Kelab Tomoi Kuda Putih diasaskan pada pertengahan 2009 oleh Kru Rodhi (kini jurulatih di Kelab Tomoi Raja Lebah, Pendang) & Kru Alias di Taiping, Perak. Kelab ini mempunyai 20 orang pelatih yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.Kru Alias, juga pengamal karate, boxing, kuntau, silat gayong dan taekwando berketurunan Daeng Merewah telah membuka gelanggang tomoi ini di halaman rumahnya di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping.
Walaupun baru dibuka, kelab ini aktif menghantar nak muaynya bertanding di kejohanan tempatan di Perak, Kedah dan juga Thailand. Peminat Muay Thai di sekitar Kamunting yang ingin mempelajari seni tomoi boleh datang ke gelanggang Kuda Puteh di Kampung Pinang ini. Pengambilan ahli sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan berkongsi pendapat dengan blog Boksing Kelantan. Segala cadangan anda akan diberi maklum balas dan perhatian secepat mungkin. Pastikan anda menyatakan nama sebenar jika meninggalkan komen. Komen tanpa nama tidak akan dilayan atau diterbitkan