15 Ogos 2015

Kelab Muaythai 1Malaysia


Kelab Muaythai Sitkrumat Klang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, bangsa, agama, atau taraf hidup. Di sini semua orang dilayan secara sama rata bertepatan prinsip 1Malaysia. Kami mengalu-alukan peminat seni beladiri yang mempunyai asas, atau sudah berpengalaman dalam apa-apa sahaja seni beladiri untuk menyertai kami. Yuran penyertaan cuma RM50, paling murah di Malaysia, dan kami satu-satunya kelab yang tidak mengenakan yuran bulanan. Semua kelengkapan disediakan, pelatih cuma perlu membeli pembalut tangan dan seluar latihan. T-shirt ada dijual di sini dengan harga RM30 sehelai. Untuk maklumat lanjut, boleh datang ke Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas atau telefon/sms/whatsapp Cikgu Raja Ahmad 0199241656.