24 Februari 2010

Legenda Muay Thai

Di bawah ini dipaparkan senarai Ahli Dewan Kemasyhuran Muay Thai yang dikeluarkan oleh Persatuan Boxing Profesional Thailand. Nak Muay ini menjadi legenda yang dikenang oleh semua peminat Muay Thai bukan sahaja di Thailand malah juga seluruh dunia. Beberapa farang (peninju luar negara) turut disenaraikan kerana mereka ini mencipta nama di Thailand. Keunggulan mereka dikira berdasarkan rekod perlawanan, iaitu jumlah kemenangan K.O terhadap lawan. Ada antara mereka yang masih aktif sebagai peninju dan jurulatih. Nama-nama disusun mengikut urutan abjad.

1. Adisak Kwangmeechai
2. Adul Srisothorn "The Diamond Crown Champ"
3. Anantasak Panyuthapoom
4. Anuwat Kaewsamrit
5. Apidej Sit-Hirun
6. Berg Lerk Pin Sinchai
7. Berkrerk Chartvanchai
8. Chamroen Songkitrat
9. Chamuekpetch 5 Palang
10. Changpuerk Kiatsongrit
11. Chaosingthong Chalermsri
12. Charoensap "Diamond Heart"
13. Chartchai Chionoi (Naris Chionoi)
14. Chatchai Sasakul
15. Chen Roongroj
16. Chokchai Chockvivat
17. Choochai Prakanchai "The Adornis of the Ring"
18. Coban Lookchaomaesaitong
19. Danchai Yontrakit
20. Daomai Sithkodom
21. Daorung Chuvatana
22. Dawthong Chuvatana
23. Dejrit Itti-anuchit
24. Denkaosan Kaovichit
25. Dieselnoi Chor Thanasukarn
26. Duangpetch Saengmorakot
27. Ekawit Singchachawan
28. Fasuchon Sit Or
29. Gaensak Sor Ploenchit
30. Ginggaew Bangyeekhan
31. Huasai Sittiboonlert
32. Jaroensap Kiatbanchong
33. Jongsanan "Wooden Man"
34. Kaaj Chartbandit
35. Kaolan Kaowichit
36. Kaopong Sittichoochai
37. Kaoponglek Luksuratham
38. Kaosod Sitpraprom
39. Khaokor Galaxy
40. Kiatchai 13 Riantower
41. Kompayak Porpramook
42. Kongdej Lookbangplasoi
43. Kongthawat Sorkitti
44. Kongthoranee Payakarun
45. Koon Motma (Chana Porpaoin)
46. Kularbdang Kiatkrerin
47. Langsuan "Mr. Mean"
48. Langsuan Panyuthapoom
49. Linglom Chaweewong
50. Linglom Por Tawatchai
51. Lug Sid Chuntong
52. Medgoen Singsurat
53. Mingmuangnoi Lookchaopormahe
54. Mongkoldej Pitakchai
55. Montsayarm Haw Mahachai
56. Muangchai Kittikasem
57. Muen Muay Man Mudh
58. Muen Muay Mee Chue
59. Munchai Rorfortor
60. Nai Khanom Tom
61. Namkhabuan "Ring Genius"
62. Namsaknoi Yuthkarnkamthon
63. Nanfah Seharadecho
64. Napapol Kiatisakchokchai
65. Narong Throngmangee (Apidej Sithiran)
66. Narongnoi Kiatbandhit
67. Netrnoi Sor Vorasingh
68. Noi Sakornpitak
69. Nonekai Sor Prapassorn
70. NongO Sit Or
71. Noree Jockygym Meekhunapparp
72. Nuarthoranee "The Force"
73. Nungdiaw Sakcharuporn
74. Orono Por Muangubon
75. Padejsuek Pisanurachan
76. Pae Lieng Prasert
77. Panieng Poontarat
78. Panomthuanlek 5 Palang
79. Payao Poontarat
80. Phra Chao Suua “The Tiger King”
81. Phrayaa Phichai
82. Pichitnoi Sitbangprachan
83. Pohsai Sittiboonlert
84. Pol Prapradang "The Wild Boar"
85. Pom Pet " The Black Superman"
86. Pone Kingpetch
87. Pongpan Sorphayathai
88. Pongsaklek Wonjongkam
89. Poodpardnoi Worawoot "The Golden Ankle Boxer"
90. Poonsawat Kratingdaenggym
91. Poot Lorlek
92. Pornsawan Charoen
93. Pornthavee Sithfaidang
94. Pramuansak Posuwan
95. Prasert Sor Sor
96. Prasit Chomseemek
97. Prawet Singwangcha
98. Prayuth Udomsak "The Simok Horse"
99. Przemek Saleta
100. Pudpad Noy Worawoot
101. Puntip Keosuriya
102. Rambo "Pongsiri Por Pongsawang"
103. Ramon Dekker
104. Ratanachai Sor Vorapin Pothang
105. Ratanapol Sor Vorapin
106. Rob Kaman
107. Ronnie Green "Machine Gun Ron"
108. Saen Sor Ploenchit
109. Saengmuangnoi Lukchapormasak
110. Saengthien Noi "Deadly Kisser"
111. Saenmuangnoi Lukjaophomehesak
112. Sairung Suwanasil
113. Sakad Petchyindee
114. Sakchai Nagapayak
115. SakmongKhong
116. Sakmongkol Singmanasak
117. Saman Dilokwilas
118. Saman Sorjaturong
119. Samart Payakaroon
120. Samart Sorndaeng
121. Samransak Singmanassak
122. Samyar Singsorntorn
123. Sanchai Sor Kingstar
124. Sinbi Taewoong
125. Singdam Kiatmuu 9
126. Singnum Chuwatana
127. Sirimongkol Singwangcha
128. Somdej Yontarakit (Samruoy Thanee)
129. Sompong Vechasit
130. Sompong Wetchasit (Nai Malaya)
131. Somsak Sithchatchawal
132. Sook Prasarthinpimai "Yak Pikamod"
133. Sorasak Sor Lookbukalo
134. Sornpichai Kratingdaenggym
135. Sot Chitalada
136. Srimuang Intarayot
137. Suleman Itti Aanuchit
138. Surachai Looksurin
139. Surachai Saengmorakot
140. Suriya Corveego
141. Suwan Vechasit
142. Tampetch Sor Sakulpan
143. Tawan Wongtevet
144. Tawee Jaimeeboon
145. Teerapong Distar Kaewnongsamet
146. Thanomchit Sukhothai
147. Thanomsak Sithbaobay
148. Therdkiat "The Tactician"
149. Thongchai Tor Silachai
150. Torsak Pongsupa
151. Veeranid Charoenmuang
152. Veeraphol Nakornluang Sahaprom
153. Vicharnnoi Porntawee "The Immortal Boxer"
154. Wandee Singwangcha
155. Wangjannoi Sor Palangchai
156. Wangwon Lookmatulee
157. Wongchan Noi "Wonderman"
158. Yoddamrong Sithyodthong
159. Yodsanan Sor Nanthachai (3-K Battery)
160. Yokthai Sithoar

23 Februari 2010

Kelab tomoi di Kelantan

Berikut disenaraikan kelab tomoi yang ada di Kelantan. Terdapat beratus kelab yang berdaftar dengan Persatuan Boksing Kelantan tetapi kelab yang disenaraikan ini dianggap aktif kerana sering menghantar petinjunya bertanding di seluruh negeri Kelantan.

Kelab Raja Dangdut
Kampung Melawi,
Bachok, Kelantan

Kelab Rajawali
Kampung Melawi
Bachok, Kelantan

Kelab Raja Jerung
Kampung Teluk Jering
Tumpat, Kelantan

Ris Sri Payung
Kampung Bunut Payong
Kota Bharu Kelantan

M-150
Kampung Padang Bongor
Kota Bharu, Kelantan

Kelab Tomoi B-13
Taman Rantau Mas
Rantau Panjang,
Kelantan

Black Tiger
Kampung Gong Kua
16800 Pasir Puteh
Kelantan

Salsaloon
Kampung Nara
16800 Pasir Puteh, Kelantan

Rakib Ahmad (Kib Boxing)
A1, Malin Jaya Setia
17200 Rantau Panjang
Kelantan

22 Februari 2010

Muay Thai lawan Kickboxing

Muay Thai ialah seni tempur yang menggunakan 8 anggota badan sebagai senjata, kurang satu berbanding Lethwei Burma yang turut menggunakan kepala. Kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata. Kickboxing ialah hasil inovasi pakar beladiri karate kerana kecewa dengan teknik dalam beladiri itu. Muay Thai pula berasal dari ilmu perang kuno Muay Boran. Ini sama dengan Bruce Lee yang mencipta Jeet Kune Do kerana kecewa dengan kungfu Wing Chun.

Kickboxing mempunyai undang-undang yang lebih ketat berbanding Muay Thai. Kawasan serangan hanya pinggang ke atas, tetapi dalam Muay Thai hanya kawasan kemaluan dilarang. Ramai petinju Muay Thai beralih kepada tinju Barat untuk memantapkan teknik tumbukan mereka seperti Chuck Liddel (juara UFC dan jurulatih MMA rancangan UFC). Secara dasarnya, petinju Muay Thai lebih lasak berbanding kickboxer kerana corak latihan yang berbeza.

Ramai kickboxer seperti Benny Urguidez, Don Wilson, Bill Wallace tewas bila berdepan petinju Muay Thai. Sekiranya kita menonton perlawanan Muay Thai di Eropah, mereka turut melarang penggunaan siku. Mungkin kerana teknik ini sukar dijangka dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk kepada peserta. Petinju Muay Thai yang sejati juga tidak akan terhinjut-hinjut ala hip-hop seperti sesetengah kickboxer. Oleh sebab tradisi pertarungan Muay Boran masih dikekalkan, nak muay bergerak dengan berseni tetapi teknik serangan amat kuat.

13 Februari 2010

Muay Thai lawan Silat ep.1

Apakah kesudahannya jika dua ahli ilmu tempur paling ganas di dunia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?

Muay Thai ialah sejenis sukan yang berasal dari ilmu perang Krabi Krabong, manakala Pencak Silat masih diwarisi dalam bentuk tradisi.

Mungkin Muay Thai ialah sukan tempur paling realistik tetapi terdapat pelbagai aliran silat yang masih mengamalkan latihan tempur bersenjata secara realistik. Jika dipertemukan dua jaguh ini, peluang petinju Muay Thai untuk menang agak tipis, tetapi bagaimana jika pertarungan ini berlaku tanpa senjata?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan saya lakukan jika terpaksa berhadapan dengan pesilat yang berpengalaman. Sebagai pengamal kedua-dua ilmu tempur ini, saya tidak akan masuk bertempur dengan pesilat jika diajak berlawan di dalam sungai, di dalam sawah atau di atas lantai yang licin. Pesilat tidak kira apa jua keadaan tetap boleh bertarung menggunakan teknik tertentu.

Dan jika saya diajak bertempur dengan petinju Muay Thai dengan menggunakan teknik silat, saya tidak akan menyahut cabaran itu sekiranya diminta berlawan dalam gelanggang Muay Thai seperti yang dilakukan oleh ahli Kung Fu dan Karate tidak lama dahulu. Berlawan dengan petinju Muay Thai dalam gelanggang mengikut undang-undang Muay Thai ibarat melawan buaya dalam lubuknya. Pesilat yang tidak mengenali kelebihan gelanggang akan mudah ditewaskan. Saya lebih rela bertarung dengannya di luar gelanggang tanpa sebarang undang-undang.

Mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.

Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.

Jika bertempur jarak jauh, petinju Muay Thai hanya bergantung kepada dua jenis sepakan, iaitu sepak layang tulang kering dan tendang lurus. Walaupun silat mempunyai teknik sepakan yang pelbagai, dua teknik Muay Thai ini ialah teknik yang mudah dan semula jadi. Latihan menggunakan beg berat setiap hari membentuk sepakan yang mampu mematahkan apa sahaja halangan di hadapan.

Satu kelebihan petinju Muay Thai ialah mereka tidak akan berundur walaupun dihukum bertubi-tubi. Hati keras dan tubuh sasa menjadi aset untuk menahan sakit. Berlawanan siapa lebih keras dan siapa lebih tahan sakit ialah taktik yang kurang baik bagi pesilat.

Elakkan menjadi sasaran sepak layang tulang kering petinju Muay Thai. Lebih elok pesilat mengelak daripada menangkis teknik ini. Teknik plam (clinch) sangat gemar digunakan oleh petinju Muay Thai untuk membinasakan lawan dengan cepat. Apabila leher dipaut, petinju akan menghujani pesilat dengan hentakan lutut yang berbahaya. Bukan mudah melepaskan diri daripada perangkap ini. Hanya mereka yang mempelajari Muay Thai yang tahu membuka kunci ini.

Walaupun diakui berbahaya dan paling sofistikated, teknik lutut Muay Thai membuka bahagian sulitnya untuk menjadi sasaran pesilat. Pukulan ke bahagian sulit diikuti sendi lutut mampu melepaskan pesilat daripada teknik berbahaya ini. Lupakan bahagian kakinya kerana peninju Muay Thai mempunyai sepasang kaki yang mantap. Ingat, mata, halkum, bahagian sulit, lutut dan buku lali ialah sasaran utama pesilat apabila berhadapan dengan petinju Muay Thai.

Namun jika pesilat sempat menangkap sepakan petinju, segera humbankannya ke bumi dan terus menguncinya kerana petinju Muay Thai tidak gemar bertarung di lantai.

11 Februari 2010

Falsafah Nak Muay (1)

Satu kelebihan ahli Muay Thai ialah mereka hidup dalam dunia realiti. Mereka tahu tiada siapa yang gagah dan sentiasa menang. Setiap kali mereka bertarung, mereka terdedah pada pukulan kaki dan tangan yang berbahaya. Petua utama ialah mengurangkan keberkesanan teknik lawan dan mempertingkat keberkesanan teknik sendiri. Seorang petinju berpengalaman pun sedar, jika nasibnya kurang baik, teknik lawan mampu melintasi pertahanan dan mungkin menewaskannya. Oleh itu petinju Muay Thai sejati ialah individu yang sentiasa merendahkan diri dan menghormati antara satu sama lain.


08 Februari 2010

Undangan Perkahwinan

Cikgu mengundang semua kenalan dan pengikut setia blog Boksing Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Cikgu yang akan berlangsung pada 17 dan 19 Mac ini. Kehadiran anda adakan menyerikan lagi majlis yang diadakan secara sederhana ini. (Klik di kad untuk melihat dengan lebih jelas)

Monument of ego

Menjadi antara pengasas kelab Kawanboxx merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai. Selepas dilancarkan di Dewan Gemilang Universiti Malaya, Kawanboxx telah menjadi satu entiti penting dalam penganjuran kejohanan tomoi di Malaysia. Pendek kata, di mana ada tomoi, di situ ada Kawanboxx.

Pengalaman pertama Cikgu bersama Kawanboxx ialah semasa Kejohanan Piala Sultan Kelantan pada November 2008. Di situ barulah Cikgu dapat bertemu dengan ahli Kawanboxx yang lain memandangkan sebelum ini kami cuma bertemu di alam maya. Tinggal di dalam Hotel Riddle di tepian Sungai Kelantan bersama rakan yang meminati sukan yang sama ialah pengalaman indah.

Dari situlah gelaran Cikgukacak timbul. Sebelum itu, ahli Kawanboxx memanggil Cikgu dengan gelaran "monument of ego". Cikgu kurang pasti apakah maksudnya, tapi berdasarkan kefahaman Cikgu, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mereka. Fikir-fikirkanlah apa maksudnya.

05 Februari 2010

Tebeng

Selain pelekat gu, salah satu keunikan perlawanan tomoi di Kelantan ialah tebeng. Tebeng yang bermaksud peraga, pamer atau tunjuk dilakukan apabila lawan petinju yang bertanding tidak hadir ke gelanggang selepas dipanggil tiga kali. Kebiasaannya lawan menarik diri pada saat-saat akhir tetapi tidak memaklumkan kepada penganjur. Untuk berlaku adil kepada petinju dan penonton yang membayar tiket, penganjur akan melakukan tebeng.

Juruacara akan mempelawa mana-mana penonton yang berminat untuk berlawan naik ke gelanggang selepas menebeng petinju yang berkenaan. Selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua petinju, barulah perlawanan diadakan. Oleh sebab kebanyakan penonton terdiri daripada nak muay juga, penganjur tidak pernah menghadapi masalah mencari pengganti petinju yang tidak hadir.

02 Februari 2010

Muay Thai selamat

Kebanyakan ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka belajar tomoi kerana beranggapan seni mempertahankan diri ini ganas dan tidak selamat. Kaedah pengajaran tomoi pada masa kini sudah tidak sama lagi dengan kaedah yang digunapakai oleh jurulatih pada masa lalu.

Di Kem Sitkrumat, pelatih diberi perlindungan yang secukupnya semasa latihan sparring. Tomoi sudah diakui oleh ramai pakar kesihatan sebagai sukan yang lebih selamat berbanding bola sepak atau gimnastik. Perlawanan tomoi yang diadakan di stadium atau dewan orang ramai juga tidak pernah dicemari dengan insiden pergaduhan seperti yang kita lihat dalam sukan bola sepak.