29 Mac 2016

Bengkung Kejuaraan Lumpini


1. Tali pinggang ISKA, WMC, Glory, S-1, K-1 dan lain lain, tidak mampu menandingi prestij tali pinggang dari Stadium Lumpini.

2. Semua pengamal Muaythai menghormati Nak Muay yang pernah memakai tali pinggang Lumpini kerana harganya tidak boleh dinilai dengan wang.

3. Cuma juara antara juara sahaja yang memiliki bengkung dari stadium ini. 

4. Semua petinju Muay terbaik di dunia berasal dari Thailand walaupun ada beberapa farang (foreigner) yang mencipta nama dalam sukan ini seperti dari Belanda dan Jerman.

5. Petinju Thai mula berlatih sepenuh masa sejak usia awal lagi.

6. Kebanyakan juara Thai mula menaiki gelanggang sejak usia 8-10 tahun.

7. Mereka memulakan hidup mereka sebagai petinju dengan satu matlamat – menjadi juara Stadium Lumpini.

8. Petinju Thai mula berlawan di gelanggang tempatan untuk mengasah kemahiran mereka terlebih dahulu.

9. Kebanyakan petinju Thai sudah berlawan lebih 50 kali walaupun umur mereka ketika itu baru mencecah 16 tahun.

10. Mereka berlawan di stadium kurang ternama seperti Omnoi, Samrong dan Patong dahulu.

11. Selepas itu, petinju akan dipelawa oleh promoter dari Rajadamnern atau Lumpini.

12. Di sinilah mereka menemui lawan yang betul-betul hebat dari segenap pelosok Thailand.

13. Kebiasaannya, petinju yang layak menaiki gelanggang keramat Lumpini terdiri daripada mereka yang sudah berlawan lebih 50 kali dan mempunyai rekod yang cemerlang.

14. Mereka akan terus berlawan di Lumpini sehingga melebihi 100 kali.

15. Sekiranya petinju tersebut menang, mereka akan naik dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.

16. Jika petinju tersebut terus menang, barulah mereka layak diangkat sebagai yang terbaik – terbaik di Thailand dan terbaik di dunia.

17. Sebagai juara Lumpini, petinju perlu mempertahankan tali pinggangnya setiap 2 – 3 bulan sekali.

18. Kebanyakan juara Lumpini bersara awal walaupun umur mereka baru mencapai 20-an yang dianggap sudah tua dalam sukan Muaythai di Thailand.

19. Sekiranya anda mempunyai peluang berlatih atau belajar bersama juara Lumpini, anda tidak seharusnya melepaskan peluang itu.

20. Ia merupakan satu penghormatan kerana dapat belajar dengan jaguh yang mendedikasikan seluruh dirinya untuk sukan Muaythai sehingga menjadi yang terbaik antara terbaik.

Sejarah Stadium Lumpini Thailand


Repost 10 November 2009

1. Stadium Lumpini adalah antara arena pertarungan paling terkenal di dunia.

2. Prestij yang dipegang oleh pemenang bengkung kejuaraan di sini melebihi juara Stadium Rajadamnern, stadium Muaythai pertama di dunia.

3. Stadium ini dibuka secara rasmi pada Disember 1956, 15 tahun selepas pembinaan Stadium Rajadamnern dengan matlamat mempromosikan sukan Muaythai di Thailand dan luar negara.

4. Lumpini terkenal di serata dunia kerana polisinya yang membuka peluang kepada petinju luar untuk turut sama bersaing merebut kejuaraannya.

5. Stadium ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Anggota, Angkatan Tentera Diraja Thailand dan dinaungi oleh kerajaan.

6. Hanya petinju yang berumur 15 tahun ke atas dan mempunyai rekod yang cemerlang boleh bertarung di sini.

7. Pertaruhan turut dibenarkan malah terdapat kaunter di sekitar stadium mempunyai lesen menjalankan perjudian.

8. Antara juara terkenal dari Lumpini ialah Dieselnoi Chor Thanasukarn yang bersara pada awal dekad 80-an dengan rekod tanpa kalah.

9. Perlawanan paling hebat pernah diadakan di sini adalah antara Poot Lorlek dengan Vicharnoi Prontawee yang mencatatkan kutipan tiket melebihi sejuta baht.

10. Selama tujuh tahun, "Dewa Tinju" ini mendominasi setiap perlawanan tanpa kalah sehingga 80 perlawanan.

11. Pada masa ini, makin ramai farang (petinju luar/foreigner) yang datang ke stadium ini untuk menunjukkan kehebatan masing-masing malah ada yang menjadi juara.

12. Antaranya ialah Ivan Hippolyte dan Ramon Dekker.

13. Lumpini juga pernah menghasilkan juara transeksual yang terkenal, iaitu Nong Tom.

14. Prestij Stadium Lumpini sebagai medan pertarungan juara antara juara mengatasi Stadium Rajadamnern dan pesaingnya yang terbaru ialah Channel 7.

15. Perlawanan diadakan pada setiap Selasa, Jumaat dan Sabtu dengan harga tiket antara 500 hingga 1500 baht.

16. Pada tahun 2014, stadium yang terletak di Lumpinee Park itu berpindah ke lokasi baru di Jalan Ram Intra, Bangkok dengan kapasiti stadium yang lebih besar dan boleh memuatkan sehingga 8 ribu penonton. 

Sejarah Boksing Kelantan


Repost 21 Jun 2010

1. Sejarah kewujudan boksing di Kelantan sukar untuk dipastikan dengan jelas, namun menurut sejarawan, seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam.

2. Peluasan empayar Sukhothai (abad ke-13) dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor-Singapura).

3. Buku undang-undang Siam, Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut satu negeri kota sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai Wurawari terletak di Ganggayu (Johor Tua).

4. Para pengkaji sejarah berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan kerajaan Siam di Johor.

5. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu dan menjalani kehidupan berkerajaan secara aman.

6. Kehidupan mereka juga bercampur dengan Melayu lain seperti Patani, Kelantan, Kedah dan lain-lain.

7. Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri Melayu di Selatan, iaitu Pattani, Kelantan, Kedah dan Perlis.

8. Negeri-negeri ini menghantar bunga emas setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan.

9. Bahkan pelantikan seseorang raja di negeri tersebut harus disahkan oleh 'Maharaja Benua Siam'.

10. Surat pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain diberikan oleh Bangkok, contohnya, setiap sultan Kedah bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa Phya Saiburi, Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwillismara Phya Pelis dan Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kilatan.

11. Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini ialah negeri mereka juga.

12. Mereka datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diterokai sebagai kawasan pertanian.

13. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik walaupun kita pernah juga mendengar penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.

14. Penghjirahan rakyat Siam ke negeri Kelantan telah membawa sekali seni beladiri mereka, iaitu muay.

15. Selepas beberapa ratus tahun, seni ini diterima sebagai salah satu budaya masyarakat Melayu di Kelantan yang turut mengadaptasinya ke dalam seni silat.

16. Proses mengadaptasi antara satu sama lain juga mempengaruhi muzik boksing.

17. Irama gendang silat Kelantan diubahsuai dan menjadi irama gendang boksing dengan penambahan alat muzik ching yang tidak terdapat dalam muzik silat.

18. Gendang anak, gendang ibu, serunai dan gong ialah peralatan muzik silat yang digunakan dalam muzik boksing.

19. Lagu tradisional rakyat Kelantan seperti Langkah Hulubalang menjadi irama yang dimainkan oleh peniup serunai.

20. Pertandingan boksing di Kelantan banyak melahirkan jaguh yang mampu memberi tentangan kepada petinju Thailand ketika beraksi.

21. Nama-nama seperti Che'pa Somadi, Wan Jaafar Tok Raja Geting, Husin Bidah, Cikgu Harun Pohon Tanjung, Dollah Kuda Kayu, Ahmad Siku Kapak, Poksu Karim, Abe Nor Bunut Payong adalah antara nak muay yang digeruni lawan sekitar tahun 70-an.

22. Jaguh-jaguh ini bertarung di Selatan Thailand dan Bangkok kerana ketika itu tiada penganjur yang berminat untuk menjadikannya suatu perniagaan seperti sekarang.

23. Sebelum penglibatan kerajaan negeri dalam sukan ini, penganjur menggunakan permit pertandingan silat cantik memandangkan perlawanan tomoi diharamkan ketika itu.

24. Pada 2007, kerajaan Kelantan telah menukar nama Boksing Siam kepada Boksing Kelantan untuk menampakkan ciri-ciri tempatan dan memisahkan ritual agama Buddha dalam sukan ini.

25. Persatuan Boksing Kelantan juga ditubuhkan bagi membantu kelab-kelab di negeri ini bergerak dengan lebih tersusun di bawah satu payung.

26. Kelab boksing yang sudah lama wujud kembali menggegar arena sukan ini seperti Salsaloon, M-16, Seri Payung, Lelayang Putih dan Sitkuheng.

Sejarah Muaythai


1. Boksing Siam, Tomoi atau Muay ialah tiga nama yang diberikan bagi merujuk sukan tempur dari Thailand.

2. Di Kelantan, penduduknya memanggil Muay Thai sebagai Boksing atau Muay (dibaca mu-wei). 

3. Jarang sekali ada yang menyebut Muay Thai seperti yang selalu kita dengar di negeri lain.

4. Sejarah kewujudan boksing Siam di Kelantan sukar untuk dipastikan dengan jelas, namun menurut sejarawan, seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam.

5. Perkataan tomoi sendiri berasal dari perkataan Siam, iaitu toi (tumbuk) dan moi (seni bertumbuk).
Bagaimanapun kita tidak akan mendengar orang Thai menyebut Muay Thai sebagai Tomoi tetapi hanya muay.

6. Muay Thai di Thailand mula menjadi sukan untuk tontonan sejak ratusan tahun lalu sebelum kewujudan peraturan dan glove lagi.

7. Ketika itu petinju cuma memakai tali hem (kaad cheuk) dan bertarung di hadapan raja tanpa apa-apa peraturan.

8. Pada 1929, peminat Muay Thai no.1 Thailand, Raja Prajadhipok mula memperkenalkan gelanggang berbentuk empat segi sama, glove dan jam penentu masa untuk perlawanan.

9. Teknik tinju seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk (uppercut) dan tumbuk cangkuk (hook) diserap dalam Muay Thai untuk menjadikannya lebih menarik.

10. Kedudukan (stance) Muay Thai sebelum ini yang mempunyai kekuda rendah juga mula hilang apabila petinju lebih senang berdiri tegak sambil kaki hadapan sentiasa dihenjutkan.

11. Pertarungan Muay Thai moden mula diadakan pada tahun 1945 selepas siapnya Stadium Rajadamnern di Bangkok.

12. Latihan juga semakin sistematik apabila petinju mula belajar teknik pernafasan, regangan, dan rawatan kecederaan.

13. Punching bag juga diperkenalkan bagi menggantikan batang pisang dan batang pinang.

14. Pao (thai pad) dicipta bagi membantu jurulatih meningkatkan stamina dan melatih kepantasan kaki petinju.

15. Belly pad (pao tong) juga dicipta untuk membantu jurulatih mengasah ketepatan tendangan kaki dan lutut petinju semasa latihan bersama-sama.

16. Focus mitt yang selalu digunakan dalam sukan tinju Barat juga digunakan bagi melatih koordinasi mata dengan tangan.

17. Tali lompatan (skipping rope) turut digunakan tetapi dengan sedikit pengubahsuaian kerana menggunakan getah yang tebal.

18. Glove juga diubahsuai untuk memudahkan petinju bergelut rapat (clinch) dengan tepi yang bersudut dan span yang lebih keras.

19. Walaupun sukan ini semakin diterima di negeri sebelah pantai barat, dominasi petinju dari Kedah dan Kelantan masih belum mampu digugat.

20. Oleh sebab kedua-dua negeri ini bersempadan dengan Thailand, Muay menjadi sukan tontonan utama di setiap daerah dan menjadi aktiviti masa lapang anak-anak muda.

20 Februari 2016

King of the Kickboxer

Tahniah diucapkan kepada dua fighter Sitkrumat, Raul Rentap dan Norhafizan yang menang ke atas pencabar masing-masing dalam Siri Kejohanan Kickboxing Warrior anjuran AIX Kickboxing di Semenyih minggu lepas. Ini adalah perlawanan ketiga mereka untuk disiplin kickboxing. Petinju yang mengumpul mata terbanyak akan bertanding secara kalah mati pula untuk menjadi wakil Malaysia dalam Kejohanan Dunia nanti. Anda boleh berlatih dengan juara-juara ini di Klab Boksing Sitkumat Klang setiap Ahad. 



14 November 2015

We changed gangster to be a fighter


Muay Thai is the 2000 year old self-defense from Thailand that the most lethal and dangerous martial art form. At Sitkrumat Camp, you can learn the offense and defense of:

1. Powerful Punch! 
2. Cutting Elbows! 
3. Punishing Knees! 
4. Versatile Push Kicks! 
5. Crippling Leg Kicks! 
6. And Devastating Round Kicks

We open training regime to policemen, army, municipal enforcers, fitness instructors, students, street fighters, gangters or everybody who loves to fight and self defence. Please call/sms/whatsapp Cikgu Raja for registration. 0199241656. Only in Klang since 2008. 

22 Oktober 2015

Setia hingga hujung nyawa


Dua murid Sitkrumat yang sangat setia, sejak Kelab Sitkrumat diasaskan pada 2009 sehingga kini, mereka masih bersama-sama Cikgu. Bob "Black Mamba" yang bekerja sebagai pengawal peribadi dan Zaim "Twin Turbo" yang kini doktor pelatih kini ialah jurulatih di Klab Boksing Sitkrumat Klang. Dari zaman sekolah hingga zaman pekerjaan, mereka tetap datang berlatih dan mengajar pelatih-pelatih baru. 

19 Oktober 2015

Authentic Thai Kickboxing in Klang


1. Authentic thai kickboxing.

2. Accepts kids and women.

3. Beginners to advanced class.

4. Private lessons available (RM50 per session).

5. RM50 for registration only.

6. Free training, free equipment, free air, free parking.

7. Learn muaythai for fitness, self defence or to fight.

8. Dedicated muaythai instructors.

9. VIP training system (1 on 1).

9. Whatsapp/sms/call Cikgukacak Siku Kapak 0199241656.

14 Oktober 2015

Muay untuk semua


1. Kelab muaythai pertama di Klang dan antara yang terawal di Selangor (2008).

2. Diasaskan oleh Cikgukacak Sikukapak yang bermula di SMK Kampong Jawa sebelum berpindah ke Taman Rakyat Klang.

3. Terbuka kepada semua kaum, bangsa, agama, umur, jantina, OKU.

4. Waktu latihan pada setiap petang Ahad 5-7 pm.

5. Yuran bulanan tiada.

6. Yuran pendaftaran RM50 sekali seumur hidup.

7. Semua kelengkapan disediakan.

8. Pakaian latihan hendaklah sesuai.

7. T-shirt kelab boleh dibeli dengan harga RM30 sehelai.

8. Gloves, seluar, handwrap boleh dibeli terus di sini.

9. Peluang bertanding peringkat negeri dan kebangsaan.

10. Silibus menggunakan sistem talaqqi (1 on 1), seorang pelatih seorang jurulatih (5 jurulatih berpengalaman sedia mengajar).

11. Tiada paksaan semasa latihan.

12. Latihan yang fleksibel, bebas datang ikut kelapangan.

13. Peluang menjadi jurulatih bertauliah.

14. Satu-satunya kelab muaythai yang tidak berasaskan keuntungan - hasil yuran pendaftaran digunakan untuk membeli barang latihan untuk kelab.

15. Ilmu, iman, ikhlas.

16. SMS/Whatsapp 0199241656 untuk pendaftaran atau datang terus ke Taman Rakyat Klang.

Sitkrumat Sungai Serdang juara


Tahniah diucapkan kepada fighters muda dari Sitkrumat Sungai Serdang (Kapar) yang membawa balik 3 pingat emas dalam Kejohanan Muaythai Negeri Sembilan di Stadium Mini Kuala Pilah. Tahniah juga diucapkan kepada ketua jurulatih, Asnor Sitkrumat yang telah melatih anak-anak kecil dari Kampung Sungai Serdang, Kapar sehingga menjadi juara. Program yang bermula atas inisiatif AJK Masjid Sungai Serdang pada awal tahun lepas kini sudah membuahkan hasil apabila semakin ramai fighters dalam kalangan murid sekolah dilahirkan. Teruskan berjuang!

09 Oktober 2015

Jengking Merah di Melaka





Semoga berjaya diucapkan kepada Adik Hakimi Jengking Merah yang akan turun bertarung pada malam esok, 10,10.2015.

The best club in Klang


1. First muaythai camp and club in Klang.

2. The largest muaythai club in Selangor (maybe Malaysia).

3. Successor of Persatuan Muaythai Negeri Selangor.

4. Traditional thai fighting system/Boksing Kelantan style.

5. Free training.

6. Free equipment.

7. Free clean air.

8. Free parking.

9. 2 km jogging track.

10. 3 km hill track.

11. One by one training system.

12. Opportunity to fight all muaythai competition.

13. Just RM50 fee registration (orphan under 17 free).

14. Welcome all ages, races.

13. Every Sunday, 5-7 pm.

14. Call Cikgukacak Sikukapak 0199241656.

14 September 2015

Baju kelab untuk dijual

Tempah sekarang, baju Klab Boksing Sitkrumat Klang. Di hadapan baju tertera logo Sitkrumat dan nama anda di dada. Di belakang pula tertera VIP TRAINER 1:1 KLANG. Tulisan berwarna emas. Baju berjenama Oren Sport. Harga RM35 termasuk poslaju atau RM30 jika ambil di Taman Rakyat. Terbuka untuk semua sama ada ahli atau pengikut blog ini. Whatsapp/sms jika anda berminat 0199241656. 

07 September 2015

Old school is the best school


1. Apakah yang anda boleh beli dengan wang sebanyak RM50? 3 kotak rokok Dunhill? 1 set family feast KFC? Sekeping stik di Victoria Station? Atau anda boleh belajar seni beladiri yang paling realistik di dunia? 

2. Klab Boksing Sitkrumat Klang atau lebih dikenali sebagai Sitkrumat Klang menawarkan latihan muaythai termurah dengan latihan old school seperti yang anda lihat dalam filem-filem Thailand. 

3. Cuma bayar RM50 sebagai yuran pendaftaran, anda boleh datang selagi mana anda suka tanpa perlu bayar apa-apa lagi yuran. 

4. Anda akan mendapat tunjuk ajar seperti VIP yang sepatutnya anda perlu bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk satu sesi. 

5. Tidak kira apa jua matlamat anda, sama ada mahu belajar melindungi diri sendiri dan orang tersayang daripada bahaya, mahu sihat dan cergas dengan cara yang lebih seronok berbanding pergi ke gimnasium, atau sekadar mahu menambah kenalan, datanglah ke kelab ini. 

6. Latihan diadakan setiap Ahad, 5-7 petang. Hari biasa tidak ada kerana kami juga perlu bekerja untuk mencari rezeki kerana ini bukan kelab yang menjana pendapatan. 

06 September 2015

Adik beradik Jengking menang


Tahniah Jengking Merah dan Jengking Hitam yang menang ke atas pencabar masing-masing dalam Kejohanan Muaythai Amatur Hari Kebangsaan Terbuka Johor. Jengking Hitam masih mengekalkan rekod 13 kemenangan tanpa tewas sejak 2 tahun lalu. Jengking Merah pula berada di kelas tersendiri apabila mudah menewaskan regu yang jauh lebih berat daripadanya. Pada minggu lepas, mereka berdua menang KO ke atas lawan masing-masing di Kejohanan Seni Beladiri Terbuka Daerah Petaling. Syabas, teruskan rentak kemenangan ini! Chokdee!!!

Bentuk disiplin di Sitkrumat



1. Saya memanggil mereka berdua ini Mail dan Sudin, sempena nama watak drama dalam Astro pada Ramadan lalu kerana mereka selalu bergaduh kemudian berbaik semula.

2. Sebelum saya bawa mereka masuk ke tim Sitkrumat, dua orang ni selalu saya tarik masuk ke bilik disiplin kerana pelbagai salah laku disiplin.

3. Mereka pernah dihantar ke kem jati diri anjuran Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengubah sikap, tetap gagal.

4. Sejak masuk Sitkrumat pada bulan lepas, tiada lagi masalah di sekolah yang saya dengar tentang mereka.

5. Matlamat saya ialah melatih mereka sehingga menjadi juara muaythai kebangsaan memandangkan umur mereka yang masih muda, 15 tahun.

6. Di Sitkrumat, remaja dilatih patuh pada disiplin - datang tepat pada waktu latihan, hormat orang yang lebih tua, menolong rakan-rakan sepelatih dan sebagainya. 

7. Jadi, jika ada anak-anak yang nakal, susah nak ikut peraturan, suka melawan cakap, hantarlah ke kelab Sitkrumat, Insya Allah mereka akan dibentuk sebaik mungkin.

8. Saya juga berpengalaman menguruskan disipin murid-murid di sekolah menengah sejak 8 tahun yang lalu.

9. Sitkrumat juga pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk membentuk jati diri sekumpulan murid nakal sebelum menjadi kelab muaythai untuk semua. 

We fight weekly, not weakly


1. Sebelum anda menelefon saya untuk mendaftar, suka saya ingatkan terlebih dahulu.

2. Jika anda mencari kelab muaythai yang mewah lengkap dengan gim angkat berat dan competition ring, ini bukan tempatnya.

3. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada jurulatih dari Thailand yang mempunyai tali pinggang dari bahu sampai ke kaki, ini bukan tempatnya.

4. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada ramai awek comel lebih daripada lelaki gagah, ini juga bukan tempatnya.

5. Tetapi, jika anda mencari kelab muaythai yang percuma, segar, mesra, boleh melatih anda sehingga menjadi juara, silalah datang ke kelab muaythai terbesar dan teramai di dunia ini.

6. Mengapakah saya katakan terbesar di dunia? Ini kerana kami berlatih di Taman Rakyat Klang, kawasan rekreasi yang terletak di Bukit Andalas berkeluasan 81 ekar yang mempunyai kemudahan senaman, laluan joging dan trek denai.

7. Sejak tahun 2009, Sitkrumat telah melatih lebih daripada 1000 orang murid daripada pelbagai latar belakang, umur dan bangsa.

8. Jadi, simpan nombor saya ini, 0199241656.

9. Jika anda tidak berminat, mungkin ada saudara, kawan-kawan anda yang masih tercari-cari tempat untuk belajar seni pertahanan diri yang satu-satunya di dunia tidak mengenakan yuran latihan.

15 Ogos 2015

Kelab Muaythai 1Malaysia


Kelab Muaythai Sitkrumat Klang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, bangsa, agama, atau taraf hidup. Di sini semua orang dilayan secara sama rata bertepatan prinsip 1Malaysia. Kami mengalu-alukan peminat seni beladiri yang mempunyai asas, atau sudah berpengalaman dalam apa-apa sahaja seni beladiri untuk menyertai kami. Yuran penyertaan cuma RM50, paling murah di Malaysia, dan kami satu-satunya kelab yang tidak mengenakan yuran bulanan. Semua kelengkapan disediakan, pelatih cuma perlu membeli pembalut tangan dan seluar latihan. T-shirt ada dijual di sini dengan harga RM30 sehelai. Untuk maklumat lanjut, boleh datang ke Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas atau telefon/sms/whatsapp Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

12 Mei 2015

Tua-tua kelapa bidara


1. Uncle Subra, 70 tahun membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk belajar. 

2. Beliau sudah lama minat pada seni pertahanan diri tetapi kerana tiada tempat yang sesuai beliau memendamkan impian itu sehinggalah menemukan Klab Boksing Sitkrumat Klang. 

3. Sejak mendaftar 3 bulan lepas beliau tidak pernah ponteng latihan walaupun hujan. 

4. Jika anda lebih muda dan lebih kuat daripada Uncle Subra ini, jangan jadikan alasan usia sudah tua untuk belajar kerana ilmu wajib dituntut sehingga ke liang lahad. 

5. Untuk mendaftar, datanglah ke Taman Rakyat Klang setiap Sabtu atau Ahad, 5-7 pm. 

6. Pendaftaran sentiasa dibuka sepanjang tahun. Whatsapp/sms Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

15 April 2015

Saya mesti pilih Sitkrumat

10 sebab anda harus memilih Klab Boksing Sitkrumat Klang

1. Yuran latihan tidak dikenakan. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 sahaja. Kelab Muaythai lain biasanya mengecaj anda sekurang-kurangnya RM100 sebulan tidak termasuk yuran pendaftaran. 

2. Gloves disediakan untuk semua pelatih. Di mana-mana kelab biasanya menyewakan gloves kepada pelatih setiap kali latihan, tetapi kami menyediakan gloves yang berharga RM200 untuk anda gunakan tanpa bayaran. 

3. Jadual latihan yang fleksibel. Anda boleh datang apabila anda lapang pada hari minggu. Jika anda sibuk dan tidak dapat mengikuti latihan, jangan risau kerana hari latihan seterusnya anda akan diajar pada silibus yang anda berhenti. 

4. Jurulatih yang bertauliah dan mesra. Di sini semangat Sitkrumatians diterapkan kepada semua ahli. Tidak ada yang sombong, berlagak hebat atau pentingkan diri sendiri. Anda akan dibantu oleh ahli-ahli yang lain bukan sahaja semasa latihan tetapi juga di luar waktu latihan. 

5. Peluang bertanding di kejohanan muaythai atau MMA. Sejak diasaskan pada tahun 2008 dulu, kami aktif menghantar atlet kami bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan. Kami juga menyediakan pelapis atau bakat-bakat baru untuk masa depan. Hadiah atau wang kemenangan akan menjadi milik atlet, bukannya milik kelab seperti kelab-kelab muaythai lain yang membahagikan wang kemenangan untuk atlet dan kelab. 

6. Diskaun untuk barang latihan. Anda berhak mendapat harga ahli bagi semua barang latihan yang dijual oleh kelab dan harga ini tidak akan anda dapat di mana-mana kedai atau kelab. 

7. Terbuka kepada semua peringkat umur. Di kem kami, ahli terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari semuda 3 tahun hingga 70 tahun. 

8. Terbuka kepada semua kaum. Kelab kami 1Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, yang ada cumalah perbezaan skill dan stamina sahaja. 

9. Peluang menjadi jurulatih. Anda bukan sahaja dilatih sebagai fighter tetapi juga sebagai trainer. Setelah anda mahir, anda akan dihantar mengambil kursus pentauliahan jurulatih secara percuma. Jarang kelab atau gim yang melatih ahli mereka menjadi jurulatih tetapi di sini semua ahli lama ialah jurulatih. Setelah anda menjadi jurulatih anda akan diberi peluang mengajar kelas VIP dengan upah sebanyak RM100 setiap sesi. 

10. Sitkrumat kelab terbesar di Malaysia. Sejak tahun 2008, kami telah melatih hampir 1000 orang ahli termasuk seminar. Ahli-ahli Sitkrumat kini bertebaran di segenap pelosok Malaysia. Ada yang sudah menjadi jurulatih di kelab-kelab kecergasan ternama dan ada yang membuka cawangan Sitkumat di negeri-negeri asal. 

Set jurulatih untuk dijual.

Dapatkan set asas jurulatih dengan harga termurah di pasaran - shinguard, belly pad dan pao dengan harga RM620 bagi set kulit atau RM520 bagi set PU. Harga ini bagi set daripada jenama Thaismai sahaja. Bagi set Twins atau Topking harga yang ditawarkan ialah RM770. Setiap barangan perlu ditempah terlebih dahulu dan akan dapat dalam tempoh 2 hari dari tarikh pembayaran. Whatsapp atau sms untuk pertanyaan. 0199241656 Cikgu Raja Ahmad. 


07 Mac 2015

Clash of Titan


Selamat berjaya diucapkan kepada Dragon Boy yang akan menentang Adik Ngah Lelayang Putih dari Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM malam ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan ulangan yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Muaythai memandangkan kedua-duanya antara petinju yang paling lasak di Malaysia sekarang ini. Pada tahun lepas, Dragon Boy menang dengan kiraan mata. Dragon Boy antara nak muay hebat yang dilahirkan di Kem Sitkrumat sebelum berlatih di Dragon Muaythai Bukit Bintang di bawah seliaan Leko Beh. 

26 Februari 2015

Jangan jadi mangsa!


1. Kes buli, rogol, cabul dan peras ugut sering berlaku pada zaman sekarang.

2. Jadi, untuk mengelakkan anak-anak anda menjadi mangsa, biarlah mereka belajar seni pertahanan diri.

3. Mungkin anak gadis sudah malu untuk belajar seni pertahanan diri, jadi apa kata anda hantar mereka ketika mereka masih kanak-kanak lagi. 

4. Sitkrumat Klang menerima kanak-kanak lelaki atau perempuan untuk belajar seni pertahanan diri Muaythai secara selamat dan mengikut silibus.

5. Kami juga mempunyai jurulatih yang bertauliah dan terlatih dalam merawat kecederaan (jika berlaku).

6. Dengan yuran penyertaan termurah di dunia, sesiapa sahaja boleh belajar Muaythai di sini.

7. Datanglah ke Taman Rakyat Klang setiap petang Sabtu atau Ahad. Sebarang kemusyiklan boleh hubungi Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

24 Februari 2015

Terapi Muaythai


1. Sitkrumat Klang bukan sahaja melatih anak-anak muda menjadi fighter tetapi juga menjadi terapi bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah disleksia, slow learner dan hiper aktif.

2. Jika anda ada anak-anak istimewa ini dan mahu mencuba terapi Muaythai pula, bawalah ke kem kami di Taman Rakyat Klang.

3. Yuran cuma RM50 sekali seumur hidup dengan latihan sebanyak 8 kali sebulan.

4. Kami menerima murid seawal usia 5 tahun hingga 65 tahun.

5. Terbuka kepada semua bangsa, agama dan jantina. 

6. Kami ialah kelab Muaythai pertama di Klang dan antara kelab yang terawal di Selangor (diasaskan pada 2008).

7. Kami juga satu-satunya kelab di Malaysia yang tidak mengenakan yuran latihan kepada semua pelatih.

8. Datanglah berjumpa dengan Cikgu Raja Ahmad untuk mendaftar.

9. Segala kelengkapan latihan seperti kelab Muaythai di Thailand disediakan. 

03 Februari 2015

Hotbed of Muaythai in Selangor



Muaythai is the national sport of Thailand and one of the most feared ring sports in the world. Kru Raja Ahmad is secretary of Selangor Muaythai Association and a respected trainer of champions. In Sitkrumat Camp Sri Andalas, you'll learn:

Part 1: Warm-up, conditioning & introduction to equipment.
You’ll learn the rigorous techniques of Muaythai. Full explanations are given on the different kinds of training gear and how to use them including: ankle supports, hand wraps, gloves, thai pads, focus mitts, the belly protector, kicking shields and more.

Part 2: Basic footwork, punches and elbows
You’ll learn the on guard stance, basic footwork, the jab, cross, hook and uppercut. Detail instruction on form and execution to develop maximum power and speed, as well as combination punching. The proper technique for delivering devastating elbow strikes from all angles.

Part 3: Kicks and Knees
The push kick and its variation and Muaythai’s trademark, the round kick. You’ll learn the footwork and secrets to be able to throw this kick at any target from head to toe. The proper technique for delivering knee strikes from all angles.

Part 4: Fighting technique
Shadow boxing, and how to defend against all attacks and develop an arsenal of counter combinations. A variety of kick and punch combinations, good for fighting or just a great workout.

24 Januari 2015

Raul Springer Dewata Raya


Tahniah Raul Springer yang menunjukkan permainan muaythai yang menarik melawan petinju dari kelab Elitez MMA Klang dalam Merican Fight Night pada minggu lepas. 

20 Januari 2015

Daftar sekarang


Daftar sekarang di kelab muaythai pertama di Klang dan termurah di dunia. Cuma RM50 seumur hidup. Silibus seperti kelab-kelab muaythai tradisional di Thailand. Jurulatih-jurulatih yang berpengalaman luas dalam pertandingan dan seminar muaythai. Daftar sekarang. Semua kelengkapan boleh dibeli di sini. Latihan setiap petang Ahad. SMS/Whatsapp Cikgu Raja Ahmad 0199241656,

31 Disember 2014

Sitkrumat no.1 di Klang

1. Saya mengasaskan Klab Boksing Sitkrumat Klang pada tahun 2008 dengan nama asalnya Kelab Muaythai Sri Andalas. 

2. Pada awal penubuhannya, Sitkrumat cuma dianggotai oleh murid-murid sekolah sebelum berkembang menjadi kelab yang terbuka untuk semua.

3. Dengan mengenakan yuran pendaftaran RM50 dan tiada yuran bulanan, saya berjaya menguruskan kelab ini dengan jayanya selama 6 tahun. 

4. Ramai kawan-kawan yang meminta saya lebih serius mengajar muaythai dengan membuka sebuah gim yang lengkap di Klang ini, tetapi melihat kepada potensi kelab-kelab beladiri yang kurang mendapat sambutan menyebabkan saya menangguhkan hasrat itu. 

5. Beberapa kelab yang dibuka sekitar Klang/Shah Alam sudah ditutup tidak sampai setahun beroperasi. 

6. Ada kelab yang masih kekal tetapi beroperasi di bawah tanggungan sendiri. 

7. Kos sewa bangunan dan gaji jurulatih dari Thailand yang tinggi menyebabkan banyak kelab tidak dapat meneruskan survival. 

8. Jika anda rasa mahu merasai corak latihan seperti kelab-kelab muaythai di Kelantan yang melahirkan juara-juara muaythai kebangsaan walaupun berlatih serba kekurangan, datanglah ke kelab kami di Taman Rakyat Klang. 

9. Masa latihan adalah pada pukul 5 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. 

10. Pelatih digalakkan membawa pembalut tangan sendiri atau boleh membelinya di sini dengan harga yang murah berbanding mana-mana gim/kedai di Malaysia. 

11. Jika berminat sila hubungi Cikgu Raja Ahmad (whatsapp/sms/call) 0199241656 atau datang bertemu mata di Taman Rakyat Klang. 


Jengking Merah lagi!

Jengking Merah sekali lagi menunjukkan sengatnya di Kejohanan Muaythai F3 di Muzium Telekom pada hujung minggu lalu menewaskan petinju muda dari Kelab Muaythai Heritage Subang.


Jengking menyengat lagi!


Tahniah Adik Shahril Hakimi bin Mohd Rashis a.k.a Jengking Merah kerana menang dalam Kejohanan Muaythai Piala Sultan Johor pada minggu lepas. 

17 Disember 2014

Tahniah Dragon Boy


Tahniah Dragon Boy kerana menutup tirai 2014 dengan 4 tali pinggang kejuaraan. Dari seorang remaja biasa, digilap di Kem Sitkrumat dan diasuh dengan baik oleh juara-juara Thailand di Kelab Dragon Bukit Bintang, Dragon Boy membuktikan kerja keras dan dedikasi akan menghasilkan kejayaan. Semoga menang dan bawa pulang tali pinggang WMC I-1 di Hong Kong pula awal tahun depan.

11 November 2014

Ahli majlis tertinggi


Ahli majlis tertinggi Klab Boksing Sitkrumat Klang - dari kiri Kru Nazim (penolong jurulatih), Cikgu Raja Ahmad (penasihat), Kru Hafizan (penolong jurulatih), Kru Rashis (pengurus). Jika mahu mendapatkan info tentang kelab ini, datanglah bertemu mereka di Taman Rakyat Klang setiap Sabtu dan Ahad, 5-7 petang. Whatsapp/sms Cikgu Raja Ahmad 0199241656.

03 Oktober 2014

Selamat hari raya


Kelab Sitkrumat berhenti rehat pada hujung minggu ini sempena Hari Raya Aidiladha. Latihan disambung semula minggu depan. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti latihan di Kem Sitkrumat, anda boleh mendaftarnya secepat mungkin. Pada bulan ini (Oktober), Kem Sitkrumat mengadakan promosi yuran pendaftaran (untuk bulan ini sahaja). RM20 dikenakan bagi semua pelatih yang baru mendaftar. Sila printscreen iklan ini dan ditunjukkan di kem semasa mendaftar. Yuran pendaftran biasa ialah RM50. Tiada yuran bulanan dikenakan, cuma pelatih digalakkan membawa gloves sendiri. Pelatih yang belum mampu boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dahulu. 

Tahniah!


Belum terlambat lagi untuk admin mengucapkan tahniah kepada Mohd Faizzil Mansor aka Seankang kerana menunjukkan semangat kesukanan dan kemahiran yang tinggi dalam kejohanan muaythai amatur anjuran Kelab Muaythai Merican di Taman Tun Dr. Ismail minggu lepas. 

09 Ogos 2014

Back to business


Setelah sebulan berhenti rehat pada bulan puasa, Klab Boksing Sitkrumat kembali menyambung latihan. Masa latihan masih sama, iaitu 5 hingga 7 malam setiap hari Sabtu dan Ahad. Tiada yuran latihan dikenakan. Pelatih baru cuma perlu membayar yuran pendaftaran RM50. Lelaki atau perempuan boleh menyertainya. Umur yang sesuai ialah 6 hingga 60 tahun. Gambar di atas ialah Adik Adha Black Scorpion, 8 tahun semasa bertarung di kejohanan Muaythai Naga Api Road Tour 2 bulan lepas. Adik Adha menang dengan keputusan juri. Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau add fb "Raja Ahmad Talmizi". 

28 April 2014

MMA pula

Dragon Boy cuba mengasah bakanya dengan menyertai Malaysia Invasion MMA (MIMMA).

Dragon Boy juara di Pulau Pinang.

Akhirnya Dragon Boy berjaya memakai tali pinggang kejuaraan setelah 2 kali gagal mendapatkannya dalam kejohanan terdahulu. Kali ini, Dragon Boy berjaya mengalahkan petinju Eropah yang lebih besar daripadanya dengan keputusan KO.

14 April 2014

06 April 2014

Luaskan kuasamu


Hakimi Jengking Merah akan turun berlawan di Johor Bharu pada 20 April 2014. Sama-sama kita meriahkan. 

06 Mac 2014

Muaythai untuk wanita


1. Kelab Boksing Sitkrumat Klang sudah lama membuka penyertaan kepada semua wanita tidak mengira usia.

2. Latihan berbeza daripada regim latihan untuk lelaki, tiada body contact dengan jurulatih atau pelatih lelaki.

3. Datanglah ke kelab ini untuk mendaftar.

4. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 dan anda boleh berlatih seumur hidup.

5. Bawa gloves sendiri atau beli di sini atau kongsi gloves yang sedia ada dengan pelatih-pelatih yang lain.

6. Pakaian latihan hendaklah sesuai dan pelatih perempuan boleh berkasut.

7. Pelatih wanita muslim juga boleh bertudung.

8. Suka kami mengingatkan, lokasi latihan kami ini terletak di tempat terbuka, Taman Rakyat.

24 Februari 2014

Muaythai only for girls


Combat sports are a guys’ thing, right? Well, not so fast… Judging by what’s going down at my muaythai camp and others, I can confirm that women are getting into Muay Thai big time. After all, for ladies looking to “jazz” up their lives, what could be better than a couple of Muay Thai workouts each week to achieve your personal fitness, wellness and combat training goals?


What does Muay Thai offer women? Whether the goal is weight loss, cardiovascular endurance, or better overall strength, women now have better options to consider than the usual “boring” aerobics and group fitness classes offered at the local gym. Even if you don’t want to become a professional Muay Thai fighter, consider what top-notch, personalized or group Muay Thai training has to offer:

• Improved physical health and conditioning.
• Better stress management to tackle day-day living.
• More effective self-defense techniques.
• More energy.
• Increased self-discipline and motivation.
• Improved mental health.
and much, much more…

Why women (wrongly) resist going into Muay Thai. When it comes to physical activities like Muay Thai training, some females are understandably skeptical:

• Won’t all that kicking and punching hurt me and make me too masculine?
• Doesn’t all that cardio and resistance training make women too muscular?
• I really don’t want a six-pack, but I’ll get one anyway with Muay Thai, right?

This fear and apprehension is understandable to some extent, but completely misguided. Muay Thai training is designed to make you stronger and develop your core without getting overly big and bulky. In many ways, women are better suited for Muay Thai than guys, because the skills and strategies you learn are designed for the smaller and supposedly “weaker” opponent.

And after all, what’s wrong with an equal playing field? Muay Thai will improve your overall flexibility and reflexes, and help you focus and concentrate better at home, work, and play. General Health and Wellness versus Professional Muay Thai fighting.

However, very few women have the desire to become professional Muay Thai fighters. For those who follow that path, congratulations! You will have no regrets as you pursue your dreams. On the other hand, ladies who have more general lifestyle goals can also find fulfillment if they:

1. Find a well-qualified Muay Thai trainer and mentor willing to introduce them to the proper mindset and methodology of the sport. It might be intimidating to join a male-dominated group class or team right off the bat, so begin with personal lessons.
2. Don’t settle for the first gym you run across offering Muay Thai courses. Some will be more “female-friendly” than others. Look for academies that have other women students, women coaches, and positive feedback from past and current members. Look for women-specific bootcamps that give you a weekend or one week to get your feet wet before making a commitment to the sport.

I’ll leave you with a quote from former Muay Thai and kickboxing champion Melissa Misiuda that best sums up Muay Thai’s appeal and attraction for women:


The sport is more about physical well-being than about weight loss. It’s not about starving yourself; it’s not about becoming ripped. It’s about becoming healthy, more happy with yourself, with your body

11 Februari 2014

Become the predator, not the prey


Train in one of Klang's premier Muay Thai camp. Learn the art of Muay Thai and improve:


1. Self defence.

2. Discipline & self confidence.

3. Weight loss.

4. Look young & feel great.

5. Gain strength & body tone.

6. Cross training for other sports.


Located inside inspired life, Taman Rakyat Klang. All ages are welcome. A force in the making and you could be too! Call Cikgu Raja for more details: 0199241656

05 Februari 2014

Jomkurus 1Malaysia dan Muaythai.


Pada 25 Januari lalu, Kem Sitkrumat telah terlibat dalam satu program kecergasan peringkat kebangsaan, Jomkurus 1Malaysia (JK1M), program yang dikendalikan oleh pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahari. Team leader daerah Klang, Encik Ridzman Ridzwan telah membawa 30 pelatihnya datang ke Kem Sitkrumat untuk aktiviti Muaythai selama 2 jam. Program ini sama seperti rancangan realiti tv, The Biggest Loser Asia yang turut memasukkan Muaythai dalam silibusnya.