31 Mei 2010

Tips memilih pao

Semua pao yang bermutu tinggi dibuat di Thailand. Kebanyakan syarikat pembekal seperti Twins Special, Raja, Muay Thai atau Windy akan menempah pao di kilang pengeluar kelengkapan tinju yang ada di Bangkok. Pengilang akan membuat pao berdasarkan reka bentuk yang dikehendaki.

Sekiranya pembekal inginkan harga yang murah, pengilang akan menggunakan span (lateks) berkualiti rendah dan kulit pao yang diperbuat daripada kulit kerbau. Pao yang bermutu tinggi seperti jenama Fairtex menggunakan span yang boleh "bernafas" untuk mengelakkan pao rosak akibat hentakan.

Kulit pao yang bermutu tinggi juga biasanya licin dan lembut. Kulit lembu gred A ini diambil daripada kulit anak lembu. Pao yang berkualiti rendah biasanya menggunakan kulit kerbau. Rivet yang digunakan untuk melekatkan pemegang juga perlu dipastikan. Pao yang bermutu tinggi menggunakan rivet yang diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel) atau aluminium. Ada sesetengah pembekal seperti Muay Thai menggunakan kulit sintetik (tiruan) di bahagian pemegang pao bagi mengurangkan kos. Kulit sintetik biasanya akan terkoyak selepas beberapa kali digunakan. Twins Special menggunakan 100% kulit lembu gred A termasuk di pemegang dan pengikat.

Tiga jenama pao berkualiti yang dicadangkan oleh Cikgu ialah MTG, Raja, dan Twins Special. Pao dari jenama Muay Thai murah dan tahan lasak tetapi hanya sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan kos dan tidak mementingkan soal keselesaan.

Elakkan membeli pao daripada PU kerana cepat koyak. Pao jenis ini juga memberi kesan sampingan kepada jurulatih kerana tidak menyerap hentakan dengan baik. Ini demikian kerana span yang digunakan untuk membuat pao tidak berkualiti.

Selain itu, elakkan membeli pao yang dieksport daripada China, Taiwan atau Pakistan kerana boleh membahayakan jurulatih. Pao daripada negara tersebut sangat ringan, tetapi keras. Kulit yang digunakan juga cepat luntur dan jahitannya mudah tertanggal. Sitkrumat Promotions menawarkan pao yang murah dan berkualiti dengan khidmat nasihat penggunaan secara percuma. Sekiranya berminat, sila hubungi Cikgu.

Tips memilih focus mitt

Focus mitt ialah peralatan yang sungguh berkesan untuk mengasah kombinasi pukulan petinju Muay Thai. Jurulatih akan menyerang sementara pelatih terpaksa menepis, menampan, mengelak, dan serta merta menyerang balas terhadap alat ini.

Terdapat pelbagai jenis focus mitt di pasaran. Kali ini Cikgu ingin berkongsi tip memilih focus mitt yang sesuai untuk anda. Cikgu telah menggunakan hampir semua jenama focus mitt dari Thailand. Focus mitt dibuat daripada 100% kulit lembut (kulit anak lembu) tidak seperti pao yang dibuat daripada kulit tahan lasak (kulit lembu atau kerbau). Focus mitt boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu mini focus mitt, curved focus mitt dan professional focus mitt.

Mini focus mitt digunakan untuk melatih ketepatan mata pelatih dan meningkatkan kelajuan tumbukan. Curved focus mitt pula dapat menahan tumbukan dengan kemas. Pelatih juga dapat menyiku dan menyepak ke focus mitt ini dengan tepat memandangkan bentuknya yang melengkung. Professional focus mitt pula semakin jarang digunakan kini oleh jurulatih Muay Thai kecuali jurulatih tinju professional.

Pada pendapat Cikgu, focus mitt yang paling bagus ialah dari jenama MTG, Twins, Raja dan Thai Smai. Keempat-empat jenama ini sangat kemas di tangan jurulatih. Jenama Muay Thai pula sering kali terlucut dari tangan. Jenama Windy masih lagi mengekalkan bentuk tradisional seperti focus mitt tinju profesional dan tidak sesuai untuk latihan kombinasi.

Focus mitt digunakan juga oleh jurulatih untuk mengetuk perut petinju semasa latihan sit up selepas latihan.

Elakkan menggunakan focus mitt yang dieksport dari India, Pakistan atau China kerana kualiti kulit dan jahitannya sangat teruk.

1. Thai Smai curved focus mit

2. Thai Smai mini focus mitt

4. Muay Thai focus mitt

5. Windy professional focus mitt
Latihan mengetuk perut dengan focus mitt

30 Mei 2010

Majalah International Kickboxer

Majalah wajib baca bagi penggemar Muay Thai / Kickboxing. Terdapat pelbagai info menarik. Boleh didapati di kedai akhbar/majalah yang terdapat di dalam pasaraya besar, antaranya kedai News di Mid Valley Megamall. Harga senaskhah RM32.00. Ali Malaysian Tigers pernah menjadi muka depan bagi edisi Mac 2010. Majalah ini diterbitkan di Australia, jadi tidak hairanlah banyak berita tentang fenomena Muay Thai di Australia. Namun ada juga artikel dari Thailand dan Eropah.

29 Mei 2010

Narai bun sien

Narai Bun Sien (sepak layang ke tengkuk) ialah teknik yang sangat efektif dan sering digunakan untuk menumbangkan lawan yang keletihan. Narai Bun Sien bermakna "potong leher dengan tulang kering seperti pisau yang tajam dan besar". Teknik ini memerlukan latihan yang sistematik untuk mendapat kesan ketara kerana sepakan tinggi bukan senang untuk dilakukan. Teknik ini juga ialah senjata serangan jarak jauh, sama seperti teep. Ia tidak boleh digunakan apabila lawan berada dekat dengan petinju. Dengan memusing pinggul, tulang kering disasarkan ke bahagian tengkuk setinggi yang boleh. Elakkan menggunakan kekura kaki kerana kesannya tidak memuaskan. Selain itu, petinju juga boleh melompat untuk menambah ketinggian sepakan bergantung kepada kondisi dan fizikal lawan.

Bagaimana untuk membela serangan ini?

1. Gunakan teep – ketika lawan menyepak tinggi, kawasan tubuhnya terdedah kepada serangan balas.
2. Tundukkan sedikit kepala dengan tangan melindungi kepala sambil menyerang ke kaki lawan yang bertahan.
3. Berundur atau cuba mengelak supaya serangan itu tidak mengena dan balas balik dengan sepak layang rendah.

Sepak layang ke tengkuk perlu dilatih selalu menggunakan pao bersama jurulatih untuk ketepatan atau punching bag untuk menambah kekuatan sepakan.

27 Mei 2010

Tomoi di Jengka

Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM akan menganjurkan kejohanan tomoi di Stadium Bandar Jengka pada 28 hingga 31 Mei 2010. Kelab-kelab dari Terengganu, Kelantan dan Pahang turut mengambil bahagian. Boksing Kelantan mengajak semua peminat yang tinggal berdekatan datang memeriahkan perlawanan ini.

25 Mei 2010

Wira tak didendang

Ayahanda Y.M. Raja Abdullah Raja Mahmud, bukanlah juara di atas gelanggang tomoi tetapi pahlawan sebenar yang berjuang untuk negara. Pernah terlibat dalam insurgensi menentang komunis di Hutan Belum pada dekad 80-an sebelum bersara pada 1996.

Selain itu, semasa berkhidmat, pernah juga menjadi pemandu kenderaan rasmi bagi pegawai tinggi kerajaan antaranya Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan sekiranya Datuk Seri melawat kem tentera di Kelantan. Terlatih dalam empat aliran beladiri, iaitu Tempur Tanpa Senjata (Taekwondo), Karate, Tomoi dan Silat Jatuh.

Enam anaknya telah bergelar guru hasil didikan tegas ala tentera. Empat lagi bakal mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakaknya. Kini menumpukan masa dan perhatian dalam bidang perniagaan selain menjadi imam di masjid.

23 Mei 2010

Warna-warni 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing

Walaupun sudah hampir sebulan Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing berlangsung dengan jayanya di Hotel Plaza, peserta masih teringat-ingat pengalaman bersama juara-juara Muay Thai Malaysia dan jurulatih terbaik di Malaysia. Selepas kejayaan di Kuala Lumpur ni, Sitkrumat Promotions dan Persatuan Tomoi Gombak akan menganjurkan bengkel seumpama ini di seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Dewan tempat berlangsungnya bengkel

Cikgu sedang memberi taklimat kepada jurulatih yang terlibat
Pelatih Sitkrumat sedang mengurut kaki dengan minyak Nam Man Moi

Petinju dari Malaysian Tigers yang turut membantu kelancaran bengkel

Azrul Sitkrumat mendapat tunjuk ajar daripada Bernard Radin

Bob Sitkrumat mendapat tunjuk ajar daripada Faizal Ramli Malaysian Tigers

Cikgu mengajar peserta teknik memaut leher lawan

Bernard Radin menunjukkan teknik shadow boxing kepada kumpulan 6 yang disertai oleh pelatih Sitkrumat

Kru Rungchai membetulkan teknik halang Azuar Sitkrumat
Zaim Sitkrumat bersama Kru Rungchai

Azuar Sitkrumat bersama Bernard Radin

Cikgu sedang ditemuramah oleh En. Haris dari Berita Harian dan Cik Suziyanie dari Sinar Harian

Ajarn Somwang turut datang memberi sokongan

En. Saiful (berseluar biru), pengurus gim Malaysian Tigers khusyuk mendengar taklimat

Jurulatih Flying Cobra menyapa Faizal Ramli

17 Mei 2010

Kirsty Fight Club

Masih tercari-cari gim Muay Thai yang benar-benar mengajar Muay Thai asli, bukannya Kickboxing yang didakwa Thai Boxing, Kirsty Muay Thai Fight Club adalah jawapannya. Terletak di tingkat 4, Ampang Point (berhadapan Hospital Ampang Puteri), Kirsty Fight Club menawarkan latihan realistik dalam suasana kondusif. Terdapat 5 punching bag pelbagai saiz dan kegunaan di samping sebuah gelanggang mini untuk latihan sparring dan ring craft. Kirsty Fight Club kini mempunyai blognya sendiri, kirstyfightclub.blogspot.com.

16 Mei 2010

Perhimpunan Beladiri 1Malaysia

Pelatih Anak Naga Api dan Malaysian Tigers berganding bahu membuat persembahan di Perhimpunan Seni Beladiri Kebangsaan di Putrajaya semalam. Majlis dirasmikan oleh Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan. 15 aliran seni beladiri mengambil bahagian seeprti Tang Moo do, Taichi Senshin, Kalari Payat, Taekwondo MGTF, Gayung Fatani, Gayung Malaysia, Kegayungan Acheh Helang Putih dan lain-lain.

13 Mei 2010

Muay Thai for Kids

One of the reasons the Kelantanese people are strong and proud and we Selangorians grow soft and lethargic. Our once proud traditions of instilling manly traits in our sons has transformed into P.C. bull and weak principles.

12 Mei 2010

Amin "Mongkol Paeneh"

Berasal dari Charok Petai, Betong, sebuah daerah di sempadan Malaysia-Thailand. Nazmin mula mempelajari Muay Thai daripada bapanya ketika berumur 8 tahun. Bapanya juga menjadi pengurus bagi setiap perlawanan yang disertainya. Selepas itu, beliau menyertai Kelab Erawan di Yala. Nama gelarannya di kelab ini ialah Amin Tuantong. Selepas beberapa tahun, Nazmin beralih arah ke kelab baru, iaitu Sakniranrat.

Dia pernah menjadi juara di Stadium Patong, Phuket dan Stadium Chaweng di Koh Samui. Dia bersara dari arena Muay Thai selepas cedera di kaki kerana terjatuh semasa perlawanan bola sepak. Rekod perlawanannya ialah 120 dengan 80 menang dan 40 kalah. Gim pertama yang disertainya sebagai jurulatih ialah Boxxwarrior Kulim, Kedah sebelum dilamar oleh Pn. Kirsty untuk mengajar di Kirsty Muay Thai Fight Club, Ampang.

10 Mei 2010

Cartwheel Kick dalam Muay Thai

Cartwheel Kick (sepak rejam) ialah teknik yang sering digunakan oleh petinju no.1 Thailand, Saenchai Sor Kingstar. Teknik ini hanya digunakan sekiranya Saenchai bertarung di negara luar kerana mengikut peraturan sukan Muay Thai di Thailand, petinju yang menyentuh lantai kanvas dikira tumbang.

Menurut Saenchai, dia mendapat idea melakukan sepakan ini apabila melihat teknik sepak rejam dalam sukan sepak takraw yang popular di Thailand.

M-150 Klang

Gelanggang Tomoi Bukit Badak yang pernah menjadi tumpuan penduduk di sekitar Klang tahun lepas kini mempunyai gim sendiri. Terletak di Jalan Pahat, Seksyen 15, Shah Alam (berdekatan UMW Toyota) gim ini dibuka secara rasmi pada 8 Mei lalu dan dirasmikan oleh En. Fared selaku Pengerusi Kelab M-150 Malaysia. Gim ini akan dikenali sebagai Akademi Muay Thai M-150 Selangor. 3 bintang untuk M-150 Selangor.

Kirsty Muay Thai Fight Club

Boxx Warriors Ampang yang terletak di hadapan Hospital Ampang Puteri kini dikenali sebagai Kirsty Muay Thai Fight Club. Bagi pengamal Muay Thai atau peminat yang masih tercari-cari gim yang sesuai di Kuala Lumpur, Blog Boksing Kelantan mencadangkan anda memilih gim ini sebagai lokasi latihan. Terletak di tingkat 4, gim ini dilengkapi 4 punching bag pelbagai saiz dan kegunaan selain gelanggang untuk sparring. Gim ini diuruskan oleh wanita besi, Kirsty Leigh Dzulkarnain, seorang guru di sekolah antarabangsa KL. Jurulatihnya terdiri daripada 2 orang bekas juara Selatan Thailand, Kru Sawai dan Kru Sammersing selain dibantu oleh petinju ranking pertama WMC Malaysia, Eddie Selindang Kuning. 4 bintang untuk Kirsty Muay Thai Fight Club.

03 Mei 2010

Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing


Sukan Muay Thai boleh dikatakan masih agak baru bagi warga kota. Walaupun penganjur seperti MIG Group dan Boxx Event sering menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di sini, sambutan yang diterima daripada penonton tidak menggalakkan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan.

Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.

Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Sitkrumat Klang dan sokongan Persekutuan Muay Thai Malaysia menganjurkan Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul, objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.

Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Seramai 50 peserta dari seluruh negara hadir dalam seminar yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Plaza.

Antara jurulatih yang terlibat dalam bengkel sehari itu ialah Ajarn Somwang Sinuan dan Kuah Theam Long dari MMATC, Ampang; Kru Rungchai dari WMC Gym, Kelana Jaya; Kru Marzuki Ismail dari KLFK, Setapak; Kru Robbana dari Kelab Raja Panah, Pelabuhan Kelang; dan Kru Raja Ahmad dari Sitkrumat, Klang.

Pihak penganjur juga beruntung kerana enam petinju terbaik Malaysia dari WMC Gym (Malaysian Tigers) turut berkongsi skill dan kepakaran mereka. Antaranya ialah finalis Contender Asia 2, Bernard Radin dan Faizal Ramli, Juara WMC Asia 2009, Ali Yaakob, Juara Kejohanan Diraja Kelantan, Izzat, petinju ranking pertama Kelantan, Kudin Raja Jerong dan Juara Muay Thai Amatur Malaysia, Ejo.

Antara kelab yang menghantar pelatihnya ke bengkel itu ialah Kelab Anak Naga Api, Gombak; Kelab Flying Cobra, Setapak, Kelab Tomoi Mailook, Senawang; Kem Sitkrumat, Klang dan Sabah Muay Thai.

Bengkel ini turut ditaja oleh Rangkaian Tani Sdn. Bhd. yang menaja kopi belut dan krim belut Syirah untuk semua peserta. Penghargaan juga kepada Fusion Excel Sdn. Bhd. yang menaja loket Quantum Pendant untuk semua jurulatih terlibat.

Yang pastinya setiap peserta mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna dalam bengkel pertama anjuran persatuan ini. Pihak Persatuan Tomoi Gombak akan menjadikan bengkel seperti ini acara tahunan selain menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan.

Hatta Dahli dari Sabah diberi tunjuk ajar oleh Cikgu

Kru Rungchai sedang menunjukkan teknik shadow boxing

En. Baahir dari Fusion Excel turut menjadi peserta bengkel

Kru Marzuki dari KLFK sedang menunjukkan teknik shadow boxing yang betul

Ejo dan Ali sedang menunjukkan teknik sparring yang selamat dan betul


Ejo sedang mengajar teknik plam kepada Adik Zul Mailook

Bernard sedang mengajar Azuar Sitkrumat

Cikgu turut memegang pao untuk peserta bengkel


Kudin Raja Jerong sedang mengajar Ida dari Anak Naga Api, Gombak

Penaja, Fusion Excel bersama penganjur dan jurulatih


Kuah Theam Long dari MMATC menerima cenderahati daripada penaja, Pn. Rashirah Yaacob

Encik Azman Abdul menerima tajaan daripada Fusion Excel

Peserta dan jurulatih bergambar bersama

Pelatih Sitkrumat Klang yang diketuai oleh Cikgu sendiri

Kelab Tomoi Mailook menghantar 13 pelatihnya menimba ilmu di bengkel ini