25 Jun 2012

SMTCC-IV


Pada kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge IV, MR50 Sitkrumat Klang menghantar 7 petinju baru dan 3 petinju lama. Antaranya ialah Raqib Thundercat (2 kali lawan), Khairul Lori Kontena (2 kali lawan), Sharif Hati Waja (2 kali lawan), Jasin Sukhoi SU-50, Shahreen Hati Waja, Abu Takiya dan Alan The Flashman. Kontinjen kali ini akan diuruskan oleh Hafiz Tiger King dan dibantu oleh cornerman Riduan G.I. Joe dan Dragon Boy.

22 Jun 2012

Dragon Boy di Stadium Chaweng


Setelah dua minggu berlatih di WMC Koh Samui, Phuket, Dragon Boy Sitkrumat telah diberi peluang menunjukkan kebolehannya di Stadium Chaweng malam tadi. Walaupun tewas dengan kiraan mata, itu menjadi pengalaman berharga Dragon Boy berlawan di tempat asal Muay Thai, di mana petinju asing (farang) tidak akan menang jika tidak menang KO. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Muaythai Malaysia dan Ajarn Nong (jurulatih Challenger Asia dan Contender Asia).

19 Jun 2012

Sitkrumat no.1 di Klang


1. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan jurulatih dan pemilik kelab Muay Thai di kejohanan Muay Thai, mereka akan kagum dengan kebolehan Kem Sitkrumat yang sering menghantar petinju baru dalam jumlah yang ramai.

2. Di Kem Sitkrumat, sistem talaqqi, iaitu sistem pendidikan Islam yang berkonsepkan seorang guru seorang murid masih diamalkan.

3. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya.

4. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung.

5. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.

6. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, daftarlah sekarang.

7. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan.

8. Anda boleh berlatih secara percuma selama-lamanya.

9. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum.

10. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang. 

18 Jun 2012

Jenama paling baik


Berikut ialah kesimpulan yang saya boleh buat sepanjang menguruskan Sitkrumat Camp dan membekalkan peralatan boxing dan muay thai untuk pasaran Semenanjung, Borneo melalui Sitkrumat Trading sejak tahun 2008. Penilaian dibuat dari segi harga dan kualiti.

Gloves latihan paling bagus: Twins Special
Gloves latihan paling teruk: Muay Thai
Gloves pertandingan paling bagus: Twins Special
Gloves pertandingan paling teruk: Nationman
Pao paling bagus: Fairtex
Pao paling teruk: Top King
Mitts paling bagus: Thaismai
Mitts paling teruk: Fairtex
Belly pad paling bagus: Twins Special
Belly pad paling teruk: Muay Thai
Seluar paling bagus: Twins Special
Seluar paling teruk: Thaiboxing
Punching bag paling bagus: Twins Special
Punching bag paling teruk: Nationman
Handwrap paling bagus: Twins Special
Handwrap paling teruk: FBT
Ankle guard paling bagus: Thaismai
Ankle guard paling teruk: FBT

Shin guard paling baik: Fairtex
Shin guard paling teruk: Raja Boxing

16 Jun 2012

Dragon Boy berlatih di WMC Koh Samui


Pada 7 Jun lalu, Dragon Boy telah dihantar berlatih ke WMC Gym, Koh Samui, Phuket sebagai persediaan menghadapi Selangor Charity Challenge 4 pada 7 Julai ini. Dragon Boy akan berlatih selama 2 minggu di bawah seliaan ketua jurulatih, Ajarn Nong (jurulatih dalam Contender Asia & Challenger Asia). Terima kasih diucapkan kepada Kapt. Dato' Mohd Shahnaz Azmi, Presiden PMM yang banyak membantu program latihan ini. Semoga Dragon Boy pulang dengan selamat dan berkongsi ilmu dengan semua ahli Sitkrumat yang belum berpeluang berlatih di Thailand.