Setiap kali melihat perlawanan Muay Thai, kita sering tertanya-tanya, kenapakah nama petinju begitu panjang. Kalau dalam sukan tinju, petinju sering menggunakan gelaran seperti Manny Pacquiao "The Pac Man" atau sukan gusti seperti "Stone Cold" Steve Austin. Dalam sukan Muay Thai pula, petinju biasanya menggunakan nama kelab di belakang nama mereka. Contohnya Saenchai Sor Kingstar, Chatphicit Sitbangprajan atau Buakaw Por Pramuk.Sor Kingstar, Sitbangprajan dan Por Pramuk itu sebenarnya nama kelab petinju terbabit. Petinju akan meletakkan nama kelabnya setiap kali memperkenalkan diri untuk menaikkan nama kelab. Maksud Sor. atau Por. ini ialah kelab manakala Sit pula ialah anak murid. Maksud Sityodtong ialah Anak Murid Yodtong, diambil sempena nama pengasasnya iaitu Yodtong Senanan. Namun begitu, ada juga petinju yang meletakkan nama penaja di belakang namanya. Contohnya Jongsanan 3K Battery.
Situasi di Malaysia pun sama dengan Thailand. Kalau di Kelantan, petinju biasanya menggunakan nama kelab yang diambil dari nama tempat kelab itu berada tetapi menggunakan pangkal kata "Sri" yang bermaksud indah atau cantik. Contohnya Sri Aur di Bachok ialah nama kelab yang terletak di Kampung Aur. Antara kelab lain yang menggunakan perkataan Sri di hadapan nama kelabnya ialah Sri Buyong (Kg. Buyong, Jeli), Sri Payong (Kg. Bunut Payong, Kota Bharu) dan Sri Embon (Kg. Embon, Pasir Mas).
Di negeri-negeri lain pula, kelab-kelab menggunakan nama haiwan sebagai nama kelab seperti Kuda Merah PDRM, Kuda Putih, White Tigers, Singa Malaya dan Anak Naga Api.


Petinju berikut akan berentap di Kejohanan Akhir Muaythai Fit Warrior sempena Hari Belia Negara yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei nanti. 


Persatuan Muay Thai Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Fit Warrior di beberapa buah negeri untuk mencari wakil Malaysia dalam kejohanan antarabangsa IFMA.




Tahniah Apix Bee dari Sitkrumat Cempaka Sari, ahli gabungan Persatuan Tomoi Gombak kerana menunjukkan persembahan yang hebat selepas menewaskan lawannya dari Kelab Saiprawat, Perlis dengan keputusan KO. Tahniah juga kepada rakan sekutu Sitkrumat, Fighter Shop kerana menjadi penaja gloves bagi Kejohanan Tomoi GCS Belia 4B ini. Gloves Raja bukan hanya digunakan di Stadium Rajadamnern tetapi kini sudah digunakan untuk pertarungan tempatan di Malaysia. 





