23 April 2012

Bengkel What Gym Will Never Teach You About Muay Thai

Pada 22 April 2012 (Ahad) Persatuan Muay Thai Negeri Selangor telah menganjurkan What Gym Will Never Teach You About Muay Thai Workshop di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 18 peserta hadir dalam bengkel yang berlangsung selama 6 jam itu. Tiga jurulatih daripada persatuan diundang bagi berkongsi ilmu, iaitu, Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang, Kru Najib dari Barracuda Kajang, Tuan Azman Abdul dari Gim Naga Api Gombak, dan jemputan khas dari Thailand, Left. Kolonel Ajarn Suchart (pengadil Stadium Lumpini).


03 April 2012

Isi masa hujung minggu anak-anak

1. Tidak mahu anak-anak anda menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti tidak sihat seperti bermain permainan video atau Facebook? Apa kata daftarkan anak anda di Kem Sitkrumat Klang agar anak-anak anda belajar sesuatu yang baru di samping menyihatkan badan.

2. Muay Thai bukan sahaja ilmu pertahanan diri yang efektif tetapi juga sukan yang membakar banyak kalori.

3. Di Kem Sitkrumat, anak-anak anda akan dilatih dengan selamat dalam suasana yang aman (dikelilingi oleh pepohon hijau).

4. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjadi generasi lembik pada masa depan, serahkan kepada kami untuk melatihnya menjadi generasi tahan lasak.

5. Yuran pendaftaran cuma RM50 seumur hidup, tiada yuran bulanan dan syarat-syarat yang tersembunyi.

6. Telefon atau sms Cikgu Raja Ahmad - 0199241656 sekarang atau datang sendiri ke Taman Rakyat Klang pada setiap petang hujung minggu (Sabtu dan Ahad).