04 Ogos 2012

Kelas VIP

Tiada masa untuk datang belajar Muay Thai di Taman Rakyat? Sukar untuk datang kerana tiada pengangkutan? Anda boleh memilih kelas personal - latihan di tempat anda, kelengkapan disediakan, latihan 1 dengan 1 daripada jurulatih berpengalaman, sesi interaksi dan perbincangan, masa bebas, yuran berpatutan (cuma RM100 untuk satu sesi). Jika berminat, sila hubungi Cikgu Raja 0199241656.

27 Julai 2012

Petinju Sitkrumat ke SMTTCC-V

Nama: Riduwan G.I. Joe
Berat: 68kg
Tinggi: 172cm
Umur: 20 tahun
Rekod perlawanan:  3 kali
Nama: Diamond Dragon Boy
Berat: 58kg
Tinggi: 165cm
Umur: 19 tahun
Rekod perlawanan: 7 kali
Nama: Khairul Lori Kontena
Tinggi: 165cm
Berat: 90kg
Umur: 24 tahun
Rekod perlawanan: 4 kali
Nama: Abu Takiya
Berat: 32kg
Tinggi: 145cm
Umur: 12 tahun
Rekod perlawanan: 1 kali

Nama: Shahrin Hakimi Hati Waja
Berat: 22kg
Tinggi: 132cm
Umur: 10 tahun
Rekod perlawanan: 1 kali

Nama: Raqib Golden Leg
Tinggi: 140cm
Berat: 50kg
Umur: 12 tahun
Rekod perlawanan: 4 kali

21 Julai 2012

Clash of Titans

Adik Shahrin Hakimi Hati Waja sekali lagi akan bertarung dengan Adik Naga Api dalam Selangor Charity Challenge-V yang akan diadakan pada 23 September ini bagi merebut tali pinggang 20kg. Dalam Selangor Charity Challenge-IV, pertarungan sengit itu berakhir dengan keputusan 2-1 (unanimous decision). Pertarungan ulangan nanti bakal menjadi tumpuan peminat siri kejohanan Charity Challenge yang sudah memasuki edisi kelima. Undang-undang penuh Muay Thai (5 pusingan dan penggunaan siku) akan diguna pakai.

16 Julai 2012

Dragon Boy menang Enter the Dragon

Kemenangan Dragon Boy dalam Enter The Dragon semalam membuktikan bahawa kerja keras dan disiplin ialah formula terbaik untuk berjaya, tidak semestinya berlatih di gim mewah dengan jurulatih dari Thailand dan rakan-rakan sparring yang ada banyak tali pinggang kejuaraan.

Boy menang dengan keputusan TKO pada pusingan keempat selepas lawannya tidak dapat meneruskan pertandingan. Sebelum itu, Dragon Boy disahkan cedera pada keningnya akibat serangan siku pada minit-minit terakhir pusingan ketiga tetapi bangkit mendominasi perlawanan pada pusingan keempat.

Semoga kemenangan itu menjadi motivasi kepada ahli-ahli Sitkrumat yang lain agar berbangga menjadi ahli kelab bawah pokok terbesar di dunia.

Dragon Boy sebelum perlawanan

Dragon Boy bersama rakan-rakan dari Sitkrumat, Asnor, Max, Jasin dan Sharif.

Dragon Boy bersama lawannya, Nigel Chong dan penganjur, En. Leko Beh yang juga pengerusi Kelab Dragon Muay Thai

14 Julai 2012

Dragon Boy dalam Enter The Dragon


Dragon Boy akan mewakili Kem MR50 Sitkrumat dalam Enter The Dragon 2 pada malam esok di Dragon Muay Thai, Bukit Bintang. Boy akan menentang petinju dari Dragon, Nigel Chong. Untuk rekod, Nigel mempunyai rekod perlawanan 7 kali termasuk kejohanan I-1 di Korea Selatan, manakala Boy pula baru berlawan sebanyak 6 kali. Beberapa petinju terbaik yang pernah mewakili Malaysia juga akan mengambil bahagian.

13 Julai 2012

MR50 Sitkrumat


Nama kelab: MR50 Sitkrumat Camp, Klang.
Lokasi: Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas.
Tarikh diasaskan: Januari 2008.
Masa latihan: 5 - 7.30 malam.
Hari: Sabtu dan Ahad.
Bilangan ahli: 376 orang
Yuran keahlian: RM50
Yuran latihan: Percuma
Yuran kelas personal: RM100 2 jam (Klang dan Shah Alam sahaja)
Telefon: 0199241656
E-mel: greateacheraja.yahoo.co.uk

10 Julai 2012

Pengadil SMTCC-IV



En. Izzat dari Persatuan Muay Thai Melaka dan En. Steven Ban dari TNT Kickboxing

Cikgu Raja Ahmad dari MR50 Sitkrumat
Jorm Kitti, legenda Muay Thai dari Promthep Gym, Thailand

Perlawanan paling pantas

Perlawanan paling pantas dalam sejarah SMTCC adalah antara Raqib The Thundercat dari MR50 Sitkrumat melawan Hakim AK-47 Naga Api, iaitu 30 saat dalam SMTCC-IV. Raqib tumbang setelah terkena sepak layang ke leher (narai bun sien).

Perlawanan terbaik

Perlawanan paling menarik dalam SMTCC-IV pastinya antara Sharif Hati Waja dari MR50 Sitkrumat melawan Amy Rocksteady dari Furious Styles, Kota Kinabalu. Ketiga-tiga juri, iaitu legenda Muay Thai dari Thailand, Jom Kitti, Steven Ban, dan Cikgu Raja memberi keputusan seri. Semua perlawanan lain, terdapat perbezaan mata yang ketara.

Muay Thai @ Senamrobik 1Malaysia


Persembahan Muay Thai sempena Senamrobik 1 Malaysia di SMK Kampong Jawa, Klang pada awal pagi tadi oleh Hanzala dan Shahid Sitkrumat. 5 tahun lalu, PK Kokurikulum menolak cadangan saya membawa masuk Muay Thai ke sekolah atas alasan sukan ini terlalu ganas untuk murid sekolah, tetapi semalam beliau terpaksa meminta bantuan saya sebab mahukan Muay Thai sebagai gimik pembukaan.

Keputusan Perlawanan SMTCC-IV


Isaac Lee Quinn Kirsty Fight Club menang TKO R1 vs Mohd Saffri Abdullah SS Fighters Kuching

Sharif Hati Waja Senior MR50 Sitkrumat seri vs Amy Rocksteady Furious Styles Kota Kinabalu

Alex Mellor Merican menang KO R1 vs Ruben Nanthan Flying Cobra Taman Melati

Shahrin Hakimi Hati Waja Junior MR50 Sitkrumat seri vs Adik Naga Api


Hairi Buakaw Naga Api menang poin vs Saifullah Ismail Kelab Tomoi Raja Lebah, Pendang

Jasin Sukhoi SU-50 MR50 Sitkrumat Camp Klang kalah poin vs Ku Ess Sultan Idris Shah

Ujang Singa Mas Klang kalah poin vs Izha Te-Loy Muay Thai Kuala Ketil, Kedah


Budinato SS Fighter Kuching seri vs Iliad Lubis Alilied Gym Combat

Herry Rocko Anak Kuda Merah KL menang KO R2 vs Muhamad Hairi Flying Cobra

Khairul 'Lori Kontena' MR50 Sitkrumat kalah poin vs Mohd Hazrul Muay Thai Fitness Lab


Aidy Singa Mas Klang kalah KO R3 vs Rauf Black Diamond

Abu Takiya MR50 Sitkrumat kalah poin vs Abang Naga Api

Raqib Thundercat MR50 Sitkrumat kalah KO R1 vs Hakim AK47 Naga Api

Hafiz Raja Kumbang kalah KO R3 vs Putra Anak Kuda Merah K.L

Alan “The Flashman” MR50 Sitkrumat kalah poin vs Alif Singa Mas Klang

Zahari Ishak Raja Lebah menang KO R3 vs Zairul Anak Kuda Merah, Raub

Mohd Amir Kelab Tomoi Kilat Batu Caves kalah KO R2 vs Mohd Akmal Raja Kumbang

Haizul Zulkarnain Red Arrow menang poin vs Muhd Ridzuan Naga Putih Greenwood

03 Julai 2012

Selangor Muay Charity Challenge 4


Tempat: Dewan Muhibah Taman Bolton, Batu Caves.
Tarikh: 7 Julai 2012
Masa: 9 pagi hingga 4 petang
Tiket: RM12
Peserta yang mengambil bahagian:

Isaac Lee Quinn Kirsty Fight Club vs Mohd Saffri Abdullah SS Fighters Muay Thai Gym Kuching

Afandi Red Arrow vs Amy 'Rocksteady'  Furious Styles Kota Kinabalu Sabah

Alex Mellor Merican Muay Thai Gym vs Ruben Nanthan Flying Cobra Taman Melati

Shahrin Hakimi Hati Waja Junior MR50 Sitkrumat Camp, Klang vs ADIK NAGA API
Hairi Buakaw Naga Api vs Saifullah Ismail Kelab Tomoi Raja Lebah Pendang Kedah

Abang Naga Api vs Abu Takiya MR50 Sitkrumat

Jasin Sukhoi SU-50 MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Ku Ess Sultan Idris Shah “The Royal Beautiful Boxer”

Ujang Singa Mas Klang  vs Izha Te-Loy Muay Thai Kuala Ketil, Kedah
Budinato SS Fighter Muay Thai Gym Kuching vs Iliad Lubis Alilied Gym Combat

Herry Rocko Anak Kuda Merah KL vs Muhamad Hairi Flying Cobra

Khairul 'Lori Kontena' MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Mohd Hazrul Muay Thai Fitness Lab
Aidy Singa Mas Klang vs Rauf Black Diamond

RAKIB 'THUNDERCAT' MR50 Sitkrumat, KLANG vs HAKIM AK47 NAGA API
Hadi Red Arrow Muay Thai Gym Setapak vs Putera Anak Kuda Merah K.L

Alan “The Flashman” MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Alif Singa Mas Klang
ZAHARI ISHAK RAJA LEBAH vs MUHAMAD HIZAIRUL AZWAN ANAK KUDA MERAH, RAUB

Mohd Amir Yaacob Kelab Tomoi Kilat Batu Caves vs Mohd Akmal “Mat Black” Raja Kumbang
Haizul Zulkarnain Red Arrow Muay Thai Gym vs Muhd Ridzuan Naga Putih Greenwood

25 Jun 2012

SMTCC-IV


Pada kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge IV, MR50 Sitkrumat Klang menghantar 7 petinju baru dan 3 petinju lama. Antaranya ialah Raqib Thundercat (2 kali lawan), Khairul Lori Kontena (2 kali lawan), Sharif Hati Waja (2 kali lawan), Jasin Sukhoi SU-50, Shahreen Hati Waja, Abu Takiya dan Alan The Flashman. Kontinjen kali ini akan diuruskan oleh Hafiz Tiger King dan dibantu oleh cornerman Riduan G.I. Joe dan Dragon Boy.

22 Jun 2012

Dragon Boy di Stadium Chaweng


Setelah dua minggu berlatih di WMC Koh Samui, Phuket, Dragon Boy Sitkrumat telah diberi peluang menunjukkan kebolehannya di Stadium Chaweng malam tadi. Walaupun tewas dengan kiraan mata, itu menjadi pengalaman berharga Dragon Boy berlawan di tempat asal Muay Thai, di mana petinju asing (farang) tidak akan menang jika tidak menang KO. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Muaythai Malaysia dan Ajarn Nong (jurulatih Challenger Asia dan Contender Asia).

19 Jun 2012

Sitkrumat no.1 di Klang


1. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan jurulatih dan pemilik kelab Muay Thai di kejohanan Muay Thai, mereka akan kagum dengan kebolehan Kem Sitkrumat yang sering menghantar petinju baru dalam jumlah yang ramai.

2. Di Kem Sitkrumat, sistem talaqqi, iaitu sistem pendidikan Islam yang berkonsepkan seorang guru seorang murid masih diamalkan.

3. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya.

4. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung.

5. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.

6. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, daftarlah sekarang.

7. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan.

8. Anda boleh berlatih secara percuma selama-lamanya.

9. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum.

10. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang. 

18 Jun 2012

Jenama paling baik


Berikut ialah kesimpulan yang saya boleh buat sepanjang menguruskan Sitkrumat Camp dan membekalkan peralatan boxing dan muay thai untuk pasaran Semenanjung, Borneo melalui Sitkrumat Trading sejak tahun 2008. Penilaian dibuat dari segi harga dan kualiti.

Gloves latihan paling bagus: Twins Special
Gloves latihan paling teruk: Muay Thai
Gloves pertandingan paling bagus: Twins Special
Gloves pertandingan paling teruk: Nationman
Pao paling bagus: Fairtex
Pao paling teruk: Top King
Mitts paling bagus: Thaismai
Mitts paling teruk: Fairtex
Belly pad paling bagus: Twins Special
Belly pad paling teruk: Muay Thai
Seluar paling bagus: Twins Special
Seluar paling teruk: Thaiboxing
Punching bag paling bagus: Twins Special
Punching bag paling teruk: Nationman
Handwrap paling bagus: Twins Special
Handwrap paling teruk: FBT
Ankle guard paling bagus: Thaismai
Ankle guard paling teruk: FBT

Shin guard paling baik: Fairtex
Shin guard paling teruk: Raja Boxing

16 Jun 2012

Dragon Boy berlatih di WMC Koh Samui


Pada 7 Jun lalu, Dragon Boy telah dihantar berlatih ke WMC Gym, Koh Samui, Phuket sebagai persediaan menghadapi Selangor Charity Challenge 4 pada 7 Julai ini. Dragon Boy akan berlatih selama 2 minggu di bawah seliaan ketua jurulatih, Ajarn Nong (jurulatih dalam Contender Asia & Challenger Asia). Terima kasih diucapkan kepada Kapt. Dato' Mohd Shahnaz Azmi, Presiden PMM yang banyak membantu program latihan ini. Semoga Dragon Boy pulang dengan selamat dan berkongsi ilmu dengan semua ahli Sitkrumat yang belum berpeluang berlatih di Thailand.

17 Mei 2012

Logo baru Sitkrumat

Mulai bulan ini, Sitkrumat Camp Thai Boxing Camp akan dikenali sebagai MR50 Sitkrumat Klang. Logo MR50 Sitkrumat Klang juga telah diperkenalkan secara rasmi di kem pada 12 Mei yang lalu.

Logo ini dicipta oleh Hatta Dahli, pelajar jurusan seni kreatif Kolej Universiti Lim Kok Wing. MR50 diambil sempena nilai Malaysian Ringgit 50 yang menjadi yuran penyertaan Kem MR50 Sitkrumat sejak dulu lagi.   

11 Mei 2012

Cabaran Muay Thai Dunia 2012

Vladimir Konsky sekali lagi akan datang ke Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Tomoi Dunia Piala Diraja Kedah 2012. Sama-sama kita meriahkan.

23 April 2012

Bengkel What Gym Will Never Teach You About Muay Thai

Pada 22 April 2012 (Ahad) Persatuan Muay Thai Negeri Selangor telah menganjurkan What Gym Will Never Teach You About Muay Thai Workshop di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 18 peserta hadir dalam bengkel yang berlangsung selama 6 jam itu. Tiga jurulatih daripada persatuan diundang bagi berkongsi ilmu, iaitu, Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang, Kru Najib dari Barracuda Kajang, Tuan Azman Abdul dari Gim Naga Api Gombak, dan jemputan khas dari Thailand, Left. Kolonel Ajarn Suchart (pengadil Stadium Lumpini).


03 April 2012

Isi masa hujung minggu anak-anak

1. Tidak mahu anak-anak anda menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti tidak sihat seperti bermain permainan video atau Facebook? Apa kata daftarkan anak anda di Kem Sitkrumat Klang agar anak-anak anda belajar sesuatu yang baru di samping menyihatkan badan.

2. Muay Thai bukan sahaja ilmu pertahanan diri yang efektif tetapi juga sukan yang membakar banyak kalori.

3. Di Kem Sitkrumat, anak-anak anda akan dilatih dengan selamat dalam suasana yang aman (dikelilingi oleh pepohon hijau).

4. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjadi generasi lembik pada masa depan, serahkan kepada kami untuk melatihnya menjadi generasi tahan lasak.

5. Yuran pendaftaran cuma RM50 seumur hidup, tiada yuran bulanan dan syarat-syarat yang tersembunyi.

6. Telefon atau sms Cikgu Raja Ahmad - 0199241656 sekarang atau datang sendiri ke Taman Rakyat Klang pada setiap petang hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

23 Mac 2012

Rebiu perlawanan terbaik ahli Sitkrumat

Dalam perlawanan Selangor Charity Challenge Edisi 3 Ahad lepas, Rakib The Thundercat membuktikan dia dalam kelas tersendiri apabila mengambil masa beberapa minit untuk menumbangkan lawannya dari Kelab SGS Dengkil, Daniel Haziq. Rakib yang terpaksa berlawan dengan lawan yang 25kg lebih berat daripadanya tidak menghadapi masalah sepanjang perlawanan. Rekod Rakib masih bersih dengan 3 kali lawan, 2 kali menang KO, 1 kali seri.

Dalam perlawanan merebut tali pinggang 55kg, Dragon Boy tewas dengan keputusan pengadil (RSC - Referee stop the contest) pada pusingan keempat menentang jurulatih daripada Kirsty Fight Club, Ampang, Mazli Sazali. Perlawanan ini sangat menarik kerana kedua-dua petinju menggunakan siku untuk menyerang satu sama lain tetapi kecekapan mempertahankan diri mengelakkan kedua-duanya cedera. Walaupun keputusan pengadil yang pernah menjadi pengadil The Challenger Muay Thai Astro agak mengejutkan kerana kedua-dua petinju masih rancak berlawan, pihak kem tetap menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka. Mungkin belum rezeki lagi untuk Kem Sitkrumat membawa pulang tali pinggang untuk digantung pada pokok di kem kami di Taman Rakyat.


Pemenang, Mazli dipakaikan tali pinggang kejuaraan oleh Dato' Razlan Razali, CEO Sepang International Circuit.

22 Mac 2012

Selangor Charity Challenge 3

Sitkrumat telah menghantar 7 petinju dalam Selangor Charity Challenge yang menutup tirai pada Ahad lalu. Berikut ialah keputusan perlawanan.


1. Rakib Thundercat menang KO R2 Haziq Dragon Knight SGS Dengkil

2. Ridhuan G.I. Joe menang KO R3 Azmi Mat Yen Anak Kuda Merah

3. Haziq Siluman Singa Putih kalah poin Ahmad Syukri Muay Fit

4. Khairul Lori Kontena kalah poin Sufian Superbomba, Furious Styles KK

5. Sham Oasis kalah KO R1 Nick Tembuakar, Furious Styles KK

6. Fezo Singa Mas kalah KO R3 Muhd Hazriq CTR313

7. Dragon Boy kalah TKO R4 Mazli Kirsty Fight Club

17 Mac 2012

Fight Card Selangor Charity Challenge 3

Peserta Kejohanan Muay Thai Amal Negeri Selangor 2012


Rakib "Thundercat" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Hazzeq Daniel "Dragon Knight" (SGS Muay Thai, Dengkil)


Kyo "Thunderfist" (Furious Styles Kota Kinabalu) Sabah lawan Saiful Mat Salleh (Merican Muay Thai Gym, Mont Kiara)


Som Seen A/L Som Mai (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis) lawan Bahamen (Anak Kuda Merah Raub)


Khairul "Lori Kontena" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Nick Tembuakar (Furious Styles Kota Kinabalu)


Fatzeril Rohadi (Muay Thai Naga Api) Lawan Jai "Da Werewolf" (SGS Muay Thai, Dengkil)


Amirul Mukminin Tek Pi (Naga Api Tasik Puteri) lawan Ronny 'Algojo' Sham (Furious Styles Kota Kinabalu)


Dragon Boy (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Mazli Sazali (Kirsty Fight Club, Ampang) - perebutan tali pinggang 55kg


Mohd Firdaus Bin Ismail (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis) lawan "Fighter Jet" Lee (Furious Style Kota Kinabalu)


Faridzul Farriz (Kirsty Fight Club, Ampang) lawan Seo Dong Jin (Muayfit, PJ)


Muhd Khairul Che Hassan (Chempaka Sari, Raub) lawan Isaac Lee-Quinn (Kirsty Fight Club, Ampang)


Adik Naga Api (Muay Thai Naga Api) lawan Aflin Hakimi (Merican Gym)


Sufian "Super-Bomba" (Furious Styles Kota Kinabalu) lawan Sham Oasis (Sitkrumat Camp, Klang)


Azlan Syahimi (Flying Cobra, Taman Melati) vs Zawen Anuar (Body Construction, KL)


Fezo Singa Mas (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Muhd Hazriq (CTR 313)


Zahari Ishak (Kelab Tomoi Raja Lebah, Pendang) lawan Man (Barracuda Kajang)


Riduan "G.I. Joe" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Azrin Azmi "Mat Yen" (Kelab Tomoi Big Boyz)


Muhd Firdaus (CTR313) lawan Muhd Zulhazmi (Anak Kuda Merah, Raub)


Haziq "Siluman Singa Putih" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Ahmad Shukri (Muay Fit, PJ)

16 Mac 2012

Seminar RM10

Kem Sitkrumat Klang sekali lagi bekerjasama dengan Persatuan Tomoi Gombak menganjurkan Seminar Asas Muay Thai 2012 bertempat di Gelanggang Utama Persatuan Tomoi Gombak, Kem Wira Damai, Batu Caves. Seramai 50 peserta menyertai seminar pertama tahun ini. Seminar ini menjadi seminar Muay Thai paling murah pernah diadakan kerana peserta cuma dikenakan bayaran cuma RM10. Nantikan seminar seterusnya pada bulan depan.

13 Mac 2012

Buakaw hilang?

Berita kehilangan Buakaw Por Pramuk selama 2 minggu akhirnya terjawab apabila muncul di TV7 malam tadi. Dalam temuramah yang disiarkan secara langsung itu, Buakaw memaklumkan bahawa dia tidak akan bersama Por Pramuk lagi. Ini dikatakan demikian kerana tekanan akibat dimaki setiap masa, dipaksa berlatih walaupun tidak sihat dan tekanan pihak pengurusan Gim Por Pramuk. Dia berhajat ingin membuka gim Muay Thai sendiri dan sebelum itu akan menjadi sami untuk mendiang ibunya yang meninggal tahun lepas.


Pihak Persatuan Muay Thai Selangor yang dijadualkan mengadakan seminar bersama Buakaw pada 20 Mac ini di Hotel Plaza, KL akan ke Bangkok untuk berjumpa Buakaw dan pengurusan Gim Por Pramuk untuk menyelesaikan kontrak yang dibuat pada bulan lepas sebelum kehilangan Buakaw dilaporkan oleh media di Thailand.

12 Mac 2012

Selangor Muay Thai Charity Challenge III

Semua peminat Muay Thai diajak memeriahkan Kejohanan Amal Muay Thai Negeri Selangor Kali ke-3 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves. 40 petinju dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari ini. 10 petinju terbaik Sitkrumat akan mengambil bahagian dan mewakili daerah Klang.


Tiket berharga RM12 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak). Jika anda mahukan tiket subsidi (dengan syarat anda menyokong Kem Sitkrumat), sila dapatkan daripada Cikgu Raja Sitkrumat dengan harga RM10 bagi setiap keping atau RM15 bagi 2 keping tiket (terhad kepada 2 keping setiap orang).

04 Mac 2012

Fairtex menaja Sitkrumat

2008-2009 Muay Thai SRS
2009-2010 Twins Special
2010-2011 Raja Boxing
2011-2012 Thaismai

2012-?


Bermula pada bulan depan, Sitkrumat Camp akan mula menggunakan jenama paling mahal dan berkualiti dari Thailand, Fairtex. Ini bermakna barang-barang latihan lama akan dilelong dengan harga yang tidak masuk akal sama seperti tahun-tahun sudah. Pembeli yang berminat boleh datang ke kem kami di Taman Rakyat, Klang.

27 Februari 2012

Tahniah Sitkrumat

Tahniah kepada kedua-dua ahli Sitkrumat yang bertarung dalam Kejohanan Freestyle Full Contact Fighting di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad (kelmarin). Ridhuan G. I. Joe yang terpaksa ditebeng kerana lawannya menarik diri, kalah kepada seorang petinju berpengalaman dari Dragon Muay Thai, Boyka Sim yang menyahut cabaran daripada penganjur. Manakala Dragon Boy yang turun selaku petarung utama seri menentang Fazrin Mukhtar dari Kelab Nook Kok. Bagaimanapun Dragon Boy cedera di bawah mata akibat serangan siku dan terpaksa diberi 3 jahitan.

15 Februari 2012

Tentera Sitkrumat

Ahli Sitkrumat Camp yang kemungkinan besar dihantar ke SELANGOR MUAY THAI CHARITY CHALLENGE III - 2012, 18 Mac ini di Batu Caves.


1. Dragon Boy

2. Haziq Siluman Singa Putih

3. Khairul Lori Kontena

4. Wan Kucing Belang

5. Fizo Singa Mas

6. Riduan G.I. Joe

7. Raqib Thundercat

8. Hanzala Punk

9. Noel Gallagher

14 Februari 2012

Sitkrumat Camp, Taman Rakyat

1. About our camp: Sitkrumat Thai Boxing Camp opened their doors in 2008 by Head Trainer Raja Ahmad Sitkrumat.


2. A relatively young but blossoming camp, Raja Ahmad and his first batch students have built a strong community and training camp based on long lasting friendships with the same enthusiasm for the sport of Muay Thai.


3. In mid 2010, fellow instructor Karim Storer, an expatriate from England join force with Raja Ahmad to bring his extensive boxing and fitness skills over to Sitkrumat Camp. Possessing quick hands and a punishing work ethic, extends to students a different edge and specialist training in fitness.

“Training should be fun. If it’s not, you’re not doing it right! You don’t need to be tough; an ego maniac or a gym junkie to come train at Sitkrumat. We welcome all ages and no experience is necessary.”



4. We offer: At Sitkrumat we offer our students ‘THAI BOXING’ classes for both MEN and WOMEN - Beginner, intermediate and advanced - Advanced Classes for Amateur to Professional fighters - Pre-fight training for season competitor - ‘PLYOMETRIC TRAINING’ for fitness enthusiasts - School Kid training program - Clothing, training gears and a lot MORE!

5. What can I achieve: At Sitkrumat we will find the right program to suit you to kick start your fitness, increase your confidence, strength and stamina.


6. We are here to guide you to achieve all the goals you once thought were impossible.


7. Just bring the right attitude and we will assist you in providing the right techniques and program to suit your needs.


8. While you are having fun training Muay Thai, we assure you that you will feel energized, confident in yourself and most of all see the results of the training.


9. It's all just only RM50 for long life learning!

Sitkrumat dalam FFF

Dua petinju terbaik Sitkrumat, Salman Spark (rekod perlawanan 8 kali) dan Dragon Boy (rekod perlawanan 4 kali) akan mengambil bahagian dalam Freestyle Fullcontact Fighting 2012 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Salman akan menentang Muhd Raffi dari Kelab Singa Malaya, Kajang pada 25 Februari ini, manakala Boy akan menentang Fadzrin dari Kelab Nook Kok Kipas Lanun, Petaling Jaya pada 26 Februari. Acara Junior Superfight ini akan berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari dan disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport. Tiket berharga RM10 boleh didapati di pintu masuk stadium.

05 Februari 2012

Wajib daftar pada hari pertama

1. Mulai minggu depan, tidak ada lagi "free trial class" untuk pelatih yang baru.

2. Ini terpaksa dibuat demi menjaga maruah kelab Sitkrumat yang sering diburukkan oleh pelatih "free trial class" ini.

3. Mereka datang sekali atau dua dan hilang selepas itu.

4. Jadi mereka sudah membuang berjam-jam masa jurulatih-jurulatih kami yang meluangkan masa semata-mata mahu melatih mereka dan terpaksa mengabaikan pelatih yang lain.

5. Cuma yang serius mahu belajar sahaja diterima masuk.

6. Setiap orang yang berminat wajib mendaftar dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 pada hari pertama latihan.

02 Februari 2012

Add FB

Sila add Cikgu Raja di FB, Raja Ahmad Talmizi (Raja Ahmad Sitkrumat).

Husin Appolo

Legenda Muay Thai dari Kelantan yang masih aktif mengajar dan menjadi cornerman bagi setiap anak muridnya, Husin Appolo dari Kelab Appolo, Tumpat Kelantan.

29 Januari 2012

Kuala Lumpur Frestyle Full Contact Fight 2012

Sitkrumat akan menghantar 2 orang wakil untuk kejohanan ini bagi kategori Junior Fight. Ahli-ahli Sitkrumat harap dapat hadir memberi sokongan. Tiket boleh didapati dengan Cikgu Raja.


Dragon Boy (4 kali lawan 3 menang 1 seri)

Salman Spark (8 kali lawan, 5 menang 3 seri)