26 April 2010

Body shot

“Musnahkan tubuhnya dulu, dan kepala akan tumbang sendiri” ialah kata-kata nasihat yang selalu diberi oleh setiap jurulatih. Ramai petinju tidak pasti sebab jurulatihnya berkata sedemikian. Jika dikaji secara sains, terdapat tiga titik sentuhan paling lemah di tubuh manusia, iaitu hati, pleksus solar, dan tulang rusuk atas.

Body shot yang selalu digunakan oleh petinju profesional dan amatur merupakan teknik yang selalu menyebabkan K.O. Saraf parasimpatetik akan mengecut menyebabkan tubuh menjadi lemah. Keadaan inilah yang menyebabkan manusia biasa berasa cepat mengantuk jika perutnya kenyang.

Dalam perlawanan, sekiranya petinju ditumbuk atau disepak ke kawasan ini, penghantaran darah ke jantung akan tersekat. Petinju akan pengsan selama beberapa saat akibat kesakitan itu. Petinju yang membuat pemanasan dengan cukup sebelum perlawanan lebih rendah risikonya untuk tumbang berbanding yang tidak melakukan pemanasan. Hormon adrenaline yang dirembeskan akan membantu menahan kesakitan.

Salah seorang petinju yang sering memenangi perlawanan dengan teknik ini ialah Rittadae, Juara WMC Kedah Royal Cup 2009. Ritt ketika ditanya tentang rahsia teknik ini memberitahu, dia sering menonton rakaman perlawanan tinju klasik. Daripada video itulah dia berlatih menjadikan tekniknya sempurna.

Pelajari teknik body shot di Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza pada 1 Mei ini. Penyertaan masih dibuka sekarang sehingga 30 April. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50. Penyertaan terawal akan mendapat t-shirt percuma.

1. Zaim dalam kedudukan bersedia.

2. Zaim melepaskan tumbukan (jab) ke sasaran (hati).

2. Diikuti tumbukan cangkuk (hook) ke rusuk.

24 April 2010

Teknik pao

Pao ialah alat tubi yang paling berkesan untuk melatih ketepatan, kekuatan dan rentak tempur pelatih. Jurulatih akan bergerak seolah-olah lawan sebenar sambil petinju mengikut pergerakan pao. Jurulatih yang berpengalaman boleh membuatkan pelatih yang kurang pengalaman muntah dalam masa tiga minit sahaja.

Pao yang berkualiti dapat menyerap hentakan dengan bagus dan mengelakkan jurulatih tercedera. Ketika menggunakan pao, pastikan jurulatih memakai pelindung perut. Kadangkala ada pukulan yang tergelincir dan membaham tubuh jurulatih. Pao yang sesuai untuk latihan berukuran 16 inci panjang, 8 inci lebar dan tebalnya mestilah 4 inci. Pao yang diperbuat daripada kulit biasanya dapat bertahan selama 5-6 tahun walaupun kerap digunakan.

Pao dari Thailand dibuat dengan beberapa lapisan getah busa lembut berkualiti tinggi dan dihasilkan secara tradisional (buatan tangan) oleh pengeluar terkenal seperti MTG, Twins dan Muay Thai.

Pelajari teknik memegang pao dan kombinasi serangan pao di Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza pada 1 Mei ini. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 30 April 2010. Bayaran pendaftaran sebanyak RM50 boleh dilakukan kepada Cikgu melalui pindahan wang ke akaun CIMB 16010011501521 (Raja Ahmad Talmizi). T-shirt percuma jika anda mendaftar sebelum 26 April. Setiap peserta akan mendapat door gift tajaan Syarikat Rashirah Trading dan Boxxtomoi Shoppe.

20 April 2010

Promosi dalam Sinar

Terima kasih kepada wartawan Sinar Harian, Cik Nor Suziyannie Mat Noor kerana menyiarkan promosi bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing dalam akhbar berkenaan pada Sabtu yang lalu.

19 April 2010

Plam (Muay Thai clinch)

Plam ialah kemahiran bertarung jarak dekat dalam Muay Thai. Semasa melakukan plam, leher lawan dikepit dengan kedua-dua belah tangan. Tangan petinju tidak digenggam semasa memaut sebaliknya dirapatkan seperti menadah tangan dan diletakkan di belakang kepala. Kepala lawan akan ditarik ke dada. Selain kepala, lengan dan pinggang juga menjadi sasaran untuk menumbangkan lawan.
Tubuh lawan akan dihayunkan dengan kuat ke kiri atau kanan bagi menghilangkan keseimbangan bertahannya namun petinju dilarang mengangkat dan menghempaskan lawan ke lantai. Cuma mereka yang mempelajari Muay Thai sahaja yang tahu membuka kunci teknik ini. Teknik plam seringkali disusuli dengan serangan siku, lutut, teknik sapuan, dan lemparan. Peninju juga menggunakan teknik bergelut sekiranya keletihan atau tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi terhadap lawannya. 2 poin akan ditolak bagi setiap jatuhan.
Teknik plam hanya ada dalam Muay Thai dan cuma diajar kepada pelatih yang berpotensi naik gelanggang. Jika anda menyertai bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing, anda tidak perlu menjadi petinju profesional untuk mempelajarinya. Pelajari teknik plam bersama Kru Robbana, pakar plam yang sering menumbangkan lawannya dengan teknik ajaib ini.

18 April 2010

Ranking Thailand

Berikut ialah senarai kedudukan terbaru petinju Muay Thai seluruh Thailand.

Minimum weight (tidak melebihi 105 lbs)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Phetmorakot Teded 99
1. Thanusuklak Or Khwanmueang
2. Wanchai Sor.Kittisak
3. Yodnguen Tor.Chalermchai
4. Moo 4 Sit.Thor
5. Palungpon Piriyanoppachai
6. Petjing Wor.Sungprapai
7. Werachai Wor.Wiwattananont
8. Pompean Kiatchongkao
9. Chockchuay Petsirigym
10. Grangprixnoi Dernaimukdaharn

Light-flier weight (tidak melebihi 108 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Nongbonlek Sitmutoo
1. Ponkrit Namplatrahoimuk
2. Payaknum Sitniwat
3. Khunsuek P.N.Gym
4. Lamnumkong Sakchaichote
5. Sudpatapi Detrat
6. Kaensak Sit. Sor.Kor
7. Wanchalong Sitzornong
8. Legkom Sor Wongsawas
9. Wungprai Kiatprapat
10. Ekmongkon Por.Samarncha

Flier weight (tidak melebihi 112 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Rungphet Wor.Sungprapai
1. Kitti Kiatprapat
2. Chatchai Sor.Tanayong
3. Norasing Loogbanyai
4. Doungpikard Kor.Sapaotong
5. Daoden Singclongsi
6. Nongnan Kiatprathum
7. Payaknoi Wor Wiwatnanon
8. Jingreedtong Twinspecial
9. Yodprabsuek Sittanaiodd
10. Bunluedet Sor.Prasobchock

Super-flier weight (tidak melebihi 115 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Khunponjew Saengsawangpanpla
1. Kaimukdam Pomkhwannarong
2. Wanchailek Kiatpukham
3. Looknimit Singclongsi
4. Pornmongkon Sakhiranchai
5. Doungpichid Or.Siripon
6. Nongbear Chockngarmwong
7. Chartshynoi Sor.Prasobchock
8. Singdam Chockganna
9. Rungpet Wor.Sungprapai
10. Teinchai Kor.Sapaotong

Bantam weight (tidak melebihi 118 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Wutidech Loogprabath
1. Pakon Sakyotin
2. Lekkla Tanasuranakon
3. Rungrueanglak Lukprabath
4. Fahsung Petjaopraya
5. Rungrat Naratreekoon
6. Prab Kaiyarnghadaogym
7. Phetsiri Por.Siripong
8. Chatchainoi Gardenseaview
9. Penek Sitnoommnoi
10. Mekpayak Looghounghin

Super-bantam weight (tidak melebihi 122 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Kungwanlek Petyindee
1. Sam A. Thor.Rattanakiat
2. Tong Lookmakhamwan
3. Pinsiam Sor Amnuaysirichok
4. Phetthavee Sor Kittichai
5. Werayuth Loogpetnoi
6. Palungtip Kor.Sapaotong
7. Pornsanae Dungdungkungkata
8. Wanchalerm Sitzornong
9. Saenkeng Jor.Nopparat
10. Dechnarong Sitjaboon

Feather weight (tidak melebihi 126 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Singdam Kiatmoo 9
1. Petboonchu F.A.Group
2. Parnphet Chor.Na.Patalung
3. Singtongnoi Por Telakoon
4. Jomtong Chuwattana
5. Famai Skindewgym
6. Rungruangchai Daosriburi
7. Traijak Sitjomtrai
8. Anuwat Keawsamrit
9. Mongkonchai Petsupapan
10. Yodsuper Peanratana

Super-feather weight (tidak melebihi 130 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Dokmaipa Wor Sungprapai
1. Seanchai Sor Kingstar
2. Nong O. Sit Or.
3. Nongbee Kiatyongyuth
4. Kaew Fairtex
5. Lerdsila Chumpairtour
6. Chock Eminentair
7. Yutthajak Kaewsamrit
8. Kompayak Beamdesign
9. Daopraky Sor.Sommai
10. Yodbuangarm Lookbaanyai

Light weight (tidak melebihi 135 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Noppadeat Sengsimaewgym
1. Duangsompong Kor Sapaothong
2. Jaroenchai Kezagym
3. Tuantong Chartchatree
4. Puja Sor.Suwannee
5. Phetmankong Phetfergus
6. Singpetnoi Werayotin
7. Nertoranee Sitniwat
8. Phetsanguan Sitniwat
9. Fahsura Wor Phetpoon
10. Orono Or.Kwanmuang

Super-light weight (tidak melebihi 140 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Petaswin Seatranferry
1. Singmanee Sor Srisompong
2. Yodkhunpon Sor Monkkongate
3. Lomesarn Sor.Chockkitchai
4. Sirimongkon Sakoonrattana
5. Aphidet Sor Pojanee
6. Vittayanoi Sitkuanaim
7. Lerdmongkon S.Tantip
8. Lompayu Kiatpakin
9. Charngperk Or.Boonlerd
10. Kongpipop Kingboxinggym

Super-weather weight (tidak melebihi 154 lbs.)

Juara: Tiada
1. Desellak Lakrungruangyon
2. Kem Fairtex
3. Prakaisang Sit Or
4. Nungjakgrawan O.Srisomboon
5. Bigben ChorPraram6
6. Lamsongkarm Shuwattana
7. Singyok Sor.Sisan
8. Rambo Panyatip
9. Singyok Sor.Seesan
10. Soonsakon Sor Klinmee

17 April 2010

Mongkon Diraja

Atas titah Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah, mongkon Muay Boran khas telah disiapkan oleh Cikgu semalam. Mongkon yang dibuat berdasarkan warna bendera negeri Perak, tanah naungan Y.A.M. Ku Ess ini dibuat daripada tali nilon berkualiti tinggi. Bagi menyiapkan mongkon ini, 3 jam masa diperlukan untuk memintal tali nilon.

13 April 2010

Bengkel Muay Thai

Sukan Muay Thai boleh dikatakan masih agak baru bagi warga kota. Walaupun penganjur seperti MIG Group dan Boxx Event sering menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di sini, sambutan yang diterima tidak menggalakkan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan. Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.

Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Sitkrumat Klang menganjurkan bengkel Muay Thai di Hotel Sentral, Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.

Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Segala pengalaman jurulatih akan dikongsi dengan peserta. Cikgu selaku Setiausaha Persatuan Gombak akan memberi ceramah ringkas tentang sukan ini sebelum bengkel diteruskan dengan aktiviti mengikut silabus yang ditetapkan oleh persatuan. Yang pastinya setiap peserta akan mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna.
Bengkel ini disokong oleh Persekutuan Muay Thai Malaysia selaku badan tertinggi sukan Muay Thai di Malaysia.

11 April 2010

Will you stand on feet till the end?

Gombak Thai Boxing Association & Sitkrumat Thai Boxing Camp proudly presents 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing Workshop.

Date: 1st May 2010
Time: 9.00 am – 1.00 pm
Location: Sentral Hotel, KL
Cost: Only RM70.00 (free t-shirt)
Dress Code: Athletic attire, Muay Thai shorts
Equipment: Hand wraps, Boxing gloves 12-16oz (optional)
Age: Open to all ages
Close date: 28th April 2010
Contact: Cikgukacak 0199241656.

From learning the mechanics of executing a punch, kick or knee, to setting up a technique to deliver it's maximum power and effectiveness. Learn not only offense techniques but, also defense counters and blocking. All this training plus cardio vascular-endurance training.

Syllabus:
1. Warming up/Stretching
2. Skipping or tyre bounces
3. Shadow Box
4. Drills (Punches, Kicks, Knees, Elbow and Teeps)
5. Basic and Advanced Thai Pad Drills
6. Clinching & Throwing Techniques
7. Ram Muay (Footwork, Rules, Wai Kru, Traditional, Spiritual)
8. Light Contact Sparring
9. Warming down

List of trainer:

1. Kru Kawaw, is an ex-south Thailand and former Lumpini champion, trainer in the art of Muay Thai for many gyms in Thailand. Among his many accomplishments Kru Kawaw participated in over 200 full-contact Muay Thai fights. Don’t miss out on this incredible opportunity to train with him here in KL.

2. Kru Azman, is the founder and president of the Gombak Thai Boxing Association, the oldest and largest Thai Boxing Organization in the Klang Valley to date.

3. Cikgukacak, is the head trainer of Sitkrumat Thai Boxing Camp in Klang, Selangor. He was a contributing trainer for the Klang team since 2008-2009. He is credited as being the first Muay Thai researcher in Malaysia and has been teaching Muay Thai since 2002.

4. Mr. Robbana, is an ex-Malaysian champion and King Cup champion from Kedah.

Send your Name, Address, IC numbers, T-Shirt Size and E-mail Address to greateacheraja@yahoo.co.uk or via SMS 019-92416556.

07 April 2010

Bengkel Thai Kickboxing

Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Tomoi Anak Naga Api dan Sitkrumat akan mengadakan bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing pada 1 Mei 2010 bertempat di Hotel Central, Kuala Lumpur (berdekatan KL Sentral).

Antara jurulatih yang terlibat ialah Kawaw, bekas juara Selatan Thai dan Stadium Lumpini era 90-an, En. Robbana, bekas juara Kedah, En. Azman Abdul, pemegang bengkung kejuaraan Piala Perdana Menteri dan Cikgukacak. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur. Yuran penyertaan hanya RM70.00 (percuma sehelai t-shirt). Bengkel akan diadakan pada pukul 9.30 pagi dan dijangka berakhir pada 1.00 tengah hari.

Peserta cuma perlu memakai seluar Muay Thai atau pakaian yang bersesuaian dengan latihan. Peserta juga digalakkan memakai pembalut tangan (bandage) kerana pihak penganjur hanya menyediakan kelengkapan latihan. Sekiranya ada, peserta boleh membawa glove sendiri bersaiz 12-14 auns.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu latihan asas (beginner), tahap pertengahan (intermediate) dan tahap master. Ajarn Kawaw akan mengendalikan latihan bagi peserta yang sudah mencapai tahap profesional. Penyertaan dibuka sekarang sehingga 28 April 2010. Bayaran pendaftaran boleh dibuat ke akaun CIMB 16010011501521 (Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah). Sila pastikan resit dihantar ke e-mel greateacheraja@yahoo.co.uk atau pada hari pendaftaran peserta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline 019-9241656.

30 Mac 2010

Ranking Lumpini

Berikut ialah senarai ranking petinju di Stadium Lumpini sehingga bulan Mac 2010. Sumber didapati daripada Majalah Muaysiam

Mini-flier weight (tidak melebihi 105 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Wanchai Sor. Kittisak
1. Senkeng Thor. Thongchai
2. Mongkonchai Skindew gym
3. Chaidet Sor.Darnchai
4. Wanheng Meenayothin
5. Wanchai Sor.Kittisak
6. Prakypet Singklongchon
7. Yokvittaya Petsimean
8. Deatsakda Sitsongpinong
9. Mapichit Sitsongpinong
10. Maxky Sor. Suriyannumchock


Light-flier weight (tidak melebihi 108 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Wanchalong Sitzornong
1. Khunsuk P.N. Gym
2. Werachai Wor. Wiwattananont
3. Mootoo Kaiyanghadao gym
4. Chocknumchai Sitjakung
5. Kongprajean Sit Sor. Jor. Laiprajean
6. Kumarntae Lookprabath
7. Sripatanalek Kor.Chaipayom
8. Farrungruang Sor. Poonsawat
9. Ponsawan Por. Pramook


Flier-weight (tidak melebihi 112 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Ekmongkon Kaiyanghadao gym
1. Norasing Lookbaanyai
2. Taisan Chor.Chernyim
3. Supernoi Chor.Patcharapon
4. Ekmongkon Kaiyanghadao gym
5. Chalongchai P.K.P.Sport
6. Kitti Kiatprapat
7. Rung-Ubon Eminentair
8. Daodung Petfergus
9. Komphetnoi Lookprabath
10. Prabsuek Aikchumpon


Super-flier weight (tidak melebihi 115 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Panomrunglek Kiatmoo9
1. Hokoon Sitkuwat
2. Nueangthep Eminentair
3. Ponsawan Lookprabath
4. Amnuaydet Teded99
5. Panomrunglek Kiatmoo9
6. Phetmorakot Teded99
7. Nongbeer Chockngarmwong
8. Chatchai Sor. Tanayong
9. Kaotam Lookprabath
10. Pipatpong Jor. Noparat


Bantam weight (tidak melebihi 118 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Rungruengleg Lookprabath
1. Rungpet Wor. Sungprapai
2. Rittidet Wor. Wanthavee
3. Denchiangkwan Lamtongkanpat
4. Kungwanlek Petyindee
5. Yodpet Sitpadao
6. Yuthachai Kiatpatarapan
7. Kaodang Surapichfarm
8. Muangsi Phumpanmoung
9. Rungphet Wor. Rungnirun
10. Petdam Sitboonmee


Super-bantam weight (tidak melebihi 122 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Sam A. Thor.Rattanakiat
1. Rakkiat Kiatprapat
2. Arwuthlek Wor. Soontonnont
3. Penaik Sitnoomnoi
4. Prab Kaiyanghadaogym
5. Pinsiam Sor Amnuaysirichok
6. Kongsak Sitboonmee
7. Lekkla Tanasuranakon
8. Palungtip Kor. Sapaotong
9. Werayuth Lookpetnoi
10. Senkeng Jor. Nopparat


Feather weight (tidak melebihi 126 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Pornsaneh 13Coin gym
1. Mongkonchai Petsupapan
2. Sitisak Petpayatai
3. F16 Rajanont
4. Anuntachai Lookbaanyai
5. Dokmaipa Wor.Sungprapai
6. Fahmai Skindewgym
7. Jomtong Chuwattana
8. Denkiri Sor. Sommai
9. Yodsuper Peanratana
10. Trijak Sitjomtrai


Super-feather weight (tidak melebihi 130 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Nong-O Sit Or.
1. Petboonchu F.A. Group
2. Superball Loogjaomaesaivaree
3. Arunchai Kiatpatarapan
4. Orono Wor. Phetpoon
5. Nongbee Kiatyongyuth
6. Werayuthlek Himalai gym
7. Pettaksin Sor.Thumpet
8. Panpet Chor.Na Patalung
9. Janrob Sakhomsin
10. Yutthajak Kaewsamrit


Light weight (tidak melebihi 135 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Saketdao Phetphayathai
1. Saenchainoi Phumpanmuang
2. Tukkatatong Siangsimew gym
3. Saenchai Sor. Kingstar
4. Puja Sor.Suwannee
5. Phetmunkong Phetfergus
6. Sitichai Sitsongpinong
7. Singdam Kiatmoo 9
8. Pansak Look Bor.Kor.
9. Daopraky Sor.Sommai
10. Tuantong Phumpanmoung


Super-light weight (tidak melebihi 140 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Kongfah Auddornmueng
1. Saksurin Cafefarsai
2. Doungsompon Kor.Sapaotong
3. Ekusung Kor.Rungtanakiat
4. Sudsakon Sor.Klinmee
5. Noppadeat Saengsimaewgym
6. Samranchai 96Peenung
7. Denial Malamos(France)
8. Camel Jamel(France)
9. Fanio Binga(France)
10. Kengkart Naruepai


Weather weight (tidak melebihi 147 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Thanongdeth Chengzimaiw gym
1. Prakaisang Sit Or
2. Kem Fairtex
3. Bigben Jor Rajadakon
4. Lerdmongkon S.Tantip
5. Singbird Sitbank
6. Karuhart Eakchumpon
7. Kaodangyai Surapichfarm
8. Nonzai Sor. Senyakon
9. Thepsutin Phumpanmoung
10. Oleylek Or. Piriyapinyo


Super-weather weight (tidak melebihi 147 lbs.)

Pemegang Bengkung Kejuaraan: Zaiyok Pumpanmuang
1. Omsinlek Sitjekan
2. Moset Thor.Siangtiannoi
3. Faric Veyong (France)
4. Kongjak Sor. Tuantong
5. Desellek Topkingboxing gym
6. Jaochalarm Chatkanok gym
7. Yasoton Por. Pramook
8. Yohun Ridon(France)
9. Farey Sitjapae (Sweden)
10. Antuan Siangboxing

29 Mac 2010

Ranking Rajadamnern

Mini-flier weight (tidak melebihi 105 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Tiada

1. Trakoonphet Thanasakkhonsong
2. Prakytong Sitnoi
3. Cokhongnoi Tor.Surat
4. Paitong Mueangsima
5. Maireaw Ekpanya
6. Kaewkla Kaewsamrit
7. Yodthongchai Tor.Mahahin
8. Sonsuknoi P.K.Sterio
9. Ngoprajan Chuwattana
10. Rungtong Ingram gym

Light-flier weight (tidak melebihi 108 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Palungpon Piriyanoppachai

1. Payakleg Sitsingthongnoi
2. Soodpatapee Detrat
3. Lamnumpong Kiatpakdee
4. Kuba Sor.Pernjid
5. Padedsuk Soonkilatahai
6. Yodprabsuek Soonkilatahai
7. Tawanrung Ersampan
8. Kongpanleg Sakamnuay
9. Wanchalong Sitzornong
10. Rattanadet Kiatkampon

Flier-weight (tidak melebihi 112 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Denmoo 9 Soonkelarhuaytom
1. Ponkrit Namplatrahoimuk
2. Petsinin Por.Tanapon
3. Vigo Sor.Phenprapa
4. Kaensak Sit Sor.Kor.
5. Payaknoom Sitniwat
6. Tomas Sor.Chaijaroen
7. Chalarmpet Sitjaopor
8. Payaknoi Wor.Wiwatananont
9. Yokmorakot Petfergus
10. Yodmongkon Muangsima

Super-flier weight (tidak melebihi 115 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Pakorn Sakyotin
1. Kaimookdam Pomkwannarong
2. Pornmongkon Sakhiranchai
3. Kaimukkhao Pomkwannarong
4. Nueangthep Eminentair
5. Naka Kaewsamrit
6. Dawden Singclongsi
7. Saengmorakot Chuwattana
8. Tawanchay Sakhirun
9. Nuengjakgrawan Sor Suwannee
10. Seksan Or.Kwanmuang

Bantam weight (tidak melebihi 118 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Tubnar Sitromzai
1. Fahsung Phetjaopraya
2. Visanlek Sor.Todsapon
3. Taveesak Singklongsi
4. Looknimit Singklongsi
5. Kyyasit Chuwattana
6. Kompichai Sor.Kor.Siripong
7. Fanta Wor.Petpoon
8. Samrandet Sor.Darnchai
9. Oddnoi Sor.Wongtong
10. Petsanun Kaewsamrit

Super-bantam weight (tidak melebihi 122 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Tiada
1. Thong Lookmakhamwan
2. Phettavee Sor Kittichai
3. Dendanai P.K.Sterio
4. Detpanom Chuwattana
5. Chatchainoi Gardentzeview
6. Pinsiam Nakontongparkview
7. Wutthideth Lookprabath
8. Komchudluek Sor.Rungwattana
9. Pornsanae Dungdungkungkata
10. Kongpatalung Teded99

Feather weight (tidak melebihi 126 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Sakeddao Phetpayathai
1. Anuwat Kaewsamrit
2. Singthongnoi Por Telakun
3. Jomthong Chuwatthana
4. Rittijak Kaewsamrit
5. Yodsuper Peanrattana
6. Rungniran Chor.Coyuhaisusu
7. Petsanguan Sitniwat
8. Parnphet Chor Na Patalung
9. Tublung Toyotarayong
10. Denkiri Sor.Sommai

Super-feather weight (tidak melebihi 130 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Kompayak Beamdesign
1. Yutthajak Kaewsamrit
2. Puja Sor Suwannee
3. Saenchai Sor Kingstar
4. Sarmsamuth Kiatchongkao
5. Nongbee Kiatyongyuth
6. Saensak Tor.Silachai
7. Nongwex Petrajapak
8. Jamaew Phumpanmoung
9. Pettanong Petfergus
10. Lamtong Tor.Pornchai

Light weight (tidak melebihi 135 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Jareanchai Keza gym
1. Tuanthong Chartchatree
2. Chock Eminentair
3. Phetmunkon Petfergus
4. Eicqusung Kor Rungthanakiat
5. Lomesarn Sor.Chockkitchai
6. Nertorani Sitniwat
7. Tukkatatong Siangsimew gym
8. Phetassawin Seatranferry
9. Bovy Sor Audomsorn
10. Orono Sor. Sommai

Super-light weight (tidak melebihi 140 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Singmanee Sor Sisompong
1. Kupee Wor.Suthira
2. Witthayanoi Sitkuanim
3. Noppadeth Chengzimaiw gym
4. Lirdmonkkon Sor Tharntip
5. Phetnueng Sit Or
6. Lompayu Kiatpakin
7. Praconechai Sor Pojnee
8. Denwadboat Sor Wiengdeth

Weather weight (tidak melebihi 147 lbs)

Tali pinggang kejuaraan: Bigban Chor Praram 6
1. Prakaysaeng Sit Or
2. Yodkhunpon Sor Monkkongate
3. Karuhas Eakchumpon
4. Zaiyoknoi Sakchainarong
5. Aphidet Sor Pojanee
6. Danthai Singmanussak
7. Singsiri Por Sirichai
8. Noppadeth 2 Chuwatthana
9. Naruepol Fairtex
10. Kengkart Chuwatthana

Junior-middle weight (tidak melebihi 154 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Desellleg Legrungruengyon
1. Kem Sitsongpinong
2. Kaodangyai Surapichfarm
3. Kathaphet R.Phetphothong
4. Thawatchai Sitkriengkri
5. Fillip Kaewsamrit
6. Kongsuriya Phetjaopraya
7. Kengsuvit Tor Silachai
8. Suvitlek Sot.Tarntip
9. Chaowalit Jocky gym
10. Jomtab Clungsaengmahasarakarm

Middle weight (tidak melebihi 160 lbs.)

Tali pinggang kejuaraan: Lamsongcram Chuwatthana
1. Nuengjakkrawan Or Srisomboon
2. Yasothorn Soonkelarpathavikorn
3. Nongbank Lookprabath
4. Rambo Panyatip
5. Wehas Rachanon
6. Erik Romphothong
7. Moset Thor Saengtiannoi
8. Somdeth Por Pantree
9. Cosmo Kor Romsrithong
10. Singyok Sor.Seesan

28 Mac 2010

Warna-warni Z-1

Siri Kejohanan Tomoi Dunia Z-1 yang melabuhkan tirainya semalam menampilkan aksi terhebat dalam kalendar Muay Thai di Malaysia pada tahun ini. Pertandingan yang beberapa kali tertunda kerana masalah tempat dan penajaan ini membuatkan warga kota yang masih baru dengan sukan Muay Thai terlekat di tempat duduk sejak perlawanan pertama lagi. Perlawanan pertama menampilkan regu tempatan antara Fauzan Zabidi menentang Abuza Malaysian Tigers. Abuza yang memiliki jangkauan lebih panjang nyata bukan tandingan Fauzan apabila menang KO pada pusingan ketiga.

Perlawanan kedua menemukan petinju ranking pertama Malaysia kelas super-feather weight, Eddi Selindang Kuning dengan selebriti Contender Asia, Zidov Akuma. Eddi masih tetap dengan serangan trademarknya, iaitu tendang lurus (teep). Beberapa kali Zidov berundur ke belakang kerana serangan teep. Mungkin kerana sudah bosan dengan corak bertahan Zidov yang lebih berhati-hati, Eddi melompat lalu menjunamkan sikunya tepat ke pelipis Zidov. Doktor terpaksa menghentikan perlawanan kerana luka Zidov terlalu besar untuk ditutup dengan vaselin.

Perlawanan merebut tali pinggang Z-1 kategori 63kg pada mulanya membosankan kerana kedua-dua lawan nampak berhati-hati menyerang. Leo Monteiro yang tampil dengan lagu balada Brazil, seperti petinju farang lain lebih banyak menggunakan penumbuk untuk menghukum kealpaan Abbas Ahmadi.

Kedua-dua petinju memaksa juri memberi keputusan selepas tamat pusingan kelima. Sebelum pengadil mengumumkan kemenangan, Abbas sempat melakukan tekan tubi sebanyak 10 kali. Leo membalasnya dengan melakukan tekan tubi menggunakan sebelah tangan untuk menunjukkan kepada Abbas dan penonton bahawa dia masih okey.

Perlawanan yang paling ditunggu peminat semestinya perebutan tali pinggang kategori 67kg antara Wuttichai dengan Wes Jaya. Wuttichai yang datang bersama juara Thailand, Sakeddao nampak yakin semasa berjalan masuk ke gelanggang. Pada pusingan pertama, Wes cedera kerana serangan siku tepat di kening kiri. Doktor yang bertugas membenarkan Wes meneruskan perlawanan. Wuttichai yang mengesan kelemahan itu terus mengasak dengan tumbukan ke kening Wes.

Pada pusingan ketiga, Wes berjaya menyiku ke muka Wuttichai tetapi sekadar menyebabkan hidung Wuttichai berdarah. Pada pusingan keempat, kedua-duanya menampilkan aksi terbaik kerana masing-masing menyerang dengan kombinasi sepakan ke rusuk dan tumbukan ke muka. Pujian seharusnya diberikan kepada Wes Jaya kerana mampu bertahan sehingga pusingan terakhir walaupun cedera pada pusingan pertama lagi. Wuttichai terlalu hebat untuk ditewaskan oleh wakil Malaysia dari Kelab Boxxwarriors ini.

Bersama isteri tersayang yang pertama kali datang melihat perlawanan.

Bersama Leo selepas dipakaikan bengkung kejuaraan.

Bersama nak muay no.1 Stadium Lumpini, Sakeddao Petpayathai.

Peminat Muay Thai no.1 Malaysia, Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Kesakitan hanya sementara, kemegahan kekal selama-lamanya.

27 Mac 2010

Jumpa di sana!

Malam ini, Cikgu dan isteri akan berada di Stadium Cheras bagi memberi sokongan kepada Wes Jaya. Jumpa anda di sana.


26 Mac 2010

Chokdee Wes Jaya

Cikgu mendoakan kejayaan Wes Jaya (Boxx Warriors Gym, Malaysia) yang akan bertarung menentang Wutthicai Tuptimsakesan (Pro Samui Camp, Thailand) malam esok di Stadium Cheras dalam final Z-1 World Muay Thai Series 2009. Bersama-sama kita memberi sokongan kepada wakil Malaysia ini.

25 Mac 2010

Adakah anda mahu menjadi petinju profesional di Thailand?

Kebanyakan pengamal Muay Thai yang datang berlatih di Phuket atau bahagian lain di selatan Thailand mahu menempa nama di tanah kelahiran Muay Thai ini sekurang-kurangnya sekali.

Jika anda bercadang ke Thailand untuk membina karier sebagai petinju profesional, anda perlu tahu hakikat sebenar kehidupan petinju di sana. Bayaran paling banyak yang diterima oleh petinju ialah sekitar 7,000 baht atau bersamaan RM750. Jika anda berlatih di gim secara percuma, pihak pengurusan akan memotong separuh atau lebih duit yang diperoleh daripada perlawanan. Anda akan mendapat sebuah bilik yang kecil dengan bayaran 300 baht sebulan, jadi jika anda berlawan dua kali sebulan, anda mampu menyimpan 11,000 baht.

Kebanyakan doktor yang bertugas mengawasi perlawanan tidak memiliki kelayakan yang diiktiraf. Dia mungkin tidak layak merawati anda jika terluka kerana serangan siku di muka, tetapi jika dia tidak menjahit luka anda, parut luka itu akan kekal sepanjang hidup anda.

Kebanyakan petinju Thai datang daripada keluarga miskin. Ibu bapa menghantar anak mereka ke kem Muay Thai sejak usia kanak-kanak lagi bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Sukan Muay Thai terkenal sebagai sukan no.1 di Thailand tetapi anda tidak akan melihat golongan artis atau orang kaya datang melihat pertarungan.

Jika anda berbakat besar, anda akan dipelawa oleh promoter besar di Bangkok. Perlawanan di Bangkok menjanjikan bayaran lumayan kepada petinju. Petinju luar yang berbakat biasanya dibayar 20,000 baht bagi setiap perlawanan.

Waima Saenchai Sor Kingstar, petinju no.1 Thailand hanya menerima 100,000 baht bagi satu perlawanan, jumlah yang 10 kali lebih rendah berbanding petinju profesional di Barat.

Jadi jika dia bertarung 12 kali setahun, jumlah perlawanan yang tak mungkin mampu dihadapinya, dia akan menerima pendapatan yang bersamaan dengan petinju amatur di UK atau US.

Saenchai mungkin mendapat tawaran bertarung di luar negara, tetapi petinju terbaik Thailand masih menerima bayaran yang jauh lebih rendah berbanding petinju biasa di Barat.

Cikgu kenal beberapa bekas juara Lumpini yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam dan bar untuk mencari sesuap nasi. Cikgu juga kenal bekas peserta Contender Asia yang masih bertarung untuk perlawanan dengan bayaran di bawah 10,000 baht.

Sebagai petinju di sini, anda perlu bekerja keras untuk mendapat sedikit wang. Bangun seawal 6 pagi untuk jogging dan berlatih dua kali sehari lebih teruk daripada mana-mana kerja buruh yang ada.

Bagaimanapun, Thailand memberi anda peluang untuk mendapat CV (curriculum vitae) yang terbaik. Jika anda pernah menang pertarungan di stadium, anda boleh pulang ke kampung halaman dan berpotensi menjadi jurulatih yang dihormati. Prestij anda sebagai bekas juara akan menarik peminat Muay Thai ke gim anda.

Jika pertarungan di gelanggang adalah impian anda, bersedialah untuk melalui hidup yang perit dengan sedikit upah.

24 Mac 2010

Perkahwinan Cikgukacak

Pada 17 Mac 2010 yang lalu, Cikgu secara rasmi telah bergelar suami kepada pilihan hati, Norzila bt. Mamat, juga seorang guru di Klang. Upacara akad nikah yang dilakukan pada malam sebelumnya di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu berjalan dengan sempurna. Pihak Cikgu membawa 9 hantaran dan dibalas 11 pahar oleh pihak pengantin perempuan.




Persembahan tomoi oleh Adik Alif (9) dan Adik Arif (7)

Persembahan tomoi oleh Adik Afiq (5) dan Adik Amir (6)

Persembahan silat jatuh oleh Persatuan Silat Batu Mengkebang, Kuala Krai

Persembahan tomoi oleh Along Sitkrumat dan Zulkifli Sitkrumat

Silat pengantin bagi menyambut kedatangan pengantin perempuan

Persembahan silat tari oleh Perguruan Silat Tari Semerak, Pasir Puteh

Persembahan diiringi oleh Kumpulan Gendang Silat Kg Gong Tinggi, Pasir Puteh

Gaya mencuit hati untuk tatapan peminat Blog Boksing Kelantan

18 Mac 2010

Kecederaan Muay Thai - Bahu Terkehel

Bahu terkehel adalah kecederaan biasa bagi petinju. Kecederaan boleh terjadi apabila tulang tangan teralih kedudukannya dari soket bahu. Apa yang berlaku ketika itu adalah tulang humerus telah teranjak dari skapula di sendi glenohumeral. Dalam penerangan kasar, tulang tangan telah 'terkeluar' dari engsel bahu.

Bahu juga akan terasa sakit sekiranya skapula terpisah dengan klavikel kerana kecederaan berlaku pada ligamen yang menghubungkan kedua-dua tulang tersebut.

Petinju yang pernah mengalami kecederaan sebegini pada usia muda, misalnya pada awal 20-an, berkemungkinan untuk mendapat kecederaan berulang. Sehingga dia mencapai usia melebihi 30 tahun, kemungkinan itu akan berkurangan.

Tulang bahu yang terkehel atau teralih kedudukannya perlu dirawat sepantas mungkin. Apabila dirujuk kepada doktor, pesakit akan ditanya tentang sejarah kecederaan selain menilai keadaan fizikal pada bahagian bahunya. Tulang bahu yang teralih sangat mudah disahkan kerana ia kelihatan dengan jelas.

Doktor biasanya menyuntik anestetik pada pesakit sebelum melaras semula tulang tangan ke dalam tulang soket bahu melalui gerakan khusus. Kaedah maneuver itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang arif dengan anatomi di bahagian tersebut.

Memandangkan bahagian sendi tersebut akan membengkak dan bertambah sakit, maka lebih baik rawatan tersebut dipercepatkan. Sejurus tulang tangan dimasukkan semula ke dalam soket bahu, sebahagian daripada rasa sakit itu akan hilang.

Lazimnya pesakit akan dapat merasa atau mendengar bunyi seperti tulang yang berlaga apabila tulang kembali ke tempat asalnya. Selepas itu, pesakit diberikan ubat tahan sakit atau ubat antiradang untuk mengurangkan kesan bengkak. Penggunaan pek ais juga disarankan sebagai kaedah rawatan di rumah.

03 Mac 2010

Pesanan kru

1. Jangan fikir apabila belajar satu kelas muay, diri sudah menjadi hebat.

2. Jangan juga fikir belajar hingga tamat satu gelanggang, diri sudah boleh berdebat mengenai muay.

3. Sebaik-baiknya, menjadi pendengar lebih baik kerana pemberita atau wartawan mendengar daripada mereka yang bertauliah dan berkedudukan kerana hanya mereka yang benar-benar tahu.

4. Begitu juga dalam menuntut ilmu muay - jangan fikir gelanggang yang disertai adalah paling hebat dan apabila ilmu di dada sudah cukup maka tidak perlu belajar lagi. 

5. Tiada tamat dalam berilmu dan tiada siapa yang hebat, semua gelanggang ada keistimewaan masing-masing.

6. Kalau minat untuk beladiri, cara yang terbaik ialah memilih gelanggang yang boleh memberi keyakinan dan keseronokan. 

7. Jika minat untuk perlawanan, maka carilah gelanggang yang menjurus ke arah itu, belajarlah dengan kru yang pernah memakai tali pinggang kejuaraan atau kru yang sering melahirkan juara. 

8. Namun jika minat kepada seni, cari gelanggang yang permainannya berseni. 

9. Gelanggang seperti ini biasanya terdapat di kampung-kampung sekitar Kelantan.

01 Mac 2010

Cerita 1001 malam

Pada majlis perlimau gelanggang tomoi Cikgu yang pertama (1999), Allahyarham Pak Mat Siku Kapak berkata, ayam siapa yang masuk ke dalam lubang di tepi gelanggang, orang itu layak buka gelanggang.

Ketika itu Cikgu baru berumur 16 tahun. Ayam kampung yang dibawa baru sahaja dibeli daripada kawan Cikgu dengan harga RM6.00. Ayam orang lain semua besar, tetapi ayam Cikgu ayam jantan muda, mungkin baru pandai berkokok. Selepas satu, satu ayam murid disembelih oleh Pak Mat di dalam gelanggang. Cikgu murid ke-11 (Siku Kapak 11), jadi giliran Cikgu agak lambat berbanding rakan yang lain.

Semua ayam yang disembelih sebelum ayam Cikgu masuk ke dalam lubang yang digali di tepi gelanggang. Lubang (seakan-akan longkang) itu mengelilingi gelanggang yang luasnya lebih kurang 35 meter persegi.

Gelanggang Sitkrumat terletak di tepi sungai (Sungai Gali), sama seperti Kem Por Pramuk di Thailand. Selepas latihan kami akan mandi dan pelasak di dalam air sehingga pukul 8 malam.

Cikgu sudah mengagak, ayam Cikgu tidak akan masuk ke dalam lubang kerana ayam itu ayam muda. Paling kurang pun mesti ayam itu berkeliaran sejam sebelum betul-betul mati selepas disembelih. Tekaan Cikgu tepat sekali. Ayam itu meronta-ronta dan berlari keluar dari gelanggang sebelum terjun ke dalam sungai. Cikgu terpaksa mengejar untuk mengambilnya semula untuk dicuci oleh tukang masak yang sedang menunggu.

Lima bulan selepas itu, Cikgu membuka gelanggang di halaman rumah Cikgu selepas mendapat permit polis dan tajaan kelengkapan daripada wakil rakyat Pas yang bermurah hati. Seorang murid yang sebelum ini diramalkan tidak layak membuka gelanggang akhirnya menjadi gurulatih kepada 15 orang remaja di kampungnya. Sehingga sekarang, belum ada pun antara 14 orang rakan seperguruan Cikgu yang membuka gelanggang.

Kini, hanya Cikgu yang meneruskan legasi Allahyarham Pak Mat Siku Kapak untuk melihat gaya tomoi Selatan Thai menjadi aktiviti riadah dan seni mempertahankan diri untuk semua.

Menjaga kelengkapan tomoi

Menjaga kelengkapan tomoi agar tahan lama dan tidak mudah rosak cuma memerlukan masa yang sekejap. Barangan yang diperbuat daripada kulit perlu dijemur di panas terik matahari tidak lebih setengah jam sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain menghilangkan bau, kulit juga tidak mudah rosak akibat terdedah dalam suhu bilik. Pastikan glove disembur dengan febreeze sebelum dijemur untuk menghilangkan bau dan mengelakkan jangkitan bakteria.

Tomoi di kenduri Cikgukacak

Blog Boksing Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.M. Raja Yaakub b. Raja Ismail dari Gemilang Oil Sdn. Bhd. kerana bersetuju untuk menaja persembahan gendang silat dan tomoi di majlis perkahwinan Cikgu Kacak. Persatuan Seni Silat Tari dan Tomoi Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh akan membuat persembahan bermula pada pukul 2 - 5 petang. Semua rakan dipelawa hadir untuk memeriahkan majlis ini pada 19 Mac 2010. Dijangkakan 2 ribu tetamu akan hadir (bukan untuk melihat Cikgu berkahwin tetapi untuk melihat silat dan tomoi).