27 Disember 2010

Tahniah PMTM

Persatuan Muay Thai Malaysia (PMTM) telah dipilih oleh panel juri untuk menerima anugerah khas di Anugerah Sukan untuk Semua (ASUS) Kementerian Belia Malaysia.

ASUS berlangsung dengan jayanya pada 22 November lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed yang mewakili menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain Kategori Persatuan Sukan, sebanyak tujuh anugerah lain disediakan pada tahun ini iaitu Kategori Pemimpin Lelaki ASUS, Kategori Pemimpin Wanita ASUS, Kategori Keluarga Aktif ASUS, Kategori Penggerak/Sukarelawan ASUS, Kategori OKU Pemimpin ASUS dan Kategori Kelab Sukan Komuniti (KSK) Cemerlang.

Secara amnya, objektif Anugerah ASUS itu diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pihak yang telah menyahut seruan kerajaan ke arah menjayakan sukan untuk semua Apa yang pasti pengiktirafan kerajaan melalui ASUS akan menjadi pemangkin kepada individu serta organisasi untuk menyumbang tenaga, jasa dan khidmat bakti mereka secara lebih gigih untuk memartabatkan sukan untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan berkongsi pendapat dengan blog Boksing Kelantan. Segala cadangan anda akan diberi maklum balas dan perhatian secepat mungkin. Pastikan anda menyatakan nama sebenar jika meninggalkan komen. Komen tanpa nama tidak akan dilayan atau diterbitkan