13 Februari 2010

Muay Thai lawan Silat ep.1

Apakah kesudahannya jika dua ahli ilmu tempur paling ganas di dunia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?

Muay Thai ialah sejenis sukan yang berasal dari ilmu perang Krabi Krabong, manakala Pencak Silat masih diwarisi dalam bentuk tradisi.

Mungkin Muay Thai ialah sukan tempur paling realistik tetapi terdapat pelbagai aliran silat yang masih mengamalkan latihan tempur bersenjata secara realistik. Jika dipertemukan dua jaguh ini, peluang petinju Muay Thai untuk menang agak tipis, tetapi bagaimana jika pertarungan ini berlaku tanpa senjata?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan saya lakukan jika terpaksa berhadapan dengan pesilat yang berpengalaman. Sebagai pengamal kedua-dua ilmu tempur ini, saya tidak akan masuk bertempur dengan pesilat jika diajak berlawan di dalam sungai, di dalam sawah atau di atas lantai yang licin. Pesilat tidak kira apa jua keadaan tetap boleh bertarung menggunakan teknik tertentu.

Dan jika saya diajak bertempur dengan petinju Muay Thai dengan menggunakan teknik silat, saya tidak akan menyahut cabaran itu sekiranya diminta berlawan dalam gelanggang Muay Thai seperti yang dilakukan oleh ahli Kung Fu dan Karate tidak lama dahulu. Berlawan dengan petinju Muay Thai dalam gelanggang mengikut undang-undang Muay Thai ibarat melawan buaya dalam lubuknya. Pesilat yang tidak mengenali kelebihan gelanggang akan mudah ditewaskan. Saya lebih rela bertarung dengannya di luar gelanggang tanpa sebarang undang-undang.

Mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.

Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.

Jika bertempur jarak jauh, petinju Muay Thai hanya bergantung kepada dua jenis sepakan, iaitu sepak layang tulang kering dan tendang lurus. Walaupun silat mempunyai teknik sepakan yang pelbagai, dua teknik Muay Thai ini ialah teknik yang mudah dan semula jadi. Latihan menggunakan beg berat setiap hari membentuk sepakan yang mampu mematahkan apa sahaja halangan di hadapan.

Satu kelebihan petinju Muay Thai ialah mereka tidak akan berundur walaupun dihukum bertubi-tubi. Hati keras dan tubuh sasa menjadi aset untuk menahan sakit. Berlawanan siapa lebih keras dan siapa lebih tahan sakit ialah taktik yang kurang baik bagi pesilat.

Elakkan menjadi sasaran sepak layang tulang kering petinju Muay Thai. Lebih elok pesilat mengelak daripada menangkis teknik ini. Teknik plam (clinch) sangat gemar digunakan oleh petinju Muay Thai untuk membinasakan lawan dengan cepat. Apabila leher dipaut, petinju akan menghujani pesilat dengan hentakan lutut yang berbahaya. Bukan mudah melepaskan diri daripada perangkap ini. Hanya mereka yang mempelajari Muay Thai yang tahu membuka kunci ini.

Walaupun diakui berbahaya dan paling sofistikated, teknik lutut Muay Thai membuka bahagian sulitnya untuk menjadi sasaran pesilat. Pukulan ke bahagian sulit diikuti sendi lutut mampu melepaskan pesilat daripada teknik berbahaya ini. Lupakan bahagian kakinya kerana peninju Muay Thai mempunyai sepasang kaki yang mantap. Ingat, mata, halkum, bahagian sulit, lutut dan buku lali ialah sasaran utama pesilat apabila berhadapan dengan petinju Muay Thai.

Namun jika pesilat sempat menangkap sepakan petinju, segera humbankannya ke bumi dan terus menguncinya kerana petinju Muay Thai tidak gemar bertarung di lantai.

38 ulasan:

ilm berkata...

Saya sangat setuju dengan pendapat Cikgu dan perumpamaan melawan buaya di lubuknya. Cikgu pengamal Silat apa ya?

tareh berkata...

Saya pengamal seni Muay Thai selama 5 tahun dan saya amat bersetuju tentang kenyataan MT fighters sangat lemah on groundwork / grappling. Kenyataannya, saya perlu mempelbagaikan skill untuk menghadapi opponent yang mempunyai skill groundwork seperti silat, jiujitsu, aikido etc

Tanpa Nama berkata...

kalo silat bleh serang kemaluan org takkan tomoi xleh serang kemaluan org silat gak... bayangkan lutut tomoi kena kat kemaluan org silat tu, mesti hancurnye eh5... pas2 xtakkan dorang tak serang mata, halkum ke taupun bagian lemah lain... nape silat je serang bagian ni? hmm mcm la org lain xleh wat gak, pk la ... pastu ape kelebihan silat ni?

konpius berkata...

ape kelebihan silat ni sebenar? saya penah tgk kat youtube silat lwn karate, xsampai seminit silat tumbang..

konpius berkata...

kalo jepun buat kickboxing nak lawan muay thai sbb karate kalah, kalo china buat sanshou/sanda sbb kung fu mmg kena hentam ngan muay thai, nape la anak melayu x cipta seni baru lawan muay thai??

cube baca sejarah awal muay thai lawan martial art lain kat sini mase tahun 1974 http://crane.50megs.com/index6d.htm

kite sume boleh lihat kan karate, kungfu (siap pakai traditional stance lg tu), pastu mat saleh yg pro pun kalah teruk, bahkan hampir sume kalah 1st round kat tgn mamat tomoi..

anak melayuku sedarlah crite2 karut tok2 guru silat.. tok2 guru silat pun mengaku la ketidakpraktikalan silat ni.. jepun ngan cina pun ngaku martial art tradisi dorang xpraktikal xkan master silat xleh kot..

p/s: harap tok2 guru silat cipta seni baru lawan muay thai mcm org jepun ngan cina buat (kickboxing n sanda)

Tanpa Nama berkata...

abis 2...silat pun boleh patahkan tulang paha org.....yg penting kat sini....jenis martial art tu bro....

silat banyak grappling/ground fighting style....

muay thai pulak...striking art.......

kelebihan terletak bile dimana dia dapat menggunakan aper2 yg di plajari dgn efektif....

silat cth...ular berendam....salah satu kunci dalam silat....bukan mudah nk guna...tp kalau dah guna payah nak lepas....

konpius berkata...

bro gua xnak bertengkar byk kat sini.. gua pun melayu nak tgk gak org melayu juara kickboxing ka mma ka ufc ka..

kalo betol la silat byk ground fighting bagus la bleh wat masuk mma, ufc.. tp kenyataannya xde sorang pun anak melayu taupun foreigner yg cakap silat tu main fighting style die.. xpenah dgr anak melayu juara k-1, kickboxing dunia ka.. kalo menang bleh la cakap silat tu main fighting die kan skaligus memartabatkan silat..

gua pun pernah masuk silat gayung kalo ular berendam tu tau la.. lepas abis belaja tgn kosong pas tu nk blaja senjata gua cabut bab buang mase, xpraktikal ade ka stance silat camtu bleh wat lawan.. kalo btol ade dlam kickboxing org dah pakai contohnye org kung fu lwn muay thai tahun 1974 yg gua ceritakan tu.. bleh menang ka apek pakai stance tu??? bukti dah jelas..

dalam silat gayung die nye kunci x praktil la beb btol ni.. pastu ground fighting nnye sikit je n x praktikal tak mcm jui jutsu..

lgpun dalam silat ade byk cite dongeng bab tu gua cabut wat sakit telinge je dgr cam pengasas silat gayong menang lawan bruce lee la ilmu batin la tah mende2 mengarut lg.. cite mcm tu sbnanye nak tarik budak2 masuk tp sygnye buat org lg menyampah ade la.. gua masuk pun sbb yela silat tu kan melayu punye jd masuk la sbb nak memartabatkan pusaka melayu tp hampeh bab cite2 tak berguna cam2..

gua x blaja muay thai pun tp respect org thai bab tau berdepan realiti..

ha kalo master silat rase pro sgt g la lwn Anderson Silva kat mma tuh.. nak tgk sape kena belasah keh keh..

p/s: maaf ye kalo menyinggung mane2 pihak tp ni la realitinye.. maafkan sy sekali lg ccume nak membuke mate byk pihak.. tq..

Tanpa Nama berkata...

stance dier x semesti nyer buke luas2...cth combat...bediri biasa jer....tapi buke camtu centre gavity pun krg beb...nak gerak pun senang..nak lompat pun mantap....bukan bukak tu sajer...buat bende biar bersbb...

pengamal silat kat malaysia ni brape sangat sampai nk masuk ufc..mma mende....sume blaja karate,taekwando,muay...penduduk malaysia brape ramai sgt...

28.9jute jer(kalau x silap..)yg tua brape,cacat brape..bdk brape...miskin brape...tlajak kaya(psg bodyguard)..yg x nak blaja....yg penakut...yg pilih seni lain sebagai seni pertahankan diri....yg x der bakat(aku tergolong)

pengamal silat sikit benar....lagi pun bukan ker...tp pendapat cik konpius kiter ni boleh di guna pakai jgk...silat suke benar cite pasal org 2 org ni....menanah telinge jgk kekadang....

gua tabik arh kat lu...lu tahu seni maner yg lu suker....(ader pendirian)x macam setgh org silat wat pentas pun dah jtuh hati...x tahu lg..capoeira buat macaco pun dah rase nk join...x tahu lg efektif ker x dlm perlawan....

P/s:silat lawan muay der jgk perlwana yg silat menang....atas petarung arh pulak....

tabik konpius!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

jgn rendah2kan silat,bagi org x bljr silat ngn btol,xtaw pe keelbihan silat,gua cter,sbb gua taw pe kelebihan silat.silat leh tempis sume buah muay thai.silat byk ajar sbr,tgk pergerakan musuh,bkn cm tomoi,lawan ikut nafsu,lagi byk kite menyerang,lagi byk terbuka kelemahan kite cm muay thai.silat byk aspek sabar.sama dlm islam.sabar separuh dr iman.p cayalah,de kelebihan

Tanpa Nama berkata...

BUKAN TKNK PERGI UFC KE MMA...APA SAHAJA JENIS SILAT MELAYU KAT DUNIA NI SYARAT UTAMANYA BUKAN UTK DI TUNJUK2...SEBAB TU TIADA AHLI SILAT YG BENAR2 TAMAT PEMBELAJARANNYA...ORANG MELAYU DAHULU KALA BELAJAR SILAT UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA BUKAN UNTUK DI PERTANDINGKAN....SAYA PERCAYA SILAT MASIH RELEVEN DIMASA SEKARANG....

Tanpa Nama berkata...

TANYA LA AHLI MUAY THAI BERANI TK MENGADAP SILAT HARIMAU....DIAORNG TKKN BERANI PUNYA SILAT HARIMAU BANYAK GERAKKAN SERANGAN BAWAH

Tanpa Nama berkata...

sahabat2 sekalian....
sebenarnya tomoi nie mmg hebat...
silat juga hebat...
seni mempertahankan diri yang lain juga hebat...
semua bergantung atas diri sendiri...pada kurun ke-5 siam penah kalah apabila berperang dengan kedah tua..siam menggunakan seni tomoi manakala kedah menggunakan silat...sebab apa silat boleh menang??semuanya bergantung atas pesilat e2 sendiri..pendekar2 silat dahulu sentiasa bersilat...sentiasa berlajar silat kalau sekarang ibarat mendapat ijazah u la...jd rumusan nya setiap seni mempertahankan diri akan hebat bergantung atas tuan nya sendiri bkn pada martial art tersebut...

Tanpa Nama berkata...

tomoi takut jika berlawan dengan pengamal silat sendeng...sbb sendeng byk buah2 yg mampu membuatkan tomoi menyembah bumi...ini kerana tomoi terlalu byk membuka ruang...

p/s semua ini berdasarkan pengalaman guru tomoi hamba yg penah bertarung dengan pengamal silat sendeng...guru hamba anak jati siam dan mmg tinggal di thailand...perlawanan antara guru hamba dan sendeng terjadi pada
21 mei 1979....Guru hamba juara terbuka tomoi tahun 1970

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Silat adalah Unik.Silat ada bermacam-macam jenis kt dunia ni.Dan teknik berlawan juga pelbagai.Jd kalau Tomoi lawan silat,kena tgk juga lar silat apa yg dia lawan tu.Sebab antara satu silat dgn silat yg len teknik dan gaya x sama.Silat mmg ada kualiti.Modal tomoi adalah pd kekuatan fizikal.Seperti tumbukan dan tendangan yg kuat.Tp bayangkan,kalau silat pun kuat dr segi fizikal cam tomoi.Kelebihan dh tntu pd silat.Sbb teknik silat adalah mengunci lawan.Teknik yg amat berkesan.Cuma kelemah silat ialah kurang tekankan pd latihan fizikal membentuk oto yg kuat.X mcm org silat dulu2.Mereka pentingkan kekuatan fizikal.

Tanpa Nama berkata...

PernAH kah Anda Mendengar SILAT AWANG SULUNG SEMERAH MUDA....

Tanpa Nama berkata...

yang anak melayu kutuk2 silat tu taubat lah..pernah terjadi depan mata kepala hotak aku.budak kena belasah dengan 5 orang lelaki dekat medan pelita kuching sarawak.(siap bagi alamat penuh lagi :p)selang 5 minit kemudian,seorang tua berkopiah putih datang kat situ meleraikan pergaduhan..biasa la yg 5 org tu dh rasa mcm kuat sangat,trus attack org tua tu..nak tau apa jadi? sampai skrg aku masih cuba nak percaya apa yg aku nampak.trus trang aku ckp,aku tak nampak tangan org tua tu tumbuk yg 5 org tu.memang pantas gila babi.jgn pandang rendah silat ok.

silat tidak akan di ajar smpai habis sebab apa? sebab guru yg ajar tu kena perhati tingkah laku muridnya.mana yg tak sesuai,yg akan menunjuk-nunjuk,mcm korg yg sibuk suruh2 masuk mma la apa la memang tak la dia nak bagi habis.

beza silat sekarang dgn org2 dahulu ialah..org2 skrg latih silat seminggu brpa kali je..lpas tu kena gi keja..tapi org dulu2,diaorg kan kerja sendiri,,kais pagi mkn pagi lbh kurg mcmtu la.so masa diaorng lbh bnyak terluang untuk bersilat..sebagai contoh moyang saya..kalau jumpa kawan di kampung,berjabat tangan,trus dia serang mengejut dan kawan nya tu akan elak dan trus bersilat la..tapi bukan gaduh..diaorg nak uji kepekaan sesama sendiri..senang ckp,diaorang nak silat tu sebati dalam tubuh badan mereka..sampaikan,time jalan2,kalau ada org serang curi kat blkg,tubuh badan diaorang secara automatik boleh mengelak,sebab apa?? sebab mereka yg silatnya dh sebati dgn tubuh badan mereka ni senantiasa dalam keaadaan berjaga-jaga..hehe..sekian terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Silat ini mlyu pnya, kalau x kita jaga siapa lg?? Silat jga xkrg hbatnya, tapi apotif sbnrny kita blajar seni mmpthankan seni ? Xkira silat ke tomoi ke xksahla bt ap tujuan utamany?? Sy sndri pngamal ilmu silat, silat ni ad bbgai teknik utk mnumpas kan musuh, spt yg dkatakan kalau btl nak mntap ilmu silat kena la rajin2 trun blatih, kalau stkt tgk muay thai kuat pnah x tfk cmne lthan yg djalankan?? Shbat sy sndri pengamal muay thai di perlis, kami bkngsi pndpt cmna diowg blth, dan xdnafikan silat blh mmatahkan serangan muaythai. Maafla sspa yg ckp silat ni nmpak ksng dan hnya ckp bsar, sy simpati thdp anda sbb xbjaya hbskan prguruan anda. Silat bkn skdar silat, tapindi ddalan silat ad byk g yg bgna spt ilmu agama dan persatuan.. Hbskan blaja silat baru ckp ap ad pda silat n ap yg hbatnya silat. Silat is one of the most dangerous martial art..

AD3X berkata...

Silat Awang Sulung Semerah Muda , pernah anda dengar ? Itulah antara salah satu seni silat yang mengajar buah buah silat yang dapat menewaskan tomoi . Kalau nak belajar seni silat ni , ada di Utara tanah air . Seperti di Kedah & Perlis .

Tanpa Nama berkata...

Assallamualaikum muslimin dan muslimat. Tak perlu bergaduh seni mempertahankan diri mana yang lebih hebat. Buka minda anda. Kaji setiap seni beladiri. Mana yang baik, serap ke dalam seni silat kita. Ini akan memperkayakan kemahiran. Ingat ! kalau kita lebih satu, pasti ada yang kurang satu. Silat dan seni beladiri lain digubah sedemikian rupa bertujuan untuk mempertahankan diri bukannya untuk tunjuk siapa yang lebih handal. salam umat melayu islam.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tidak ramai silat-silat yg berpegalaman menunjukkan diri mereka. Mereka lebih mendiamkan diri dari bergaduh menunjukkan kekuatannya...

Waris siong berkata...

Seni muaythai hanyalah muay sukan..dalam muay thai terdapat 21buah pilihan dari muay boran..kelebihahan muaythai dan muay boran..terletak pada stamina dan kepantasan peninju..dalam silat terdapat beribu ribu buah yg mampu mengalahkan muay boran dan muay thai.pesilat di zaman dulu memang setanding dgn muayboran.pesilat zaman sekarang banyak yang manja dgn latihan ..guru ajar keras sikit tinggal kosongla gelanggang tu..tu pasal la kenapa banyak yg tersungkur dgn muaythai.sebab lembik bukan sebab silat tu tak power kalau nk kalahkan muaythai kena ada stamina lasak kepantasan..sama dgn muaythai

Tanpa Nama berkata...

salam...dua2 bgs..muay thai bgs..silat bgs..yg menjadikannya bgs..pengamal tu...kalau xde displin..mls berlatih..juara silat @ muay thai jd tok guru kite pun x guna..jgn perlekeh hak hak org...sbb yg memperlekeh tu blum tentu tahu :) jd x guna argue sesama kite..hormat menghormati..cuma now bnyk sgt yg nk buka aliran silan sendri
ada buruk dn baiknya.. jd renungkang lh..sbb rmai lg yg bijak d luar dr sy tksh..salam

Tanpa Nama berkata...

Tomoi itu ayah.. Silat itu IBU.. Memg kalau kita tgok Mak ayah kita..ayah yg selalu nya lebih lantang.. Ibu diam ja..tp dlm diam dia.. Kdg2 ayah tunduk jgk.. Haha.

Tanpa Nama berkata...

Tomoi/muay thai merupakan sukan tinju manakala muay boran,muay chaiya adalah tinju tempur/perang.gayanya mirip silat.jarang orang blajar kerana susah nak cari tempat berguru sebagai silat.tak kisah seni mempertahankan diri mana kita belajar.semua ada kelebihan asalkan pandai dan tahu bila nak guna.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
pada pendapat sy yg agak sederhana ini
mungkin boleh diguna pakai.insyaallah.
beladiri tomoi dan silat boleh di pertarungkan mengikut ilmu masing2 cuma..persedian dari segi berlawan secara berdepan itu hendaklah mempunyai keyakinan yg tinggi sebagaimana yg di tuntuti iaitu yakin dengan ilmu..kerana kaedah lawan berdepan ini perlukan kebijaksanaan dan juga kekuatan mental dan mata kita serta kaki dan tangan mesti la hidup dan punca kekuatan itu akan lahir pabila kaedah yg sempurna di pergunakan..walaupun tomoi mempunyai kaki yg keras dan silat mempunyai kekuda yg rendah namun cara berlawan tetap sama iaitu elakan,tepisan dan pukulan..sama sahaja..yg penting individu itu sen diri..pengalaman tidak la begitu penting dan jenis beladiri cumala sebab yg diperkatanan sahaja..yg amat penting ialah 'keberkesanan'contoh..sepakan tomoi boleh di patahkan dengan nafas shj..tomoi mmg keras namun semuanya latihan.takkan nak berlawan kalau kurang latihan..hehe

Unknown berkata...

Kelebihan silat ialah kuncian. Kalau pesilat tu lebih tangkas dari fighter muay thai tu.. pasti pesilat menang tak sampai seminit.tapi bukan senang nak cari pesilat yang lebih cekap dari petinju muay thai. Kena berlatih gigih macam petinju muay thai. Sbb silat biasa 2-3 kali seminggu je berlatih

Unknown berkata...

silat adalah unik, bagi pengamalnya sahaja akan tahu kelebihannya, latihan berterusan adalah penting utk mantapkan. Yang penting kita org Islam dan Melayu perlu tahu...senjata utama kita adalah Doa..Doa kepada Maha Pencipta...tinggi mana pun ilmu persilatan/apa2 bela diri kita,sekiranya tiada Redha dari Maha Pencipta yg menjadikan kita jga yg mematikan kita...dgn izinnya semua perkara akan berlaku. Jadi marilah semua dekatkan diri kita pada yang Maha Pencipta. Semua kekuatan dan kekuasaan adalah dariNya.

Tanpa Nama berkata...

Sy belajar silat sendeng, sy lebih tau kelebihan sendeng dan buah pukulnya

iskandar619 berkata...

kau kne faham..klau pesilat hilang kawalan..pesilat boleh membunuh musuh dia serta merta

iskandar619 berkata...

kepada sesiapa yg mengutuk silat tu insaf lah..korang nk banggakan tomoi tu apahal..korang semua org thai ke..nmpak sangat korang tak faham..silat ni bunga mati dan buah matinya beribu..sedangkan tomoi buahnya asas je..silat boleh serang dari mana2 arah..kiri kanan depan belakang atas bawah pon boleh..tomoi boleh serang satu arah je..memang ada betulnya apa yg brader tu ckap..silat memang nmpak lembut tapi ada kekerasan didalamnya..silat mengajar erti sabar..baca gerakan musuh dan sebagainya..bukan macam tomoi nak menyerang ikot nafsu..sbb tu tomoi lemah sebab terlalu terburu2 lebih banyak tomoi menyerang lagi banyak kelemahan tomoi terdedah..

J2day berkata...

Mengarut

J2day berkata...

Modus operandi org yg ajar silat ni buruk2 kan seni lain dan angkat silat dia..itu sj la modal utk ajar budak2 mentah

J2day berkata...

Bangang punya statement, sepa2 pun mampu membunuh la

Tanpa Nama berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

Sbb kemungkinan pesilat tersebut masih lagi kurg latihannya itu.setiap seni pertahankan diri ada kelebihan ada kekuatan

Tanpa Nama berkata...

Pesilat diajar agar tidak menggunakan ilmunya bg menyerang org sesuka hati tetapi silat digunakan utk menjaga agama ,negara dan keluarga.selain itu,silat digunakan dlm peperangan atau pertempuran yg boleh menyebabkan maut.silat bukannya utl pertandingan gusti.

iskandar619 berkata...

j2day..ap ko ckp bngang punya statement..ko ckp klau sesape hilang kawalan pon boleh membunuh..klau pkai senjata boleh la..cuba dgn tangan kosong..boleh ke..mampu ke..lain kali nk ckp tu jangan main lepas bro

iskandar619 berkata...

bukan nak burukkan..cuma nk bgitau je..abis tu si konpius tu mengata..memburuk pasal silat boleh pulak..ko igt aku boleh diam..klau dia rasa muay thai tu bgus pegi lah blajar..tkpyh nk mengata mengutuk silat bgai..