Seluruh ahli Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp mengucapkan selamat berjaya kepada Kyo Kaedee dari Furious Styles Kota Kinabalu, yang akan turun bertarung dengan lawannya dari aliran Karate Kyokushin tengah hari esok dalam Kejohanan Seni Beladiri Tempur Terbuka Sandakan. Furious Styles ialah rakan sekutu Sitkrumat yang berpusat di Wisma Intiutama, Kota Kinabalu di bawah seliaan Kru Nazim Dato' Maduarin dan rakan-rakan. Keep the hands up!21 Mei 2011
Selamat berjaya!
Seluruh ahli Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp mengucapkan selamat berjaya kepada Kyo Kaedee dari Furious Styles Kota Kinabalu, yang akan turun bertarung dengan lawannya dari aliran Karate Kyokushin tengah hari esok dalam Kejohanan Seni Beladiri Tempur Terbuka Sandakan. Furious Styles ialah rakan sekutu Sitkrumat yang berpusat di Wisma Intiutama, Kota Kinabalu di bawah seliaan Kru Nazim Dato' Maduarin dan rakan-rakan. Keep the hands up!20 Mei 2011
15 Mei 2011
Muay Thai di Putrajaya
Peminat-peminat Muay Thai dipelawa hadir di hadapan Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia Kebangsaan pada 27-29 Mei ini. Pertandingan Muay Thai Amatur Kebangsaan 2011 akan diadakan pada 27 & 28 Mei manakala Pertandingan Muay Thai Best of The Best (profesional) yang mempertemukan jaguh terhebat seluruh Malaysia diadakan pada 29 Mei. Masuk adalah percuma. Acara bermula pada waktu petang sehingga malam. 06 Mei 2011
Muay Thai masuk sekolah
Setelah lebih tiga kali pembentangan di Kementerian Pelajaran Malaysia, Muaythai kini telah dibenarkan untuk dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah Sekolah seluruh Malaysia. Bagi jurulatih yang ingin membuka kelab di sekolah, mereka perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Antaranya ialah:
1. Jurulatih hendaklah berdaftar dengan badan induk persatuan.
2. Kurikulum latihan hendaklah jelas dari aspek kandungan dan pemeringkatanya.
3. Sebarang amalan dan pengajaran tidak menyentuh akidah murid-murid (sembah gelanggang, pertapaan, pemakaian tangkal, upacara berlimau dan sebagainya)
4. Kemahiran latihan yang dianjurkan membolehkan murid-murid menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi naugan badan induk (aktiviti kerajaan & NGO).
5. Syllabus Khan akan diperkenalkan di sekolah sekolah dan mereka yang menyertai kursus jurulatih Muaythai kebangsaan PMM yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini akan diberi Sijil Khan, surat pengesahan dan kebenaran untuk melatih/mengajar sukan Muaythai,
Contoh kertas kerja untuk memasuki sekolah selain kursus yang diajar adalah berdasarkan syllabus khan, asas sains sukan dan sebagainya.
05 Mei 2011
Jenama Sitkrumat
Diasaskan sejak 2008 lagi di Klang, Selangor, Sitkrumat telah menjadi satu jenama yang diterima ramai. Penjenamaan yang sentiasa dilakukan oleh Cikgu dan anak-anak buah Sitkrumat telah membuahkan hasil setelah 3 tahun memulakan kelas di Taman Rakyat, Klang. Masih mengekalkan konsep kelab Muay di Kelantan yang berlatih di mana sahaja ruang yang ada, Sitkrumat tetap mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat.
Penajaan dari beberapa syarikat termasuk pembekal barangan Muay Thai dari Thailand membuktikan bahawa Sitkrumat bukanlah 'kelab bawah pokok'. Sitkrumat masih utuh berdiri walaupun tidak pernah mengenakan yuran latihan seperti mana-mana kelab dan gelanggang di negara ini.
Kini, golongan remaja di daerah Klang mempunyai aktiviti tetap setiap hujung minggu yang sebelum ini dihabiskan dengan mengadap Playstation dan lepak di pusat beli belah. Sehingga hari ini, Sitkrumat telah melatih hampir 300 belia di daerah Klang yang kebanyakannya terdiri daripada murid-murid sekolah.
Jika anda berminat menyertai kami, datanglah ke Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Klang setiap hari minggu. Jangan terkejut apabila melihat kanak-kanak dan orang dewasa tidak berbaju berlatih di tengah-tengah padang kerana kami sudah biasa dengan keadaan itu demi berkongsi ilmu. Jika anda tidak rela berlatih dalam suasana begitu, kami akan cadangkan gim-gim Muay Thai bersekutu yang terdekat. Matlamat kami hanyalah melahirkan insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan kuat fizikalnya, bukan mencari keuntungan.
02 Mei 2011
Hari Keluarga Sitkrumat di Ulu Yam
Pada pagi tadi, Kem Sitkrumat Klang telah mengadakan Hari Keluarga Sitkrumat di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Gombak. Seramai 12 ahli Sitkrumat telah hadir memeriahkannya dengan tiga buah kereta yang bertolak pada pukul 8 pagi dari Klang. Tepat jam 10.30 pagi, kami sampai ke tempat yang dituju. Selepas puas mandi, kami bersama-sama memanggang ayam. Selepas ini kami akan ke Kolam Air Panas Trolak, Sungkai, Perak pula.
Gusti di atas titi untuk mencari siapa paling kuat
30 April 2011
Apakah maksud Sit, Por, Sor?
Setiap kali melihat perlawanan Muay Thai, kita sering tertanya-tanya, kenapakah nama petinju begitu panjang. Kalau dalam sukan tinju, petinju sering menggunakan gelaran seperti Manny Pacquiao "The Pac Man" atau sukan gusti seperti "Stone Cold" Steve Austin. Dalam sukan Muay Thai pula, petinju biasanya menggunakan nama kelab di belakang nama mereka. Contohnya Saenchai Sor Kingstar, Chatphicit Sitbangprajan atau Buakaw Por Pramuk.Sor Kingstar, Sitbangprajan dan Por Pramuk itu sebenarnya nama kelab petinju terbabit. Petinju akan meletakkan nama kelabnya setiap kali memperkenalkan diri untuk menaikkan nama kelab. Maksud Sor. atau Por. ini ialah kelab manakala Sit pula ialah anak murid. Maksud Sityodtong ialah Anak Murid Yodtong, diambil sempena nama pengasasnya iaitu Yodtong Senanan. Namun begitu, ada juga petinju yang meletakkan nama penaja di belakang namanya. Contohnya Jongsanan 3K Battery.
Situasi di Malaysia pun sama dengan Thailand. Kalau di Kelantan, petinju biasanya menggunakan nama kelab yang diambil dari nama tempat kelab itu berada tetapi menggunakan pangkal kata "Sri" yang bermaksud indah atau cantik. Contohnya Sri Aur di Bachok ialah nama kelab yang terletak di Kampung Aur. Antara kelab lain yang menggunakan perkataan Sri di hadapan nama kelabnya ialah Sri Buyong (Kg. Buyong, Jeli), Sri Payong (Kg. Bunut Payong, Kota Bharu) dan Sri Embon (Kg. Embon, Pasir Mas).
Di negeri-negeri lain pula, kelab-kelab menggunakan nama haiwan sebagai nama kelab seperti Kuda Merah PDRM, Kuda Putih, White Tigers, Singa Malaya dan Anak Naga Api.
25 April 2011
Kursus jurulatih Muay Thai berjaya!
Pada 24 April 2011 (semalam), Persatuan Tomoi Gombak telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 yang diadakan di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 25 peserta menghadiri kursus sehari ini yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih tentang ilmu kejurulatihan Muay Thai.
Antara panel yang terlibat ialah Tuan Azman b. Abdul dari Gim Naga Api Gombak, Kru Marzuki dari KLFK Sri Rampai, Kru Ismail Hassan dari Kelab Tomoi Singa Malaya Kajang, Kru Kuah Theam Loong dari Peninsular Gym Ampang dan Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang. Kursus sehari ini padat dengan pengisian berguna tentang pedagogi Muay Thai, kaedah kepengadilan perlawanan, tip membuka gim dan memilih kelengkapan sesuai dan perkongsian ilmu jurulatih-jurulatih yang telah berjaya. Kursus ini telah disokong oleh Persatuan Muay Thai Malaysia yang memantau segala aktiviti Muay Thai di Malaysia.
18 April 2011
Banana tree kicking
16 April 2011
Seminar Jurulatih
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih. Kursus selama sehari ini akan dibantu oleh beberapa orang jurulatih dari kelab terkenal di sekitar Lembah Kelang. Persatuan Muay Thai Malaysia selaku badan tertinggi Muay Thai di Malaysia juga telah menyatakan sokongan mereka pada kursus ini.
Berikut adalah senarai sukatan kursus yang telah dirangka bersama jurulatih-jurulatih berpengalaman yang bernaung di bawah Persatuan Tomoi Gombak.
1. Menghuraikan dan menunjukkan teknik asas dalam tomoi.
2. Menghuraikan dan menunjukkan teknik berlawan di atas gelanggang.
3. Menghuraikan dan menunjukkan teknik-teknik sparring (cara melakukannya dan cara mengajar pelatih melakukannya)
4. Menunjukkan teknik memegang pao, focus mitts, Thai suitcase.
5. Menunjukkan teknik menyerang pao, focus mitts, Thai suitcase.
5. Menunjukkan teknik menyerang pao, focus mitts, Thai suitcase.
6. Memegang pao untuk petinju profesional.
7. Menunjukkan teknik clinching bersama petinju Muay Thai profesional.
8. Menghuraikan dan menunjukkan tarian langkah sembah (Ram Muay dan Wai Kru) serta penghayatannya sebagai cara senaman dan penghormatan kepada guru.
9. Menunjukkan cara-cara mempersiapkan petinju sebelum naik ke gelanggang (urutan sukan, senaman pemanas badan, membalut tangan, memakaian pelindung groin, menyapu vaselin ke muka, memakaikan mongkon).
10. Mengurut dan memberi motivasi kepada petinju semasa rehat dalam pertandingan sebenar.
11. Menunjukkan cara mengatasi dan mengelakkan kecederaan dalam sukan Muay Thai.
12. Peraturan dalam pertandingan amatur dan profesional.
13. Cara-cara mendapatkan mata bagi pertandingan amatur dan profesional
14. Perkongsian pengalaman menguruskan gim/kelab/persatuan daripada kelab-kelab terkenal.
Para jurulatih kelab baru yang belum diiktiraf oleh mana-mana persatuan Muay Thai bolehlah menghadiri kursus singkat ini. Bekas-bekas petinju Muay juga dipelawa menyertai kursus ini untuk menambah ilmu dalam bidang kejurulatihan. Yuran pendaftaran hanya RM100. Makan minum, t-shirt dan kelengkapan latihan disediakan oleh penganjur. Bagaimana pun, peserta boleh membawa kelengkapan sendiri. Maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Sitkrumat Klang, Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau Presiden Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Gim Naga Api Sri Gombak, En. Azman Abdul 0122278445.
10 April 2011
Perempuan dilarang
Umum mengetahui bahawa orang perempuan tidak dibenarkan memasuki Stadium Lumpini dan Rajadamnern di Thailand. Di Malaysia, peraturan sebegitu tidak dilaksanakan. Oleh sebab itulah kita dapat lihat golongan ini sentiasa memenuhi dewan atau stadium setiap kali perlawanan diadakan. Namun, masih terdapat lagi kepercayaan sesetengah kelab yang melarang perempuan daripada menyentuh gelanggang atau mengiringi petinju naik ke gelanggang. Dakwa mereka, perempuan mendatangkan nasib buruk kepada petinju mereka. Kejadian yang berlaku pada awal tahun 70-an mengejutkan sukan Muay Thai di Thailand apabila seorang pengacara TV terkenal memanjat gelanggang di Stadium Lumpini. Sejak hari itu, perempuan tidak lagi dibenarkan memasuki stadium Muay Thai di negara yang kuat dengan amalan Buddha itu. Thailand merupakan negara di Asia Tenggara yang paling ramai penganut Buddha.
Bikkhu (sami) dipanggil untuk merahmati gelanggang dan mongkon yang dipakai petinju. Khabar angin mengatakan bahawa kejadian pengacara tv memanjat gelanggang itu menyebabkan semangat yang menjaga gelanggang menjadi marah. Sama ada satu kebetulan atau tidak, separuh daripada petinju pada malam itu cedera teruk semasa bertarung.
Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa stadium melarang perempuan daripada terlibat atau menonton perlawanan Muay Thai. Larangan itu bagaimana pun tidak lama. Sebuah stadium telah dibina khas untuk perempuan, iaitu Rangsit.
Presiden Muay Thai Institute, Amnuay turut mengubahsuai tingkat bawah stadium menjadi gim bagi petinju perempuan. Bagaimana pun, stadium ini dikuasai oleh petinju dari negara Barat yang datang ke Thailand. Ada juga stadium yang mengundang petinju perempuan (nak muay ying) bertarung bagi menghiburkan penonton sebelum sesuatu kejohanan berakhir.
Masih banyak lagi kem atau gim di Thailand yang melarang perempuan daripada turut sama berlatih. Malah bagi perlawanan kecil-kecilan yang dianjurkan oleh kelab, penonton perempuan diasingkan daripada penonton lelaki dan tempat duduk yang jauh dari gelanggang. Ketika melakukan Wai Kru, petinju perempuan akan memakai prajed dan mongkon, perbuatan yang ditentang keras oleh petinju lelaki kerana menganggap benda itu terlalu suci untuk disentuh.
Berbeza dengan perlawanan petinju lelaki, petinju perempuan hanya berlawan selama dua minit dengan dua minit rehat. Perlawanan petinju perempuan juga kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan petinju lelaki yang sentiasa dipenuhi penonton. Kebanyakan nak muay ying terdiri daripada remaja perempuan dari golongan miskin. Mereka akan bersara menjelang umur 20-an untuk berkahwin dan melupakan terus sukan ini.
Tahniah Adik Naga Api
Blog Boksing Kelantan mengucapkan tahniah kepada Adik Naga Api, 7, dari Gim Naga Api Gombak kerana menang terhadap lawannya dari GCS Taiping dalam Kejohanan Tomoi King of The Ring di Selayang semalam. Ini adalah perlawanan pertama Adik manakala lawannya pernah dua kali menang dalam perlawanan sebelum ini.06 April 2011
Keputusan Muay Thai Fit Warrior (saringan)
Petinju berikut akan berentap di Kejohanan Akhir Muaythai Fit Warrior sempena Hari Belia Negara yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei nanti. 48-51kg
Muhammad Isma Izzuddin bin Zakaria (Johan Zon Pantai Timur)
Mohd Rahim bin Yusoff (Naib Johan Zon Pantai Timur)
Muhd Syazwan Hafiz Rosdi (Johan Zon Utara)
Mohd Kaswadi Abu Aziz (Naib Johan Zon Utara)
Aliff Ezran Lokman (Johan Zon Tengah)
Mohd Safwan Afiq (Naib Johan Zon Tengah)
TBA - tempat belum diisi (Johan Zon Malaysia Timur)
TBA (Naib Johan Zon Malaysia Timur)
51-54kg
Mohd Badrul Hisham Reziki Ahmad Safiuddin Omar Mohd Firdhaus Mohd Janai Muhammad Fairuddin Wahab Muhammad Hafiz Mohd Rafi Alyis
TBA
TBA
54-57kg
Mohd Ridzuan Mohd Nor
Muhammad Fikri Kadir
Muhammad Qhalid Saripan
Mohamad Azuan Azmi
Mohd Yusmirahman
Mohd Rafie Muhamad
TBA
TBA
57-60kg
Muhammad b. Awang
Nor Ikhwan b. Mohamad
Ahmad Kamil Ariff Zainol
Mohd Fauzan Zabidi
Mohd Ali Yaakub
Muhamad Aizat Akmal
TBA
TBA
60-63kg
Mohamad Ropi Abdul Manaf
Mohd Hafiz b. Salim
Mohd Izat Nuruddin
Mohd Firdaus Mohd Nor
Muhammad Izzat
Ng Xao Thing
TBA
TBA
63.5-67kg
Mohd Amir Firdaus b. Abd Aziz
Ahmad Mubadir b. Setapa
Akmal Izzuddin Hashim
Justin Tollan Anak Sapaw
Mohd Hamdan Mokhtar
Mazlan Saberi
TBA
TBA
67-71kg
Mohd Nuramin b. Ibrahim
Mohd Taufik Adura
Zulhasri Ayob
Mohd Shaffiq Yusoff
Faizal Ramli
Yong Kian Tiam
TBA
TBA
03 April 2011
Sitkrumat di majlis bersanding
Pada malam tadi, beberapa ahli Sitkrumat telah diundang bagi membuat persembahan dalam majlis persandingan salah seorang ahli keluarga Sitkrumat yang berlangsung di Dewan Dato' Hamzah. Antara nak muay yang terlibat ialah Shafuan Sitkrumat, Aiziq Sitkrumat, Sabri Sitkrumat, Hanzalah Sitkrumat, Raqib Sitkrumat dan Amir Sitkrumat.
27 Mac 2011
22 Mac 2011
Terima kasih PTKL
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Tomoi Kuala Lumpur kerana berbesar hati menggunakan gloves jenama Raja. Ini merupakan kejohanan kedua di Malaysia yang menggunakan gloves Raja selepas Kelab Belia 4B Daerah Manjung menganjurkan Kejohanan Muay Thai Terbuka GCS bulan lepas. Gloves Raja kini mula digunakan oleh beberapa kelab sekitar Kuala Lumpur sebagai gloves latihan kerana kualiti kulit dan jahitannya. Untuk mendapatkan gloves Raja, anda bolehlah berkunjung ke Fighter Shop, Jalan Kuchai Lama atau menghubungi En. Izhar Ibrahim di talian 0193187976. Selain gloves, kedai ini turut menjual focus mitts, Thai pads, body protector dan seluar berjenama Raja.Festival Seni Mempertahankan Diri
Persatuan Tomoi Gombak telah diundang membuat persembahan sempena Festival Seni Mempertahankan Diri di Politeknik Sabak Bernam pada Sabtu lepas. Enam aliran seni beladiri diundang membuat persembahan antaranya ialah Karate, Taekwondo, Silat Seni Gayong Malaysia, Silamban, Kung Fu Wing Chun dan Muay Thai.11 Mac 2011
Kejohanan Muay Thai Amatur
Persatuan Muay Thai Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Fit Warrior di beberapa buah negeri untuk mencari wakil Malaysia dalam kejohanan antarabangsa IFMA.Zon Pantai Timur (Kelantan)
19hb/20hb Mac 2011 (Kompleks Belia Sukan Panji Kota Bharu)
Zon Utara (Perlis)
26hb/27hb Mac 2011 (Kompleks Belia Sukan Perlis)
Zon Tengah (Selangor)
2hb/3hb April 2011 (Sunway Pyramid)
Zon Malaysia Timur (Sarawak) - 14hb/15hb Mei 2011
Persatuan daerah, negeri dan kelab diminta menghantar nama wakil masing-masing kepada pmtmhq@yahoo.com secepat mungkin atau menghubungi pengurus kejohanan, En. Farek di talian 01666906609.
19hb/20hb Mac 2011 (Kompleks Belia Sukan Panji Kota Bharu)
Zon Utara (Perlis)
26hb/27hb Mac 2011 (Kompleks Belia Sukan Perlis)
Zon Tengah (Selangor)
2hb/3hb April 2011 (Sunway Pyramid)
Zon Malaysia Timur (Sarawak) - 14hb/15hb Mei 2011
Persatuan daerah, negeri dan kelab diminta menghantar nama wakil masing-masing kepada pmtmhq@yahoo.com secepat mungkin atau menghubungi pengurus kejohanan, En. Farek di talian 01666906609.
06 Mac 2011
Train with Cikgu Kacak
2. A trainer is someone who trains fighters to develop and strengthen their skill and techniques, but a Kru, a teacher teaches and explains each step, techniques.
3. Learning Muay Thai is not about learning to fight, learning how to protect yourself using your body, to respect parents, teachers and country, to be the one who is disciplined.
4. Training Muay Thai with Master Raja Ahmad, you can learn the culture and tradition of Muay Thai. Master Raja Ahmad's training bases mostly in basics, because that is what Master Raja Ahmad considers the most important thing in Muay Thai or probably any other martial arts and sports, and other things as well.
5. Then you can further learn fighting techniques and tactics, or self protection, one of the best exercises too.
6. If you already have learned Muay Thai or you are a fighter, training with Master Raja Ahmad will improve your balance and control.
7. If you are a fighter, then it will make your attacks more powerful and your movement faster.
8. If you have never learned Muay Thai, or any kind of martial arts, no problem, Master Raja Ahmad is the best kru for beginners, because what he teaches the best is basics.
9. Master Raja Ahmad's concept of Muay Thai training is to enjoy, it's because it's his passion, he loves and enjoys to teach Muay Thai.
10. Various students from different countries including Thai, expatriates, polices, students, Muay Thai fighters, etc.
11. Some comes in for one day or short time period, some may come regularly, some comes every year.
12. Students come for different reasons too, some for excercise and self-defense, some for reviews and training, some for new techniques and skills, various reasons.
13. No needs to be shy, come train and have fun!
01 Mac 2011
25 Februari 2011
Guru sebagai pemudah cara
23 Februari 2011
22 Februari 2011
Majlis Doa Selamat
Cikgu selaku Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak yang dipimpin oleh Kru Azman b. Abdul mengajak rakan-rakan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat Persatuan Tomoi Gombak di Gim Muay Thai Naga Api di No 16-1 Jalan GP A2 (1st Floor/Corner Lot) Taman Gombak Permai (Sri Gombak), 68100 Batu Caves, Selangor pada malam ini. Majlis akan bermula pada pukul 9 malam diisi dengan bacaan yassin dan selawat sempena maulidul rasul. Marilah kita merapatkan silaturahim dalam kalangan pengamal Muay Thai yang beragama Islam.21 Februari 2011
Train with Thai?
Thai will train lazy on farang unless you give 110% and find the right Kru - John Wayne ParrKata-kata legenda Muay Thai dari Australia itu memberi peringatan yang cukup bermakna kepada semua peminat Muay Thai yang ingin belajar seni ini daripada jurulatih Thai atau di kem Muay Thai di Thailand. Jika anda pernah belajar dengan Thai, anda tentu sedia maklum bahawa orang Thai tidak akan mengajar semua teknik dan taktik kepada pelatihnya. Bagi mereka, seni ini ialah rahsia orang Thai dan hanya yang luaran boleh diberi, melainkan anda menunjukkan semangat belajar yang luar biasa.
Farang (petinju luar Thailand) biasanya berkunjung ke Thai untuk menambah ilmu selepas belajar di negara asal. Mereka mendaftar di gim atau kem terkenal di Bangkok atau Phuket selama beberapa bulan. Di sana mereka turut ditawarkan peluang untuk mewakili kelab berkenaan bertanding dalam kejohanan tempatan. Ada juga yang mampu sampai sehingga ke Stadium Lumpini.
Kem di Thailand berusaha menarik farang untuk menambah pendapatan mereka kerana yuran yang diterima sangat tinggi berbanding orang Thai. Jika mereka berpuas hati dengan apa yang dibelajar di kem tersebut, mereka akan datang lagi. Tetapi kebiasaan farang ialah mereka tidak kekal dengan satu-satu gim. Mereka akan menjelajah segenap ceruk Thailand untuk mencari jurulatih-jurulatih yang terbaik. Ilmu yang dikumpul ini akan dikongsi sesama mereka apabila mereka pulang ke negara asal.
Kini, farang sudah mampu memberi saingan kepada Thai. Kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti K-1 dan Slamm (Netherland vs Thailand) tidak lagi didominasi oleh nak muay Thailand. Farang tidak seperti pengamal Muay Thai di Malaysia yang taksub dengan petinju Thai atau jurulatih Thai. Tidak mustahil suatu masa nanti orang Thai akan pergi belajar dengan mereka sama seperti sukan tinju moden yang berasal dari Britain tetapi kini menjadi sukan yang didominasi Cuba sehingga semua negara menghantar petinju ke negara miskin tersebut
Kini, farang sudah mampu memberi saingan kepada Thai. Kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti K-1 dan Slamm (Netherland vs Thailand) tidak lagi didominasi oleh nak muay Thailand. Farang tidak seperti pengamal Muay Thai di Malaysia yang taksub dengan petinju Thai atau jurulatih Thai. Tidak mustahil suatu masa nanti orang Thai akan pergi belajar dengan mereka sama seperti sukan tinju moden yang berasal dari Britain tetapi kini menjadi sukan yang didominasi Cuba sehingga semua negara menghantar petinju ke negara miskin tersebut
3 dalam 1
Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp telah 4 kali terlibat dalam menganjurkan bengkel Muay Thai bersama kelab-kelab lain. Penganjuran bengkel memberi faedah kepada tiga pihak. 1. Pemilik gim/kelab Muay Thai. 2. Penganjur kejohanan 3. Penjual barangan Muay Thai.Di Kelantan, Persatuan Boksing Kelantan tidak perlu penajaan daripada syarikat besar untuk menganjuran kejohanan. Cukup dengan jualan tiket untuk membayar upah petinju. Di KL, penganjur tidak mampu menganjurkan kejohanan jika tiada penaja.
Kenapakah perkara ini berlaku? Ini kerana di Kelantan pengamal Muay Thai sangat ramai. Di setiap pelosok ada gelanggang yang mengajar Muay Thai. Itulah objektif kami menganjurkan bengkel, meramaikan pengamal Muay Thai untuk membantu 3 pihak seperti yang disebutkan di atas.
20 Februari 2011
Guru sebagai fasilitator
Mengikut teori kognitif, pengetahuan sedia ada murid merupakan faktor penting dalam belajar. Selain itu, teori ini percaya bahawa murid yang baru belajar mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan.
Intrinsik ingin tahu ialah satu motivasi yang mendorong minat murid-murid terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri ialah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri di samping saling bersaing sesama mereka.
17 Februari 2011
Tahniah Apix Bee dan Fighter Shop

Tahniah Apix Bee dari Sitkrumat Cempaka Sari, ahli gabungan Persatuan Tomoi Gombak kerana menunjukkan persembahan yang hebat selepas menewaskan lawannya dari Kelab Saiprawat, Perlis dengan keputusan KO. Tahniah juga kepada rakan sekutu Sitkrumat, Fighter Shop kerana menjadi penaja gloves bagi Kejohanan Tomoi GCS Belia 4B ini. Gloves Raja bukan hanya digunakan di Stadium Rajadamnern tetapi kini sudah digunakan untuk pertarungan tempatan di Malaysia. 14 Februari 2011
Tahniah Apix Bee
Blog Boksing Kelantan dan semua ahli Sitkrumat mengucapkan tahniah kepada Apix Bee yang mewakili Sitkrumat Cempaka Sari Raub kerana menang terhadap pencabarnya, Kulaab Saiprawat dari Perlis pada pusingan ketiga di Kejohanan Muay Thai GCS di Manjung semalam. Ini adalah kemenangan KO kedua Apix Bee. Teruskan membanggakan Sitkrumat dan Persatuan Tomoi Gombak. 12 Februari 2011
Sitkrumat terus gah di persada
Sitkrumat diasaskan pada awal 2008. Sejak tiga tahun yang lalu, bermacam-macam dugaan yang kami terima untuk terus gah di Klang. Kami ditikam dari belakang, dicantas, cah keting, tapi kami tetap bertahan. Makin lama murid makin ramai. Sehingga kini, lebih 300 pengamal Muay Thai di seluruh negara berjaya dilahirkan oleh Sitkrumat menjadikan kelab kami kelab Muay Thai paling prolifik di Malaysia. Semoga Sitkrumat kekal sehingga 10 tahun lagi. 29 Januari 2011
Jom tengok tomoi di Perak
Jom tengok tomoi di Perak, jaguh-jaguh tempatan akan bersaing sesama sendiri bagi menentukan siapa yang terbaik. 12-13 Februari di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Kudin Raja Jerong, Ejo dan Izzat (Malaysian Tigers) akan menentang jaguh-jaguh baru dari Perak. Apix Bee (Sitkrumat Naga Api Raub) akan turut sama mengambil bahagian.KLFK menggegarkan KL Mac ini!
KLFK sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Freestyle Martial Arts Fight bertempat di Stadium Badminton Cheras, KL. Terdapat 12 petarung antarabangsa, dan 18 jaguh terhebat tempatan yang akan mempamerkan kehebatan masing-masing dalam kejohanan yang diadakan pada 25-27 Mac ini. Kejohanan freestyle ini bukan sahaja diisi dengan perlawanan freestyle kickboxing, bahkan juga perlawanan tinju profesional dan MMA. Sama-sama kita meriahkan. 26 Januari 2011
Get Muay Thai products here!
All items are posted out within 24 hours of cleared payment, first class recorded delivery unless stated. All items are insured, so you can buy with complete confidence! Top quality items at unbeatable prices and fast delivery service. If you don’t believe us, just check out our feedback. See our product in Facebook,
Langgan:
Catatan (Atom)


