30 Jun 2010

Muay Thai untuk veteran

Ramai orang dewasa yang meminati Muay Thai tetapi segan untuk belajar kerana usia mereka. Sebenarnya, Muay Thai tidaklah susah sangat bagi golongan veteran. Kebanyakan kem atau gim mempunyai perancangan khusus untuk golongan dewasa malah ada yang membuka kelas dewasa khas untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Sepanjang mengendalikan kelas VIP di Kem Sitkrumat, Cikgu mendapat banyak maklum balas dari golongan berusia. Menurut mereka, kebanyakan kelab seni mempertahankan diri yang lain melayan mereka seperti pelatih remaja yang tidak dinafikan mempunyai stamina yang tinggi. Seharusnya golongan veteran ini diberi latihan yang sesuai dengan peringkat umur dan keadaan fizikal mereka.

Mengajar Muay Thai kepada golongan berusia (40 tahun ke atas) banyak cabarannya. Golongan ini mudah terdedah kepada kecederaan dan mengambil masa untuk pulih. Bagi pesakit jantung pula, latihan memanaskan badan biasa pun sudah cukup membuatkan mereka sakit. Seorang jurulatih perlu mahir mengendalikan kelas dewasa supaya mereka ini tidak meninggalkan kelas selepas dua kali latihan.

Golongan ini juga memerlukan motivasi untuk terus berlatih. Jurulatih tidak patut memaksa sekiranya pelatih veteran tidak mampu meneruskan latihan. Sebelum latihan bermula, tanya jenis penyakit yang dihadapi supaya jurulatih bersedia menghadapi segala kemungkinan.

23 Jun 2010

Low kick pad

Low kick pad A.K.A the "Thai Suitcase" designed for practicing mid to low power kick drills. Durable leather with multi-layered high impact foam core for maximum protection. Suitable for right or left handed instructors/training partners. Red, Blue & Black colours available. Made by Twins Special, no.1 Muay Thai brand in Thailand. Weight 3.5kg, height 45cm. Price RM420.00. Call Fighter Shop 0193187976 (Mr. Ezhar).

Karpet getah baru

Penghargaan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mislan b. Tugiu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang kerana mendengar luahan hati kami agar menukar karpet getah di tapak latihan Kem Muay Thai Sitkrumat. Karpet sebelum ini sering menyebabkan tapak kaki pelatih Sitkrumat melepuh. Diharap karpet baru ini dapat memberi keselesaan kepada kami untuk terus berlatih.

20 Jun 2010

Super 8 MFFK

Malaysia Freestyle Fullcontact Kickboxing akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Super 8 di lima buah negeri untuk mencari juara Malaysia bagi kategori 51-56kg, 57-62kg dan 63-70kg bersama M I Group Sdn Bhd, penganjur acara freestyle kickboxing pertama negara. Kepada yang berminat, sila hantarkan biodata ke mfkfullcontact@yahoo.com. Acara ini akan bermula pada Oktober 2010.

Tahniah Ali

Tahniah diucapkan kepada Ali Yaakob kerana mempamerkan permainan seorang juara dunia selepas menafikan kehebatan petinju no.1 Australia, Chris White dalam perlawanan ulangan Supremacy 10 di Perth, Ausralia. Ali menumbangkan Chris White dalam masa 45 saat dalam pusingan pertama dengan serangan siku ke mata Chris. Bagaimanapun, seorang lagi wakil negara, Faizal Ramli tewas dengan kiraan mata dalam keputusan kontroversi juri yang berpihak kepada Jason "The Destroyer". Gambar ihsan En. Mohd Saifulnizam Mohd Sahar, pengurus Malaysian Tigers.

18 Jun 2010

Kejohanan Boksing Kelantan 2010

28/6/10
1. Mohd Afizi Juhari (Cenderawasih) lwn Azman Ismail (Anak Kala Emas, Besut)
2. Mohd Nareeq Farrhan (Jerong Binjal, Kota Bharu) lwn Mohd Zulkarnain Ramli (Selindang Kuning, Bachok)
3. Bolo Wan Thailand (Sri Buyong, Jeli) lwn Eyong Thailand (Salsaloon, Pasir Puteh)
4. Abd Satar Ahmad (Harimau Muda) lwn Mat Salleh Awang (Harimau Berantai, Pasir Puteh)
5. Supon Thailand (Salsaloon, Pasir Puteh) lwn Sueng Lek Laos (B-13, Rantau Panjang).

29/6/10
1. Mohd Norfaisal Zasri (Anak Putera Tok Bali, Pasir Puteh) lwn Mohd Shahrulilmi Setapa (Lepah Jati, Pasir Puteh)
2. Nik Arif Nik Kahar (Lelayang Puteh, Besut) lwn Mohd Mustapha Osman (Geliga Putih, Besut) 3. Taiker Thailand (Salsaloon, Pasir Puteh) lwn Fa Sit Choon Laos (Besut)
4. Muhd Fariq Razali (Anak Bayu, Bachok) lwn Muhd Faizol b. Ibrahim (Sri Panggong, Besut)
5. Tengku Shahrizal (Kuda Merah PDRM) lwn Dek Sukri (Perodua Kancil, Pasir Puteh)

30/6/10
1. Mohd Nor Hisham b. Fandi (AZ 1, Pasir Puteh) lwn Latif b. Ibrahim (Anak Jantan, Besut)
2. Mohd Hafiza Mohd Nasir (Wajah Baru, Besut) lwn Nik Mahadi Nik Mohd (Lelayang Putih, Tanah Merah)
3. Yok Yut Laos (Kubang Kuar) lwn Dek Chai Thailand (Bokbon, Pasir Puteh)
4. Amirul Asraf Mohd (DB 54, Bachok) lwn Soleh Manik Urai (Kuala Krai)
5. Adam (Sri Buyong, Jeli) lwn Achai (Sri Rama, Pasir Puteh)

2/7/10
1. Mohd Izwan b. Aziz (Lipan Bara, Besut) lwn Lim Chu Lijue (Teras 1, Besut)
2. Mohd Hafizi Zulkifli (Selindang Kuning, Bachok) lwn Mohd Syazwan Safuan (Sri Arjuna, Pasir Puteh)
3. Mat Ropi (Sri Embon, Pasir Mas) lwn Din (DB 54, Bachok)
4. Mohd Azrul Hisham Mamat (Sri Nail, Besut) lwn Mohd Faizul Azmi (Anak Panah 2)
5. Pak Dogol (Kuda Laut, Besut) lwn Eh Ding (Sri Rama, Pasir Puteh)
6. Mohd Sazwan Saupi (DB 54, Bachok) lwn Mohd Badrul Hisham (Mat Terbo, Pasir Puteh)

3/7/10
1. Muhd Fikri Mazlan (Lelayang Putih, Tanah Merah) lwn Mohd Raziq Ramadhan (Lipan Bara, Besut)
2. Mohd Khairy Khazai (Anak Bayu, Bachok) lwn Mohd Nur Reedhzuan Fauzi (AZ 1, Pasir Puteh)
3. Nik Azizi Shafie (Kuda Merah, PDRM) lwn Abim Tok Arab (Kebakat, Tumpat)
4. Mohd Hasrool b. Mat Yajit (Teras 1, Besut) lwn Mohd Khairul Mustaki (Anak Jerong Mas)
5. Muhd Nurhafizi Fandi (Redang Mutiara, Pasir Puteh) lwn Mohd Shamsul Roslan (Lepah Jati, Pasir Puteh)
6. Pat Sik Thailand (Serambi Timur 59, Pasir Puteh) lwn Khunsut Thailand (Wajah Baru, Besut)

14 Jun 2010

King of the ring

The Head Hunter Event akan menganjurkan kejohanan seni beladiri untuk semua aliran tempur pada 19 Jun ini. Acara ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Muaythai Amatur Perak. 4 saringan akan diadakan sebelum kesemua juara berentap di kejohanan akhir. Kejohanan ini dibahagikan kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan.

Jengking Warrior

Jengking Warrior Muay Thai Gym kini dibuka di No.49, Tingkat 2, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23, Shah Alam. Bekas petinju Boxx Warriors dan Malaysian Tigers, Hafiz Rozaidi dan Ismail Ramli diambil sebagai jurulatih. Untuk rekod, Hafiz ialah Juara Karnival Sure Heboh 2005, Juara Piala Perdana Menteri 2006, dan Juara Kejohanan Diraja Kelantan 2008 dengan rekod perlawanan 30 kali dengan 18 menang, 10 kalah dan 2 seri. Mail pula ialah bekas juara di Stadium Chaweng, Thailand. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi ketua jurulatih, En. Mohd Azrai 0126991164.

12 Jun 2010

Kelab Muay Mas 9

Kelab Mas 9, sudah 20 tahun melahirkan nak muay yang bertarung sekitar Pantai Timur. Cikgu pernah berlatih di sini 12 tahun lalu. Setelah lama tidak bersua, petang tadi Cikgu bertemu kembali dengan Kru Adi "Gerak Kilat", guru kedua selepas Pak Mat Siku Kapak. Sudah hampir tiga tahun Kru Adi tidak mengajar memandangkan sibuk dengan pekerjaannya. Pada tahun ini Kru Adi mula memegang pao selepas tiga muridnya berminat untuk bertanding di kejohanan tempatan.

Lompat tali untuk memanaskan badan

Kru Adi "Gerak Kilat" sedang memerhatikan petinjunya berlatih

Latihan dengan beg berat untuk menguatkan kaki

Peralatan latihan yang digunakan berusia hampir 20 tahun

Kasut lusuh untuk berjoging

Latihan shadow boxing

Latihan pao turut diadakan untuk meningkatkan kordinasi anggota badan

Senaman sit up untuk mengeraskan perut

Sparring tinju untuk melatih kepantasan berfikir


Beg berat yang lusuh masih digunakan

Kelab Ris Sri Payong

Kelab Ris Sri Payong diasaskan pada 2002 oleh Abe Nor, bekas Juara Selatan Thai, dan juara tinju Kelantan dekad 70-an, sezaman dengan Wan Pa Tok Raja Geting, Ibrahim Baling, dan Ahmad Siku Kapak. Petinjunya kini mencecah 700 orang sejak gelanggang dibuka 30 tahun yang lalu. Antara nak muay yang pernah berlatih di sini ialah Mat Koro Kebal Lanun (kini bersama Malaysian Tigers), Mat Ropi Singa Muda (M-150), Iwan Anak Gajah (Malaysian Tigers), Wadi Sri Payong (Singa Laut TLDM) dan ramai lagi. Hampir kesemua pelatih di sini pernah bertanding sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Ris Sri Payong mendapat namanya berdasarkan Kampung Bunut Payong, Kota Bharu yang menjadi lokasi gelanggang. Gelanggang ini terletak bersebelahan rumah Abe Nor sendiri. Nama Ris pula diambil sempena nama syarikat R.I.S. Enterprise Sdn. Bhd. kepunyaan En. Rosmee Yaacob, penaung kelab ini.
Logo kelab

Antara juara yang dilahirkan kelab ini

Latihan menghenjut tayar untuk memanaskan badan

Tarian langkah sembah sebelum latihan sparring

Sparring antara dua pelatih kanak-kanak
Tali dan pao terikat untuk latihan tinju

Nodies, pengurus gelanggang sedang memberi tunjuk ajar
Dua beg berat berbeza untuk latihan

Sebahagian kelengkapan latihan

11 Jun 2010

Gelanggang Tomoi Kampung Gong Naga

Gelanggang tomoi Kampung Gong Naga, Jerteh didirikan pada 2001 oleh Tok Guru Ayah Nuh di halaman rumahnya. Gelanggang ini masih mengikut tradisi gelanggang Boksing Kelantan yang mempunyai ritual buka dan tutup gelanggang. Setiap tahun, gelanggang ini merekrut berpuluh anak muda dan kanak-kanak untuk mempelajari seni boksing. Selepas tiga bulan, majlis perlimau akan diadakan menandakan tamatnya pelajaran boksing daripada gurulatih. Walaupun belum ada pelatih dari gelanggang ini yang bertanding di kejohanan tempatan, gelanggang ini menjadi asas permulaan kepada generasi baru untuk mengenali seni boksing ini. Kos pembinaan dan kelengkapannya ditanggung oleh ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Latihan menghenjut tayar untuk menguatkan kaki

Kain kuning dan telur dalam pinggang yang dipercayai untuk 'penjaga gelanggang'

Kanak-kanak yang berkumpul selepas sembahyang Isyak

Latihan sparring bersama rakan seperguruan

Cikgu tidak melepaskan peluang bermain gendang

Kanak-kanak berusia 4 tahun menunjukkan bakat bergendang

10 Jun 2010

Kelab Boksing Black Tiger

Black Tiger merupakan satu-satunya kelab tomoi di jajahan Pasir Puteh, Kelantan yang beroperasi secara profesional di gelanggang tetapnya di Kampung Gong Kubur, Pasir Puteh. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kru Jusoh atau lebih dikenali sebagai Abe Soh Tok Bilal. Kelab ini telah melahirkan ramai jaguh yang kini dipikat oleh kelab ternama lain seperti Tengku Sharizal (Kuda Merah PDRM), Amin Semerah Padi (Kuda Merah PDRM), Faizal Ramli (Malaysian Tigers). Petinju ternama kelab ini yang masih kekal ialah Boro Tiger. Kelab ini mempunyai dua jurulatih dari Thailand yang mengajar sepenuh masa.
Gelanggang latihan

Boro Tiger dengan rekod perlawanan melebihi 170 kali dan petinju no.1 Kelantan kategori light flyweight

Alat senaman sit up yang dicipta sendiri

Latihan lompat tayar turut ditekankan

Latihan plam bersama jurulatih

Latihan pao bersama jurulatih

Tali skipping buatan sendiri

Alat angkat berat buatan sendiri

Cikgu bersama Kru Jusoh

Nak Muay Black Tiger

07 Jun 2010

Raja Boxing

RAJA was born in 2002 after a dispute in the TWINS family but has been struggling to find its own identity on the market. The product range is pretty similar to TWINS but with some fantastic quirky designs. As TWINS sponsors Lumpini's fighters and has its main shops there, RAJABOXING shows its power at Rajadamnern Boxing Stadium (where it has its Bangkok retail outlet) with a lot of the fighters inside wearing their gloves and shorts. Great quality gear. Fighter Shop, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur is an authorized dealer in Malaysia. Call Mr. Ezhar for RAJA equipment enquiries. 0193187976.

Yamada

Setelah beberapa kali menyertai K-1 Max dengan dua kemenangan, Buakaw Por Pramuk kini mengorak langkah sebagai pelakon pula. Filem pertamanya, Yamada - The Samurai of Ayutthaya bakal ditayangkan tidak lama lagi di pawagam seluruh Thailand. Filem ini mengisahkan tentang Maharaja Prasat Tong yang mengupah 80 samurai dari Jepun sebagai pengawal peribadi baginda ketika era kebangkitan kerajaan Ayutthaya.

04 Jun 2010

Selamat berjuang!

Cikgu selaku Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak mengucapkan selamat berjaya kepada Bard Mangkoon Fai, Mohd Syakir Liam Pet dan Ezal Houng Deng yang akan bertarung pada malam ini dan malam esok di Kejohanan Tomoi Terbuka Perak di Stadium Mini, Bandar Proton, Tanjung Malim. Chokdee!

02 Jun 2010

Kek hari jadi

Terima kasih kepada Bob dan Azrul kerana membuat kejutan semasa latihan pada petang semalam. Belum pernah lagi anak murid Cikgu yang memberi hadiah atau kek semasa hari lahir Cikgu. Anda berdua memang murid yang mengenang jasa. Di kek tertulis Happy Birthday Cikgu Kacak Sitkrumat.

01 Jun 2010

Panduan memulakan kem Muay Thai

Selepas bersara dari arena pertandingan, setiap petinju biasanya ingin mengajar generasi baru agar sukan Muay Thai terus berkembang. Pengamal Muay Thai sejati tidak akan meninggalkan sukan ini walaupun sudah puas dengan pertandingan. Mereka akan beralih ke bidang kejurulatihan pula.

Sebelum memulakan kem, seorang jurulatih perlu memiliki kelengkapan latihan. Tanpa kelengkapan ini, jurulatih tidak dapat mengajar dengan berkesan. Antara kelengkapan yang perlu ada ialah sepasang pao, sepasang focus mitt, dua pasang pelindung tulang kering, dua pasang glove sparring bersaiz 12oz, satu belly pad, sepasang pelindung kepala, sepasang glove punching bag, sepasang tali skipping Thai dan satu punching bag. Kelengkapan ini dianggap paling minimum bagi seorang jurulatih yang baru memulakan kem.

Sitkrumat bersedia memberi panduan dan tunjuk ajar bagi jurulatih baru dari segi pendaftaran kelab, penyediaan gelanggang dan kelengkapan latihan. Barangan yang ditawarkan oleh Sitkrumat dijual dengan harga paling murah memandangkan Sitkrumat ialah entiti yang tidak berasaskan keuntungan. Berikut ialah senarai harga kelengkapan seorang jurulatih baru (tidak termasuk kos pengeposan).

1. Sepasang pao kulit berjenama Muay Thai (RM280.00)
2. Sepasang focus mitt kulit berjenama Muay Thai (RM220.00)
3. Sepasang pelindung kaki PU berjenama Muay Thai (RM100.00)
4. Dua pasang glove sparring 12oz kulit berjenama Raja/Twins (RM300.00)
5. Satu belly pad kulit berjenama Twins/Raja (RM220.00)
6. Sepasang pelindung kepala berjenama Muay Thai (RM130.00)
7. Sepasang tali skipping Thai (RM30.00)
8. Sepasang glove punching bag kulit berjenama Twins Special (RM100.00)
9. Satu punching bag PU berjenama Muay Thai (RM140.00)
10. Satu botol minyak tomoi nam man muay 250ml (RM30.00)

Sitkrumat mencadangkan kelengkapan seperti di atas kerana lebih menjimatkan dan berkualiti. Penggunaan kelengkapan yang bercampur-aduk antara jenama Muay Thai dan Twins kerana dua jenama ini paling baik dari segi kos dan kualiti. Glove Twins sememangnya diakui paling bagus dalam semua jenama glove sparring yang ada di pasaran. Pao dari jenama Muay Thai pula paling bagus kerana tahan lama dan murah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan barangan di atas, sila berhubung sendiri dengan Cikgu 019-9241656. Setiap tempahan perlu didahulukan dengan bayaran melalui pindahan wang ke akaun CIMB 16010011501521.

Barangan yang ditempah boleh diperoleh melalui kiriman pos laju atau serahan tangan ke tempat tinggal anda (sekitar Lembah Kelang sahaja).