik. Keadaan ini menyebabkan petinju berdepan dengan kecederaan serius.

Banyak peraturan dalam Muay Thai yang perlu dibincangkan untuk pengetahuan umum. Sukan Muay Thai kini menjadi sukan standard yang bukan sahaja ditonton oleh golongan kelas rendah, tetapi kini turut menjadi kegemaran golongan elit.

23 Disember 2009

Loket ajaib Superbpendant

Loket Superbpendant telah menjadi pilihan jagoan Boxxwarriors sejak dua tahun lalu. Loket yang diperbuat daripada batu lahar gunung berapi ini terbukti berkesan memberi tenaga tambahan luar biasa dan memulihkan tubuh daripada sebarang kecederaan dalaman akibat latihan atau perlawanan. Kini, syarikat pembekal Superbpendant, FusionExcel mengadakan jualan akhir tahun dengan tawaran terhebat. Hubungi En. Baahir, 019-3386369. Untuk rekod, En. Baahir ialah pelatih di Boxxwarriors Kulim, Kedah.

Juara Kelantan dan jurulatih Boxxwarriors Ampang, Eddie Selindang Kuning antara pengguna loket Superbpendant.

2010

Tahun 2010 akan menjadi tahun paling mencabar Cikgu dalam menguruskanKem Sitkrumat di samping mengajar kelas peperiksaan di SMK Kampong Jawa, Klang. Pertambahan ahli memaksa Cikgu menambah kelengkapan latihan seperti pao dan glove. Kini, Sitkrumat mampu menampung 20 pelatih pada satu-satu masa dengan pertambahan kelengkapan latihan dan pembantu jurulatih yang baru diberi tauliah mengajar.

Cikgu juga merangka pelan jangka panjang untuk pelatih Sitkrumat agar mereka mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ahmad Yusof (Pak Mat Siku Kapak). Kini, Sitkrumat ditaja oleh FusionExcel selaku penyedia alat tenaga alternatif yang sangat diperlukan oleh jurulatih Sitkrumat.

21 Disember 2009

Jurnal Saenchai

Isaan, sebuah kawasan di Timur Laut Thailand yang jarang dilawati pelancong kerana keadaan ekonomi dan sosial yang daif. Bagaimanapun, dalam dunia Muay Thai, Isaan ialah lubuk bagi mencari jagoan. Yodsanklai, Malaipet, Anuwat (sekadar menyebut beberapa nama) ialah jaguh Muay Thai kelahiran bahagian paling miskin dalam negara Thai ini.

Melihat sendiri kehidupan petinju di Isaan menyedarkan kita bahawa kecekalan hati manusia mampu mengatasi apa jua halangan. Dengan keadaan kem yang serba daif, kita tertanya-tanya bagaimana mereka mampu mengecapi kejayaan luar biasa di Lumpini. Kebanyakan pelatihnya terdiri daripada kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa sejak kecil lagi bagi membela nasib keluarga yang majoritinya bekerja sebagai petani. Seorang petinju yang berlatih di Chiwat Gym, Tong Chai dihantar oleh ibunya, seorang ibu tunggal ketika dia berusia 10 tahun. Walaupun baru berusia 13 tahun, kanak-kanak ini sudah menyertai 150 perlawanan dengan 120 kemenangan.

Menurut pemilik gim, J. Chiwat, beliau menguruskan gim ini menggunakan duit hadiah perlawanan. 50 peratus akan diberikan kepada petinju manakala 50 peratus lagi disimpan untuk kegunaan gim. Kebanyakan gim di Thailand hanya memberikan 30 peratus hadiah kemenangan kepada petinju dan jumlah 50 peratus itu sudah dikira terlalu banyak.

Persekitaran gim di sini tidak seperti yang biasa kita lihat di Bangkok atau selatan Thai. Petinju di sini berkongsi sebuah bilik untuk lima orang. Hanya ada sebuah bilik air bagi menampung 30 pelatih. Bagaimanapun bilik air ini dilengkapi dengan kolah yang besar untuk memudahkan semua petinju mandi pada satu-satu masa.

Dikejutkan seawal 5 pagi untuk jogging pada mulanya mengganggu rutin tidur kita yang biasa bangun pukul 7 pagi. Selepas membasuh muka, semua pelatih bersiap dengan track suit yang kelihatan agak lusuh. Selepas jogging, latihan dimulakan dengan skipping atau menghenjut di atas tayar. Kemudian latihan disusuli dengan shadow boxing di hadapan cermin yang besar. Selepas itu barulah pelatih mula menumbuk dan menendang punching bag selama lima minit sebanyak lima pusingan. Kru akan menjerit sekiranya pelatih menumbuk perlahan atau berhenti kerana penat.

Setiap pelatih akan dipanggil bagi latihan pao bersama kru. Latihan pao boleh membuatkan pelatih kehausan walaupun baru berlatih selama 10 minit. Selepas itu, semua pelatih diminta sparring bersama rakan sepelatih atau kru yang diadakan di atas gelanggang selama 5 minit sebanyak 5 pusingan. Latihan terakhir ialah plam (clinching) bersama rakan sepelatih. Bagi menyejukkkan tubuh, ada petinju yang mengangkat berat, dan mengetuk pao ke perut.

Pada pukul 9 pagi, barulah pelatih dapat bersarapan bersama-sama. Selepas bersarapan, pelatih dibenarkan berehat. Ada yang tidur dan ada yang bersiar-siar. Pada sebelah petang, latihan disambung semula. Berlari dengan hanya berseluar tomoi tidak berbaju melewati kedai dan taman perumahan membuatkan kita malu apabila diperhatikan.

Jika anda ingin mencari kelainan belajar Muay Thai, berkunjunglah ke gim yang tidak diuruskan oleh orang Barat. Walaupun tidak mempunyai kemudahan yang sempurna, gim yang diuruskan oleh bekas nak muay Thai ini mengajar anda menghayati semangat sejati nak muay, sama seperti samurai yang mengamalkan bushido. Pengalaman di Isaan lebih berharga daripada belajar di gim yang dicadangkan oleh syarikat pelancongan seperti Kaewsamrit, Fairtex, True Bee dan WMC – Saenchai Somphon, Narathiwat.

Saenchai Somphon, bekas pelatih Chiwat Gym ialah kenalan Cikgu yang pernah melancong ke Isaan pada tahun 2008.