05 Februari 2014

Jomkurus 1Malaysia dan Muaythai.


Pada 25 Januari lalu, Kem Sitkrumat telah terlibat dalam satu program kecergasan peringkat kebangsaan, Jomkurus 1Malaysia (JK1M), program yang dikendalikan oleh pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahari. Team leader daerah Klang, Encik Ridzman Ridzwan telah membawa 30 pelatihnya datang ke Kem Sitkrumat untuk aktiviti Muaythai selama 2 jam. Program ini sama seperti rancangan realiti tv, The Biggest Loser Asia yang turut memasukkan Muaythai dalam silibusnya.



11 November 2013

Hari jadi PMTNS


Genaplah 2 tahun penubuhan Persatuan Muay Thai Negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada Sandee, pembekal kelengkapan Muay Thai dari Thailand yang menghadiahkan sebutir kek kepada persatuan.

10 November 2013

Tewas kiraan mata


Chen Wee Dragon Boy tewas tipis dengan kiraan mata kepada petinju Singapore dalam perlawanan Singapore vs World semalam. Perlawanan ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama buat Dragon Boy yang kini menjadi pelapis di bawah Projek Sukan Sea 2015.

07 Oktober 2013

Melentur buluh biarlah dari rebung

1. Jika anda mahu mengelakkan anak anda dibuli di sekolah atau pusat asuhan, hantarlah mereka ke Klab Boksing Sitkrumat Klang.

2. Anak anda akan dilatih untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman.

3. Di samping itu, anak-anak anda juga akan menjadi lebih sihat dan kuat kerana Muay Thai terbukti sukan yang bagus untuk kardiovaskular (otot jantung) dan tulang.

4. Umur yang paling sesuai adalah dari 5 tahun.

5. Selepas beberapa tahun, anak anda juga boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh semua persatuan muaythai di Malaysia.

6. Yuran keahlian cuma RM50 seumur hidup, tiada yuran bulanan dikenakan.

27 Julai 2013

Belasungkawa

Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada seorang rakan kita, arwah Jeri (bekas atlet Muay Thai negara) yang kembali ke rahmatullah kelmarin kerana terlibat dalam kemalangan di Besut.
 

07 Julai 2013

Dragon Boy di SUKMA

 
Dragon Boy mendapat pingat gangsa dalam acara Muay Thai SUKMA yang diadakan di Sri Kembangan. Dragon Boy yang dipilih mewakili kontinjen Melaka (MSN Selangor tidak membuat kejohanan saringan untuk atlet Muay Thai) tewas kepada lawan yang berpengalaman dari Wilayah Persekutuan. Dragon Boy merupakan satu-satunya atlet Muay Thai yang mewakili Melaka mendapat pingat yang majoritinya dibolot oleh atlet Kelantan dengan 5 pingat emas. Dragon Boy kini terpilih sebagai atlet pelapis projek Sukan Sea Singapura 2015 dan berlatih di MSN Bukit Jalil di bawah tunjuk ajar jurulatih import dari Australia, Ajarn Nugget.

07 Jun 2013

Muay Malay International Boxing Challenge 2013

 
Muay Malay International Boxing Challenge akan bermula pada malam esok di Pantai Irama Bachok. Regu tersohor yang akan mengambil bahagian ialah Saiponn Rom (Laos) menentang Kamal Pee Aik dari N33 Pulai Chondong, Sansut Cosmomuay Thailand me...nentang Mat Ropi Kuda Merah ATM, Emi Semerah Padi berdepan Bruce Cameron dari Scotland, Eyo Selindang Kuning akan dicabar oleh Pran Eikk Thailand dan regu terhebat Eddy Selindang Kuning menentang Andree Alberto dari Brazil. Kejohanan juga akan diserikan dengan perlawanan regu veteran antara Mazlan Eskim dengan Sota selain regu kanak-kanak.

06 Jun 2013

T-shirt Muay Thai untuk dijual

T-shirt Muaythai 100% cotton, made in Thailand. Saiz M, L, XL. RM30 sehelai (RM35 termasuk poslaju). Selagi stok masih ada. SMS 0199241656. Setiap baju ada perkataan Muay Thai pada belakangnya. 100% keuntungan disalurkan ke Tabung Pembangunan Kelab Sitkrumat (bagi membeli kelengkapan kerana kelab ini tidak mengenakan yuran kepada pelatihnya). Rujuk FB Cikgu Raja Ahmad Talmizi untuk design yang lain.
 

30 Mei 2013

Sitkrumat dalam Remaja


29 Mei 2013

Adik Hakimi seri


Dalam Clash of Titans, Adik Hakimi seri menentang seteru utamanya, Adik Naga Api. 3 orang juri tidak dapat menentukan pemenangnya kerana kedua-duanya sama hebat. Ini merupakan perlawanan ketiga bagi kedua-dua nak muay yang datang daripada Persatuan Muay Thai Negeri Selangor.

Wai Kru paling cantik

 
Tahniah Hakimi Jengking Merah atas kemenangan dalam acara Wai Kru Paling Cantik di Kejohanan Muay Thai Putrajaya.

24 Mei 2013

Clash of Titan 3

 
Pertarungan epik antara dua jaguh cilik, Adik Hakimi Jengking Merah dengan Adik Naga Api akan
berlangsung di Festival Belia Putrajaya. Kejohanan dijangka berlangsung pada pukul 3 petang di Perkarangan Bangunan Kementerian Belia dan Sukan. Ini merupakan pertarungan ketiga bagi mereka dan dijangka pertarungan kali ini lebih sengit.

Muay Thai di Putrajaya

Berikut ialah tentatif kejohanan Muay Thai sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Adik Hakimi Jengking Merah akan bertanding pada 25 Mei (Sabtu) dalam acara amatur 22kg. Pada hari Ahad 26 Mei, Adik Hakimi dan Rakib Thundercat akan menyertai Pertandingan Wai Kru Paling Cantik pula. Sama-sama kita doakan mereka berjaya.

20 Mei 2013

Wai Kru paling cantik

Pertandingan Wai Kru (Tarian Hormat Guru) kategori kanak-kanak dan remaja akan diadakan sempena Kejohanan Muay Thai Terbuka Malaysia di Festival Jutaan Belia Putrajaya pada 25-26 Mei ini.  Hakimi Jengking Merah dan Rakib Thundercat akan dihantar bagi mewakili Klab Boksing Sitkrumat Klang.


22 April 2013

Kejohanan Muay Thai UTM


Sempena Pesta Konvokesyen UTM, Persatuan Muay Thai Negeri Johor mengadakan kejohanan Muay Thai buat kali pertama di Johor Bahru. Adik Hakimi Jengking Merah akan mewakili Sitkrumat dalam kejohanan ini.

Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu.


Dragon Boy akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu di Dewan Sri Siantan, Selayang pada 11 Mei ini. Dragon Boy akan menentang petinju dari luar negara. Kejohanan ini merupakan kejohanan amal yang diadakan di seluruh negara.

17 April 2013

Thundercat seri lagi


Raqib Hamzah "Thundercat" seri dengan petinju dari SS Fighters dalam Karnival Belia Selangor. Raqib yang datang mengiringi Hakimi Jengking Merah diminta oleh penganjur untuk menggantikan regu dari kelab lain yang tidak hadir pada hari pertandingan. Perlawanan yang berlangsung selama 15 minit ini dilihat seimbang walaupun berat Raqib melebihi 10kg daripada berat lawannya.

Jengking Merah tewas di Kuang


Dalam Kejohanan Tomoi Hari Belia Selangor, Jengking Merah tewas kepada petinju cilik dari SS Fighters Kuching pada pusingan ketiga. Lawannya yang berat melebihi 6 kilo dilihat mendominasi perlawanan pada pusingan awal lagi. Selepas jatuh buat kali ketiga dalam pusingan kedua, pengadil bertugas memberhentikan perlawanan. Jengking Merah akan bertanding di Pesta Konvokesyen UTM Johor pada awal bulan depan.

08 April 2013

Adik Hakimi lawan di Kuang

 
Adik Hakimi "Jengking Merah" akan turun bertarung dengan nak muay kecil dari SS Fighter Kuching, Adik Faisal Izudin dalam Muay Thai Road Tour Challenge di Karnival KOOP Bersama Orang Muda Negeri Selangor pada 14 April ini di Padang Awam Kg. Setia, Kuang, Selangor. Sama-sama kita meriahkan karnival ini. 20 petinju amatur dan profesional mengambil bahagian. Masuk percuma.

05 April 2013

Juara Enter the Dragon III


Setelah menang dalam Kejohanan Datuk Bandar Kuala Lumpur anjuran Kelab Tomoi Kuda Merah, Dragon Boy sekali lagi menang dalam Enter the Dragon III setelah menundukkan Nigel Chong dari Kelab Muay Thai Dragon KL pada pusingan ketiga.

24 Februari 2013

Hebahan kepada ahli VIP


1. Semua ahli VIP (personal class dan VIP walk in class) dikira sebagai ahli tetap Sitkrumat Klang dan boleh berlatih secara percuma di Taman Rakyat Klang bersama-sama ahli yang lain.

2. Ini bermakna ahli VIP tidak perlu mendaftar lagi (RM50) bagi mengikuti kelas biasa setiap petang Sabtu dan Ahad.

3. Untuk peminat-peminat Muay Thai yang ingin mempelajari Muay Thai tetapi tiada masa pada hujung minggu, anda boleh menelefon Cikgu Raja Ahmad untuk kelas VIP sama ada di rumah, gim atau tempay yang sesuai dengan anda dengan bayaran RM100 satu sesi (2 jam).

4. Bagi kelas VIP walk in di Taman Rakyat pada hari Sabtu dan Ahad pula, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap sesi.

5. Sila berhubung dengan Cikgu Raja untuk maklumat lanjut 0199241656.

23 Februari 2013

Persatuan Muay Thai Selangor



Muay Thai ialah sukan tempur yang berasal daripada Thailand. Seni ini berkembang sebagai sukan tempur di seluruh dunia kerana keunikannya tersendiri. Oleh sebab banyak kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, Muay Thai kini menjadi pilihan kepada golongan belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan jantina untuk menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang selain mempelajari ilmu pertahaan diri.

Generasi muda kini terutamanya remaja digalakkan mempelajari Muay Thai sebagai satu asas persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap diri mereka. Muay Thai perlu dipelajari terutama bagi golongan wanita yang sering menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari Muay Thai, ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di samping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi cemas kerana mereka yang dilengkapi seni pertahanan diri mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana.

Persatuan Muay Thai Selangor didaftarkan pada tahun 2011 di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Persatuan ini ialah gabungan kelab tempatan seperti Kelab Muay Thai Naga Api, Kelab Muay Thai Kingkarasu, Kelab Muay Thai Naga Hitam, Kelab Muay Thai Furious Styles, Kelab Muay Thai Sitkrumat dan lain-lain. Ahli persatuan ini mencecah sehingga 500 orang sejak penubuhannya 2 tahun lalu.

Persatuan Muay Thai Selangor adalah antara persatuan seni pertahanan diri yang aktif menganjurkan aktiviti. Antaranya ialah bengkel Muay Thai di seluruh negara, demonstrasi Muay Thai di institusi pengajian tinggi dan kompleks membeli belah, program bersama anak-anak yatim selain siri kejohanan Selangor Charity Challenge yang sudah memasuk edisi ke-7.

Tujuan Persatuan Muay Thai Selangor ditubuhkan adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan antara kaum yang pelbagai ke arah menjayakan Gagasan 1Malaysia. Tidak seperti sesetengah seni pertahanan diri lain yang hanya tertumpu kepada sesuatu kaum, Muay Thai diterima sebagai sukan untuk semua. Kelab-kelab Muay Thai yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Selangor disertai oleh pelbagai kaum.

Dengan menyertai mana-mana kelab di bawah Persatuan Muay Thai Selangor, pelatih bukan sahaja belajar  ilmu pertahanan diri, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh jurulatih yang mengajar agar peserta bukan sahaja mahir dalam seni Muay Thai, bahkan mereka juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari semaksimum mungkin.

18 Februari 2013

Rahsia Muay Thai



Rahsia kekuatan Muay Thai bukan terletak pada kekuatan tendangan atau teknik siku atau hentakan lutut. Rahsia utama Muay Thai sebenarnya sudah ada dalam hati orang-orang Thai sejak mereka dilahirkan, iaitu kekuatan mental.

Orang Siam pada asalnya merupakan bangsa yang taat pada negara, agama dan raja. Oleh itu, orang Siam sudah mempunyai jiwa sanggup mati demi negara sejak berabad-abad lagi, jauh lebih awal daripada kewujudan semangat Bushido atau kamikaze Jepun. Orang Thai sudah lama mengenali semangat begini dan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Dalam falsafah seni beladiri orang Asia, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan 3 musuh dalam diri, iaitu:

1) Takut
2) Was-was
3) Keliru

Tambahan lagi dengan atlet Muay Thai zaman dahulu yang bertanding untuk kehidupan dan bukan untuk kesukanan terdedah kepada kesakitan dan hukuman sehingga mental menjadi kental. Sebab itu, walaupun ditendang berkali-kali, ahli Muay Thai zaman dahulu dapat menahan kesakitan dengan tenang.

Seni beladiri bangsa lain yang menendang dengan lebih kuat belum tentu dapat menerima kekuatan tendangan mereka sendiri. Begitu juga dengan peninju Muay Thai, jika keadaan mental tidak stabil maka kekalahan ialah jawapannya.

Oleh sebab itulah Buakaw yang menjadi juara dunia K-1 2004 dengan mengalahkan Masato (Kickboxing) dikalahkan pula oleh Masato pada kejohanan K-1 tahun 2007. Kedua-duanya sama hebat, tetapi yang mempunyai kekuatan mental lebih berpeluang untuk menang.

15 Februari 2013

Perkara yang harus dielakkan selepas makan


1. Jangan makan buah selepas makan. Buah mengandungi asid yang boleh merosakkan usus yang menjadi lembut selepas kita makan. Buah seharusnya dimakan sebelum makan. Perut juga boleh menjadi kembung kerana buah mengandungi banyak air. 

2. Jangan minum teh selepas makan. Asid yang terkandung dalam teh boleh menyebabkan protein dalam makanan cepat mengeras dan menyebabkan makanan tersebut sukar dihadam. 

3. Jangan mandi selepas makan. Aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah pada bahagian perut akan menurun. Ini menyebabkan sistem pencernaan akan menjadi lemah.

4. Jangan banyak berjalan. Banyak berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap khasiat makanan yang telah dimakan. 

5. Jangan tidur selepas makan. Perut tidak dapat menghadam makanan ketika anda tidur. 

6. Jangan merokok selepas makan. Menghisap rokok boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa kerana sistem penghadaman terganggu. 

7. Jangan bersenam selepas makan. Aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan usus tidak dapat memproses makanan. 

02 Februari 2013

Yuran latihan percuma



Ramai yang bertanya, bagaimanakah saya menguruskan Kem MR50 Sitkrumat walaupun tidak mengenakan yuran bulanan kepada pelatih? Sebenarnya, saya tidak memerlukan sebarang bayaran. Kem MR50 Sitkrumat terletak di Taman Rakyat, sebuah taman rekreasi di Taman Sri Andalas, Klang. Di sini tiada bayaran sewa tempat dikenakan.


Tidak seperti kelab Muay Thai lain yang terpaksa menanggung kos sewa gim dan gaji jurulatih, kami pula boleh berlatih secara percuma di atas padang getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Kekurangan kelab kami ialah kami tidak boleh berlatih jika hari hujan kerana tempat kami tidak berbumbung.

Oleh sebab tidak perlu membayar sewa gim, maka tidak perlulah saya mengenakan yuran latihan setiap bulan. Saya masih mampu menampung kos minyak tomoi dan minuman isotonik percuma dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap pelatih baru.

Saya juga masih mampu menambah barang latihan seperti gloves dan pao seiring dengan pertambahan pelatih hasil keuntungan jualan barang-barang latihan Muay Thai melalui facebook (Sitkrumat Trading ialah pembekal barangan Muay Thai online terbesar di Malaysia).

Jadi, janganlah membandingkan kelab kami ini dengan gim lain yang mengenakan yuran sehingga RM200 sebulan kerana mereka terpaksa membayar pelbagai bil dan kos. Kami pula tidak perlu memikirkan soal itu kerana saya juga masih mampu menguruskan kelab dengan pendapatan bulanan saya.

Jom kita ke SMTCC-7


40 petinju daripada 25 buah kelab seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam Selangor Charity Challenge 7 pada 17 Februari 2013. Sama-sama kita memeriahkan acara sehari ini. 

21 Januari 2013

Kadar yuran Sitkrumat


Berikut dipaparkan senarai yuran yang dikenakan bagi tahun 2013:

1. Ahli biasa (berlatih di Taman Rakyat) - RM50 seumur hidup.
2. VIP personal class (berlatih di rumah pelanggan atau gim yang ditempah oleh pelanggan) - RM100 satu sesi.
3. VIP walk in training (berlatih di Taman Rakyat) - RM50 satu sesi.
4. Persembahan/Demo Muay Thai (majlis koporat, perkahwinan) - RM200.
5. Seminar/Bengkel/Konsultasi Muay Thai - RM150 setengah hari.

Sila berhubung dengan Cikgu Raja Ahmad untuk maklumat lanjut.

11 Januari 2013

SMTCC-7


Sitkrumat akan menghantar beberapa orang petinju untuk menyertai Selangor Muay Thai Charity Challenge 7 pada 17 Februari ini di Taman Bolton Gombak.

07 Januari 2013

Majalah Tomoi

Antara artikel  yang pernah tersiar dalam majalah tomoi edisi 1 dan 2 pada tahun 2009.


27 Disember 2012

Belajar sampai pandai


Masih mencari-cari tempat belajar Muay Thai yang dekat dengan rumah anda, apa kata anda mencuba MR50 Sitkrumat Klang di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Klang. Dengan yuran penyertaan RM50 dan tiada yuran bulanan, kelab ini menjadi satu-satunya kelab Muay Thai di Malaysia yang mengajar secara percuma. 

Tempat latihan yang kondusif dikelilingi oleh pokok menjanjikan sesuatu kelainan bagi penggemar sukan lasak yang ingin mencuba perkara baru. Tidak rugi membayar RM50 kerana dengan yuran serendah itu anda cuma boleh berlatih satu sesi 'walk in' di gim-gim Muay Thai di Kuala Lumpur tetapi di sini anda boleh belajar sehingga pandai tanpa dikenakan apa-apa yuran lagi. Hilangkan tekanan kerja anda membelasah pad dan tingkatkan stamina jika anda seorang atlet dengan 'clinching' bersama-sama petinju profesional kami. 

22 Disember 2012

Diamond Dragon Boy


Bagi menghadapi musim 2013 yang penuh dengan pelbagai kejohanan termasuk Sukma yang kali pertama memasukkan acara Muay Thai, Dragon Boy berlatih di Thailand selama sebulan. Di sana Dragon Boy sempat bertarung dengan petinju Thailand di Stadium Chaweng dan menang dalam perlawanan itu. 

20 November 2012

Biodata Cikgu Raja


Cikgu Raja Ahmad dilahirkan pada 1983 di Pasir Puteh Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Gaal dan SMK Kamil sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sama seperti remaja di Kelantan yang lain, minat terhadap sukan Muay Thai bermula ketika usianya 16 tahun setelah melihat pertandingan Muay Thai yang diadakan di Bandar Pasir Puteh. 

Kelab pertama yang disertai ialah Siku Kapak yang diasaskan oleh Pak Mat Siku Kapak di Kampung Sungai Gali, Pasir Puteh. Berlatih di bawah tunjuk ajar legenda Muay Thai di Kelantan ini merupakan peluang yang jarang diperoleh oleh anak-anak muay. Setelah beberapa tahun bersama Siku Kapak, minat mula berubah ke arah pencarian seni pula lalu berguru pula dalam Silat Seni Gayong dan Silat Tempur Tongkat. 

Di universiti, ilmu yang terpendam sejak beberapa tahun kembali ditagih oleh rakan-rakan sekuliah lalu tertubuhnya Kelab Muay Thai UPSI. Setelah menamatkan pengajian di Tanjung Malim pada 2007, khidmat ditagih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa di Klang. Semasa mengajar di sana, disiplin murid-murid Melayu agak teruk lalu keinginan timbul untuk mengubahnya melalui sukan Muay Thai. Menjadikan filem Only The Strong sebagai sumber inspirasi - filem yang memaparkan perjuangan seorang bekas komando yang kembali ke sekolah lamanya dan berjaya mengubah gejala samseng melalui seni beladiri Capoeira, Cikgu Raja diberi amanah oleh penolong kanan hal ehwal murid untuk mengubah sikap beberapa orang murid. Sejak hari itu keahlian semakin bertambah.

Oleh sebab kesempitan ruang berlatih, Cikgu Raja berusaha mencari tempat yang lebih besar. Semasa sedang berjoging di sebuah taman, satu lokasi strategik ditemui, padang getah yang berkeluasan sebuah padang futsal yang digunakan untuk senaman aerobik pada setiap pagi. Dari situlah bermulanya Kelab Muay Thai Sri Andalas. Sejak hari itu, bilangan ahli semakin bertambah. Pada tahun 2009, kelab bertukar nama dan nama guru pertama diambil lalu tertubuhlah Sitkrumat yang bermaksud anak-anak buah Tok Guru Pak Mat. 

Perkenalan dengan Pengerusi Persatuan Tomoi Gombak, Tuan Azman Abdul merupakan anugerah yang tidak ternilai lalu bermulalah perancangan memajukan sukan Muay Thai di Selangor. Beberapa kelab yang sudah lama wujud di Selangor diajak bergabung dan tertubuhlah Persatuan Muay Thai Selangor dan Cikgu Raja dilantik sebagai setiausaha agungnya. Beberapa seminar dan siri kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan dianjurkan. Persatuan ini juga merupakan ahli gabungan Persatuan Muay Thai Malaysia dan Majlis Muay Thai Sedunia.

Selain mengajar di Kem MR50 Sitkrumat di Taman Rakyat, Cikgu Raja juga mengajar kelas-kelas personal di rumah pelanggan yang sibuk atau mahukan latihan intensif 1 dengan 1. Selain mengajar, Cikgu Raja juga terlibat dalam mereka aksi pertarungan bagi beberapa drama dan filem antaranya Wasiat yang dilakonkan oleh Betto Kusyairy dan Farid Kamil. Ahli-ahli Sitkrumat juga sering diundang membuat persembahan bagi acara rasmi seperti perasmian gimnasium, hari sukan sekolah, majlis perkahwinan dan majlis korporat. 

Pada 2012, Sitkrumat bertukar nama. Perkataan MR50 yang bermaksud Malaysian Ringgit 50 diletakkan bersama-sama. MR50 diambil bersempena dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 yang dibayar oleh ahli-ahli untuk menyertai kelab ini. Angka ini dianggap unik kerana dengan yuran serendah itu, pelatih boleh berlatih selama-lamanya tanpa perlu membayar yuran bulanan. Yuran pendaftaran itu sebenarnya digunakan untuk menambah barang-barang latihan dan ahli sebenarnya mendapat semula apa yang mereka bayar.

Walaupun bilangan ahli semakin bertambah sehingga mencapai 500 orang, lokasi latihan masih dikekalkan di Taman Rakyat Klang dan kini merupakan antara kelab paling ramai ahlinya di Malaysia.

Dalam komuniti tomoi di Malaysia, Cikgu Raja juga dipanggil Cikgu Kacak, gelaran yang diberikan oleh blogger Boxxtomoi.com, Tuan Musaddik Zainuddin ketika bersama-sama menubuhkan kelab peminat Muay Thai Kawanboxxx pada 2008 dan gelaran itu kekal sehingga kini. 

19 November 2012

Thai suitcase


Custom made Thai suitcase untuk latihan sepak potong rendah. Diperbuat daripada material sintetik tahan lasak yang dijamin tidak koyak selama 10 tahun. Sangat berbaloi berbanding jenama dari kilang. Idea membuatnya datang kerana kecewa dengan Thai suitcase dari jenama terkenal Thailand yang mudah koyak. Telah digunakan di Sitkrumat sejak 2 bulan lepas. Warna dan saiz boleh dipilih. Harga cuma RM250-300 sebuah bergantung kepada saiz. SMS Cikgu Raja untuk tempahan atau pertanyaan 0199241656.

16 November 2012

Riduwan G.I Joe tewas point


Ridwan G.I. Joe tewas dengan kiraan mata kepada petinju dari Kelab One Gym, Johor Bharu dalam Selangor Charity Challenge 6 (Best of the Best 2012) yang berlangsung pada hari Ahad lalu. Walau bagaimanapun, Riduwan yang tampil penuh bertenaga mendapat pujian daripada pengadil dan penonton yang terpukau dengan permainannya kali ini. Rekod perlawanan Riduwan ialah 1 menang, 2 kalah dan 2 seri. 

04 November 2012

The best camp in Klang



Sitkrumat is the oldest and longest running Muay Thai camp in Klang. Originating in 2008; founder Kru Raja Ahmad has made Muay Thai his life promoting 7 seminars and 10 exhibitions and training more than 300 trainees; as well as promoting the unique Thai culture to the people of Selangor.

At Sitkrumat we cater to your needs whether it be getting fit or learning self defence. Muay Thai is the ultimate for achieving everything required for a sound body and mind including: Self Defence, Self Respect, Motivation, Confidence, Discipline, Fitness & Agility, Co-ordination, Body Tone, Strength, Power and Fat Loss.

Students will learn Sitkrumat's structured and organized drill sets that will accelerate their progress in learning Muay Thai Kickboxing. At this camp you will learn:

1. Kao - 8 forms of knee striking!
2. Sok - 8 ways to knockout your opponent with your elbows!
3. Teep - Learn how to easily keep an agressive opponent from advancing and finish him with brutal blows!
4. Punches – We will show you how to put together combinations that will confuse, hurt and knockout your opponents!
5. Roundhouse Kicks - Learn Sitkrumat's method of generating extreme power in your kicks through a breakdown of each kick.

To contact me for training you can come visit me at MR50 Sitkrumat, Taman Rakyat Klang. If you want to call to make appointments for personal training our phone number is 0199241656.

01 November 2012

Best of The Best 2012


2 petinju MR50 Sitkrumat terpilih untuk menyertai Kejohanan Antara Juara pada minggu depan, iaitu Khairul Lori Kontena dan Riduwan G.I. Joe. Kejohanan ini merupakan medan pertembungan petinju yang pernah menjadi juara dalam siri kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge 1 hingga 5. Kejohanan ini akan menjadi acara Muay Thai terakhir yang dianjurkan oleh Persatuan Muay Thai Selangor pada tahun ini. 

Seluar gaya retro


Dapatkan seluar Muay Thai gaya retro 1980-an ketika era kegemilangan sukan Muay Thai di Thailand. Terdapat dalam warna asas sahaja, iaitu hitam, merah dan biru. RM65 sehelai. Dapatkan di MR50 Sitkrumat Camp atau menempahnya melalui talian 0199241656. Sila rujuk FB Raja Ahmad Talmizi (album Muay Thai Gears for Sale) untuk  barangan Muay Thai yang lain. 

30 Oktober 2012

Punching bag Thai style


Punching bag Muay Thai (PU dan kanvas) mampu milik berjenama Thaismai. RM200 (6 rantai) dan RM170 (4 rantai). Harga tanpa isi. Jaminan selama 3 tahun tidak koyak. SMS 0199241656.

Pao ala Fairtex


Dapatkan pao Thaismai yang menyerupai pao Fairtex dengan harga jauh lebih murah. Sepasang pao Fairtex dijual antara RM400-500 di Kuala Lumpur. Kini anda tidak perlu berbelanja lebih kerana Thaismai turut menawarkan pao dengan bentuk yang sama, padding tambahan pada tengah-tengah dan pergelangan lengan bagi mengelakkan kecederaan. Pao ini paling laris di Thailand buat masa kini. Cuma RM340 sepasang. Sila tambah RM30 untuk kos Poslaju atau kurier. SMS 0199241656.

23 Oktober 2012

Keputusan F3 di Kajang

5 petinju MR50 Sitkrumat yang mengambil bahagian dalam Freestyle Fullcontact Fighting di Kajang Ahad lalu pulang dengan keputusan yang memberangsangkan. Jojo Toyota Vios dan Epoy Storm Raider menang point terhadap lawan masing-masing, manakala Asnor menang KO pada pusingan pertama. Riduwan G.I. Joe pula sekadar seri apabila gagal menumbangkan petinju kurang berpengalaman dari Kelab Tomoi Bandar Teknologi Kajang, iaitu Saputra. Dragon Boy pula yang turun selaku regu pilihan pada hari kejohanan pula terpaksa akur dengan keputusan pembantu perubatan yang menyatakan dia tidak layak berlawan kerana cedera di kepala akibat serangan siku oleh petinju berpengalaman dari Kelantan, Ilham Sitkuheng. 




19 Oktober 2012

Sitkrumat di Bandar Tek Kajang


5 nak muay MR50 Sitkrumat akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tomoi Terbuka Bandar Teknologi Kajang di Padang Bola Seksyen 1 anjuran KLFK dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Kuala Krai di Perantauan. Seramai 40 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan sehari itu. Antara nak muay MR50 Sitkrumat yang terlibat ialah Dragon Boy (rekod perlawanan 8 kali), Ridwan G.I.Joe (rekod 3 kali), Jojo Toyota Vios, Shaiful Storm Raider, dan Asnor Sitkrumat.

14 Oktober 2012

Gloves retro


Kembali ke era kegemilangan Muay Thai pada era 1930-an di mana gloves mula diperkenalkan di Thailand (sebelum itu petinju membalut tangan dengan tali hem), Fairtex mengeluarkan edisi istimewa gloves retro. Dapatkan daripada Sitkrumat Trading dengan harga RM250 sepasang. 

03 Oktober 2012

Learn no.1 combat sport now!


Thai kickboxing is one of the most brutal combat sports practiced today. Also known as "the science of the eight limbs," it combines punches, elbows, knee strikes and kicks into a punishing full-contact fighting system that is practiced by martial artists and sport competitors the world over.

Cikgu Raja, chief instructor under Thai boxing legend Pak Mat Siku Kapak, has distilled the teaching of this art into a systematic, lesson-specific curriculum that gives you all the tools and training you need to quickly master its savage techniques. Raja's unique, body-mechanics-oriented approach provides a step-by-step training progression that "burns in" proper form and reflexes much faster than traditional training methods.

Month 1: Fundamental Offensive and Defensive Skills develops the building blocks of stance, footwork, the jab, the cross, straight knee and the devastating Thai round kick.

Month 2: Advanced Thai Boxing Arsenal extends these body mechanics to foot jabs, hooks, elbow strikes, uppercuts and basic clinching tactics.

Month 3: Hard-Core Training Drills and Ring Work takes you into the ring and brings it all together with high-speed pad drills, sparring and advanced offensive combinations and defensive tactics.