09 Ogos 2014

Back to business


Setelah sebulan berhenti rehat pada bulan puasa, Klab Boksing Sitkrumat kembali menyambung latihan. Masa latihan masih sama, iaitu 5 hingga 7 malam setiap hari Sabtu dan Ahad. Tiada yuran latihan dikenakan. Pelatih baru cuma perlu membayar yuran pendaftaran RM50. Lelaki atau perempuan boleh menyertainya. Umur yang sesuai ialah 6 hingga 60 tahun. Gambar di atas ialah Adik Adha Black Scorpion, 8 tahun semasa bertarung di kejohanan Muaythai Naga Api Road Tour 2 bulan lepas. Adik Adha menang dengan keputusan juri. Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau add fb "Raja Ahmad Talmizi".