15 April 2015

Saya mesti pilih Sitkrumat

10 sebab anda harus memilih Klab Boksing Sitkrumat Klang

1. Yuran latihan tidak dikenakan. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 sahaja. Kelab Muaythai lain biasanya mengecaj anda sekurang-kurangnya RM100 sebulan tidak termasuk yuran pendaftaran. 

2. Gloves disediakan untuk semua pelatih. Di mana-mana kelab biasanya menyewakan gloves kepada pelatih setiap kali latihan, tetapi kami menyediakan gloves yang berharga RM200 untuk anda gunakan tanpa bayaran. 

3. Jadual latihan yang fleksibel. Anda boleh datang apabila anda lapang pada hari minggu. Jika anda sibuk dan tidak dapat mengikuti latihan, jangan risau kerana hari latihan seterusnya anda akan diajar pada silibus yang anda berhenti. 

4. Jurulatih yang bertauliah dan mesra. Di sini semangat Sitkrumatians diterapkan kepada semua ahli. Tidak ada yang sombong, berlagak hebat atau pentingkan diri sendiri. Anda akan dibantu oleh ahli-ahli yang lain bukan sahaja semasa latihan tetapi juga di luar waktu latihan. 

5. Peluang bertanding di kejohanan muaythai atau MMA. Sejak diasaskan pada tahun 2008 dulu, kami aktif menghantar atlet kami bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan. Kami juga menyediakan pelapis atau bakat-bakat baru untuk masa depan. Hadiah atau wang kemenangan akan menjadi milik atlet, bukannya milik kelab seperti kelab-kelab muaythai lain yang membahagikan wang kemenangan untuk atlet dan kelab. 

6. Diskaun untuk barang latihan. Anda berhak mendapat harga ahli bagi semua barang latihan yang dijual oleh kelab dan harga ini tidak akan anda dapat di mana-mana kedai atau kelab. 

7. Terbuka kepada semua peringkat umur. Di kem kami, ahli terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari semuda 3 tahun hingga 70 tahun. 

8. Terbuka kepada semua kaum. Kelab kami 1Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, yang ada cumalah perbezaan skill dan stamina sahaja. 

9. Peluang menjadi jurulatih. Anda bukan sahaja dilatih sebagai fighter tetapi juga sebagai trainer. Setelah anda mahir, anda akan dihantar mengambil kursus pentauliahan jurulatih secara percuma. Jarang kelab atau gim yang melatih ahli mereka menjadi jurulatih tetapi di sini semua ahli lama ialah jurulatih. Setelah anda menjadi jurulatih anda akan diberi peluang mengajar kelas VIP dengan upah sebanyak RM100 setiap sesi. 

10. Sitkrumat kelab terbesar di Malaysia. Sejak tahun 2008, kami telah melatih hampir 1000 orang ahli termasuk seminar. Ahli-ahli Sitkrumat kini bertebaran di segenap pelosok Malaysia. Ada yang sudah menjadi jurulatih di kelab-kelab kecergasan ternama dan ada yang membuka cawangan Sitkumat di negeri-negeri asal. 

Set jurulatih untuk dijual.

Dapatkan set asas jurulatih dengan harga termurah di pasaran - shinguard, belly pad dan pao dengan harga RM620 bagi set kulit atau RM520 bagi set PU. Harga ini bagi set daripada jenama Thaismai sahaja. Bagi set Twins atau Topking harga yang ditawarkan ialah RM770. Setiap barangan perlu ditempah terlebih dahulu dan akan dapat dalam tempoh 2 hari dari tarikh pembayaran. Whatsapp atau sms untuk pertanyaan. 0199241656 Cikgu Raja Ahmad.