Ridwan G.I. Joe tewas dengan kiraan mata kepada petinju dari Kelab One Gym, Johor Bharu dalam Selangor Charity Challenge 6 (Best of the Best 2012) yang berlangsung pada hari Ahad lalu. Walau bagaimanapun, Riduwan yang tampil penuh bertenaga mendapat pujian daripada pengadil dan penonton yang terpukau dengan permainannya kali ini. Rekod perlawanan Riduwan ialah 1 menang, 2 kalah dan 2 seri.
16 November 2012
04 November 2012
The best camp in Klang
Sitkrumat is the oldest and longest running Muay Thai camp
in Klang. Originating in 2008; founder Kru Raja Ahmad has made Muay Thai his
life promoting 7 seminars and 10 exhibitions and training more than 300
trainees; as well as promoting the unique Thai culture to the people of
Selangor.
At Sitkrumat we cater to your needs whether it be getting fit or learning self
defence. Muay Thai is the ultimate for achieving everything required for a
sound body and mind including: Self Defence, Self Respect, Motivation,
Confidence, Discipline, Fitness & Agility, Co-ordination, Body Tone,
Strength, Power and Fat Loss.
Students will learn
Sitkrumat's structured and organized drill sets that will accelerate their
progress in learning Muay Thai Kickboxing. At this camp you will learn:
1. Kao - 8 forms of
knee striking!
2. Sok - 8 ways to knockout your opponent with your elbows!
3. Teep - Learn how to easily keep an agressive opponent from advancing and
finish him with brutal blows!
4. Punches – We will show you how to put together combinations that will
confuse, hurt and knockout your opponents!
5. Roundhouse Kicks - Learn Sitkrumat's method of generating extreme power in
your kicks through a breakdown of each kick.
To contact me for
training you can come visit me at MR50 Sitkrumat, Taman Rakyat Klang. If you
want to call to make appointments for personal training our phone number is
0199241656.
01 November 2012
Best of The Best 2012
2 petinju MR50 Sitkrumat terpilih untuk menyertai Kejohanan Antara Juara pada minggu depan, iaitu Khairul Lori Kontena dan Riduwan G.I. Joe. Kejohanan ini merupakan medan pertembungan petinju yang pernah menjadi juara dalam siri kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge 1 hingga 5. Kejohanan ini akan menjadi acara Muay Thai terakhir yang dianjurkan oleh Persatuan Muay Thai Selangor pada tahun ini.
Seluar gaya retro
Dapatkan seluar Muay Thai gaya retro 1980-an ketika era kegemilangan sukan Muay Thai di Thailand. Terdapat dalam warna asas sahaja, iaitu hitam, merah dan biru. RM65 sehelai. Dapatkan di MR50 Sitkrumat Camp atau menempahnya melalui talian 0199241656. Sila rujuk FB Raja Ahmad Talmizi (album Muay Thai Gears for Sale) untuk barangan Muay Thai yang lain.
30 Oktober 2012
Punching bag Thai style
Punching bag Muay Thai (PU dan kanvas) mampu milik berjenama Thaismai. RM200 (6 rantai) dan RM170 (4 rantai). Harga tanpa isi. Jaminan selama 3 tahun tidak koyak. SMS 0199241656.
Pao ala Fairtex
Dapatkan pao Thaismai yang menyerupai pao Fairtex dengan harga jauh lebih murah. Sepasang pao Fairtex dijual antara RM400-500 di Kuala Lumpur. Kini anda tidak perlu berbelanja lebih kerana Thaismai turut menawarkan pao dengan bentuk yang sama, padding tambahan pada tengah-tengah dan pergelangan lengan bagi mengelakkan kecederaan. Pao ini paling laris di Thailand buat masa kini. Cuma RM340 sepasang. Sila tambah RM30 untuk kos Poslaju atau kurier. SMS 0199241656.
23 Oktober 2012
Keputusan F3 di Kajang
5 petinju MR50 Sitkrumat yang mengambil bahagian dalam Freestyle Fullcontact Fighting di Kajang Ahad lalu pulang dengan keputusan yang memberangsangkan. Jojo Toyota Vios dan Epoy Storm Raider menang point terhadap lawan masing-masing, manakala Asnor menang KO pada pusingan pertama. Riduwan G.I. Joe pula sekadar seri apabila gagal menumbangkan petinju kurang berpengalaman dari Kelab Tomoi Bandar Teknologi Kajang, iaitu Saputra. Dragon Boy pula yang turun selaku regu pilihan pada hari kejohanan pula terpaksa akur dengan keputusan pembantu perubatan yang menyatakan dia tidak layak berlawan kerana cedera di kepala akibat serangan siku oleh petinju berpengalaman dari Kelantan, Ilham Sitkuheng.
19 Oktober 2012
Sitkrumat di Bandar Tek Kajang
5 nak muay MR50 Sitkrumat akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tomoi Terbuka Bandar Teknologi Kajang di Padang Bola Seksyen 1 anjuran KLFK dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Kuala Krai di Perantauan. Seramai 40 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan sehari itu. Antara nak muay MR50 Sitkrumat yang terlibat ialah Dragon Boy (rekod perlawanan 8 kali), Ridwan G.I.Joe (rekod 3 kali), Jojo Toyota Vios, Shaiful Storm Raider, dan Asnor Sitkrumat.
14 Oktober 2012
Gloves retro
Kembali ke era kegemilangan Muay Thai pada era 1930-an di mana gloves mula diperkenalkan di Thailand (sebelum itu petinju membalut tangan dengan tali hem), Fairtex mengeluarkan edisi istimewa gloves retro. Dapatkan daripada Sitkrumat Trading dengan harga RM250 sepasang.
03 Oktober 2012
Learn no.1 combat sport now!
Thai kickboxing is one of the most brutal combat sports practiced today. Also known as "the science of the eight limbs," it combines punches, elbows, knee strikes and kicks into a punishing full-contact fighting system that is practiced by martial artists and sport competitors the world over.
Cikgu Raja, chief instructor under Thai boxing legend Pak Mat Siku Kapak, has distilled the teaching of this art into a systematic, lesson-specific curriculum that gives you all the tools and training you need to quickly master its savage techniques. Raja's unique, body-mechanics-oriented approach provides a step-by-step training progression that "burns in" proper form and reflexes much faster than traditional training methods.
Month 1: Fundamental Offensive and Defensive Skills develops the building blocks of stance, footwork, the jab, the cross, straight knee and the devastating Thai round kick.
Month 2: Advanced Thai Boxing Arsenal extends these body mechanics to foot jabs, hooks, elbow strikes, uppercuts and basic clinching tactics.
Month 3: Hard-Core Training Drills and Ring Work takes you into the ring and brings it all together with high-speed pad drills, sparring and advanced offensive combinations and defensive tactics.
30 September 2012
Kelab bawah pokok
Sebelum anda menelefon saya untuk mendaftar, anda perlu mengetahui bahawa Kelab MR50 Sitkrumat ialah kelab Muay Thai bawah pokok, tidak ada gim, tidak ada ring. Kelab ini cuma untuk mereka yang bersemangat tinggi yang datang semata-mata untuk belajar, bukan untuk berlagak hebat dan macho. Kami sudah biasa jatuh di atas padang getah berkeluasan 20 x 20 meter yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang.
Sebelum ini, ramai yang menelefon saya untuk datang belajar, tetapi apabila melihat tempat latihan yang terbuka seperti ini, mereka terus tidak jadi. Saya tidak menyalahkan mereka kerana kelab kami bukan untuk orang kaya. Kelab kami cuma untuk orang miskin yang tidak mampu membayar yuran latihan.
Sepanjang mengajar di sini sejak 2008, sudah banyak gim Muay Thai yang dibuka sekitar Shah Alam ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Untuk mengelakkan daripada terus rugi, mereka menutup gim yang menyebabkan ramai murid tidak ada tempat latihan. MR50 Sitkrumat tidak pernah muflis kerana kami tidak perlu membayar sewa bangunan.
Walaupun berlatih di taman rekreasi, kelab ini ialah kelab paling ramai melahirkan petinju amatur dan profesional sejak tahun 2008. Jika anda sanggup berpanas dan berhujan bersama-sama kami, bolehlah datang mendaftar. Penyertaan dibuka sepanjang tahun. Semua orang boleh belajar tidak kira umur, agama dan bangsa.
Yuran pendaftaran cuma RM50 seumur hidup menjadikan kami kelab Muay Thai paling murah yurannya di dunia. Dengan wang RM50, anda masih belum mampu membayar yuran pendaftaran di gim Muay Thai yang lain, apatah lagi dengan yuran bulanan yang paling murah RM100 sebulan, tetapi di sini, selagi anda hidup dan kami hidup, anda masih boleh berlatih dan berlatih sehingga letih.
Pastikan semasa hari mula-mula anda datang, bawa seluar pendek kerana kami tidak menyediakannya kecuali seluar Muay Thai yang boleh dibeli daripada Cikgu Raja. Yuran pendaftaran wajib dibayar pada hari pertama latihan, tidak ada kelas percubaan.
Datangmu tidak diundang, jika ragu-ragu sila pulang.
Yuran pendaftaran cuma RM50 seumur hidup menjadikan kami kelab Muay Thai paling murah yurannya di dunia. Dengan wang RM50, anda masih belum mampu membayar yuran pendaftaran di gim Muay Thai yang lain, apatah lagi dengan yuran bulanan yang paling murah RM100 sebulan, tetapi di sini, selagi anda hidup dan kami hidup, anda masih boleh berlatih dan berlatih sehingga letih.
Pastikan semasa hari mula-mula anda datang, bawa seluar pendek kerana kami tidak menyediakannya kecuali seluar Muay Thai yang boleh dibeli daripada Cikgu Raja. Yuran pendaftaran wajib dibayar pada hari pertama latihan, tidak ada kelas percubaan.
Datangmu tidak diundang, jika ragu-ragu sila pulang.
29 September 2012
Dragon Boy T-95
Chen Wee a.k.a Dragon Boy T-95, 20 tahun
mula menyertai MR50 Sitkrumat sejak 2 tahun lepas. Dia merupakan satu-satunya
ahli berbangsa Cina yang menyertai Sitkrumat Fight Team yang dianggotai oleh 20
orang nak muay amatur yang sering dihantar menyertai pertandingan di seluruh
Selangor.
Dragon Boy sering diberi peluang bertanding dengan petinju-petinju
berpengalaman supaya kemahirannya bertambah. Antara lawan yang pernah
ditentangnya ialah Along Poksu Dilah (M-150, Shah Alam) - menang KO R4, Nadir (Naga Api,
Gombak) - menang KO R1, Rapi Irawan (Barracuda, Kajang) - seri, Fazrin
Mukhtar (Nookok Kipas Lanun, PJ) - seri, Siangphet (Maair Muay Thai Camp, Thailand) -
kalah point, Nigel Chong (Dragon Gym, KL) - menang KO R4, Mazli (Kirsty Fight Club, Ampang) – kalah point, Awie Tok Sheikh (CTR
313, Wangsa Maju) - kalah point.
27 September 2012
First Muay Thai Club in Klang
Come and train in premier Muay Thai camp in Klang. Established since 2008 by Cikgu Raja Ahmad from Kelantan. MR50 Sitkrumat Camp located inside inspire Taman Rakyat Klang, the big recreation park in Taman Seri Andalas Klang, near South Klang Fire Station, and SMK Seri Andalas.
Just pay only RM50 for register fee and you can train until you boring. No monthly fee, we welcome all ages & races, men or women, and no experience is necessary. Training time every weekend, Saturday & Sunday from 5.00 until 7.30 pm. Please meet Cikgu Raja every weekday to register.
Cikgu Raja has over 15 years fighting, teaching, judging and running succesful Muay Thai courses and regularly writes for and is featured in Muay Thai Magazine (Australia) and also commentator for Fight Night on Astro Arena and General Secretary for Selangor Muay Thai Association.
Just pay only RM50 for register fee and you can train until you boring. No monthly fee, we welcome all ages & races, men or women, and no experience is necessary. Training time every weekend, Saturday & Sunday from 5.00 until 7.30 pm. Please meet Cikgu Raja every weekday to register.
Cikgu Raja has over 15 years fighting, teaching, judging and running succesful Muay Thai courses and regularly writes for and is featured in Muay Thai Magazine (Australia) and also commentator for Fight Night on Astro Arena and General Secretary for Selangor Muay Thai Association.
26 September 2012
Dragon Boy tewas tipis
Perlawanan tumpuan dalam SMTCC-5 Ahad lalu pastinya antara Dragon Boy dengan Awie Tok Seh. Awie yang turun dengan rekod bersih tidak pernah tewas dalam 5 perlawanan sebelum ini hampir-hampir tumbang kerana tidak dapat menerima asakan Dragon Boy yang terkenal dengan jolokan Kereta Kebal T-95 kerana tidak pernah tumbang dalam 7 perlawanan sebelum ini.
Regu ke-16 itu ditunda ke perlawanan terakhir apabila Awie yang juga jurulatih di Kelab CTR 313 diberi rehat apabila doktor yang bertugas tersilap menyembur ubat kebas selepas Awie mengadu kelangkangnya terkena sepakan Dragon Boy. Pada pusingan pertama, Awie sudah mendapat kelebihan apabila kelalaian Dragon Boy menyebabkan kepalanya luka akibat serangan siku.
Dragon Boy cuba merapatkan jurang mata pada minit-minit akhir pusingan 5 selepas serangan lutut Awie beberapa kali tepat mengenai perutnya, tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada Awie yang datang diiringi legenda Muay Thai, Hussin Appolo dan juara Super 4 Muay Thai Challenger, Wan Lah. Walaupun tewas dengan kiraan mata, Dragon Boy diberi tepukan gemuruh oleh penonton kerana semangat luar biasanya.
Keputusan SMTCC-5
Kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge 5 yang berlangsung pada hari Ahad lalu berlangsung dengan jayanya. Hampir 700 penonton memenuhi Dewan Muhibah menyaksikan 20 regu bertanding sejak pukul 9 pagi. Daripada 20 regu yang mengambil bahagian, terdapat 2 regu profesional (undang-undang Muay Thai) manakala 18 lagi regu amatur (undang-undang K-1).
Dua regu profesional itu ialah petinju dari MR50 Sitkrumat Klang, iaitu Adik Hakimi Jengking Merah yang bertanding merebut tali pinggang kelas 20kg dengan Adik Naga Api dari Gombak. Perlawanan 5 pusingan itu dimenangi oleh Adik Naga Api dengan keputusan juri 47-48. Dalam satu lagi perlawanan profesional, Dragon Boy T-95 kalah dengan perbezaan satu mata juga kepada jurulatih dari Kelab CTR 313 Wangsa Maju, Awie Tok Seh.
20 September 2012
SMTCC-5 2 hari lagi
Dapatkan tiket Selangor Muay Thai Charity Challenge 5 di Kem MR50 Sitkrumat Klang. Tiket diskaun berharga RM10 boleh dibeli daripada Cikgu Raja. Tiga petinju Sitkrumat akan mengambil bahagian. Perlawanan utama pada hari itu adalah antara Dragon Boy Sitkrumat dengan Awie Tok Seh dari CTR 313 KL yang mengguna pakai sistem undang-undang profesional Muay Thai (5 pusingan). Selain itu, perebutan tali pinggang 20kg antara Adik Naga Api dengan Hakimi Jengking Merah Sitkrumat akan menggamatkan Dewan Muhibah nanti. 20 regu yang lain akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari ini.
16 September 2012
Adik Shahrin Jengking Merah
Seminggu lagi, Adik Shahrin Hakimi "Jengking Merah" , 10 tahun, akan bertarung bagi merebut tali pinggang kejuaraan 20kg menentang Adik Naga Api di Selangor Charity Challenge 5 di Dewan Muhibah, Taman Bolton, Batu Caves. Sejak 2 bulan lepas, Adik Shahrin diberi latihan intensif oleh jurulatih-jurulatih di MR50 Sitkrumat.
11 September 2012
Keistimewaan Sitkrumat
Antara keistimewaan MR50 Sitkrumat Camp Klang:
1. Lokasi yang mudah dicari, Taman Rakyat Klang.
2. Parkir yang banyak.
3. Tempat latihan yang aman, tenang dan sejuk semula jadi dengan dikelilingi pokok.
4. Sesuai untuk seisi keluarga berehat pada hujung minggu - Ada tempat permainan kanak-kanak, padang bola, padang aerobik, trek joging, restoran, tandas.
5. Yuran latihan percuma seumur hidup - Cuma perlu bayar yuran pendaftaran RM50.
6. Gloves yang boleh digunakan secara percuma tanpa perlu disewa.
7. Rakan-rakan sepelatih yang mudah mesra.
8. Semua kaum ada - Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak.
9. Tiada had umur, dari umur 4 tahun sehingga 60 tahun boleh belajar.
10. Masa latihan yang fleksibel - datang jika ada masa terluang tanpa tertinggal silibus.
11. Peluang untuk bertanding setiap bulan.
12. Semua wang kemenangan menjadi hak milik petinju.
13. Jurulatih yang profesional.
14. Rakan sparring yang terdiri daripada petinju profesional dan amatur yang mempunyai rekod baik dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
15. Tiada paksaan semasa berlatih.
16. Kelab Muay Thai paling ramai ahlinya di Malaysia.
17. Ahli gabungan Persatuan Muay Thai Negeri Selangor yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Malaysia dan Majlis Muay Thai Sedunia (WMC).
08 September 2012
Set Jurulatih
Dapatkan set asas jurulatih Muay Thai - sepasang pao Twins Special (100% leather) RM340 dan satu belly pad Twins Special (100% leather with velcro strap) RM190. Pelbagai barangan lain boleh dilihat dalam FB Raja Ahmad Talmizi. SMS 0199241656.
04 Ogos 2012
Kelas VIP
Tiada masa untuk datang belajar Muay Thai di Taman Rakyat? Sukar untuk datang kerana tiada pengangkutan? Anda boleh memilih kelas personal - latihan di tempat anda, kelengkapan disediakan, latihan 1 dengan 1 daripada jurulatih berpengalaman, sesi interaksi dan perbincangan, masa bebas, yuran berpatutan (cuma RM100 untuk satu sesi). Jika berminat, sila hubungi Cikgu Raja 0199241656.
27 Julai 2012
Petinju Sitkrumat ke SMTTCC-V
Nama: Riduwan G.I. Joe
Berat: 68kg
Tinggi: 172cm
Umur: 20 tahun
Rekod perlawanan: 3 kali
Nama: Diamond Dragon Boy
Berat: 58kg
Tinggi: 165cm
Umur: 19 tahun
Rekod perlawanan: 7 kali
Nama: Khairul Lori Kontena
Tinggi: 165cm
Berat: 90kg
Umur: 24 tahun
Rekod perlawanan: 4 kali
Nama: Abu Takiya
Berat: 32kg
Tinggi: 145cm
Umur: 12 tahun
Rekod perlawanan: 1 kali
Nama: Shahrin Hakimi Hati Waja
Berat: 22kg
Tinggi: 132cm
Umur: 10 tahun
Rekod perlawanan: 1 kali
Nama: Raqib Golden Leg
Tinggi: 140cm
Berat: 50kg
Umur: 12 tahun
Rekod perlawanan: 4 kali
21 Julai 2012
Clash of Titans
Adik Shahrin Hakimi Hati Waja sekali lagi akan bertarung dengan Adik Naga Api dalam Selangor Charity Challenge-V yang akan diadakan pada 23 September ini bagi merebut tali pinggang 20kg. Dalam Selangor Charity Challenge-IV, pertarungan sengit itu berakhir dengan keputusan 2-1 (unanimous decision). Pertarungan ulangan nanti bakal menjadi tumpuan peminat siri kejohanan Charity Challenge yang sudah memasuki edisi kelima. Undang-undang penuh Muay Thai (5 pusingan dan penggunaan siku) akan diguna pakai.
16 Julai 2012
Dragon Boy menang Enter the Dragon
Kemenangan Dragon Boy dalam Enter The Dragon semalam membuktikan bahawa kerja keras dan disiplin ialah formula terbaik untuk berjaya, tidak semestinya berlatih di gim mewah dengan jurulatih dari Thailand dan rakan-rakan sparring yang ada banyak tali pinggang kejuaraan.
Boy menang dengan keputusan TKO pada pusingan keempat selepas lawannya tidak dapat meneruskan pertandingan. Sebelum itu, Dragon Boy disahkan cedera pada keningnya akibat serangan siku pada minit-minit terakhir pusingan ketiga tetapi bangkit mendominasi perlawanan pada pusingan keempat.
Semoga kemenangan itu menjadi motivasi kepada ahli-ahli Sitkrumat yang lain agar berbangga menjadi ahli kelab bawah pokok terbesar di dunia.
Dragon Boy sebelum perlawanan
Dragon Boy bersama rakan-rakan dari Sitkrumat, Asnor, Max, Jasin dan Sharif.
Dragon Boy bersama lawannya, Nigel Chong dan penganjur, En. Leko Beh yang juga pengerusi Kelab Dragon Muay Thai
14 Julai 2012
Dragon Boy dalam Enter The Dragon
Dragon Boy akan mewakili Kem MR50 Sitkrumat dalam Enter The Dragon 2 pada malam esok di Dragon Muay Thai, Bukit Bintang. Boy akan menentang petinju dari Dragon, Nigel Chong. Untuk rekod, Nigel mempunyai rekod perlawanan 7 kali termasuk kejohanan I-1 di Korea Selatan, manakala Boy pula baru berlawan sebanyak 6 kali. Beberapa petinju terbaik yang pernah mewakili Malaysia juga akan mengambil bahagian.
13 Julai 2012
MR50 Sitkrumat
Nama kelab: MR50 Sitkrumat Camp, Klang.
Lokasi: Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas.
Tarikh diasaskan: Januari 2008.
Masa latihan: 5 - 7.30 malam.
Hari: Sabtu dan Ahad.
Bilangan ahli: 376 orang
Yuran keahlian: RM50
Yuran latihan: Percuma
Yuran kelas personal: RM100 2 jam (Klang dan Shah Alam sahaja)
Telefon: 0199241656
E-mel: greateacheraja.yahoo.co.uk
10 Julai 2012
Pengadil SMTCC-IV
En. Izzat dari Persatuan Muay Thai Melaka dan En. Steven Ban dari TNT Kickboxing
Cikgu Raja Ahmad dari MR50 Sitkrumat
Jorm Kitti, legenda Muay Thai dari Promthep Gym, Thailand
Perlawanan paling pantas
Perlawanan paling pantas dalam sejarah SMTCC adalah antara Raqib The Thundercat dari MR50 Sitkrumat melawan Hakim AK-47 Naga Api, iaitu 30 saat dalam SMTCC-IV. Raqib tumbang setelah terkena sepak layang ke leher (narai bun sien).
Perlawanan terbaik
Perlawanan paling menarik dalam SMTCC-IV pastinya antara Sharif Hati Waja dari MR50 Sitkrumat melawan Amy Rocksteady dari Furious Styles, Kota Kinabalu. Ketiga-tiga juri, iaitu legenda Muay Thai dari Thailand, Jom Kitti, Steven Ban, dan Cikgu Raja memberi keputusan seri. Semua perlawanan lain, terdapat perbezaan mata yang ketara.
Muay Thai @ Senamrobik 1Malaysia
Persembahan Muay Thai sempena Senamrobik 1 Malaysia di SMK Kampong Jawa, Klang pada awal pagi tadi oleh Hanzala dan Shahid Sitkrumat. 5 tahun lalu, PK Kokurikulum menolak cadangan saya membawa masuk Muay Thai ke sekolah atas alasan sukan ini terlalu ganas untuk murid sekolah, tetapi semalam beliau terpaksa meminta bantuan saya sebab mahukan Muay Thai sebagai gimik pembukaan.
Keputusan Perlawanan SMTCC-IV
Isaac Lee Quinn Kirsty Fight Club menang TKO R1 vs Mohd Saffri Abdullah SS Fighters Kuching
Sharif Hati Waja Senior MR50 Sitkrumat seri vs Amy Rocksteady Furious Styles Kota Kinabalu
Alex Mellor Merican menang KO R1 vs Ruben Nanthan Flying Cobra Taman Melati
Shahrin Hakimi Hati Waja Junior MR50 Sitkrumat seri vs Adik Naga Api
Hairi Buakaw Naga Api menang poin vs Saifullah Ismail Kelab Tomoi Raja Lebah, Pendang
Jasin Sukhoi SU-50 MR50 Sitkrumat Camp Klang kalah poin vs Ku Ess Sultan Idris Shah
Ujang Singa Mas Klang kalah poin vs Izha Te-Loy Muay Thai Kuala Ketil, Kedah
Budinato SS Fighter Kuching seri vs Iliad Lubis Alilied Gym Combat
Herry Rocko Anak Kuda Merah KL menang KO R2 vs Muhamad Hairi Flying Cobra
Khairul 'Lori Kontena' MR50 Sitkrumat kalah poin vs Mohd Hazrul Muay Thai Fitness Lab
Aidy Singa Mas Klang kalah KO R3 vs Rauf Black Diamond
Abu Takiya MR50 Sitkrumat kalah poin vs Abang Naga Api
Raqib Thundercat MR50 Sitkrumat kalah KO R1 vs Hakim AK47 Naga Api
Hafiz Raja Kumbang kalah KO R3 vs Putra Anak Kuda Merah K.L
Alan “The Flashman” MR50 Sitkrumat kalah poin vs Alif Singa Mas Klang
Zahari Ishak Raja Lebah menang KO R3 vs Zairul Anak Kuda Merah, Raub
Mohd Amir Kelab Tomoi Kilat Batu Caves kalah KO R2 vs Mohd Akmal Raja Kumbang
Haizul Zulkarnain Red Arrow menang poin vs Muhd Ridzuan Naga Putih Greenwood
03 Julai 2012
Selangor Muay Charity Challenge 4
Tempat: Dewan Muhibah Taman Bolton, Batu Caves.
Tarikh: 7 Julai 2012
Masa: 9 pagi hingga 4 petang
Tiket: RM12
Peserta yang mengambil bahagian:
Isaac Lee Quinn Kirsty Fight Club vs Mohd Saffri Abdullah SS Fighters Muay Thai Gym Kuching
Afandi Red Arrow vs Amy 'Rocksteady' Furious Styles Kota Kinabalu Sabah
Alex Mellor Merican Muay Thai Gym vs Ruben Nanthan Flying Cobra Taman Melati
Shahrin Hakimi Hati Waja Junior MR50 Sitkrumat Camp, Klang vs ADIK NAGA API
Hairi Buakaw Naga Api vs Saifullah Ismail Kelab Tomoi Raja Lebah Pendang Kedah
Abang Naga Api vs Abu Takiya MR50 Sitkrumat
Jasin Sukhoi SU-50 MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Ku Ess Sultan Idris Shah “The Royal Beautiful Boxer”
Ujang Singa Mas Klang vs Izha Te-Loy Muay Thai Kuala Ketil, Kedah
Budinato SS Fighter Muay Thai Gym Kuching vs Iliad Lubis Alilied Gym Combat
Herry Rocko Anak
Kuda Merah KL vs Muhamad Hairi Flying Cobra
Khairul 'Lori Kontena' MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Mohd Hazrul Muay Thai Fitness Lab
Aidy Singa
Mas Klang vs Rauf Black DiamondKhairul 'Lori Kontena' MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Mohd Hazrul Muay Thai Fitness Lab
RAKIB
'THUNDERCAT' MR50 Sitkrumat, KLANG vs HAKIM AK47 NAGA API
Hadi Red
Arrow Muay Thai Gym Setapak vs Putera Anak Kuda Merah K.L
Alan “The
Flashman” MR50 Sitkrumat Camp Klang vs Alif Singa Mas Klang
ZAHARI ISHAK
RAJA LEBAH vs MUHAMAD HIZAIRUL AZWAN ANAK KUDA MERAH, RAUB
Mohd Amir Yaacob
Kelab Tomoi Kilat Batu Caves vs Mohd Akmal “Mat Black” Raja Kumbang
Haizul
Zulkarnain Red Arrow Muay Thai Gym vs Muhd Ridzuan Naga Putih Greenwood
25 Jun 2012
SMTCC-IV
Pada kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge IV, MR50 Sitkrumat Klang menghantar 7 petinju baru dan 3 petinju lama. Antaranya ialah Raqib Thundercat (2 kali lawan), Khairul Lori Kontena (2 kali lawan), Sharif Hati Waja (2 kali lawan), Jasin Sukhoi SU-50, Shahreen Hati Waja, Abu Takiya dan Alan The Flashman. Kontinjen kali ini akan diuruskan oleh Hafiz Tiger King dan dibantu oleh cornerman Riduan G.I. Joe dan Dragon Boy.
22 Jun 2012
Dragon Boy di Stadium Chaweng
Setelah dua minggu berlatih di WMC Koh Samui, Phuket, Dragon Boy Sitkrumat telah diberi peluang menunjukkan kebolehannya di Stadium Chaweng malam tadi. Walaupun tewas dengan kiraan mata, itu menjadi pengalaman berharga Dragon Boy berlawan di tempat asal Muay Thai, di mana petinju asing (farang) tidak akan menang jika tidak menang KO. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Muaythai Malaysia dan Ajarn Nong (jurulatih Challenger Asia dan Contender Asia).
19 Jun 2012
Sitkrumat no.1 di Klang
1. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan jurulatih dan pemilik kelab Muay Thai di kejohanan Muay Thai, mereka akan kagum dengan kebolehan Kem Sitkrumat yang sering menghantar petinju baru dalam jumlah yang ramai.
2. Di Kem Sitkrumat, sistem talaqqi, iaitu sistem pendidikan Islam yang berkonsepkan seorang guru seorang murid masih diamalkan.
3. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya.
4. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung.
5. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.
3. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya.
4. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung.
5. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.
6. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, daftarlah sekarang.
7. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan.
8. Anda boleh berlatih secara percuma selama-lamanya.
9. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum.
10. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang.
7. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan.
8. Anda boleh berlatih secara percuma selama-lamanya.
9. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum.
10. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang.
18 Jun 2012
Jenama paling baik
Berikut ialah kesimpulan yang saya boleh buat sepanjang menguruskan Sitkrumat Camp dan membekalkan peralatan boxing dan muay thai untuk pasaran Semenanjung, Borneo melalui Sitkrumat Trading sejak tahun 2008. Penilaian dibuat dari segi harga dan kualiti.
Gloves latihan paling bagus: Twins Special
Gloves latihan paling teruk: Muay Thai
Gloves pertandingan paling bagus: Twins Special
Gloves pertandingan paling teruk: Nationman
Pao paling bagus: Fairtex
Pao paling teruk: Top King
Mitts paling bagus: Thaismai
Mitts paling teruk: Fairtex
Belly pad paling bagus: Twins Special
Belly pad paling teruk: Muay Thai
Seluar paling bagus: Twins Special
Seluar paling teruk: Thaiboxing
Punching bag paling bagus: Twins Special
Punching bag paling teruk: Nationman
Handwrap paling bagus: Twins Special
Handwrap paling teruk: FBT
Ankle guard paling bagus: Thaismai
Ankle guard paling teruk: FBT
Shin guard paling baik: Fairtex
Shin guard paling teruk: Raja Boxing
16 Jun 2012
Dragon Boy berlatih di WMC Koh Samui
Pada 7 Jun lalu, Dragon Boy telah dihantar berlatih ke WMC Gym, Koh Samui, Phuket sebagai persediaan menghadapi Selangor Charity Challenge 4 pada 7 Julai ini. Dragon Boy akan berlatih selama 2 minggu di bawah seliaan ketua jurulatih, Ajarn Nong (jurulatih dalam Contender Asia & Challenger Asia). Terima kasih diucapkan kepada Kapt. Dato' Mohd Shahnaz Azmi, Presiden PMM yang banyak membantu program latihan ini. Semoga Dragon Boy pulang dengan selamat dan berkongsi ilmu dengan semua ahli Sitkrumat yang belum berpeluang berlatih di Thailand.
Langgan:
Catatan (Atom)













.jpg)










